A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Jan-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V8.0

Entrance To The Pura
Feeding Time
 
 
 
 
 



Satu lagi kawasan yang popular di provinsi Gianyar adalah Gunung Kawi, yang merupakan tempat terletaknya berhala Hindu yang merupakan salah satu tarikan utama pelancong ke Bali. Saya difahamkan ada dua buah kompeks kuil Gunung Kawi sebenarnya iaitu yang ini dan sebuah lagi yang lebih besar di kawasan Tampaksiring, juga dalam provinsi Gianyar. Saya cuma tahu mengenai kewujudan dua kawasan yang berbeza ni setelah pulang ke Malaysia. Kalau tidak memang saya akan pergi yang Tampaksiring kerana kompleks tersebut adalah jauh lebih besar dari apa yang dilihat di sini.

Walaupun yang ini adalah jauh lebih kecil, namun keluasan kawasan ini sudah cukup membuatkan anda berpeluh sakan. Lebih lebih lagi kalau anda ingin mengambil gambar dari high angle seperti salah satu gambar saya di sini. Maka terpaksalah menapak naik bukit untuk mendapatkan angle tersebut. Tak payahlah nak diceritakan bagaimana basahnya baju selepas itu. Senang cerita, basahnya bagaikan anda terjatuh ke dalam kolam ikan…

Nasib baiklah di sini tak ada monyet monyet yang berperangai kemonyet monyetan. Setelah pengalaman di Uluwatu, monyet adalah benda terakhir yang ingin saya saksikan di sini. Sebagaimana yang pernah ditanyakan semasa entry pertama saya mengenai kain kuning yang dipakai di keliling pinggang itu, saya sendiri pun tak tahu apa tujuannya. Cuma yang saya tahu, sesiapa yang ingin masuk ke kawasan kuil (kawasan dan bukannya ke dalam kuil) maka kena memakai benda alah ni. Mungkin lebih kurang sama macam memakai penutup kepala untuk mereka ingin masuk ke kuil Sikh.



Satu yang saya perasan mengenai kawasan ini adalah kewujudan banyak kolam dengan pancutan airnya. Menurut cerita, mereka percaya bahawa air di sini adalah suci. Bagi mereka air adalah lawan kepada api, konsep sejuk dan panas dalam kefahaman mereka. Air juga merupakan lawan kepada darat, iaitu dua objek yang mewujudkan dunia dan memungkinkan kehidupan. Bila badan sudah panas akibat banyak berjalan, benda pertama yang ingin dilakukan bila nampak air yang banyak macam ini adalah terjun ke dalamnya.

Tapi berhati hati…memandangkan air ini adalah dianggap suci oleh mereka, maka anda dilarang masuk ke dalam air tersebut. Sesiapa yang masuk akan ditangkap dan disembelih sebagai persembahan kepada berhala. . Bab sembelih dan persembahan tu saja saya reka. Maklumlah, dah biasa sangat tengok cerita yang mempunyai jalan cerita yang hampir serupa seperti ini.


Pemandangan Pura Gunung Kawi Dari Tebing Bukit

Menurut ceritanya, berhala di Gunung Kawi ini adalah merupakan pusat penyembahan Hindu yang pertama di Bali dan ianya telah didirikan kira-kira pada abad kelapan. Kalau ada yang beranggapan bahawa pura di Uluwatu adalah lebih tua berdasarkan pada strukturnya, maka yang ini adalah jauh lebih tua.

Kawasan Gunung Kawi ini merupakan satu kawasan yang amat dihormati oleh orang tempatan memandangkan kuil Gunung Kawi di Tempaksiring (bukan yang ini) adalah merupakan tempat bersemadinya Anak Wungsu, iaitu pemerintah Bali suatu ketika dulu. Selain itu, empat isterinya dan empat orang gundiknya dikatakan turut bersemadi di situ.



Memandangkan ini adalah sebuah kawasan yang lama maka tidaklah menghairankan kalau ada yang merasa seram ketika melawat kawasan ini, ataupun merasa seolah olah ada kewujudan sesuatu selain pelawat. Inilah antara yang saya rasakan di satu bahagian kuil ini. Tapi biasalah. Buat dek saja sambil dok sambung ambil gambar.

Rasanya apa yang menambahkan lagi seram adalah puluhan patung dan lukisan lukisan yang boleh dikatakan agak menyeramkan juga. Habis tu nak buat macam manakan, dah tempat sebegini memang macam inilah keadaannya.

Dari Gunung Kawi, perhentian seterusnya adalah di Tegallalang yang terkenal dengan sawah berteresnya. Saya sebut sepintas lalu saja sebab masa kami di Bali, musim padi masih belum bermula. Jadi kesemua teres di lereng bukit yang subur hanya dipenuhi dengan lalang dan rumput saja. Hampeh! Punyalah dah planning bagus punya untuk ambil gambar sawah teres dengan background matahari terbenam.

NEXT : Ubud Market



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net