Want your
own Fotopage?

















 

A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Feb-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V11.0

 
 
 
 
 
 
 
 



Bila dah penat dan berpeluh berjalan jalan di Taman Ayun Mengwi, memang tiada yang lebih best untuk dilakukan bila masuk dalam kenderaan yang berair con selain dari membutakan diri (tidur la tu…bukan mengKassim Selamatkan diri!). Kena pula perjalanan dari Taman Ayun Mengwi ke Bedegul ni agak jauh. Adalah dalam sejam juga.

Ini ditambah pula dengan keadaan jalan yang tak berapa elok sehingga anda berasa seolah olah sedang naik buaian pula. Itu yang best layan mata tu. Memang dah tak sedar dah sejauh mana berjalan. Sedar sedar saja dah sampai kat restoran ni. Biasalah kan. Lepas membuta mestilah nak mencekik pula. Kira berjalan seiringan juga membuta dan mencekik ni.



Dari dalam kenderaan yang dinaiki memang tak nampak sangat apa keistimewaan tempat ini melainkan sebuah restoran yang terletak di tepi jalan. Untuk mengetahui apa yang istimewanya kawasan ini kenalah keluar dari kenderaan dulu. Jeng Jeng Jeng.

Benda pertama yang saya sedar apabila keluar dari kenderaan adalah kedinginan kawasan sekeliling. Barulah saya sedar yang rupanya kami semua sudah berada di kawasan tanah tinggi. Memang segar dan dingin persekitaran. Malahan, kedinginannya lebih terasa berbanding semasa di Kintamani. Mata yang mengantuk terus jadi segar bila nampak persekitaran yang menarik dan indah.

Rupanya destinasi kami yang seterusnya iaitu Danau Bratan cuma terletak beberapa kilometer saja dari sini. Senang cerita, kalau di Malaysia, Bedegul ini adalah kawasan Gohtong Jaya manakala Danau Bratan adalah Resorts World. Kan senang nak bayangkan kalau dah macam tu.



Satu perkara yang menarik mengenai restoran ini adalah area balconynya yang betul betul mengadap ke bahagian tebing gunung dengan pemandangan yang cukup menarik. Ingatkan nak duduk di bahagian tersebut sebab boleh ambil gambar pemandangan sambil makan. Rupa rupanya dah ramai mat salleh yang memenuhi kawasan tersebut sehingga tak ada meja yang kosong.

So kenalah menyelit kat celah celah meja dia orang untuk cari angle untuk gambar. Mat Salleh tak Mat Salleh. Yang penting peluang ambil gambar mesti direbut. Bukan selalu dapat peluang yang sebegini pun.



Sebagaimana biasa, makanan Bali ni susah sikit nak telan. Entahlah kenapa tapi itulah hakikatnya. Walaupun ada ikan sweet and sour, rasanya ikan sweet and sour yang dimasak kat rumah jauh lebih sedap. Last last makan pun ala kadar saja. Buat mengisi perut saja. Makan buah buahan juga yang banyak sedangkan kalau nak difikirkan memang banyak betul choices kat sini. Sorry ye Bali. Saya masih belum biasalah makan makanan anda.

Mungkin sebab letih berjalan yang membuatkan saya tak berapa lapar sangat, sedangkan pagi tadi breakfast pun setakat membelah dua butir bun saja. Itupun comel sangat bun tersebut. Kalau kat Malaysia, rasanya dah entah berapa kali melencong ke kedai mamak dah.

Betullah apa yang pernah dikomenkan di FP saya. Time macam inilah baru terasa betapa pentingnya kedai mamak di Malaysia, walaupun masa di Malaysia kita selalu dok kutuk dan maki mamak sebab letak kerusi meja kat tempat parking sehingga kita tak ada tempat nak letak kereta. Kat sini kalau ada mamak, rasanya nak peluk cium je mamak tu. Ish!



Ikutkan hati memang macam macam gambar nak ambil semasa di Bali ini. Tapi mengenangkan bateri yang tak ada spare, kenalah berjimat jimat. Mahu mampus bateri manalah nak charge. Nak charge kat hotel kena tunggu petang bila balik. Alamatnya banyaklah yang tak dapat ambil. Tambahan pula flash card cuma ada dua. Kalau dok snap macam tak ingat dunia, 10 flash card pun belum tentu cukup.

So jari yang dah gatal nak snap tu kenalah diberikan tugas lain…macam korek telinga ke…korek hidung ke…

NEXT : Danau Bratan


Quote:

Thanks to Jie kerana menghadiahkan award "friendly site award" kepada saya. Tak sangka la pula. Kena bagi ucapan macam masa Anugerah AIM ke...?


Anyway, saya tak mahulah memilih lima orang saja untuk menerima award ni kerana saya rasa adalah mustahil untuk saya memilih sekadar lima dari puluhan site yang telah menyokong saya selama ini. So, award ini saya anugerahkan kepada semua yang sentiasa setia melawat FP saya ini. Tak kiralah mereka yang telah setia dengan saya selama ini ataupun mereka yang baru menjinak-jinakkan diri dengan FP saya ini. Yang pasti, tanpa anda semua tidak bermaknalah semua perjuangan ini...

bro....lainkali kena bawak spare batery tuh. memang lah kalau batery dah bagi signal automatic mood pun down. memang masa tu tangan gatai sangat nak klikklik
Bro.....makanan tu macam sedap jek kan. apa yang specialnya menu kat sana erk......
Wed 6-Feb-2008 15:14
Posted by:dOd  - [Link]
glamour pulak bro kena naik atas pentas setelah mendapat award .... baru tadi saya lihat bro mengimbau kenangan lama...sekarang nie dah naik pentas ambik award lagi...tahniah....tahniah. Wed 6-Feb-2008 15:26
Posted by:Nur  - [Link]
bang..uikss..menikmati sungguh minum air tu..huhuhu
ni msti kes haus gile nie..
Wed 6-Feb-2008 19:44
Posted by:sitione dimensione2u@yahoo.com  - [Link]
ha tu dia.. mai balik sambungan citer Bali Hai travel dia .... suka tengok wawa kiss mama dia tu dak abang tak kiss pipi ayah nyer lak ke ? hehe ...oit Jeff, masih ada pen di selit kat baju tu, masih menulis journal di atas kertas / buku lagi ke semasa berjalan2 ni ... sempat lagi tu ...opocott. gambar apa tu kat bawah gambar wawa tengah makan tu yek ? sensored ooo .... Wed 6-Feb-2008 19:55
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
bro jeff patutnya bawakla flash card 5 keping ke dan battery spare...baru boleh mgambil gambar sepuas hati....sy pun dpt masalah yg sama...makanan halal yang tak best...susah nak dpt yg memuaskan hati... Thu 7-Feb-2008 01:52
Posted by:ed  - [Link]
Uiskk dah sampai version 11 dah ni Bro.. Mantap.. Sab tertarik sangat dengan lukisan tuh.. ada sesuatu yang nampak lain dari yang lain.. ahaks..baru perasan. memula tengok macam biasa je.. dah lama-lama.. ternampak yang hidden part tuh.. kekekekeke Thu 7-Feb-2008 02:23
Posted by:Sabrina  - [Link]
That's what I will always do.
Keep all the memories of travel in the Blog/Fotopages.
The Map is important to keep also... At least it showed..."I'm Here..."..
Thu 7-Feb-2008 02:56
Posted by:Edoras  - [Link]
mmg nampak seronok sgt trip holiday ke Bali nie,,,banyak tempat yg menarik yg dpt dikunjungi,,,makanan kat situ pun nampak sedap,tapi kadang² tekak kita sush gak nak terima makanan yg kita tak pernah lihat kan,,,lukisan tu pun nmpak lain dari yg lain,,,kalau kat sini rasanya jarang ader lukisan camtu,,,,mmg kalau trip camnie,kita snap gambar kadang² sampai tak cukup flashcard,terlampau seronok snap gambar,,,tgk gmbr kat sini,dah mcm pegi ke bali sendiri dah walau tak tau bila agaknya berkesempatan nak pergi Thu 7-Feb-2008 03:15
Posted by:Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com  - [Link]
best la bro ni, bole maintain lagi jemari dr memetik kamera... tu pasal if we travel (hubby and i) kita hangkut laptop biarpun sedikit inconvenient...senang nak 'buang' gambar bila kad penuh tu pun sib baik kad 2GB tu pun kitorg akan bawak jugak P&S kamera yg ada kad 512 tu.... mcm tak btol kan??!?!

but good shots are hard to come by jadik mmg berbaloi... btol tak??

p.s. dlm series ni nampak la bebudak tu mcm happy sket
Thu 7-Feb-2008 03:16
Posted by:Abang Nasir  - [Link]
uittt...terkezut mata tengok gamabr yang budak2 tu N*K*D... tapi sangat artistiklah...orang seni mesti dapt menilaikan.....tapi apapun best lagi dapt cium pipi mama... Thu 7-Feb-2008 03:40
Posted by:lindahpadlee  - [Link]
uh? xde spare battery? kena bwk byk2 dah dpt tempat cung mcm ni
bro., nampak sweet je berposing kat payung pink tuh... hehe
Thu 7-Feb-2008 04:28
Posted by:Siti Ruzaimah  - [Link]
aisey... jeles gila r tgk abg jeff jln2 ni
gambar yg 3rd last tu, cantik. tp alahai... 18sx ler!
Thu 7-Feb-2008 05:33
Posted by:mummy sofie  - [Link]
kalo lah dapat g tempat cam ni..kene amik pengajaran ni..kene sediakan battery lebih sikit ni..kalo tak takdelah kenangan kat tempat2 menarik ni..

p/s : sebeno nye dah tak ade idea nak edit cam ne tibe2 teringat kat cite the matrix..so tgn pun gatallah nak bt hehe
Thu 7-Feb-2008 05:35
Posted by:fikri (along)(ilham Lensa) fikri_levtech@yahoo.com  - [Link]
nextime kalau g jln2 esp tmpt2 yg indah lagi meriah lagi menarik, spare batteries jd prioriti..
home sweet home..Malaysia is d'best..hehe..
mmg kalau seronok sgt berjalan, mkn dh x hengat lak..
Thu 7-Feb-2008 07:06
Posted by:srsfeqah  - [Link]
gambar aku biasa2 jer bro.........tapi tq ler bagi komen yang menaikkan semangat aku........
aku suka gambar yang 18sx tuh.......
Thu 7-Feb-2008 07:37
Posted by:jay4to  - [Link]
apa yang lainnya rasa makanan org2 Bali ni???? Thu 7-Feb-2008 08:40
Posted by:yong*ibu chempaka  - [Link]
mmg btoi la..makanan ni walopon namanye same tp klo kt tmpt yg berlainan..blom tentu rasanya sama kan..mcm hr tu mkn laksa kt singapore...mula2 punya excited tgk laksa..skali bila dpt..ceh lain sgguh rasanyer...kempunannnn... Thu 7-Feb-2008 09:51
Posted by:hijanahhafiizh  - [Link]
pksa rela jek la nampaknya makan yek mr jeff...huhuhu Thu 7-Feb-2008 11:37
Posted by:maDi  - [Link]
hahahaha ha hahahaha. adoi, sakit perut ketawa. ada jugak org nak peluk cium mamak! Thu 7-Feb-2008 12:58
Posted by:Lee Lin  - [Link]
lenkali if jalan2 tempat seronok camni kena bawa bateri spare banyak2..takpun kamera satu sorang... Thu 7-Feb-2008 13:34
Posted by:Hajar  - [Link]
wah jauh nye pg.. kitorg haritu kat area2 kuta tu je. sbb xamik pakej. kitorg sewa driver je.. tempat2 sume ditentukan sendiri. haha "seni2" 18-sx banyak kan kat sana. haha segan segan~ Thu 7-Feb-2008 16:06
Posted by:keriangandunia  - [Link]
Kelakau ler entry bro! Betul cakap Lee Lin tu....ada juga yang teringin rupanya! Thu 7-Feb-2008 17:43
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
seronok tu brader..
lps membuta dlm binatang beroda tu.. melahap la pulak kan??
itulah nikmat dunia...
Thu 7-Feb-2008 18:21
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
beberapa hari tak jenguk fp bro ni.. banyak enrty travel @ bali yang tertinggal.. kelakau la.. berjalan seiringan juga dengan membuta dan mencekek.. tp kadang2 tu memang betul la kata bro ni.. Thu 7-Feb-2008 20:19
Posted by:nhalilah  - [Link]
wah syok nyer holiday ke Bali....blom pernah gi lagi situ... Fri 8-Feb-2008 05:24
Posted by:Ibu NF  - [Link]
Koleksi terkini sudah siap, singgah la ke laman

http://zarfique.fotopages.com
Fri 8-Feb-2008 08:09
Posted by:Zafiq zafiq_samprit@yahoo.com.my  - [Link]
Dah lama tak visit fp ni... Fri 8-Feb-2008 10:45
Posted by:najwa(bukan nama sebenar)  - [Link]
Mula buka Fp ni terkejut tengok lukisan tu....malu nengok... tp nasib baik tak jumpa mamak kat sana.. kalau tidak habis mamak tu kena peluk cium..... Fri 8-Feb-2008 12:37
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
dah penat bejalan...dpt lelap mata sekejap pun jadilah, lepas tu cas perut plak...br ada tenaga dan mood utk program seterusnya...kalau perut dibiarkan lapar, boleh rosak mood bg org yg ssuka klik kamera mcm saya nie, bateri dgn memory card spare wajib dibawak Fri 8-Feb-2008 15:35
Posted by:mama @nis  - [Link]
Wow Sun 10-Feb-2008 09:40
Posted by:Rajiv Chopra rajiv.rajivchopra@gmail.com  - [Link]
Pacung?? Ni mesti dulu tempat orang pancung-pancung kepala? betul x?
gambar lukisan tu besh betulla bro........ utk dijual ke? ke bro yg beli??

**suka tgk gambar anak dara bro dgn mamanya tu.......
Sun 10-Feb-2008 15:13
Posted by:marlin  - [Link]
len kali bawak serunding gi sana ye... bule layan nasi ngan serunding je.. Sun 10-Feb-2008 15:46
Posted by:yatie  - [Link]
yg best bila ada pmandu pelancong ni, blh la tido masa on the way tu kan.. kalau sendiri yg bawak, tak dpt nak rest... hehehe...
** uih.. bro pun dpt award.. cayalah!!!
Mon 11-Feb-2008 10:22
Posted by:kamalina  - [Link]
itu sebab masa breakfast siang2 tapau bun shhh saya tau emang tak snunus tapi dari depa buang baik buang dalam perut saya . bukan apa at least kot takde slera or was2 nak makan dah ada mende spare. Mon 11-Feb-2008 10:54
Posted by:kuchai  - [Link]
No wonder dapat anugerah...ada muzik lagi Anyway, its a very informative site. Wed 13-Feb-2008 21:34
Posted by:touchrmgo touchrmgo@yahoo.com  - [Link]
itu lah sebabnya awang tak terlior ke Bali.......pasal makananya tak berapa kena dengan kita di sini. Tak apa, tempat lain ada untuk dituju.... Sat 16-Feb-2008 07:48
Posted by:Awangje  - [Link]
- - yey! bertambah lg pengalaman... Tue 19-Feb-2008 06:22
Posted by:aliz_mie  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.