A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Jan-2010 01:37 Email | Share | Bookmark
Land Of The White Elephant V13.0

 
 
 




Bab shopping ni something yang memang saya tak berapa minat. Bukan apa, tempat dah lah crowded, buang masa lagi tu. Aci potong kepala...sanggup buat benda lain la daripada shopping ni.

Tapi nak buat macam mana kan, bila dah kat tempat orang, mesti benda yang nak dicari adalah tempat untuk shopping, lebih-lebih lagi kalau kat negara yang tak berapa mahal. Ada saja barang yang nak diborong. Actually, kalau dah kat tempat orang macam ni, operasi mencuci mata adalah lebih baik daripada shopping. Cerah bijik mata... Barulah boleh hilang rasa mengantuk dan bosan bershopping.

Shopping kat negara asing memang menyakitkan jiwa sebenarnya. Lebih lebih lagi kalau depa tak reti cakap Engllish. Macam ayam tengah dok cakap dengan itik je. Nak bargain pun main tunjuk tunjuk jari saja. Itu yang bahayanya sebab silap haribulan mahu tertunjuk jari yang salah. Haru pula jadinya karang...





Tempat ni dia orang panggil Suam Lum Night Market di Bangkok. Nama je night market tapi mengalahkan pasar malam kat tempat kita. Dan jangan salah anggap, night ni tak de jual ikan dan sayur. Juga tak de pemuzik jalanan yang dok main lagu 'Wonderful Tonight.' Tempatnya bolehlah tahan besar tapi barang hampir sama je. Pi mai pi mai tang tu juga.

Rasanya lagi seronok tengok minah Siam yang jual barang daripada tengok barang jualannya.... Harga barang...? Entahlah...orang kata murah. Tapi bagi sorang yang agak lemah dalam bab kira mengira dan conggak menconggak ni...rasa terseksa jugalah nak buat pengiraan. Nak convert itu ini. Tulah...kalau dibuat single current macam Euro kan senang untuk semua.

Kalau yang tidak gemar shopping, pastikan anda ada kamera bersama ketika ke sini. Sekurang kurangnya adalah benda yang nak dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan menunggu. Kalau di KL, boleh gak pekena teh tarik atau kopi O dengan roti canai sambil menunggu. Kat sini jangan harap le. Kalau Budweiser, berlonggok la...tapi jangan diamalkan. Makin berpinau bijik mata karang...

LOCATION : Suam Lum Night Market, Bangkok








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net