A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Jul-2010 12:00 Email | Share | Bookmark

 
 
 




World Cup dah habis...exam mid-semester pun dah habis...cuma assignment je yang masih belum habis habis...so peluang untuk menghabiskan masa di FP akhirnya kembali lagi dan oleh yang demikian, maka bermulakan proses mengupdate yang dah lama terbengkalai.

Rasa macam dah berzaman ke Cameron baru nak update page ni. Habis tu nak buat macam mana. Kalau bercakap pasal Cameron, tak semestinya hanya teh dan strawberry. Bunga pun banyak juga. Senang cerita...macam macam jenis bunga ada. Dari yang besar ke yang kecil...yang betul ke yang palsu...sampaikan bunga yang ceti dan along guna tu pun ada.

Inilah yang best kawasan bercuaca sejuk...macam macam bunga ada. Cuma kecewa jugalah sebab kat sini tak ada tulip. Rasanya baru mengancam kalau dapat shoot tulip tanpa perlu ke luar negara.





Sebenarnya dah lama jugak tak ambik gambar bunga ni. Kira kekok sikitlah juga. So, faham fahamlah kalau ada kekurangannya sebab memang dah lama tak shoot...

LOCATION : Cameron Highlands]





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net