A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 3-Apr-2010 12:00 Email | Share | Bookmark

 
 
 




Okay kita berjalan lagi. Kali ini ke muzium pula. Dan kali ini ke Muzium Negeri di Taiping, Perak. Jauh terhumban di utara tanahair nampaknya kali ini.

Sebenarnya inilah kali pertama ke Taiping selepas hampir 20 tahun. Memang cukup lama dah. Bila difikirkan sebegini lama tidak ke sini pasti akan ada banyak yang sudah berubah. Tetapi sebenarnya tidak. Sekali imbas masih nampak sama macam the last time. Malahan, nak jalan kat sana pun masih ingat ingat lupa jalan. Okaylah kira tak sesat walaupun dah 20 tahun. Rasanya kalau Kuala Lumpur, mahu sesat kalau dah 20 tahun tak sampai.

One thing I like about Taiping adalah suasananya yang agak aman dan tenang. Kira macam Melaka pada awal 90an dan lewat 90an dulu la. Sekarang Melaka pun dah mula havoc, especially hujung minggu dan masa cuti. Berbeza keadaan di sini. Cukup relaxing. Even jalan pun tak kelam kabut. Kalau kelam kabut pun sebab orang tak ikut undang-undang...





Sebenarnya memang dah lama nak ke muzium ni, cuma tidak pernah berkesempatan saja. Tengok saja bangunan muzium ni dah nampak impressive, belum lagi tengok kat dalam. Memanglah sesuai sangatlah sebagai sebuah bandar lama. Memang macam macam first kat Taiping ni. Senarai memang panjang kalau nak diceritakan.

At least budak berdua ni kenal juga Taiping...dan sampai juga Taiping. Tak de la balik balik asyik Melaka dan Kuala Lumpur saja. Macam yang pernah dikatakan, memang banyak tempat menarik di Malaysia ni. So lepas ni kenalah cari destinasi lain pula yang sama mengancam. Tak mahulah yang hiruk-pikuk macam KL atau JB. Nak cuti kenalah yang betul betul aman dan kalau boleh, bersejarah dan ada ceritanya sendiri.

LOCATION : Muzium Negeri, Taiping, Perak






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net