A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Aug-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
Hari Keluarga

 
 
 


Ketua Menteri ala David Backham...


Rasanya dah lama juga tak update FP ni. Biasalah, masa semakin tidak menentu dengan macam macam yang perlu dilakukan sehingga nak duduk depan PC dan update FP pun terasa kemalasannya. Tapi bila dah lama tak update, terasa rindu pula nak update. So kali ini since ada masa sedikit terluang, maka update la pula FP ni...

Gambar yang diuploadkan ini pun dah kira terlewat sikit sebab time Hari Keluarga ni adalah hujung minggu lalu. Sekarang baru dapat upload kat sini. Tapi rasanya tak apalah kot sebab ada juga upload daripada bersawang terus FP ni...





Gambar ini semua semasa Hari Keluarga Kelab Media Massa Melaka yang mana telah diadakan di Padang Kemunting di Pengkalan Balak. Kalau nama dah Hari Keluarga, faham faham sajalah macam mana keadaannya. Kelam kabut dan kucar kacir tu sudahlah tentu.

Dan masing masing yang duduk dalam jawatankuasa tu, sudah tentulah ada macam macam tugas yang kena dilakukan sehingga adakalanya nak duduk relax pun susah. Macam saya ni, memandangkan dah diberi tugas dokumentasi, maka senanglah sikit kerja kerana bab memegang kamera ni anytime boleh on saja...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net