Want your
own Fotopage?

















 

A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Feb-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V10.0

 
 
 
 
 
 


Pintu (Candi Korung) Masuk Ke Pura …Tertutup Kepada Orang Awam

Hari ketiga di Bali dapatlah tidur lewat sikit memandangkan trip untuk hari ini bermula agak lewat, iaitu sekitar pukul 11 pagi. I really need that extra sleep sebenarnya memandangkan hari kedua telah dihabiskan seharian merayau dan memanjat bukit. Kaki yang lenguh tak payahlah nak diceritakan lagi kerana kalau sudah terpaksa melalui hari yang sebegitu memang terasa bagaikan nak tercabut kepala lutut.

Bila badan sudah letih dan penat, kena pula mandi air panas, alamatnya makin mengantuklah mata. Ini ditambah pula dengan dingin air con bilik. Alahai. Rasa malas nak bangun pun ada. Tapi mahu tak mahu terpaksa juga bangun sebab bila dua beradik ni ada sekali, nak tidur pun payah sebab bunyi macam tengah perang dunia pula dalam bilik. Itu belum lagi ditambah dengan adegan Triple H lawan Jericho.


Pintu Masuk Ke Dalam Pura Lagi

Sebenarnya banyak sangat tempat yang menarik untuk dilawati di sini. Walaupun berada 4 hari 3 malam di Bali, namun masa tersebut masih belum mencukupi untuk melawat kesemuanya. Mungkin dalam masa ini cuma dapat melawat sebahagian kecil saja. Bak kata orang ‘just scratching the surface je. Just the tip of the iceberg saja.

Ada yang bertanya samada semasa di sini saya berjalan sendirian atau ikut tour. Sebenarnya ada tour guide yang bawa. Actually cukup tak minat kalau touring dengan tour guide sebab membosankan bila kena masa dia orang saja. Ini ditambah pula dia orang sentiasa bawa ke tempat tempat yang terkenal di kalangan pelancong saja. The best part of touring a country adalah melihat tempat yang jarang orang lain tengok atau off the track punya attraction. Benda macam ni hanya akan kita temui kalau kita sendiri yang merayau.

Tapi bila mengenangkan keadaan lalu lintas di sini yang kacau bilau dan penuh havoc, rasanya ada baiknya kalau ikut guide. Kalau sendiri bawa kereta, rasanya dah banyak kali kot bergaduh dengan orang kat atas jalanraya…

So destinasi pertama untuk hari ketiga adalah Taman Ayun Mengwi (tak ada kaitan dengan mangkuk ayun atau Mawi). Perjalanan adalah kira-kira sejam dari hotel di Kuta. So sempatlah sambung membuta kejab sementara sampai.


Kepanasan Dan Malas Nak Bergambar…

Taman Ayun Mengwi ini adalah tempat di mana terletaknya Pura Taman Ayun (atau Garden Temple in the Water dalam bahasa Inggeris). Ia adalah salah satu dari enam pura (atau berhala) diraja dan yang paling terkenal di Bali. Ia terletak di dalam satu kawasan yang dikelilingi oleh sungai, dan di dalam kawasan ini terletak satu lagi pura yang turut dikelilingi oleh air (kira semacam two in one).

Bahagian paling dalam (yang ditutup kepada orang awam) diasingkan dari bahagian luar pura dengan sebuah pintu yang bertutup yang dipanggil candi korung. Di bahagian dalam ini terdapatnya 27 bangunan yang pelbagai saiz dan kegunaan, termasuklah yang dikenali sebagai meru. Walaupun pengunjung tidak dapat memasuki kawasan ini, namun anda masih boleh menyaksikan apa yang terletak di dalam dengan berjalan ke bahagian belakangnya.

Menurut cerita, binaan Meru ini adalah bagi melambangkan beberapa buah gunung yang dianggap suci di Bali. Manakala bahagian air di sekeliling kawasan ini pula mewakili laut. Maka secara simboliknya, meru melambangkan gunung, tanah di bahagian ini melambangkan tanah dan air sebagai laut…satu perlambangan mereka mengenai dunia.


Binaan Yang Dikenali Sebagai Meru

Kompels Pura Taman Ayun ini dikatakan telah dibina pada tahun 1637 semasa pemerintahan Raja Gusti Agung Anom, yang merupakan salah seorang dari tujuh pemerintah Bali ketika itu. Kompleks Pura Taman Ayun ini adalah merupakan berhala diraja di mana segala urusan kepercayaan mereka dijalankan. Bagaimanapun, kekuasaan Raja Gusti tamat apabila kawasannya tumbang ketika diserang oleh pengikut raja yang lain. Kedatangan Belanda ke Indonesia turut menamatkan penguasaan pemerintah tempatan di Bali.

Pura ini telah dibina semula secara besar besaran selepas satu gempa bumi pada tahun 1917 meranapkannya. Hari ini, pura ini dikatakan menjadi salah satu tarikan yang paling kerap dilawati di Bali. Ianya juga merupakan antara pura yang terbaru di sini memandangkan banyak pura lagi yang telah dibina ratusan tahun lebih awal dari yang ini. Dan sekiranya dibandingkan dengan yang lain, yang ini tidaklah begitu menyeramkan. Mungkin kerana ianya agak baru dan juga kerana ianya terletak di kawasan taman dan bukannya di celah celah gunung macam yang lain.


Menara Tinjau

Selain terdapatnya banyak Pura, Bali juga mempunyai satu lagi keadaan yang agak sedikit berbeza dari Malaysia. Cuacanya panas sekali. Berjalan jalan di Pura ini sambil mengambil gambar sudah cukup untuk membasahkan baju. Matahari tak adalah sebahang di Malaysia. Cuma panasnya saja yang agak tinggi berbanding di sini.

Okay…selesai di sini maka kami tujui pula destinasi yang seterusnya, yang mana terletak agak jauh juga dari sini. Sekali lagi peluang untuk sambung membuta datang lagi…

NEXT : Makan Makan At Pacung


Pintu Masuk

Sebab tu kami lebih suka travell off-track..kalau ikut tour guide ni hmmm..kena membontoti tukang pegang bendera kecik tu jer lah ye !!! Cukup time jalan...cukup time berhenti...
Cian mem & bebudak tuu..dah tak larat nak posing ekkk..Bagi ler Abg Amirul tu pulak pegang camera
Sat 2-Feb-2008 17:54
Posted by:rinnchan  - [Link]
nice captured bro! bila la giliran saya nak ke Bali plak.. Sat 2-Feb-2008 19:16
Posted by:Yusrii  - [Link]
Memang best bila kita trvel off-track ni...tempat yg unik ni kita elok travel at our own pace...all your picture were nicely captured....well done bro... Sat 2-Feb-2008 21:59
Posted by:ed  - [Link]
ada pros and con bila ikut tour ni.... if kita travel utk masa yg terhad, then better ikut tour at least tak miss la benda2 yg penting, yg 'must-see' di satu2 tempat... tapi kalau dok lama, boleh la visit at on pace. also, kalau ikut tour, in some sense maybe ada savings sikit dari segi entrance fees dan sebagainya sbb ikut group. so, terpulang pada budget jugak la selain dari faktor waktu...

apa pun bro, mmg good and fruitful holiday
Sun 3-Feb-2008 01:15
Posted by:Aliza  - [Link]
awatnya semua tempat pun mcm tutup pada pengunjung ni? Sun 3-Feb-2008 03:01
Posted by:Lee Lin  - [Link]
seronoknya dapat mengembara macam nie....boleh ambik gambar yang lain plak sekali-sekala Sun 3-Feb-2008 03:17
Posted by:ijulabi nordee_2000@yahoo.com  - [Link]
apapun best la...bali ni, banyak tempat yg menarik untuk di lawati....tapi part shopping tu yg x thn tu! Sun 3-Feb-2008 03:36
Posted by:aida alisdaniaazhar@yahoo.com.my  - [Link]
Memang Penat Bila Asyik Berjalan Jer....Jangan Sampai Tercabut Pulak Kepala Lutut Tu....Kang Tak Pasal2 Duk Kat Hospital ....Hehehehehe....Bagus Melawat Tempat-Tempat Yang Unik Ni...Ianya Akan Menjadi Suatu Kenangan Yang Sukar Dilupakan..... Sun 3-Feb-2008 03:48
Posted by:KakLeen / MamaLeen mamaleen@yahoo.com  - [Link]
[IMG]http://i79.photobucket.com/albums/j160/hot_speedy/nembok.jpg[/IMG] Sun 3-Feb-2008 10:13
Posted by:unnamed  - [Link]
satu karya yg mempunyai nilai hebat...
Sun 3-Feb-2008 10:16
Posted by:unnamed  - [Link]
kenapa bahagian paling dalam tu ditutup utk org awam ??? . Utk kegiatan keagamaan dorang ke ? Sun 3-Feb-2008 11:54
Posted by:yatie  - [Link]
Bro Jef, mmg nmpk sgt muka bebudak tu dah penat Nsb baik anak bapak ikut je la minat bapak tu ye...
Anyway byk jgk tempat2 yg bersejarah & boleh dilawati... Bolehlah buat rombongan cik kiyah lps nie...
Sun 3-Feb-2008 13:41
Posted by:ShamEra  - [Link]
Samalah macam Sab, kalau boleh tak nak guna tour guide tapi kalau melancong ke luar negara, better ikut tour guide kot.. lagi senang kerja.. tak yah fikir macam mana nak gi sana.. sinin.. sinun.. hehehe
Sun 3-Feb-2008 14:18
Posted by:Sabrina  - [Link]
Bolehlah lepas nie merancang ke Bali lak... Sun 3-Feb-2008 16:49
Posted by:Suhaimi  - [Link]
mmg banyak tmpt menarik kat Bali nie,,,seronok kalau dpt berpeluang pegi kat sana Sun 3-Feb-2008 17:04
Posted by:Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com  - [Link]
Bagi pandangan saya, kalau jenis orang yang dah biasa travel nie, tak kesah kalau nak jalan sendiri tanpa ikut tour guide, tapi untuk mereka yang baru first time elok la ada tour guide, kalau nak pegi sendiri tanpa melaui travel agency boleh jugak guna tour guide yang kita sendiri cari, bukannya apa untuk memudahkan urusan, bagi yang ada masa elok buat homework melaui internet atau buku-buku rujukan mengenai tempat yang kita nak pegi, at least kita tau what to expect dan expect the unexpected.
Masa saya shoot gambar Dato' Hasan Nawawi hari tu, dia bagitau, sebelum dia keliling dunia (18 Buah Negara) keseluruhannya dengan berbasikal, selama 13 tahun dia buat persediaan untuk perjalanannya yang memakan masa 389 hari, bayangkanlah. My point kepada sesiapa yang ingin melancong atau mengembara, do your Homework first, and I know Saudara Jeff always do a homework before doing anything, walaupun penat tapi berbaloi...
Sun 3-Feb-2008 17:54
Posted by:alchemist  - [Link]
@ aksi kepanasan+malas nak bergambar! Sun 3-Feb-2008 17:58
Posted by:Bimbo Baggins tangerinemetart@yahoo.com  - [Link]
Wow bro Jeff and family pi Bali tu.....tempat yang saya nak pi tapi sampai sekarang masih tak kesampaian lagi. Seronoknya dapat pi sana ya. Cantik juga sebab banyak banggunan lama and nice captured bro.

Eddie Wedding PhotoVideo
http://www.eddie-photovideo.com
Sun 3-Feb-2008 18:21
Posted by:Eddie PhotoVideo  - [Link]
terngaga kita bila dengar cerita orang yang dah sampai ke bali nih.....esok-esok..jadi tour guide untuk kita orang pulak..pakat-pakat bawak member-member fp ....amacam?... Sun 3-Feb-2008 18:27
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
thankiu for always supporting my craziness and passion in ART..........................
You are always welcome and a FRIEND inDEED.
Cheers.......................
Sun 3-Feb-2008 18:35
Posted by:tokjanggut1961 azam61pd@yahoo.com  - [Link]
bestnye lawatan Bro nie....insyaallah ada rezeki nak gi jugak melawat jugaklah.... Sun 3-Feb-2008 20:45
Posted by:cek de sam  - [Link]
askumm bro Jeff..bila tgk gambo ngan story bro kat Bali nie..Ct rasa rugi sgt bila Ct dok kat Jakarta 9 bulan dulu x sempat pun nk g jengok Bali tu..hubby Ct sibuk memanjang..puehh mengajaknya..x gak jejak2 kaki kat Bali tu..spi ler Ct blik Mesia bulan 12, 2006 masa tu tgh pegnan 4 bln..tu pun dh x larat nk berjalan2 coz tgh mabuk gilerr..

hopefully adaler jodoh Ct ngan Bali nie..Baliiiii tgu kedatangan kuuuuu..huhuhu
Bez tgk bro jejln ngan family..
Sun 3-Feb-2008 21:13
Posted by:sitione dimensione2u@yahoo.com  - [Link]
salam... abg jefff seronok betul merata-rata abg jeff pergi yer.. mmg semua tempat di Bali nie cantik-cantik .. puas hati bercuti dekat sana... bilala agaknya saya dgn famili ader time nak kesana ... Mon 4-Feb-2008 01:18
Posted by:shima ~ ummi HaziqAiman biesayangummi@yahoo.com  - [Link]
abg jeff comei arr pura tuh!!! unik bangat Mon 4-Feb-2008 02:03
Posted by:rani  - [Link]
4 hari 3 mlm je ke, ingatkan lbh dr tu sbb byk sgt entry dia hehe.... Mon 4-Feb-2008 03:17
Posted by:leezsa leezsa@yahoo.com  - [Link]
siapa yg jadi triple H, siapa yg jadi Jericho tu abg jeff..???ganaih jugak 2 beradik tu yek? Mon 4-Feb-2008 03:32
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
mak oiiiiiiii bro byknya pic kat bali Mon 4-Feb-2008 03:43
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
..bila la aku bleh lepas ke sini..
nice capture abg jeff... !!
Mon 4-Feb-2008 04:49
Posted by:adekcomelx  - [Link]
saya maybe ke riau bln 3 nie ... ader urusan keje ... x tau aper ader dkt riau

p/s : pic dh upload [Festival Layang-Layang]
Mon 4-Feb-2008 05:08
Posted by:+ FarEast +  - [Link]
sume gambr cantik2 la..trmasuk la gambar yg model kepanasan tuh... ...byk ke mmborong.. tp biasanya mem la yg byk borong yer x... Mon 4-Feb-2008 05:09
Posted by:Sham  - [Link]
Panas ke kat sana.. alahai.. hitam lah kulit aku kalu bekunjung kat sana nanti.. dah lah sekarang ni pun dah hitam.. huhuh! Mon 4-Feb-2008 05:20
Posted by:Mr. Bye  - [Link]
bile le agaknye temannak sampai tpt mcm ni ye Mon 4-Feb-2008 05:34
Posted by:zilzal  - [Link]
ont thign that amazed me is that the balinese are really into the religion, setiap hari mesti ada sembayang nya. Mon 4-Feb-2008 06:22
Posted by:mummy jam  - [Link]
takkan tempat saya duduk di meru tu ikut mende ni kut?

Entryku hari ini

Raga rotan diisi duku
Diisi cermat satu persatu
Dapat daun si ulat buku
Dapat peluang nak sambar satu
Mon 4-Feb-2008 06:29
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
- - unik2 betul tempat2 kt sini.. Mon 4-Feb-2008 06:35
Posted by:aliz_mie  - [Link]
- Tabik springggg tul la kar abg jeff nie...banyak betul tempat yg abg jeff lawat yea...tak abis2 lagi citer pasal Bali nie...
- Bila la dapat ke sini???????????
Mon 4-Feb-2008 06:58
Posted by:mama haikal  - [Link]
yg saya notice, bangunan kat sini memang unik.. cantik w/pun kdg2 tu cam pelik aje kita tgk.. Mon 4-Feb-2008 09:15
Posted by:kamalina  - [Link]
cantik2 bangunan kat sana kan
bilalah saya lak nk kesana
Mon 4-Feb-2008 09:33
Posted by:Mummy Irdina&Arissa  - [Link]
:: uuwwaaaaaaa..!! pi Bali...teringin nak pi sana...uhuukk.!! jelessss...jelessss... Mon 4-Feb-2008 11:44
Posted by:Iena & Kids  - [Link]
salam mr jeff...meriah nye hari2 ...berjalan 24/7...mesti banyak timba ilmu... Mon 4-Feb-2008 11:55
Posted by:fadilah diyana
masa pergi sana hari tu kenalan Indonesia yg bawak jln2...sewa van. kalau nak bawak sendiri macam bro cakaplah lalulintas yg kacau bilau,jem yg teruk dan bunyi hon memanjang..pusing kepala dibuatnya nanti..
adik dgn abg tak nak pandang kamera langsung....betul2 panas dan penat ni nasib baik mamanya nak senyum....
Mon 4-Feb-2008 13:44
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
Wow! The architecture is really unique. Reminds me of my travel to Borobudur when I was still 4 feet tall. Mon 4-Feb-2008 14:50
Posted by:mechattax  - [Link]
jauhnya berjalan....... Tue 5-Feb-2008 00:08
Posted by:ijulabi nordee_2000@yahoo.com  - [Link]
rase mcm nak pergi sane...manyak tempat chantik Tue 5-Feb-2008 03:02
Posted by:Ocham the_katak@yahoo.com  - [Link]
dilla belum pernah sampai kat sini bro......
bila tengok gambar ni shuntek2 belaka. bila lah agaknya dapat penuhi impian itew erk
Tue 5-Feb-2008 14:25
Posted by:dOd  - [Link]
banyak betul tempat berhala kat sini ye...
hmm....area sini takde masjid ke bro?
atau mmg sini x de org islam duduk??
Tue 5-Feb-2008 15:29
Posted by:marlin  - [Link]
teringinnye nak ke saner..... Tue 5-Feb-2008 22:02
Posted by:WanZee  - [Link]
better still self tour nih bukan apa kita bole pilih mana kita nak pegi, nak wat apa, makan apa + extra savings tuk grup of family members. tour grup nih tau jek la mcm2 karenah. ahhahahha tak cukup tido tuh tandanya nak soh pi lagi skali berdua ngan k jee jek plak ehheheheh. no wonder la tak pi pantai pun everyday penuh xtvt melawats. ehhh tempat makan tuh kena pancung tak? Wed 6-Feb-2008 03:41
Posted by:kuchai  - [Link]
Such a great architecture... Fri 4-Apr-2008 16:51
Posted by:Azli Yusof  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.