|
|
| Friday, 25-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jom Melepak...
|
|
Jom makan makan lagi. Rasanya bab makan makan ni kalau ada peluang mesti tak ada yang akan menolaknya...
Dulu kalau ada yang melepak kedai kopi rasanya mesti akan kena perli sebab melepak di kedai kopi dilihat sebagai satu kerja yang membuang masa dan mereka yang melepak tu pula dilihat sebagai seorang yang pemalas. Tapi sekarang ni nampak ramai pula yang sudah mula melepak kat kedai kopi. Walaupun nama yang digunakan berlainan, hakikatnya ianya masih kedai kopi. Ala...perkataan kopitiam tu kalau dialih bahasakan ke Bahasa Malaysia akan membawa maksud kedai kopi juga...
Kedai kopi atau tidak, rasanya inilah satu kedai kopi yang semakin mendapat tempat sekarang. Mana mana kita pergi pun mesti ada punya, dengan macam macam nama yang digunakan. Sesekali bolehlah lepak kat kedai kopi yang macam ni. Kalau selalu rasanya berlubang juga poket...
LOCATION : Dataran Pahlawan Melaka Megamall
How Many Mistakes Can You Spot...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jom Ke Teater...
|
|
Jom kita tengok teater lagi. Kali ini kita tengok teater 'Tiang Cengal Dinding Sayong' yang telah dipersembahkan oleh penuntut Kolej Yayasan Melaka dan diarahkan oleh Yalal Chin.
Sebenarnya nak ambil gambar dalam ni memang susah dan mencabar juga sebab flash langsung tidak dibenarkan. Bila guna tanpa flash, asal ada pergerakan saja, gambar mesti akan nampak blur. So rasanya nasib agak baik jugalah sebab ada gambar yang menjadi. Kalau tidak...
Jalan cerita ni simple saja. Mengisahkan sebuah keluarga nelayan di Kuala Kedah. Tapi mesej teater ini...iaitu kesetiaan seorang isteri yang saban hari menanti kepulangan suaminya yang hilang dipukul tsunami dan lima orang anak yang lebih mementingkan kerjaya masing masing daripada bersama ibu tercinta pada saat getir ini sudah cukup untuk merobek hati penonton. Itu belum lagi pertelingkahan antara anak tentang siapa yang patut menjaga si ibu memandangkan masing masing lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab. Masing masing ingin meneruskan hidup masing masing kerana yakin si bapa tua sudah ditelan laut, manakala naluri seorang isteri pula berkata suami masih hidup.
"Seorang ibu boleh membesarkan dua belas orang anak tapi dua belas orang anak belum tentu dapat menjaga ibubapanya." Inilah yang sering kita saksikan dalam masyarakat kita, di mana nilai nilai kekeluargaan sudah semakin terhakis. Bak tajuk teater ini, kedua ibubapa umpama tiang cengal dan anak sebagai dinding sayong. Masing masing saling memerlukan untuk tegak berdiri....
LOCATION : Taman Budaya Negeri Melaka, Ayer Keroh
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bahang Durian
|
|
Sebenarnya entry yang ini sepatutnya diuploadkan pada hari Jumaat. Tapi terpaksa dipostpone sehingga sekarang sebab tuan punya FP ni demam..hehehe...itulah sebabnya tajuk entry ni bahang durian. Durian punya pasal badan dah berbahang macam duduk dalam oven.
Actually nak bawa my daughter sambut her birthday masa tu. Tapi pada masa yang sama, Ketua Menteri pula buat jamuan durian untuk media. So apa lagi. Kira sambut hari jadi dengan makan durian le. Bila durian dah banyak macam tu, makan sampai tak ingat dunia. Bukan saja durian. Rambutan pun dok balun. Akibatnya esok, badan dah panas macam kena bakar. Akibatnya semua yang hendak dilakukan terus terbengkalai...
Demam pun demam la...janji puas makan durian. Free pula tu...
LOCATION : Seri Bendahara, Ayer Keroh
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fire In The Sky
|
|
Ini satu lagi subjek yang memang sudah lama tak shoot - sunset. Memandangkan sudah lama tak mengganas bab sunset ni, maka kali ini pun mencubalah. Bukannya apa. Takut kalau dah lama ditinggalkan hilang pula skill nak ambil gambar sunset...
Sunset ni adakalanya memang teramat cantik, terutama kalau langit kelihatan kemerahan, ataupun nampak sebahagian matahari yang sedang terbenam. Tapi so far di Melaka ni masih belum dapat tengok atau capture keadaan yang sebegitu lagi. Tapi tak tahulah. Esok lusa mungkin peluang akan menjelmakan diri. Walaupun apa sekalipun, sunset memang cantik dan romantik, lebih lebih kalau dilihat dari tepi pantai. Kena pula kalau ada gambar couple berjalan berpegangan tangan di foreground, mesti lagi meletup punya.
Masa senja ni kalau masa kecik kecik dulu memang dah kena hambat kalau masih melepak kat luar. Kononnya macam macam hantu yang akan merayau pada masa sebegini. Maklumlah, time inilah dia orang tengah dok bertukar shift dengan hantu yang kerja shift malam. Tapi bila dah semakin dewasa ni, senja hanya membawa satu erti, dan ianya tidak kaitan dengan hantu...iaitu usia yang semakin senja...
LOCATION : Dekat Rumah - Taman Padang Temu Indah, Melaka
| Quote: |
Happy 9th birthday dear Nur Amira Najwa. Semoga menjadi seorang anak yang solehah. Love you always... |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mentega Terbang
|
|
Mentega terbang ni tak ada kaitan sama sekali dengan pinggan mangkuk yang berterbangan di rumah. Biasalah. Bukankah sekarang ni everyone can fly? So mentega pun nak merasa terbang jugalah...
Sebenarnya dah agak lama juga tak mengambil gambar serangga seperti ini. Dah lama tak buat kenalah dibiasakan kembali supaya tak berkarat. Yang ini pun tak tahulah macam mana. Sekali tengok nampak cantik tapi bila ditengok berulang kali terasa macam ada yang kurang pula. Yang pastinya, practice makes perfect.
Seperti yang sering saya katakan, ambil gambar serangga ni memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kita kena ikut rentak serangga dan bukan sebaliknya. Adakalanya sampai naik kematu mencangkung menunggu tapi dia langsung tak nak singgah kat bunga yang kita pilih. Dan yang paling tension kalau bunga yang kita pilih dia tak singgah tapi sebaliknya singgah kat camera atau topi kita pula. Itu yang betul betul boleh menguji kesabaran...
Apapun...serangga pun seranggalah.
| Quote: |
Mengapa aku tak dapat melupakanmu
Antara perjalanan
Suci menangkap waktu
Membuat aku rindu
Bukannya aku tewas dalam perjuangan
Membelai impian
Sebentar tadi aku
Lihat sinar matamu
Meronai garis-garis kesetiaan
Semakin kelam dan amat panjang
Bagaimana aku hendak melupakanmu
Dalam keheningan pagi sering bertemu
Untuk esok biarlah ia berlalu
Lantas membuang mata fikirku
Dalam kenangan begitu payah melupakanmu
Mungkin untuk selama-lamanya
Jadilah aku pengingat yang setia
Setelah aku tahu
Aku hanya serangga
Di taman belantara
Aku Hanya Serangga - BPR |
LOCATION : Taman Rama Rama Melaka, Ayer Keroh
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Shake, Rattle & Roll
|
|
Rasanya ramai yang mesti kenal siapa ni kan...? Kalau ada yang tak kenal, here are some hints...Malu Tapi Mahu...Kalah Kepada Jac...
Actually inilah my first official assignment dengan senjata baru dan I have to say, puas hati juga dengan final productnya walaupun masih ada banyak ruang untuk dibetulkan. Itupun setelah terkial kial seketika nak figure out macam mana nak programmekan kamera tu...
Sebenarnya mengaru kepala juga bila dimaklumkan oleh member member media mengenai persembahan Dina. My first question was "Dina who?" Masakan tidak, jangan kata Malaysian Idol, semua rancangan yang seangkatan dan setongkang dengannya memang tidak pernah tengok selama ini. So bab blur seketika tu memang sudah dijangkakan. Sampaikan nak buat article selepas tu pun terkebil kebil lagi. Maka kenalah buat sedikit research dan barulah meningkat sedikit pengetahuan tentang Dina ni...
Sorry Dina...bukannya apa. Sebagai seorang yang masih deeply entrenched in the 80s, memang saya langsung tak minat atau follow mana mana perkembangan industri musik atau perfileman sekarang. Hari tu masa ada berita pasal seorang pelakon wanita ni bercerai pun sama. Masih soalan yang sama..."siapa tu?" Tapi kalau ditanya apa apa perkembangan di luar dua industri ini, anytime boleh berdebat...
Ala...bukannya setiap hari pun kena cover entertainment. Lainlah kalau politics atau current event. Itu sudah bagaikan menjadi lauk harian...
LOCATION : Flo Lounge, Equitorial Hotel, Melaka
| Quote: |
Oh apa harus ku simpan saja
Cinta yang bermain di jiwa
Tak mampu lagi ku tunggu
Ku malu tapi ku mahu cinta mu
Terpana aku,dikau menuju
Di depan mata,memanggil nama ku
Menyapa mesra,berbisik nada manja
Diri, rasa bagai nak melayang
Di hati mula, tertanya tanya
Resah gelisah di setiap masa
Apakah benar ku sudah tergoda
Ku malu untuk menyatakan nya
Ku malu mengaku, kau dihatiku
Ku malu merindu, kau takkan tahu
Ku malu bertemu, menatap mata mu
Ku malu kupendam, rahsia hatiku
Oh apa harus ku simpan saja
Cinta yang bermain di jiwa
Tak mampu lagi ku tunggu
Ku malu tapi ku mahu cinta mu
Diriku bukanlah pujangga
Yang bijak bermadah kata
Haruskah ku diam saja
Ku malu tapi ku mahu cinta mu
Berdebar debar tidak ku sabar
Menanti saat kita bersua
Hendak ku khabarkan hasrat di jiwa
Namun pasti diri ku terkaku
Di hati mula, tertanya tanya
Resah gelisah di setiap masa
Apakah benar kusudah sedia
Masih ku malu menyatakan nya
Oh kasih yang tercipta
Pasti tiada tandingannya
Bimbang hati ini jika
Kau tak membalas cinta ku yang ada
Makin terseksa di jiwa
Tiap kali ku mencuba
Melagu kata namun lidah ku kelu tak berdaya |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Senjata Baru
|
|
Kalau Hang Tuah bersenjatakan Taming Sari, maka Jeffri pula bersenjatakan kamera...dan tidak lupa, pena yang matanya jauh lebih tajam dari sebilah pedang...
Biasalah. Bila dah ada senjata baru ni maka berkobar sikitlah semangat nak meneruskan perjuangan, walaupun hakikatnya dengan adanya senjata baru ini kena bertatih semula. Mana tidaknya. Dah selama ini dok menggunakan Canon, termasuklah 300D yang dah semakin 'sakit' tu. Kira dah cukup masak dah dengan Canon ni. Tetiba pula switch to Sony...mahu terkedu seketika. Macam orang yang meraba dalam gelab la. Silap haribulan benjol dahi sebab terlanggar dinding.
Tak apalah. Sekurang-kurangnya dengan adanya yang ini maka Canon kesayangan bolehlah masuk bengkel seketika. Biasalah tu. Sedangkan manusia yang semakin meniti usia pun kejab kejab masuk hospital, inikan pula kamera. Bila dah sihat nanti bolehlah diturunkan pula kepada junior. Azam tahun ini untuk sambar EOS 1D Mark III masih lagi membara. Ala...ada masa lima bulan lagi sebelum tahun ni berakhir...
Jadi sementara nak dapatkan Ferrari kenalah biasakan diri dengan membawa Mini Cooper dulu...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bot Wap
|
|
Firstly, sorry sebab sudah dekat seminggu tak update FP ni. Dan akibatnya, ramai yang sudah tertanya... . Bukannya apa, biasalah tengah musim sibuk dengan macam macam. So bila ada masa yang terluang tu, rasa semacam tak nak bebankan kepala ni dengan kerja kerja yang berat pula.
Apalah yang ada pada FP saya kalau tiada edisi makan makan. Rasanya banyak FP pun yang ada edisi makan makan. Selain melepak, makan makan la yang best...
Yang ini pun bukan sebarang makan sebab yang ini adalah operasi makan memakan sempena gaji yang pertama. Biasalah. Kat Malaysia ni kan ada macam macam sempenanya. Ada sampul surat hari pertama...ada itu dan ini...semuanya sempena sempena punya penangan. So makan pun kenalah juga dicari sempenanya supaya kita ada sebab nak makan makan kat luar...
Rasanya cara makan yang macam ni bolehlah dikira sebagai satu alternatif kepada nasi. Memandangkan beras semakin naik harga, rasanya kenalah biasakan diri memakan cara lain pula, macam sayur sayuran ke. Kalau kat area negara Teluk dia orang tak kisah lagi pasal nasi ni. Tepung yang dibuat roti pun boleh makan. Tapi kat sini rasanya ada ke yang sanggup uli tepung untuk dibuat roti setiap hari? Sebenarnya makan cara ni pun baik sebab menyihatkan. Maklumlah bukannya ada penggunaan minyak pun. Tapi satu saja...bila asyik dok makan sayur terasa macam kambing pula...hehehe...
LOCATION : Dataran Pahlawan Melaka Megamall
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Jul-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seni Berzaman
|
|
Hari ini kita bercerita pasal seni lagi. Tapi berbanding lukisan karikatur, himpunan seni yang ini adalah jauh lebih serious. Bagi seorang yang tidak berapa mengetahui tentang seni lukis ni, saya rasa saya tak dapatlah nak bercerita panjang mengenai semua ini, melainkan penghasilan lukisan ini adalah antara yang cantik yang pernah saya saksikan. Tak kiralah samada menggunakan teknik water colour, sketch atau apapun, yang pasti hasilnya cukup menarik.
Galeri Seni Rakyat ini mempamerkan banyak lukisan yang menggambarkan tentang negeri Melaka...pemandangannya, kehidupan seharian orangnya dan macam macam lagi. Kalau ada yang berminat nak beli, memang ada lukisan yang dijual di sini. Mungkin pada masa ini ramai pelukis ni yang masih belum terkenal. Tapi siapa tahu. Mungkin suatu hari nanti, ada pelukis yang akan menjadi popular dan sekiranya kita ada hasil seninya semasa dia mula melukis, mungkin hasil itu boleh mencecah harga ribuan atau jutaan ringgit. Siapa tahu.
Memang teruja tengok semua lukisan yang ada ini. Kalau nak ikut lukisan tersebut memang langsung tak ada bakat. Tapi rasanya kalau setakat menconteng dinding tu, masih terror lagi... Kalau yang suka menconteng dinding tandas awam tu boleh ke dianggap sebagai seniman...?
LOCATION : Galeri Seni Rakyat, Banda Hilir, Melaka
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Jun-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kembara Seniman Jalanan
|
|
Starring Nur Amira Najwa...Dengan Penampilan Khas Menteri Dalam Negeri...
Yang ini operasi berjalan juga. Yang ini masa perasmian Galeri Seni Rakyat di Melaka over the weekend. Sempena dengan perasmian galeri tersebut, adalah beberapa orang pelukis yang turut dijemput khas untuk mempamerkan kebolehan dan bakat mereka kepada orang ramai.
Kalau di Pasar Seni Kuala Lumpur perkara sebegini adalah agak lazim kelihatan. Tetapi di Melaka ini, bukan selalu boleh saksikan kumpulan insan seni sebegini. So bila ada peluang tu, maka peluang itu pun tidak dilepaskan. Bila dah biasa sangat tengok potret yang dihasilkan, maka sesekali kena juga mencuba karikatur. Barulah nampak ada perbezaan sedikit.
Memang dari dulu lagi saya cukup respect orang seni sebegini. Untuk menghasilkan sesuatu seperti ini bukanlah mudah. Kita sering melihat dan menyanjung hasil seni luar tanpa kita sendiri tahu yang kita turut dikelilingi oleh insan insan yang mampu menghasilkan sesuatu yang sama, jika tidak pun, lebih baik dari apa yang dihasilkan oleh mereka dari negara lain. Satu lagi adalah tanggapan masyarakat yang sering memandang rendah kepada golongan seniman ini, atau lebih tepat lagi, mereka yang dianggap sebagai seniman jalanan. Sekiranya kita boleh memakai pakaian yang berwarna warni atau membawa kereta yang glamourous di khalayak ramai sebagai satu fashion statement, kenapa pula mereka tidak boleh membuat 'statement' mereka secara umum?
Sememangnya orang seni ini sering disalahanggap oleh orang lain. Sebut saja seni, tak kiralah seni nyanyian ke, penulisan ke, mesti ramai yang beranggapan negatif terhadap golongan sebegini. Yang penting, selagi mereka tidak kacau orang, kenapa harus dikacau periuk nasi mereka? Inilah kesnya di Selangor. Kalau tak suka tengok, duduk rumah saja. Jangan pergi tengok. Inilah kesnya kononnya nak menunjuk baik tapi tidak kena pada tempatnya.
Walaupun bab melukis ni saya fail, namun dengan A. Samad Said sebagai idola, semangat penulisan tu memang membara. Itu sajalah cabang seni yang ada pada diri ini...selain seni merapu la...
Psssstttt....Siapa yang ingat filem Kembara Seniman Jalanan lakonan M. Nasir angkat tangan...? Tahun 1986 kalau tak silap saya...
LOCATION : Perkarangan Christchurch, Jalan Merdeka, Melaka
|
|
|
|
|