A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Feb-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
The Khmer Trail V13.0 - Edisi Pembuka Mata

 
 
 

Mula Mula Beli Tiket Dulu...

Siap Ada Gambar Lagi Tiket...

Tu Dia...Dah Sampai...

Quote:
"Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan), dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap). Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka." Surah Hud : Ayat 100-101


Inilah dia pintu bahagian selatan Angkor Thom, salah satu peninggalan dalam kawasan yang pernah menjadi ibu negeri kerajaan Khmer sekitar kurun ke-11. Walaupun kawasan ini kelihatan besar, dengan tembok setinggi lapan meter dan mengelilingi sejauh 12km, namun ianya hanya sebahagian kecil daripada kompleks Angkor ini. Satu persoalan yang sering sejarahwan bertanya adalah kenapa satu masyarakat yang maju dan mampu membina sebuah kota sebegini besar boleh tiba-tiba hilang tanpa sebarang kesan. Sebenarnya tak perlu kita tengok jauh untuk mencari jawapannya. Cukuplah ayat di atas menjadi bukti...

Sebab itulah entry yang ini saya gelarkan sebagai entry pembuka mata kerana banyak yang boleh pelajari daripadanya...

Kita tinggalkan yang itu. Ini adalah destinasi pertama pada hari ketiga, iaitu satu hari yang telah diperuntukkan untuk kawasan Angkor Wat. Ini baru yang pertama. Kalau yang pertama ini pun dah letih berjalan dan badan kuyup macam baru lepas mandi, bayangkanlah macam mana keadaannya apabila habis keseluruhan operasi petang nanti.

Bila dah kat sini barulah tahu rupa rupanya kena beli tiket pula nak tengok Angkor Wat. Memang pandai dia orang nak hidupkan industri pelancongan dia orang. Maklumlah...punca pendapatan negara yang utama. Yang menariknya, masa beli tiket kena ambil gambar pula. Menarik konsep tu.... Harga tiket pun boleh tahan..seorang US$20. Nasib baiklah Amira tak dikenakan bayaran bawah 12 tahun.





Angkor Thom, dengan keluasan kira-kira 10km persegi, telah dibina oleh Raja JayavarmanVII (yang memerintah dari 1181-1201). Selain mempunyai tembok yang tinggi mengelilinginya, parit selebar 100m turut mengelilingi dan dipenuhi dengan buaya sebagai keselamatan. Ia mempunyai lima pintu iaitu satu di bahagian utara, barat dan selatan (yang dalam gambar ini adalah di selatan) serta dua di bahagian timur.

Di dalam bahagian kota yang ini terdapat peninggalan beberapa peninggalan bersejarah yang lain termasuk Bayon, Baphuon dan Terrace of Elephants. Sebahagian besar dari tempat ini akan saya uploadkan apabila sampai masanya nanti.

LOCATION : Angkor Thom, Siem Reap, Cambodia

Sapa Lagi Comel...?


Quote:

UP NEXT : Masih Di Angkor Thom


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net