A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Apr-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
The Khmer Trail V26.0

 
 


Mak Ai...Ejaan...


Tamat sudah edisi mengenai Angkor Wat dan kawasan-kawasan tarikan yang berhampiran. Satu hari suntuk diperuntukkan untuk kawasan ini, yang mana saya dah puluhan kilometer berjalan sepanjang masa itu. Itupun baru sebahagian kecil sahaja yang berjaya diterokai kerana masih ada lagi banyak candi dan tarikan yang tidak sempat dijenguk. Rasanya kalau nak tengok semuanya dari A ke Z mungkin kena habiskan 3-4 hari di sini.

Bila sudah keletihan dan kehausan, apa yang paling seronok dilakukan...? Sudah tentulah makan.... Dan ubat yang paling bagus untuk kaki yang keletihan adalah urut kaki. Yang itu tak ada gambarlah sebab masing-masing dah tertidur masa kaki diurut...nak buat macam mana, kombinasi antara keletihan dan kekenyangan memang ubat tidur yang paling kuat...

Dan untuk yang bertanya bila entry Cambodia ni nak habis, ada lagi entry-entry yang akan menyusul selepas ini...tapi dah dekat dekat dah dengan penghujungnya...

LOCATION : Princess Angkor Hotel, Siem Reap, Cambodia






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net