Want your
own Fotopage?

















 

A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 17-Feb-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V15.0 (Edisi Masih Tak Habis Habis)

 
 
 
 
 
 



Sebelum sampai ke Bali ni, satu satunya tempat yang saya tahu atau kenal adalah Kuta. Satu kerana sering terbaca mengenai aktiviti surfing di sini dan kedua kerana insiden pengeboman di sini. Saya rasa ramai yang juga pernah terbaca ataupun tahu mengenai tempat ini memandangkan ianya adalah kawasan yang paling popular di seluruh Bali

Berdasarkan reputasi inilah saya mengambarkan yang Kuta adalah sebuah kawasan yang cantik dan serba happening. Tapi bila dah sampai ke sana, lain pula ceritanya. Teringat pula kata kata ‘indah khabar dari rupa.’ Tak tahulah macam mana penerimaan orang lain tapi bagi saya ini bukanlah sebuah kawasan pantai yang cantik sebagaimana yang sering diuar uarkan. Saya rasa banyak lagi pantai di Terengganu yang jauh lebih cantik dari ini.

Bagi mereka yang sering mengatakan bahawa pantai di Malaysia adalah kotor, maka mereka perlulah ke sini kerana ketika itulah mereka akan sedar betapa di Malaysia adalah jauh lebih baik. Kotor di sini bukan kerana sampah sarap tetapi kerana bunga bunga dan bahan lain yang digunakan untuk pemujaan memenuhi ruang di pantai ini. Ini termasuklah yang telah dihanyutkan ombak sehingga terapung apung di air. Itu belum lagi jerangkap samar yang ditinggalkan puluhan anjing yang berkeliaran di sini.



Sebut saja Kuta maka ramai yang akan menggambarkan sebuah kawasan yang sering digunakan untuk surfing. Nampaknya bukan saja mat salleh yang gemar surfing ni kerana nampak ada warga Asia yang turut mengilainya. Surfinglah yang telah menaikkan nama Kuta

Reputasi Kuta sebagai sebuah kawasan untuk bersantai telah bermula sekitar tahun 1930an apabila Muriel Pearson, atau turut dikenali sebagai Ketut (bukan kentut) Tantri, membuka sebuah hotel di sini. Itulah permulaannya kerana selepas itu semakin banyak hotel dibuka di sini sehinggakan menjadi Kuta sebagai kawasan di Bali yang paling mewah.

Sebagaimana di Autralia dan Hawaii, keadaan laut yang terbuka luas tanpa sebarang halangan telah menyebabkan laut di sini cukup bergelora dan sesuai untuk surfing, Sekiranya ada yang bercita cita nak surfing di sini, maka anda dinasihatkan mencuba dengan menggunakan ironing board di rumah dulu sebelum mencuba di sini…



Kalau di KL orang sering bercerita mengenai Hard Rock dan keadaannya yang serba happening. Tapi dalam banyak banyak Hard Rock, rasanya yang paling dikenali ramai adalah Hard Rock Bali. Sudah banyak kita nampak orang memakai baju Hard Rock Bali di Malaysia. Tapi tak tahulah samada yang benar benar dibeli di situ ataupun yang dibeli di pasar malam.

Untuk makluman, Hard Rock Bali ini adalah diurus oleh syarikat yang sama seperti Hard Rock KL iaitu Concorde Group, yang kini dalam proses membina sebuah hotel dan service apartment di pinggir Sungai Melaka.



Inilah dia pantai Kuta yang terkenal itu. Bila diperhatikan pada masa tu tak adalah ramai sangat yang mandi laut. Tak macam di Malaysia yang sentiasa penuh dengan orang. Mungkin masanya tak sesuai. Mungkin mereka tak berani sebab takut dihempas ombak yang kuat. Macam macam.

Macam saya, keadaan pantai seperti yang saya nyatakan tadi telah mematahkan apa jua keinginan untuk cuba berendam di sini.



Kuta bukan saja terkenal dengan pantainya atau ombaknya, tapi juga dengan kawasan berjual beli seperti di Ubud dan Tanah Lot. Barangan yang dijual di sini sebenarnya hampir sama saja dengan yang didapati di kedua dua tempat yang disebutkan itu. Cuma harga di sini boleh menjadi tinggi kalau kita tidak pandai tawar menawar. Maklumlah, ramai yang bertumpu di sini.

So di sini hanyalah sekadar survey apa yang patut kalau kalau ada yang terlupa beli. Mana tahan kalau asyik nak membeli saja. Silap silap datang ke Bali dengan dua beg baju, masa balik kena bawak dua kontena pula.



Secara keseluruhannya, keadaan di sini adalah selamat walaupun pada waktu malam. Saya sendiri pernah berjalan jalan di area Kuta pada jam 1 pagi dan alhamdulillah, tak ada apa yang berlaku pun. Cuma kenalah play it safe dan be street wise. Yang penting kenalah alert dengan persekitaran.

Tetapi mereka yang lemah semangat adalah digalakkan jangan keluar malam. Bukan apa. Takut tetiba terserempak dengan patung yang saiznya dua tiga kali ganda lebih besar dari manusia. Tak pasal pasal nanti ada pengsan atas jalanraya pula…

NEXT : Masih Lagi Kuta


ko ne...buat akak teringin nak menjejak kan kaki kemari tau... ...berapa ribu gambar ko snap kat bali ni da... Sat 16-Feb-2008 14:14
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
dorang ni macam semua tempat jadi tempat pemujaan .... . (Teringat Pantai Morib.....) Sat 16-Feb-2008 15:12
Posted by:yatie  - [Link]
peh..banyak betul edisi ye..
mau tak penat kaki berjalan..
Sat 16-Feb-2008 17:21
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
salam bro jeff.. lama tak jenguk sini.. rupa2nya entry bali lom habis lagi...
mmg berjalan sakan le.. kalo zaman digital camera lom wujud, rasanya dah berpuluh2 roll filem yg abis ni
Sat 16-Feb-2008 19:25
Posted by:ummiNurin  - [Link]
Yup jawapan nye Imran Ajmain... bro lepas ni edisi ke negara mana plak...!? Sat 16-Feb-2008 21:13
Posted by:Mr. Bye  - [Link]
Tak tahulah kenapa...mama ni kalau sebut surfing, mesti dok teringkatkan Jaws! Sun 17-Feb-2008 02:02
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
banyak tul gambo eh....ni mesti habih satu pulau duk g round... Sun 17-Feb-2008 03:01
Posted by:maklang  - [Link]
tiap kali masuk sini, nampak Bali...
* teruk jugak ye pantai diorang...
Sun 17-Feb-2008 03:07
Posted by:yOnG*ibu Chempaka  - [Link]
Kuta Beach tempat kena bom tu ke? Sun 17-Feb-2008 03:10
Posted by:Edoras  - [Link]
I like the idea of using the map. Sun 17-Feb-2008 04:20
Posted by:Rajiv Chopra rajiv.rajivchopra@gmail.com  - [Link]
Makin lama tengok gambar bali nie, makin teringin rasa nak pegi... Sun 17-Feb-2008 05:33
Posted by:alchemist  - [Link]
seronoknya tgk photo2 ni..tapi pantai x brapa elok melainkan ombak dan surfing ppl..dulu 1 ofis dah ready nak tour ke sana..tapi masa tu hati x brapa sedap nak pegi.. jadi kita tukar plan ke Koh Samui aje.. mmg kami bernasib baik, tarikh yg sepatutnya kami rest kat hotel Kuta, tempat tu kena bom.. syukur Alhamdulillah tak terhingga masa tu..if not kesian mak bapa saya.. Sun 17-Feb-2008 05:45
Posted by:iszeybaby  - [Link]
ha'a la..tgk gbr pantainyer xder la cantik mana ponn...kt mesia lg cantik nih
tp geram la tgk bj yg bergantung2 itewwwwwwwww
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
interested in
-perfume
-skII
-jewellery
-or anything from japan (just request!)

free shipping!

visit http://husnasakura.fotopages.com

personal fp http://hafiizh.fotopages.com
Sun 17-Feb-2008 08:09
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]
mcm terasa nak pegi ke bali jugak la,,,seronok tgk bro jeff ngan family holiday kat bali,,, Sun 17-Feb-2008 09:19
Posted by:Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com  - [Link]
huuuhhh mcm2 citer psl bali yek..syoknyer ur family g sana tingin nak g gak..heeee tp klu dah tgk pic kt page jeff nih..dah mcm g sana lak..mcm2 adaaaa...tgk tmpt shopping diorang cam best jer murah ker...? biler jeff g bali ni..skang masih der kat saner lg ker...?
tima ksh view page jue yg x seberapa nak pandai amik pic tuu hrp tunjuk ajar dr jeff okey...
Sun 17-Feb-2008 09:37
Posted by:jue...  - [Link]
macam2 aktiviti ye..sure beratus2 gmbr bro amik kan Setiap gmbr tu tersimpan kenangan yg tersendiri Sun 17-Feb-2008 10:31
Posted by:emy-mama Fahim  - [Link]
Mmg setuju dgn Bro ttg keadaan Pantai Kuta ni. pantai kat Trg atau lain 2 tempat di M'sia ada yg lebih cantik dan bersih dari Kuta. Tapi bab nak shopping mmg byk pilihan di Kuta...kalau bawa balik beg extra tu pastilah...... Sun 17-Feb-2008 10:36
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
penyebab utama aku suka fp, selain drp gambar2 yg menarik, ialah muzik latarnya yg sgt 'tenang & tenteram'. oleh itu, tanpa malu dan segan silu, aku nak mohon, agar sudi apalah kiranya abg jeff send kan muzik latar fp ni ke emel ku my_halim@yahoo.com AKU BERHARAP SGT TQVM Sun 17-Feb-2008 10:45
Posted by:TOKWAN my_halim@yahoo.com  - [Link]
Betul tu Bro, kalau tak kena gaya.. tak dapat tahan nafsu.. ada yang balik dengan 2 kontena yang penuh dengan barang-barang. Tapi kalau nak buat bisness.. no hal kot kalau sampai 5 kontena pun.. Sun 17-Feb-2008 15:48
Posted by:Sabrina  - [Link]
wah bro banyak lagi nih koleksi BAli
tang tempat shopping tu rasa berkenan pulak. Bila lah dapat pergi erk
Sun 17-Feb-2008 16:02
Posted by:dOd  - [Link]
aiiiiiiiiiiikk ingatkan dah abis entry bali
tu lee kemana kita pergi Malaysia still the best
Sun 17-Feb-2008 16:32
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Thanks..Jeff for the Welcome Note!

Appreciate it..
Sun 17-Feb-2008 17:10
Posted by:DianaDee dianamarzuki@yahoo.com  - [Link]
hotel ni ke yg famous sebab ...... hari tu? Mon 18-Feb-2008 02:28
Posted by:fazizaid  - [Link]
ingatkan gambar Jeff nak pi wind surfing tadi tu.... Mon 18-Feb-2008 03:10
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
nggak papa kok mas emang terhibur trus ngikuti kisah bali ehehheheheh. talking bout over commercialised that's what happen to kuta beach. janji dah sampai ehehhehhe Mon 18-Feb-2008 03:59
Posted by:kuchai  - [Link]
hmmm.. kalau cam ni la rupa pantai kat situ, cantik lagi pantai kat msia kan bro... tak yah gi t'ganu, lawa lagi TC tu... Mon 18-Feb-2008 04:01
Posted by:kamalina  - [Link]
Seronoknya Melancong Ke Bali....Bila Dapat Pergi Kesana Ni? Mon 18-Feb-2008 04:17
Posted by:Kak Leen / MamaLeen  - [Link]
you're right on about Malaysia having nicer and cleaner beach than Kuta, but too bad don't have the big waves for surfing!! Mon 18-Feb-2008 04:31
Posted by:mummy jam  - [Link]
wah..bestnya pi Bali bro.. Mon 18-Feb-2008 04:52
Posted by:fadzliali  - [Link]
bali beb...best giler... Mon 18-Feb-2008 05:16
Posted by:mama kimi  - [Link]
salam abg jeff....entry kali ni mcm frust jer...drpd pics kat Kuta ni, Ila rase cantik lg pantai kt mesia...
anyway, at least kite dpt tgk dgn mate sendiri mcm mane keadaan negara org. jauh perjalanan luas pemandangan, tambah pengalaman...
Mon 18-Feb-2008 05:23
Posted by:Ila  - [Link]
bestnyer Bali....boleh la u recommend the right place to go there.... Mon 18-Feb-2008 05:43
Posted by:zeti zain zerasofia@hotmail.com  - [Link]
soping kak gieeee..sopinggggg..jgn x sopinggggg..!!!!!!! Mon 18-Feb-2008 06:08
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
yer la bro..kalo tgk gambo pntai kuta tu...ratus2 kali lagik cantik pantai kt mesia nih...cam kotor giler jek...siap ada jerangkap samar dari anjing2 liar...huihh geli la plak nk mndi..PD yg sntiasa penuh every weken tu pn better la saya rasa.. Mon 18-Feb-2008 06:10
Posted by:sham  - [Link]
bro berapa lama kat bali...... Mon 18-Feb-2008 06:50
Posted by:paparock  - [Link]
bab shopping ni paling best...
banyak borong yer...
Mon 18-Feb-2008 07:21
Posted by:Mama Mya  - [Link]
syurga shopping nie...kalu pi kena standby $$$$$$$ byk2..baru best.. Mon 18-Feb-2008 08:14
Posted by:mama dina ita_0910@yahoo.com.my  - [Link]
brp lama bro kat bali ni... byk lagi edisi yg nk ditulis nih... hehhe.. x pe, x boring wati membacanya.. teruskan menulis ya.... Mon 18-Feb-2008 08:30
Posted by:umi solehah yusof itawaizurfosuy3479@yahoo.com  - [Link]
sbb dah kena bom kot, langsung pantai jd tak cantik.
err...t shirt hard rock bali takde ke satu bro...size S ye..hehe.
Mon 18-Feb-2008 09:13
Posted by:akuriangria  - [Link]
patung apo yang bosa sangat tu bro jeff.

booby trap ateh pasir pantai tu yg lotih tu...

p/s hindraf yg hampeh itu buat hal lagi. bengap betullah mereka tu. di boghi botih nak poho....

Entryku hari ini

Khemah kendughi kek tongah laman
Renda-renda menyomak mato
Angkek pinggan, sampah dan cawan
Ponek badan tak dapek nak kato
Mon 18-Feb-2008 10:27
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Bila baca cerita kau ni ....... tawar lak angan-angan nak ke Bali Mon 18-Feb-2008 10:53
Posted by:baning  - [Link]
* Alamak..kotornya pantai dia. Surprisingly kat Koh Samui pantai nya cukup bersih. Pagi2 keluar ke beach ada org dok menyapu lagiii....
* Ahakkss..hubby kita punyer lah suka dapat t-shirt Bali Hard Rock Cafe tuu, cenderahati dari kwn dia pi sana last year.
* OOpppppsss.shopping ek, mcm kita lah masa pi Guangzhou hujung tahun lepas. Pi dgn 4 bag, balik siap kena tumpang kontena..
* Apa2 pun elok pi dan lihat dgn mata kepala sendiri supaya tak "indah khabar dari rupa".....
Mon 18-Feb-2008 11:30
Posted by:rinnchan  - [Link]
abg x surfing ke?

tp nape banyal sampah situ... ke baru lepas tsunami...heheheh
Mon 18-Feb-2008 12:26
Posted by:lex hot_speedy2005@yahoo.com  - [Link]
adus panjg betul Bali version ni bro..mesti duit byk melayang kan..
a'ah lah..beach dia x cantik pon kan..kalo saya mesti geli nk tanggal selipar..
tp kalo ada peluang p sana mesti best!!
Mon 18-Feb-2008 13:08
Posted by:mamaniza  - [Link]
pheeeeeeeeewit! seksi betoi anak dara abg jeff posing tu
ramai betoi org kt pantai tu. pasai pa abg jeff x join surfing sekali?
Mon 18-Feb-2008 16:55
Posted by:mummy sofie  - [Link]
hish, hodoh benar pantai Kuta ni....
lawa lagi pantai cherating.....
Mon 18-Feb-2008 17:35
Posted by:marlin  - [Link]
- - saya spot kt kawasan jual beli tu bro ... Tue 19-Feb-2008 06:55
Posted by:aliz_mie  - [Link]
part shopping la plg best.. mmg tak dpt dipisahkan ngan kaum wanita.. Mon 25-Feb-2008 15:37
Posted by:laila hajar lieylaz@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.