A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Mar-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
The Khmer Trail V17.0 ~Besar Bak Gajah

 
 

Perhatikan Ukiran Gajah Pada Tembok Di Bahagian Background...


Menurut Cerita Inilah Padang Kawad Tentera Kerajaan Khmer...

Kita proceed ke Terrace of the Elephants pula. Yang ini pun terletak di dalam kawasan Angkor Thom . Berbanding struktur yang lain, yang ini bukanlah kuil tetapi merupakan kawasan terbuka yang dikatakan pernah digunakan sebagai 'padang kawad' untuk tentera kerajaan Khmer. Kira lebih kurang macam fungsinya Dataran Merdeka pada masa perarakan kemerdekaan la tu.

Dipercayai telah dibina oleh Raja Jayavarman VII pada penghujung abad ke-12. Bagaimanapun, kawasan ini, sebagaimana kawasan lain di sekitarnya, telah ditumbuhi semula oleh tumbuhan hutan apabila pusat pemerintahan kerajaan Khmer ini ditinggalkan secara tiba-tiba. Bagaimanapun, ianya berjaya ditemui oleh explorer Perancis iaitu de Mecquenem pada 1911 dan selepas itu, oleh H. Marchal pada tahun 1916. Berikutan penemuan itu, kawasan tersebut telah dibersihkan dan telah dijaga sebagai sebuah warisan dunia.





Apabila berdiri di tengah-tengah dataran ini, memang terbayang juga macam mana keadaannya waktu itu, dengan ratusan, mungkin ribuan, gajah dan kuda yang berbaris untuk diperiksa raja. Itu belum lagi dengan ribuan tentera yang bersiap sedia menerima arahan. Peh! Kira aktif juga pemikiran dan gambaran pada masa itu. Mungkin itu suatu pemandangan yang agak mengerunkan...mungkin juga satu pemandangan yang cukup mengagumkan...tak tahulah. Yang pastinya, di sinilah pusat keunggulan dan kecemerlangan kerajaan Khmer pada masa itu.

Sebagaimana Thailand yang menganggap gajah sebagai binatang suci, kerajaan Khmer juga menyanjung tinggi gajah. Masakan tidak. Gajah sebagai crane dia orang untuk mengangkat dan mengangkut batu-batu berat untuk pembinaan mereka...gajah sebagai kereta kebal mereka ketika perang...gajah juga sebagai Daimler untuk membawa raja mereka. Kira peranan gajah pada masa itu jauh lebih penting berbanding peranan gajah kini yang hanya menjadi penghibur di zoo...

LOCATION : Terrace of the Elephants, Siem Reap, Cambodia




Quote:

UP NEXT : Ta Prohm ~ Jungle In A Temple


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net