A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Feb-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V9.0

 
 
 
 



Okay…persinggahan terakhir untuk hari kedua di Bali adalah di pasar Ubud. Nama saja pasar tapi bukan macam pasar yang selalu kita temui di Malaysia ni. Kalau nak cari ikan atau sayur memang tak akan jumpalah. Tapi kalau hendak mencari souvenier, kraftangan, lukisan dan sebagainya memanglah di sini tempatnya. Macam macam yang ada sehinggakan banyak benda yang kita sendiri tidak terfikir ada di sini.

Sebenarnya memang dah banyak yang didengari mengenai Ubud ini kerana ianya adalah satu kawasan tumpuan utama untuk mereka yang datang ke Bali. Lebih lebih lagi untuk mereka yang suka shopping. Sebab itulah kawasan ini agak sesak dengan pelancong, terutamanya pelancong Jepun. Sampaikan adakalanya nak ambil gambar pun susah sebab elok saja kita nak snap, ada saja kepala yang termasuk dalam frame. Kalau kat Malaysia boleh lagi kita sound tapi kat tempat orang, buat bodoh ajelah.


Who Wants To Be A Millionaire

Ramai yang berkata bahawa harga barangan di Bali ini adalah murah. Sebenarnya harga di sini tidaklah semurah yang ramai sangkakan walaupun memang suatu ketika dulu harganya memang amat murah. Kalau dibandingkan harga sekarang dengan empat lima tahun dulu, memang banyak yang sudah meningkat. Bahkan ada sesetengah barang kalau diconvertkan kepada ringgit, kita sendiri akan nampak harganya hampir sama dengan harga di Malaysia.

Pada mulanya agak pening juga semasa nak membeli apa apa memandangkan tak berapa biasa lagi dengan conversion rupiah kepada ringgit. Nasib baiklah handphone ada calculator. So itulah yang menjadi tool utama setiap kali nak membeli apa apa.

Satu lagi yang tak berapa biasa di sini adalah duitnya yang beratus ribu. Tukar dalam RM400 saja sudah boleh dikira sebagai jutawan bila diconvertkan kepada rupiah. Aisey! Bila lagi nak pegang duit berjuta juta macam tu. Sekali tanya harga barang sampai beribu ribu rupiah. Mak ai! Kalau di Malaysia RM25,000 dah boleh buat down payment beli sebuah kereta yang baik, di sini 25,000 rupiah baru boleh dapat sepasang kasut. Hehehe. Begitulah bezanya nilaian wang sesebuah negara.



Sebenarnya tak adalah beli apa sangat kat Ubud ni. Kalau ikutkan hati memanglah macam macam yang kita nampak tu kita nak beli saja. Silap silap sampai satu tempat diborongnya. Tapi bila memikirkan tentang macam mana nak mengangkut balik kalau banyak sangat terus tak jadi nak beli banyak banyak. Tak pasal pasal nanti kena engage transport company pula untuk bawa balik. Yang penting kalau nak membeli pun hanyalah souvenier. Kalau t-shirt tu biasalah.

Lagipun yang menarik tentang tempat ini bukanlah hanya untuk shopping. Shopping shopping tu serahkan saja pada mereka yang pakar. Macam saya perkara yang diutamakan di sini adalah mengambil gambar scene di sana. Biasalah bila dah kawasan orang ramai membeli belah macam ni sudah tentu scenerynya juga very colourful. Memang banyak yang boleh dijadikan sebagai subject yang menarik di sini. Cuma yang memeningkan kepala, macam yang saya sebutkan awal tadi, adalah orang yang ramai sangat sehingga adakalanya menyukarkan proses mengambil gambar…



Sebenarnya nak membeli barang di sini ada tricknya. Jangan terus beli apabila peniaga menyebut harganya. Kalau peniaga menanya berapa harga yang kita nak, jangan sebut harga tersebut tetapi sebaliknya tanya dia berapa yang dia sanggup bagi. Kemudian potong 50% harga yang dia sebut tadi dan minta harga tu. Teruskan meminta harga tu walaupun dia sebut harga yang lebih tinggi. Kalau tak dapat harga tu sekalipun anda mungkin masih akan dapat diskaun dalam 40%.

CONTOH : Katakanlah harga yang dia boleh bagi adalah 20,000. Minta 10,000 dan terus maintain harga tu. Biasanya boleh dapat kalau anda bertegas dengan harga tu. Kalau tidak pun, mungkin sekitar 12,000-13,000. Kira okaylah berbanding dengan harga asal. Itulah tugas saya masa di sini. Selain jadi photographer turut menjadi tukang tawar tidak rasmi…

Banyak dugaan betul nak ambil gambar kat sini. Sedang leka ambil gambar gambar, hujan lebat pula turun. Terpaksalah menyelamatkan kamera. Kemudian bateri pula mampus. Maka tamatlah riwayat operasi mengambil gambar…

NEXT : Taman Ayun (bukan mangkuk ayun) Mengwi (bukan Mawi)



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net