A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Feb-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
Kabare Kang V2.0

 
 





Kita teruskan pengembaraan kita di Yogyakarta. Kali ini kita singgah di Keraton atau Istana Sultan ataupun nama rasminya 'Karaton Ngayogyakarta Hadiningrat.'

Dibina oleh Sultan Hamengkubuwono, iaitu pengasas kerajaan Ngayogyakarta Hadiningrat, istana ini berukuran 14,000 meter persegi dan pembinaannya siap pada tahun 1756. Hasil pembinaan dan kesenian di istana ini jelas menggambarkan kehalusan senireka Jawa.

Walaupun istana ini tidaklah menepati gambaran sebenar sebuah istana sebagaimana yang kita gambarkan, namun lawatan ke sini masih boleh dianggap berbaloi memandangkan Sultan Hamengkubuwono merupakan nama yang sudah tidak asing dalam sejarah. Lagipun, bukannya selalu dapat masuk kawasan istana, walaupun sebuah istana yang tidak seberapa.






Tak usah risau apabila ke sini kerana tour guide memang disedia untuk membawa dan memberi keterangan mengenai tempat ini. Tetapi mungkin ada sedikit masalah la sebab mungkin ada yang tak berapa faham apa yang dicakapkan.

Lagipun bukannya pay attention sangat pun. Maklumlah, asyik lari sini sana dan bergambar saja. Mengalahkan kanak kanak yang masuk shopping complex buat kali pertama...

LOCATION : Keraton Sultanate Palace







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net