A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-Feb-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V16.0

 
 
 
 
 
 
 
Aisey...FP hampeh ni sudah buat lagi dah....rasa cam nak bom je FP ni...



Da Pool…Da Pool

Walaupun kawasan Kuta sering dikaitkan dengan pelbagai aktiviti malam, especially night clubs dan discos, namun waktu malam semasa di Bali bolehlah dikira sebagai agak membosankan. Selain menghabiskan masa mengambil gambar malam di sekitar hotel, adalah juga berjalan jalan sedikit di kawasan Kuta sambil tengok barangan yang dijual.

Nak menjenguk ke disco atau night club tak berani pula. Maklumlah tempat ni semua sering dikunjungi oleh warga barat dan manalah tahu kalau kalau ada yang menjadikan mereka sebagai sasaran sebagaimana insiden pengeboman dulu. Tak pasal pasal nanti orang kena kikis daging yang bersepai dari dinding dan siling disco pula…

Aktiviti yang paling menarik pada waktu malam adalah melepak dalam bilik sambil tengok TV Indonesia. Macam mana menariknya tu? Yelah…tengok cerita yang mengandungi subtitle dalam bahasa Indonesia. Maka berderailah ketawa kita orang sambil membaca apa yang ditulis dalam bahasa Indonesia tu. Kira funlah juga. Mengalahkan tengok Senario atau Raja Lawak (Bodoh).


I Believe I Can Fly…

Berbeza dengan tiga hari pertama di Bali, hari keempat atau hari terakhir banyak dihabiskan di sekitar hotel saja. Tak ada sebarang trip untuk hari ini walaupun saya sendiri tahu yang banyak lagi tempat yang belum pergi di sini. Sebenarnya tempat tempat yang pergi tu hanyalah dalam 30 atau 40% saja dari keseluruhan tempat menarik di sini. Kalau ikutkan hati memang dah extend stay di Bali bagi membolehkan tempat tempat yang dilawati. Memang dah tergerak pun hati masa tu. Tapi nak buat macam mana. Tiket balik dah confirm. Tambahan pula dengan kerja dan budak bercuti lagi.

Rasanya lain kali kena ambil cuti sebulan untuk datang semula ke sinilah. Mungkin sebulan baru memadai untuk melawat semua tempat yang ada di sini. No pay leave pun no pay leave la asalkan dapat tengok semua tempat ni. Barulah puas hati.


Kalau Kata Three Stooges Marah Pula Nanti…

Sebenarnya hari yang last ini memang telah lama dinantikan oleh budak berdua ni. Sejak first sampai dia orang asyik dok kecoh nak mandi pool. Nak buat macam mana dua dua hantu pool (pool yang ini tak best…kalau pool yang gunakan meja ala snooker tu best). Memandangkan hari hari lain banyak dihabiskan dengan berjalan dan sebelah malam pula masing masing dah separuh mati dan tak boleh temankan dia orang mandi pool maka hari terakhir inilah yang amat mereka nantikan.

Cubalah bayangkan, dari Melaka lagi dah planning nak mandi pool. Kalau tidak masakan dak adik siap bawa swimming suit untuk kegunaan di sini. Adei! Macamlah di seluruh Melaka tak ada pool sampaikan ke Bali pun cari pool. Lelaki tak payah nak pening kepala fikir pasal swimming suit. Seluar Bermuda yang dipakai sudah cukup untuk digunakan. Susah susah terjun je dalam pool dengan seluar kecik…


Da Pool…Da Pool…Lagi…

Pagi pagi buta dah nak mandi pool. Air pula sejuk macam gila. Maka mengigillah macam orang kena demam kura saja. Sejuk tu satu hal la. Dia orang ni bila dah jumpa pool kecoh mengalahkan pasar Jalan Pudu. Itu belum lagi macam macam style terjun yang tidak akan anda jumpa di mana mana kejohanan diving. Yang dewasa pula sampai serak suara sebab dok menjerit bila dia orang buat stunt macam stuntman Hollywood.

Itulah satu sebab mengapa saya tak berapa berminat nak join dia orang kat pool. Stress sesangat wo. Dahlah kat office stress…atas jalanraya stress…takkanlah time cuti pun nak stress. Botaklah kepala gue macam ni.

LOCATION : Oasis Kuta, Bali

NEXT : Masih Lagi Kuta Kute Kuti Kuto Kutu (sib baik bukan Kunta Kinte…ada sesiapa yang ingat Kunta Kinte lagi tak?)


Puan Supervisor Tengah Menyupervise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net