A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Jan-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V6.0

 
 
 
 



Dari Monumen Perjuangan Rakyat Bali, perjalanan diteruskan ke kawasan Gianyar pula yang mana adalah kawasan yang terkenal dengan pelbagai industri kraftangannya. Sebenarnya agak meletihkan juga perjalanan ke sini kerana kawasan ini terletak kira-kira 70km dari Kuta yang mana merupakan tempat penginapan kami.

Kalau di Malaysia, 70km bukanlah satu jarak yang mengambil masa yang lama. Tetapi keadaannya berbeza di sini. Memandangkan jalan di sini adalah agak sempit dan penuh dengan pelbagai kenderaan (kira lebih kurang macam jalan kampung di sini) maka untuk travel 70km ini pun akan mengambil masa hampir sejam. Dengan keadaan jalan yang kelam kabut lagi sudah tentu akan menyerabutkan kepala dan memenatkan minda serta badan.

Bagaimanapun, perjalanan yang jauh itu adakalanya tidak begitu dirasai sebab ada macam macam yang boleh ditengok dengan mata sendiri. Keadaan serta suasana perkampungan yang dilalui adalah satu contoh yang baik. Maklumlah, banyak pemandangan di sini yang tidak pernah wujud di Malaysia…seperti puluhan kuil yang terletak di sepanjang perjalanan. Itu belum lagi keadaan rumah di sini yang setiap satunya dengan design yang tersendiri yang adakalanya agak ‘elaborate’.



Satu yang saya perasan di sini adalah bagaimana tersusunnya setiap kawasan tumpuan pelancong. Seperti di handicraft village ini, setiap satu jenis kraftangan pasti ada tempatnya yang tersendiri. Kalau ukiran kayu atau batu, semuanya akan bertumpu di satu tempat saja. Sepanjang panjang jalan di kawasan tersebut, di kira kanan jalan semuanya pusat ukiran kayu dan batu saja. Bila dah lepasi yang ini, muncul pula kawasan yang menjual lukisan. Seperti ukiran, sepanjang panjang jalan semuanya lukisan saja.

Sememangnya nampak tersusun betul semuanya sehingga menyenangkan pelancong yang ingin melihat atau membeli satu satu jenis kraftangan tersebut. Memandangkan sektor pelancongan adalah merupakan penjana ekonomi utama Bali, maka tidak menghairankanlah mengapa sebegitu perhatian diberikan kepada semua ini.

Satu perkara yang saya perasan adalah betapa banyaknya ukiran patung yang dijual sini (tak kiralah samada ukiran kayu atau batu). Itu belum lagi ukiran serta lukisan yang memaparkan kebogelan atau aksi triple X (bukan Triple H. Yang itu ahli gusti). Terfikir juga macam mana kalau ada pelancong yang membeli patung yang jauh lebih besar dari manusia betul. Macam manalah nak mengangkut balik ke negeri mereka. Kalau guna transport company pun mesti banyak kos yang kena ditampung.




Memandangkan banyak sangat tempat yang ada di sini, dan masa pula suntuk, maka terpaksalah memilih mana yang penting saja. Sempatnya melawat ke kawasan perusahan batik (masih tak jemu nak tengok walaupun dah selalu sangat tengok kat Malaysia), ukiran kayu serta silverware. Tengok tengok dan ambil gambar saja dan bukannya hendak membeli…

Sekali pandang price tag barangan, terutamanya barangan silver, memang melopong kejab. Banyaknya kosong kat harga dia. Harga sampai beribu ribu. Malahan ada yang sampai berjuta. Tetiba baru teringat. Rupiahlah! Kenalah keluarkan kalkulator untuk buat pengiraan pantas. Hehehe. Tengok punya tengok tak adalah murah mana pun. Terkejut juga kerana biasanya kalau tempat sesuatu barangan tu dihasilkan harganya selalu murah. Yang ini tidak pula. Mungkin kerana menyedari ramai pelancong yang ke sana, maka ada yang nak ‘belasah’ kot.

Sebenarnya tak berminat sangat pun barangan yang ditengok tu. Yang berminat pun adalah macam perabut Balinese dan ukiran kayu yang bermotifkan bunga (letak sebagai perhiasan dalam rumah memang cantik). Tapi bila memikirkan kos yang terpaksa ditanggung kalau nak beli furniture tu, terus cancel sajalah. Lagipun bukannya tak ada yang dijual di Malaysia ni. Lagipun tak berbaloi beli furniture yang mahal mahal kalau ada kucing kat rumah. Tak pasal pasal kena cakar…

NEXT : Danau Batur, Kintamani



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net