A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-Jun-2010 12:00 Email | Share | Bookmark

 
 
 





Okay. Kita sambung semula FP ni setelah sekian lama terbengkalai. Terbengkalai bukan kerana malas nak update ataupun bukan kerana bercuti, tapi terbengkalai kerana busy dengan tugasan harian. Maklumlah, di Melaka ni macam macam yang berlaku sehingga adakalanya nak duduk dan relax pun payah. So sementara ada sedikit masa terluang ni, apa kata digunakan untuk update apa yang sepatutnya dah lama diupdatekan...

Musim cuti sekolah baru sahaja habis. Kiranya bila tiba musim cuti sekolah, ramailah yang akan berjalan sini sana. Samalah macam Melaka, asal cuti sahaja mesti trafik jadi huru hara. Sebab itulah bila ada peluang, terus melarikan diri keluar dari Melaka...dan persinggahannya kali ini ke Cameron Highlands...sebab tak de peluang nak ke Cameroon la tu.

Yang ini kat Lata Iskandar di Tapah, Perak. Kira dalam perjalanan la ke Cameron. Biasalah budak budak bandar. Sesekali bila nampak air terjun macam ni mestilah excited. Kat Bandaraya Melaka manalah ada air terjun macam ni. Kalau ada pun yang buatan manusia kat Bukit Sebukor tu. Yang itu pun kalau masuk berendam memang sah akan kena saman punyalah. Bior ajelah bebudak yang masuk berendam. Air sejuk gile...

LOCATION : Lata Iskandar, Tapah, Perak







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net