Want your
own Fotopage?

















 

A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Jan-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V7.0

 
 
 
 
 
 
 



Okay...sambung dengan entry Bali lagi. Ish...ish...ish...nampaknya makin teruk FP ni. Kalau bahasa orang kita, rasanya dah nazak dah ni... Nampaknya kena guna external hosting ler ni.

Dari Gianyar kita terus ke sebelah utara pulau Bali dan singgah pula di Kintamani yang terletak dalam daerah Bangli (bukan Bangla). Di sinilah anda boleh menyaksikan keindahan Danau Batur serta kawasan gunung berapi aktif yang terletak di kawasan ini.

Perjalanan ke sini agak memeningkan kepala kerana keadaan jalan yang cukup bengkang bengkong menuju ke ketinggian kira-kira 1,717 meter dari aras laut. Satu perubahan yang amat ketara apabila menuju ke sini adalah keadaan persekitaran yang semakin sejuk dan nyaman, lebih kurang macam di Genting Highlands juga. Dari tempat kami berhenti, pemandangan Danau Batur dan gunung berapi di sekitarnya adalah cukup menawan sekali. Atau dalam bahasa Inggeris ‘breathtaking.’

Sebenarnya kami berhenti di sini adalah untuk makan tengahari tetapi memandangkan masih awal untuk makan, kaki mulalah merasa gatal nak survey kawasan persekitaran. Biasalah. Kalau dah hantu fotografi, kepala mesti ingat nak cari angle yang menarik saja walaupun terpaksa berdiri betul betul di tepi gunung untuk dapat shot yang menarik. Ini tidak digalakkan untuk mereka yang gayat atau jenis yang tak reti nak berdiri diam…



Danau Batur adalah merupakan tasik yang terbesar di antara empat tasik tanah tinggi di Bali. Ia adalah kira kira lapan kilometer panjang, tiga kilometer lebar dan mempunyai kedalaman kira kira 65 meter. Ia terletak di kawasan kawah gunung berapi yang sebesar kira kira 13 kilometer panjang. Danau ini menerima air dari 11 batang sungai dan ia terletak kira kira 500 meter di bawah kawah gunung berapi tersebut. Menurut cerita orang di sini, ini masih merupakan kawasan gunung berapi yang aktif. Tidak menghairankan memandangkan Indonesia memang terletak dalam kawasan yang dikenali sebagai ‘Ring Of Fire.’

Danau Batur ini dianggap sebagai sebuah kawasan suci oleh masyarakat di sini, di mana mereka sering menjalankan pemujaan untuk Dewi Danau yang dikenali sebagai Ida Batara Dewi Ulun Danu di sebuah kuil, Pura Ulun Danu Batur, yang terletak di tebing kawah gunung berapi tersebut. Terdapat juga perkampungan di sekeliling kawah tersebut yang dikenali sebagai ‘bintang danu’ (bintang danau).

Bagaimanapun, memandangkan kesuntukan masa, saya tidak berpeluang untuk turun ke kawasan kawah tersebut, yang mana dari tempat saya berdiri memang nampak jauh sangat. Kalau ikutkan hati memang teringin juga turun memandangkan pemandangan dari sana mesti lagi mengancam. InsyaAllah, kalau berkesempatan di masa lain, mungkin saya akan cuba melakukannya.


Memandangkan kawasan ini adalah antara kawasan yang sering dilawati pelancong, maka memang terdapat ramai penjual cenderahati dan macam macam lagi barangan yang menanti kedatangan pelancong. Sesiapa yang ingin ke sini adalah dinasihatkan supaya berhati hati kerena mereka ini memang agak agresif dalam cubaan menjual barangan mereka. Bagi mereka, NO tidak semestinya bermaksud NO selagi mereka boleh mencuba mempengaruhi orang membeli. Orang macam ini mesti disukai oleh Donald Thrump.

Bila difikirkan semula, memang nampaklah kenapa mereka begitu agresif ingin menjual barangan mereka. Rata rata ramai di antara mereka adalah orang miskin dan hasil jualan kepada pelancong la yang sering mereka harapkan. Benda sebegini memang membuka mata kerana selama ini kita di Malaysia kita tidak pernah menyaksikan sendiri orang yang benar benar miskin, yang hidupnya dari sehari ke sehari.

Ini merupakan satu pengalaman yang cukup berharga bagi kanak kanak seperti anak saya yang selama ini tidak pernah kenal erti kesusahan. Sekurang kurangnya pengalaman sebeginilah yang akan membuatkan mereka mensyukuri apa yang mereka ada. Walaupun mungkin ada yang mereka inginkan tidak mereka perolehi, sekurang kurangnya dari banyak segi mereka jauh lebih beruntung dari kanak kanak yang terpaksa menjaja barangan kepada pelancong. Syurkur alhamdulillah untuk segala yang dinikmati selama ini.

NEXT : Gunung Kawi



Tgk peta tu, mcm jauh je dr Jimbaran ke Kintamani.....
Tgk tasik tu mcm besh je....takde 'raraksa' ke bro dlm tasik tu heheheh...biasalah kalu dah dekat dgn gunung berapi mesti ada mitos/dongeng...sekian2 cerita ke....
Sun 27-Jan-2008 16:58
Posted by:marlin  - [Link]
wah bro.. bestnyer ke Bali..tak sampai2 lagi ni ke Bali
nice collection
Sun 27-Jan-2008 17:54
Posted by:zzz  - [Link]
Heh Heh Heh..first time tengok gambar satu keluarga bahagia.
Selalunya ada saja yg tercicir..esp the jurutukangambikgambar..
Oooppsss..terasa-rasa macam kepala lochness nak muncul dari dalam tasek tuuu...
Sun 27-Jan-2008 18:13
Posted by:rinnchan  - [Link]
banyak info berguna nih. rugi kalau jenis yang suka travel tak singgah sini Info free, manfaat lagi.
** Bro....agakagak gunung tu boleh meletup tak kalau yang dikatakan guniung berapi tuh
Sun 27-Jan-2008 18:21
Posted by:dOd  - [Link]
marlin >> bolehlah tahan jauhnya...raksasa...? mana berani tunjuk muka...raksasa paling ganas dari malaysia dah sampai...

rinnchan >> sesekali photographer pun nak mencilok juga...

dod >> since gunung berapi tu masih aktif, rasanya memang boleh meletup kot...
Sun 27-Jan-2008 20:33
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
hurrmmm...mmg sakit jiwa dgn FP yg dah nazak tahap kritikal amat dah skrg nih
good travel review pi la jalan2 lagi... kot ada tempat lain pulak, bole la kitorg ni consider nak pegi, hehehe.... mcm saya ni, kena la cuti-cuti malaysia aje buat sementara ni... takleh naik flight
Mon 28-Jan-2008 01:21
Posted by:Aliza  - [Link]
salam...

cantik model kecil tu...sweet je...
Mon 28-Jan-2008 01:59
Posted by:qamar81 qamar_81@yahoo.com  - [Link]
Assalamualaikum Jeff....
Memang Dah Tahap Kritikal Fp Ni Sekarang.....Sakit Jiwa Dan Sakit Hati Dibuatnya...
Cantiklaaa Jeff Tempat Ni....Gunungnya Tu Nampak Macam Masih Aktif....Bagus Membawa Anak-Anak Kekawasan Orang-Orang Yg Miskin Macam Ni....Sekurang-kurangnya Mereka Tahu Erti Kesusahan......

Mon 28-Jan-2008 02:01
Posted by:KakLeen / MamaLeen mamaleen@yahoo.com  - [Link]
Bukan main lagi si kecik tu posing! Pheewittt Mon 28-Jan-2008 02:22
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Bila tengok tasik tangan terasa mengeletar nak baling fishing rod saja
Memang generasi kita sekarang jarang merasai erti kesusahan
Mon 28-Jan-2008 02:31
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
jelesnye!! teringin sgt2 nk ke bali..1 sbb cantik...2 sbb sy dlm bidang landscape..so..mmg nk ke sana utk tgk landscape diaorg...huhuhhuuhuhuh...JELES!!!!!!!!! Mon 28-Jan-2008 03:01
Posted by:yaa yaa_alan@yahoo.com  - [Link]
Sape nak gi Bali memang elok sangat buat rujukan fp Bro Jeff ni....p/s saya pernah gi Danau Toba jer [ di Medan ]... Mon 28-Jan-2008 04:00
Posted by:Latinah  - [Link]
wah wah....si adik kemain lagi posing....entry yg lepas kat banda hilir tu ...kemain posing...ala2 seksi di taman bunga lagi....he he he .... rajin plak si adik layan ayah die bergambar yeak....cantik2 la pemandangan kat bali.... Mon 28-Jan-2008 04:01
Posted by:lieya_latif lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
orang indonesia rata2 orang susah, sebab tu dorang akan pujuk kita beli barang dorang, akan ikut ler montot kita kehulur kehilir selagi tak beli barangan dorang tu

seronok tengok gambar abang jeff ni.. boleh dijadikan panduan next time kalau nak pergi bali
Mon 28-Jan-2008 04:38
Posted by:mamafarhan nazathulhamimi@yahoo.com  - [Link]
cantiknya gambar pemandangan nih.... Mon 28-Jan-2008 04:44
Posted by:manJE  - [Link]
your girl is so natural in front of the camera, ada potential jadi model lah! Mon 28-Jan-2008 05:34
Posted by:mummy jam  - [Link]
bro jeff...brap lam g bali..bestnye...
kesian jugak baca cita bro pasal kehidupan kanak2 kat sana...kita memang patut bersyukut dgn rezeki yg Allah limpahkan..
Mon 28-Jan-2008 06:03
Posted by:mama dina  - [Link]
indeed they are very determined to make sales be it adult or children. kalu tak pun kasik 1 ringgit pun jadiklah suka sangat depa. however one thing kita perasan kalu tourists tengah nak amik gambar they will make way & not interfere. ooh ya if u only want to look see dont u dare open up your mouth cause once u did they will not stop hogging u until u make the purchase & be extremely careful what being shown & what you get later may differ so check kay! Mon 28-Jan-2008 06:32
Posted by:kuchai  - [Link]
teringin plak nak ke bali.....hubby oi(mr ard)...dengar x? bila nk bawa p bali ni? ai yooo....semua org dah p bali ni kita bila lg nih?
Mon 28-Jan-2008 06:51
Posted by:aida aida_hebatimpresif@yahoo.com.my  - [Link]
ehemmmmmmmmm bro awek cun tu siapa lak Mon 28-Jan-2008 07:20
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
1st pic tu cantik la.........

argh!!! saya tak suka penjual2 tu!!!!
Lupa nak tanya... kat sana jalan sendiri ke ada orang yang bawa ?
Mon 28-Jan-2008 07:41
Posted by:yatie  - [Link]
>hmmmmmmm ada gambar satu family ....sesekali tu photograper pun nak selit gak kan...
>gambar yang ada tasik tu paling cantik.......
Mon 28-Jan-2008 08:16
Posted by:Haniss  - [Link]
permandangan sana mmg cantik la bro ... puas berjalan nie

entry ku kali nie : Gajah ... Gajah ... Gajah
Mon 28-Jan-2008 08:25
Posted by:+ FarEast +  - [Link]
subhanALlah..cantik pemandangan kat situ..esp danau tu..
kwsn gunung berapi ni mesti subur utk bercucuk tanam..
**a'ah la..FP meragam je..susah nk upload gambar..
Mon 28-Jan-2008 10:09
Posted by:srsfeqah  - [Link]
subhanALlah..cantik pemandangan kat situ..esp danau tu..
kwsn gunung berapi ni mesti subur utk bercucuk tanam..
**a'ah la..FP meragam je..susah nk upload gambar..
Mon 28-Jan-2008 10:10
Posted by:srsfeqah  - [Link]
memang cantik permandangan kat situ... wah seronoknye Mon 28-Jan-2008 10:15
Posted by:Mama Mya  - [Link]
Pemandangan di Kintamani mmg cantik..dingin cuacanya...cuma jauh sikit nak sampai kat atas tu ... mmg betul ramai penjual cenderamata di situ yg akan menghurungi kita sebaik saja turun dr kereta...nak naik kereta pun mereka masih memujuk kita utk membeli.... Mon 28-Jan-2008 11:19
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
cantiknya pemandangan disana... tenangkan jiwa Mon 28-Jan-2008 11:31
Posted by:mie  - [Link]
wah....besar gle tasik ni bang jeff Mon 28-Jan-2008 11:49
Posted by:ijoy  - [Link]
uiiks awek bali...
wah..gunung berapi....
Mon 28-Jan-2008 11:55
Posted by:yong@ibu chempaka  - [Link]
kombinasi gunung, awan, air dan pokok mmg cntk
kene plak org yg ambik gmbr nie pro ... mmg cntklah
teringin plak nak ke bali satu hari nnt
Mon 28-Jan-2008 11:58
Posted by:mama @nis  - [Link]
wah!!! bro jeff sambung cite lagi ni, besh2... Mon 28-Jan-2008 12:03
Posted by:umi solehah yusof itawaizurfosuy3479@yahoo.com  - [Link]
ha... tu dia.. baru nampak gambar Jeff satu famili... siapa amik gambar ni ? self timer ke ? pandai princess you posing tu... suka tengok anak dara awak pakai ladylike.. and girl's shoes like that.. my daughter jangan harap, dok pakai sport shoes aje dia....

re: kalau nak pi genting, i choose the low peak season, baru tenteram sikit nak naik rides.....tak payah nak beratur panjang ... yeah why not plan one or two days get away with your family to genting ? mesti your kids enjoy ... dia orang dah besar lebih kurang my kids' age, can go on most of the rides...
Mon 28-Jan-2008 12:15
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
byk ek gamba jalan2 kat sini.hehe Mon 28-Jan-2008 12:51
Posted by:codain  - [Link]
masyallh cantiknyer pemandangan gunung yg berkabus tu..tp gerun jgk kalo meletop hihi..btw pandai jgk si kecik tu berposing heheh Mon 28-Jan-2008 13:27
Posted by:hijanahhafiizh  - [Link]
syoknyer!! syoknyer!! Mon 28-Jan-2008 13:32
Posted by:fiziskandarZ  - [Link]
Subhanallah... cantiksungguh... teringin nak pi.. tp masa tak mengizinkan lagi laa..
Amboi.. posing nampak anak dara bro tuu.. bolh jd model besar nanti nii..
Mon 28-Jan-2008 13:34
Posted by:ScHoePenToeTer  - [Link]
wowww... tempat nih saya dah sampai .. memang best woorrrr..... Mon 28-Jan-2008 14:00
Posted by:korok  - [Link]
mmm... yep! breathtaking view... + cool! Mon 28-Jan-2008 15:07
Posted by:UmmAbdrahmaan  - [Link]
Amboi si adik ni dah semakin pandai berposing. Mon 28-Jan-2008 15:54
Posted by:kak jie jie  - [Link]
upload gambor berzaman, nak tgk gambornya ni pun berzaman haa... as of now i'm naming this spot as seksa-pages! Mon 28-Jan-2008 16:05
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Jgn risau, memang x boring punya tgk entry Bali u ni. Always
ade something new. Sekurang2 nya kalau nak gi Bali nanti
dah ade some picture of where 2 go, wat 2 c, food dia dan yg
mustahak peta pun dah ade!

Nice family pic up threre. Thanks bro.....
Mon 28-Jan-2008 16:45
Posted by:zaiton yatim zaiton_yatim@yahoo.com.my
sakan bro jeff...
hehehe mmg sempurnalah ye
ape lg y paling istimewa
menghabiskan cuti bersama isteri n anak2
hehehe...shopping ape di sana?
re: thanks for the birthday wishes,,,
Mon 28-Jan-2008 17:42
Posted by:auntie fliffy  - [Link]
ramai gak org dok comment FP bro jeff ni.pergh...
Bali tu!!ble la ad rezeki nak g sana!
btw, x de sevinier lebey ker?
bole la pos2 kat cni.
wakakaka......
Mon 28-Jan-2008 19:32
Posted by:shadi3  - [Link]
BB sitter Ca pun pi Bali khamis - ahad lepaih, depa kata seronok sgt pi sana tapi mahai sket kos nya..teringin plak kami nak pi..tapi ntah bila la Tue 29-Jan-2008 03:25
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
hhehe...silala menulis lg...bagus jugak utk org yg x pernah sampai mcm saya ni Tue 29-Jan-2008 03:48
Posted by:leezsa leezsa@yahoo.com  - [Link]
sahabat, untunglah isteri dan anak2 kali nie..dapat makan angin lagi.
gmbr saya dah upload, entry hari tu internet ada masalah. jenguklah sekali lagi..
raime
Tue 29-Jan-2008 04:43
Posted by:raime greenfore@yahoo.com  - [Link]
heheh...igtkan da abis da citer pasal bali...rupanya ada lg..camne lak tetiba jek ada selit citer pasal melaka lak...oooo..iklan ek.. ...seksi ar ank dara bro pkai baju cmtu..ada gaya model lagik..
yeah bro.. bak kata kak daalia..jom kite g genting bramai2..sy pn tgh kenen2 kt hubby nk g gnting nih..
Tue 29-Jan-2008 04:49
Posted by:Sham  - [Link]
mungkin peniaga tersebut boleh mencuba nasib dalam the apprentice

p/s Sekalung terima kasih tidak terhingga atas kata-kata semangat dan peransang yang telah dititipkan. Moga kata-kata itu bisa menyerap ke dalam diri dan melahirkan satu semangat baru…

Entryku hari ini

Hati-hati mengayuh sampan
Takut-takut terkena buaya
Bukan calang jejaka tampan
Pernah merentas angkasa raya
Tue 29-Jan-2008 04:56
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
lama tak jengok fp bro.... seronoknya pergi melancong...patutlah aritu lama Q kat JIM ehehehehh... anyway... kalo dapat turun dekat bawah kawah tu sure lagi happening kan.... Tue 29-Jan-2008 05:02
Posted by:mymmy_danishhaikal
pandainya anak dara jeff posing yer.. Tue 29-Jan-2008 06:04
Posted by:farashazlina fara_seowon@yahoo.com  - [Link]
Jeff..........dulu kan masa abah p bali deme bawak abah naik satu gunung ada restoran diatas sekali. Restoran tu berukir atas dan dindingnya dan bila tengok ke bawah nampak kawah gunung berapi....... Jeff pegi ke? tempat tu....abah dah lupa apa ke nama tempat tu.....kalau ade gambo masukan le dlm entry..... Tue 29-Jan-2008 07:01
Posted by:Abah along  - [Link]
- - bestnye la kalau dapat p... Tue 29-Jan-2008 08:43
Posted by:aliz_mie  - [Link]
gambar makanan tu yg xleh tahan....yummy....
anak dara tu sweet sungguh ler...ikut sapa lah tu ek??
Tue 29-Jan-2008 08:58
Posted by:Mummy Irdina&Arissa  - [Link]
hehehe chomei..bestnye jenjln..nk kna tggu ghazi besar sket la..baru bole ke sana sni..smntara tu drooling je la dlu tgk FP org..hehe Tue 29-Jan-2008 09:04
Posted by:Linda+Ghaz the Man  - [Link]
saya pun selalu dgr org kata yg kehidupan org2 susah di indon lagi teruk dari kat sini... kalau dpt tgk sendiri mesti menginsafkan... untung bro dpt bawa anak2 ke tmpt camni.. sekurang2 diorg blh tgk keadaan kat situ.. bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan... Tue 29-Jan-2008 09:16
Posted by:kamalina  - [Link]
Comel ur doter. Good posing. Best tul la ur Bali trip nih. Tue 29-Jan-2008 09:54
Posted by:gee.harun  - [Link]
~~ pandai betul si kecik tu posing...cantik ler Tue 29-Jan-2008 11:15
Posted by:Nur  - [Link]
beb...gambo lawa2...bile nak turunkan ilmu...lame dah tunggu ni.... Tue 29-Jan-2008 12:33
Posted by:hellomaker  - [Link]
lupelak nak ucap..welcome back to MHI... Tue 29-Jan-2008 12:35
Posted by:hellomaker  - [Link]
alahai. tgk watermelon tu lapaq lah pulak. how was the foods abg jeff? boleh telan x? Tue 29-Jan-2008 13:29
Posted by:mummy sofie  - [Link]
time kasih bg jeff.jenguk gmbar yg x seberapa dari saya tu..x leh lawan lg kat bali nih... Tue 29-Jan-2008 13:41
Posted by:dakkuwan dakkuwan@yahoo.com.my  - [Link]
kawan aku macam pernah sampai sna Wed 30-Jan-2008 06:28
Posted by:rashidi shidi_su@hotmail.com  - [Link]
kawan aku macam pernah sampai sna Wed 30-Jan-2008 06:28
Posted by:rashidi shidi_su@hotmail.com  - [Link]
Syukur alhamdulillah untuk segala yang dinikmati selama ini. Thank you ALLAH..kerdil benar rasa diri ini....

Wed 30-Jan-2008 08:46
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
My favourite pix "Pemandangan Pura Gunung Kawi Dari Tebing Bukit ".
Thumbs up bro...............If I were you I'll frame that up and hang it in my house.....................
Wed 30-Jan-2008 16:09
Posted by:tokjanggut1961 azam61pd@yahoo.com  - [Link]
thanks for the comment Wed 30-Jan-2008 18:44
Posted by:kuchiberek


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.