A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 7-Feb-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
Kabare Kang - V1.0

 
 

Sorry ye...Setting Salah...Mengantuk Punya Pasal...

Mengalahkan Orang Isi Borang Nikah...


Welkang To Yogyakarta, Jawa Tengah, kang! Well, kalau siapa yang bisa berbahasa Jawa atau mengaku orang Jawa memang tidak akan menghadapi masalah di sini.

Jokes aside. Yogyakarta (atau Daerah Istimewa Yogyakarta - DIY - bukan Do It Yourself...) kalau nak dibandingkan dengan Bali atau tempat wisata lain di Indonesia memanglah tak ada apa sangat. Tapi sebagai sebuah pusat budaya dan warisan, Yogyakarta memang menarik. Mana tidaknya. Di sinilah terletaknya dua tapak warisan dunia UNESCO. Itu belum lagi tradisi masyarakat Jawa di sana atau Universitas Gadja Mada yang mana merupakan antara universiti utama di Indonesia.

Mungkin ada yang terfikir mengapa saya gemar ke tempat macam ni, yelah, dulu pun pernah ke Bali dan kemudiannya ke Phnom Penh. Sebenarnya, tempat macam ni la yang best melancong. Kalau nak pergi ke tempat yang serba moden, baik tak payah buang duit keluar negara. Lawat Kuala Lumpur dan rasakan kemodenan dan pening kepalanya. Sesiapa yang suka pekan yang kecil, Yogyakarta memang serasi. Unlike Bali yang masih kecoh dengan disco pada sebelah malam, di sini selepas 9pm memang aman...kedai semua tutup. Kalau di Malaysia, kita dah gelar sebagai pekan koboi.





Berbeza dengan trip lain, trip kali ini memang agak mencabar juga. Satu...pukul 5 lebih dah terpacak kat airport macam kita nak buka pintu airport pula. Secondly, makanan. Makanan di sini walaupun senang diperolehi (since lebih 90% penduduk adalah Islam) tapi ianya tidak menepati citarasa. Kenapa? Kebanyakkan makanan di sini manis dan tak ada yang pedas-pedas. Tak ada pedas payahlah nak makan. Itu belum balik balik tempe lagi. Breakfast tempe. Lunch tempe. Dinner pun tempe. Nasib baiklah tidur malam tak bermimpikan tempe. Alamatnya asyik McDonald ajelah...

Apapun, ianya merupakan satu pengalaman yang cukup menarik. Lebih lebih lagi kerana telah tercapai cita cita untuk menjejakkan kaki ke Borobudur (akan sampai entrynya nanti). Kalau ada yang bertanya mengenai Yogyakarta, memang saya kata go for it. Itu bagi mereka yang suka sejarah, budaya dan warisan la. Kalau yang suka hiruk pikuk bandaraya besar macam Tokyo atau Seoul, itu saya tak boleh tolonglah...

LOCATION : Adisutjipto International Airport, Yogyakarta




Sorry Ye...Yang Ini Pun Salah Setting Sampai Banyak Noisenya...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net