A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-Feb-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V17.0 (Edisi Bila Nak Habis Ni?)

 
 
 
 



NOTE: Kepada yang bertanyakan mengenai gambar election seperti Saudara Mechattax , well gambar kempen dan election memang akan diuploadkan bila sampai masanya nanti...itupun kalau sempat mencuri masa la.

Sudah masuk hari keempat, iaitu hari terakhir berada di Bali. Mak ai. Cepat sungguh masa berlalu. Pi mai pi mai dah sampai pun masa untuk balik semula ke Malaysia.

Memandangkan flight malam maka tak ada apa lagilah yang nak dilakukan sementara menantikan masa untuk check out dari hotel dan check in untuk flight home. Inilah masa untuk relax, rehat dan take things easy. Dok lepak kat hotel saja time ni…itulah selepas puas mandi pool dan puas mencekik.

Ini sebenarnya bukan kerana nak ke Old Trafford tengok game tapi lebih kerana sebagai satu protest sebab tak dapat nak tengok game Man United sebab akan berada dalam kapalterbang masa tu. Ingatkan terlepas tapi sebenarnya game start pukul 1 pagi.



Ini tambah seorang lagi yang berbaju merah. Ala…tak kisahlah…sesekali bergambar biarlah nampak macam boria Sungai Pinang terus. Tak salah kalau jadi hardcore fans…asalkan jangan hardcore yang lain sudahlah.

Tunggu juga kalau kalau ada fan Liversfool ke, Arsengal ke (yang team biru tu tak payahlah nak sebut…tak tersebut lidah ini akan pasukan Israel tu) yang lalu…boleh juga kutuk atau baling botol kat dia orang…



Sebenarnya jalan jalan macam ni memang menyeronokkan lebih lebih lagi kerana dapat tengok tempat orang yang selama ini kita hanya mendengar atau membaca mengenainya saja. Tapi rasanya yang lebih enjoy adalah budak budak kerana mereka ni memang pantang berjalan. Tak kisahlah jalan ke mana pun, hatta ke 7-Eleven sekalipun, mesti sudah cukup menyeronokkan. Lagipun inilah kali pertama dia orang naik kapalterbang. So excited tu memanglah lebih. Macam saya yang dah muak naik kapalterbang, masa penerangan tentang emergency evacuation pun masih boleh bantai tidur…

Yang pastinya, macam yang sering dikatakan, jauh perjalanan luas pemandangan. Jauh perjalanan ringan poket…



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net