Want your
own Fotopage?

















 

A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Feb-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V12.0

 
 
 
 
 
 
 


Meru Di Pinggir Danau

Lepas makan makan di Pacung maka perjalanan pun diteruskan ke Danau Bratan, yang terletak hanya beberapa kilometer dari Pacung. Kalau cuaca di Pacung adalah sejuk dan nyaman, di sini keadaannya adalah lebih nyaman dan sejuk. Tapi tak adalah sesejuk kat London atau New York. Tapi cukuplah sejuk kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur.

Perjalanan ke sini adalah agak memeningkan kepala memandangkan keadaan jalan yang bengkang bengkok semasa mendaki. Kira macam nak ke Gentinglah. Kena pula baru lepas makan. Nasib baiklah tak ada yang membuat keputusan drastik untuk muntah. Kalau tak mahu spoil satu trip.

Apabila sampai di kawasan Danau Bratan, keadaan mula kelihatan seperti di Tanah Rata, Cameron. Kenapa? Sebab banyak sungguh gerai yang menjual bunga dan buah-buahan serta sayur-sayuran iklim sederhana. Memang tak ubah macam di Cameron Highlands. Sayangnya tak ada kesempatan untuk berjalan jalan di pasarnya kerana mesti seronok dapat tengok secara dekat kehidupan orang di sini di samping mengambar gambar yang tentunya cantik dengan pemandangan pasarnya. Itulah disadvantage kalau bukan drive sendiri.



Dan untuk pertama kalinya di Bali, kelihatanlah ayat-ayat al-Quran serta kalimah Allah dan Muhammad terpampang di kedai, gerai dan rumah di kawasan ini. Dan untuk pertama kalinya juga kelihatanlah wanita-wanita yang bertudung. Semasa nak balik dari sini barulah ternampak masjid buat pertama kalinya di Bali. Tapi saying sebab dah terlepas dan masa pula tidak mengizinkan untuk berpatah balik untuk ambil gambar.

Patutlah saya pernah dimaklumkan bahawa penduduk Islam di pulau ini hanyalah beberapa peratus saja. Atau dalam kata lain minoriti. Selama di sini inilah baru pertama kali ternampak sebuah masjid walaupun saya ada dimaklumkan bahawa ada sebuah lagi di area Denpasar. Cuma saya sendiri tak nampak lagi dengan mata sendiri.



Berbeza dengan Danau Batur yang merupakan tasik dalam kawah sebuah gunung berapi, Danau Bratan ini adalah sejenis techtonic lake atau tasik yang terbentuk apabila air hujan memenuhi rekahan pada bumi selepas berlakunya gempa. Ini dikatakan telah berlaku jutaan tahun lalu dan apa yang dilihat hari ini adalah merupakan hasilnya.

Danau Bratan terletak di antara Gunung Bratan dan Gunung Catur, sebuah gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi. Danau ini adalah merupakan danau yang kedua besarnya di Bali dan ia terletak pada ketinggian kira kira 1,200 meter dari aras laut.

Persekitaran danau ini adalah cukup sesuai untuk bergambar, lebih lebih lagi sekiranya menggunakan gunung sebagai backdrop. Kena pula time berkabus nipis. Memang nampak macam kat overseas habis. Aisey! Bali memang overseas pun…



Walaupun kawasan ini adalah merupakan kawasan majoriti penduduk Islam, namun masih juga terdapat sebuah kuil di sini, iaitu Pura Ulun Danu Bratan. Ia dikatakan sebagai antara bangunan kuil yang tercantik di Bali. Tercantik bukan kerana binaannya tapi kerana persekitarannya yang indah.

Pura ini telah dibina sekitar abad ke-17 untuk menghormati Dewi Danu, iaitu Tuhan Air bagi masyarakat sini. Mereka percaya bahawa penyembahan untuk Dewi Danu ini akan menurunkan lebih banyak hujan, sekaligus menyuburkan lagi tanaman mereka. Dikatakan pada masa masa tertentu, akan diadakan pelbagai upacara di sini bagi tujuan tersebut. Tapi masa saya di sini tak ada pula upacara tersebut melainkan seorang dua yang sedang menunaikan hajat mereka di dalam bangunan kuil.



Kalau ikutkan hati memang tak nak tinggalkan tempat ini sebab persekitarannya cukup indah sekali, ditambah pula dengan keadaan cuaca yang begitu nyaman. Tapi memandangkan cuaca semakin mendung, dan kabus sudah semakin menyelubungi kawasan tersebut, maka terpaksalah turun juga. Kalau tidak mungkin terpaksalah menunggu sampai kabus hilang dulu. Yang pastinya, keadaan di sini boleh berubah dari cerah kepada berkabus dalam masa yang cukup singkat.

NEXT : Tanah Lot


::salamm::
Hai abg jeff,,lama betul saya tak tervisit kat entry abg ni..banyak sangat kengkangan utk saya nak on9 or update entry2 saya,,nwayy,,banyaknyer versi bercuti ke bali...syoknyer bersama kuarga lak tuh...entry ni pun dah ader lagu,,he:)..pepe pun,,,bestlahh..take care ek salam
Fri 8-Feb-2008 17:30
Posted by:atinaismail  - [Link]
memang nyaman dan indah...
Fri 8-Feb-2008 18:06
Posted by:farah farahnri@yahoo.com  - [Link]
memang nyaman dan indah...
Fri 8-Feb-2008 18:13
Posted by:farah farahnri@yahoo.com  - [Link]
suko gambar yang last tu!! Fri 8-Feb-2008 18:21
Posted by:yong  - [Link]
askum.. mr jeff .. berjalan sakan nampaknya dia no..

http://www.omaQ.org
Fri 8-Feb-2008 19:43
Posted by:omaQ miloki@gmail.com  - [Link]
'HAPPY FAMILY'
untung jadi anaknya
bro, kalau sebut BALI semua urang mesti terbayangbayang dah suasana nya camana kan
Fri 8-Feb-2008 20:07
Posted by:dOd  - [Link]
my fav last pic'a...siap ada perspektif lg..cun..
seronok nyer cuti2 makan agin yea...byk citer yg dikongsikan..
Fri 8-Feb-2008 21:11
Posted by:yuzz  - [Link]
nice!!! tak terpegi pegi lagi bali ni sebab my hubby takut bombing.. ayooo.. Sat 9-Feb-2008 05:18
Posted by:syasya22  - [Link]
bro we all dah balik dari KL ni....he...he Sat 9-Feb-2008 07:42
Posted by:aida alisdaniaazhar@yahoo.com.my  - [Link]
Bali tu obersea lah Bro.... Kiranya Bro ni melancong ke obersea la ye tak? Hehehe tapi betul cakap Bro.. tengok kabus nipis tu macam rasa kat obersea kan.. Dulu masa belum ada global warming ni kat M'sia pun boleh experience kabus nipis ni.. masa tu seperti yang Bro cakaplah.. 'macam kat obersea' hehehe Sat 9-Feb-2008 10:12
Posted by:Sabrina  - [Link]
gambar nak ke toilet pun lah masuk entry how many days u spent there in Bali actually ? seems like you were there for ages... puas tengok gambar2 yang you share ngan kita orang sepanjang u n family kat sana tu ... Sat 9-Feb-2008 15:13
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
wah bestnye bercuti... Sat 9-Feb-2008 15:16
Posted by:fadh  - [Link]
mmg cantek kawasan nih Sat 9-Feb-2008 15:40
Posted by:za  - [Link]
seronoknye bro Jeff.....byk tempat menarik ler kat sane..... Sat 9-Feb-2008 16:50
Posted by:WanZee  - [Link]
Cantik gambar famili tu...mmm...mulalah nak terkenang Malawi ni... Sat 9-Feb-2008 17:19
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Frankly speaking bro jeff,
deep inside me................your are always my inspiration to keep up with my passion for art and photography...................from the first day i met you here in FP till now..............you are always near to me although we never met truly...................

Forever I will salute and stand by my words that you are truly a fFRIEND indeed.

Thanks for all you have said and I cherish them all to keep burning my passion for the sake of Photography.
Cheers Bro...............shall Allah meet us one day...........hopefully.
Sat 9-Feb-2008 20:46
Posted by:tokjanggut1961 azam61pd@yahoo.com  - [Link]
Cantiknya tempat ni....kene masukkan tempat ni dalam wish list tempat yg nak pegi...seronok bro bercuti dgn keluarga... Sun 10-Feb-2008 00:31
Posted by:ed  - [Link]
puas ati berjalan 1 bali nih bro...cayalah..hehe Sun 10-Feb-2008 00:37
Posted by:arulz  - [Link]
puas ati berjalan 1 bali nih bro...cayalah..hehe Sun 10-Feb-2008 00:40
Posted by:arulz  - [Link]
cantinya pemandangan kat bratan ni..kuil ditepi tasik..kene plak ade bukit bukau kat blakang tu ngan kabus lg..satu pemandangan yg cantik..hehe Sun 10-Feb-2008 02:30
Posted by:fikri (along)(ilham Lensa) fikri_levtech@yahoo.com  - [Link]
gambaq entry toilet tu yg paling best!!
Sun 10-Feb-2008 03:58
Posted by:kak aida alisdaniaazhar@yahoo.com.my  - [Link]
bro jeff mmg btol2 berjalan nie biler dpt kesana nie?? best btol family vbro jeff, dpt jalan sama2

nota kaki busuk : FP saya dh update ... kalo ader free time, moh click link tu ... tq coz singgah b4 dis
Sun 10-Feb-2008 13:51
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
Bro.....memang cantik la pemandangan sini......
mcm pemandangan dlm citer hindustan la pulak....time diorang joget-joget tu.....
Sun 10-Feb-2008 15:18
Posted by:marlin  - [Link]
wa... bestnya kalau dapat tido smlm dua kat tempat sejuk gini. Sun 10-Feb-2008 15:48
Posted by:yatie  - [Link]
abg jeff ni p holiday kt sana sbulan ka? rasanya 1 week ja kan. tp awat rasa mcm lama sgt tah. jeles cheq nih!
Sun 10-Feb-2008 16:27
Posted by:mummy sofie  - [Link]
Cantik gambar bro sekeluarga .....
sayang nya hari tu tak pergi tempat ni...menarik pemandangannya.....
Mon 11-Feb-2008 02:36
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
wah tmpt ni sejuk ye bro.. mesti best kan??? suka la tgk building2 kat sini.. unik & cantik sgt!!
** gambar 1 family tu sapa yg shoot?? pemandu pelancong tu ke guna tripod??
Mon 11-Feb-2008 10:16
Posted by:kamalina  - [Link]
cantik Mon 11-Feb-2008 12:02
Posted by:mama @nis  - [Link]
wah!! byk nyer tempat en jeff pg huhuu...best2 secara x langsung bg pgetahuan kat membe2 fp yg nak melancong ksana hehe Mon 11-Feb-2008 14:01
Posted by:ieba  - [Link]
I went to a farm near this lake, and my god, the roses there were as big as my face!! Tue 12-Feb-2008 06:58
Posted by:mummy jam  - [Link]
waaaa..bestnya bcuti di bali..sy tingin nak pegi..tp takut naik kapal terbang!huhuhu Tue 12-Feb-2008 07:14
Posted by:joezakaria  - [Link]
- - nyaman sekali..saya suke akan kehijauan... Tue 19-Feb-2008 06:27
Posted by:aliz_mie  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.