A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Apr-2009 16:12 Email | Share | Bookmark
The Khmer Trail V24.0

 
 




Okay...kita sambung semula dengan entry Cambodia setelah terbengkalai untuk beberapa waktu. Hehehe...ada lagi entry ni. Belum habis lagi...so kenalah bersabar sikit...

Satu perkara yang cukup menarik mengenai Angkor Wat ini adalah ukiran demi ukiran pada dinding batunya. Tak kisahlah ukiran bermotifkan apapun, yang pasti kehalusan seninya memang cukup dikagumi. Bayangkanlah macam mana mereka boleh mengukir batu yang sekeras itu blok demi blok sehingga mungkin mencecah puluhan atau mungkin juga ratusan kilometer panjang kalau disusunkan kesemua ukiran ini.

Saya yang semasa zaman persekolahan dulu pun tak terukir sebuku sabun masa pendidikan seni. Itu baru sebuku sabun. Ini blok batu demi blok batu yang diukir.





Apabila orang bercakap tentang tamadun, orang sering mengaitkannya dengan dunia Barat, kononnya masyarakat Baratlah yang memajukan satu satu tamadun. Tapi hakikatnya bukan demikian. Lihat sahaja Angkor Wat ini.

Pada masa Eropah masih dalam 'dark ages' (atau Zaman Kegelapan), masyarakat Asia sudah mampu membina tamadun. Sebelum Leonardo da Vinci atau Michaelangelo menghasilkan masterpiece mereka, orang Khmer telah terlebih dahulu menghasilkan hasil seni yang sebegini halus.

Oleh itu, siapa kata Barat hebat sangat...?

LOCATION : Angkor Wat, Cambodia






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net