A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Feb-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V18.0 (Yelah...Dah Habis La Ni)

 
 
 
 
 
 



Akhirnya kita sampai juga ke episode terakhir travel journal ke Bali. Peh! Sebulan lebih juga nak menghabiskan semuanya. Ini baru saja Bali. Entah entah kalau ke Europe, mahu sampai tiga empat bulan baru nak habis semua episodnya.

Tak bolehlah nak buat apa sebab banyak bebenor gambar yang dibawa balik dari Bali. Nak sekali harung tak bestlah. So kenalah pecah pecahkan macam ni. Adalah diharapkan yang semua telah enjoy membaca apa yang saya tuliskan serta gambar yang saya paparkan selama ini. Kalau ada rezeki lain kali kita buat lagi untuk destinasi yang lain pula.



Sebenarnya Bali ni memang menarik, terutama untuk orang yang suka bahan bahan lama dan bersejarah seperti saya ini. Kalau orang lain saya tak tahulah samada akan enjoy sebagaimana saya atau tidak. Sebab itulah dua tempat yang sudah dimasukkan dalam senarai adalah Angkor Wat dan Borobudur.

Banyak sebenarnya yang boleh kita pelajari dari apa yang dilihat. Bukankah dalam al-Quran telah disebutkan mengenai kaum kaum terdahulu yang telah dimusnahkan Allah dan kota kemegahan mereka saja yang tinggal untuk dijadikan sebagai iktibar untuk kaum terkemudian? Dalam konteks ini, banyak sebenarnya yang boleh kita pelajari apabila melihat tempat tempat yang sebegini, yang suatu waktu dahulu cukup gah tapi kini sunyi sepi terbiar.



Yang pastinya, pengalaman di Bali akan menjadi sebahagian lagi catatan kehidupan yang tidak pernah terhenti. Inilah yang dikatakan sebagai pengalaman hidup dan pengalaman hidup itulah yang akan mendewasakan kita dan menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada, lebih lebih lagi apabila menyaksikan kepayahan serta kekurangan mereka di sana.

Ke mana destinasi seterusnya? Tak tahulah lagi. Tapi kalau ikutkan hati memang banyak lagi tempat yang nak pergi. Kenalah tunggu sampai habis election dan pemilihan parti Ogos ini sebelum boleh plan apa apa.

LOCATION : Ngurah Rai International Airport, Bali



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net