Want your
own Fotopage?

















 

A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-Jan-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V5.0

 
 
 
 
 


Kalau ikutkan hati memang malas betul nak bangun awal awal pagi pada hari kedua di Bali. Masakan tidak, keletihan masih belum hilang. Tapi bila mengingatkan dah belanja duit untuk ke mari, terpaksalah bangun juga. Kalau setakat nak tidur saja, tak payah datang ke Bali. Kat rumah pun boleh…

First stop untuk hari kedua adalah di Monumen Perjuangan Rakyat Bali yang terletak di Denpasar. Kawasan monument ini dikelilingi oleh taman yang cukup besar, yang mana sering digunakan untuk berjogging atau bermain bola sepak atau aktiviti aktiviti riadah yang lain. Tapi rasanya tak ada pula ternampak ada yang ‘berendek’ macam yang selalu kita nampak di Malaysia. Kira itulah keunikan di Malaysia. Kalau ada taman pasti akan ada operasi berendek yang dijalankan. Tak kiralah yang tua atau yang muda. Yang penting rendek merendek bawa bahagia…

Dari jauh dah nampak monumen ni sebab ketinggiannya yang teramatlah tinggi. Masa tu memanglah sudah cukup excited sebab dah terbayang macam macam yang boleh diambil gambar. Selain itu terfikir juga mengenai pelbagai pameran mengenai sejarah Bali yang turut diadakan di sini. Lebih lebih lagi kerana monumen ini turut memaparkan tentang zaman pemerintahan Belanda di Bali. Nak juga tengok sejauh manakah persamaan antara pemerintahan Belanda di Bali dan Melaka memandangkan Melaka juga pernah dijajah selama 162 tahun oleh Belanda.



Bagaimanapun, impian akhirnya cuma tinggal impian memandangkan monumen ini ditutup untuk kunjungan awam gara gara cuti Maal Hijrah. Ini yang betul betul frust kerana bukannya selalu berpeluang nak ke sini. Bila dah berada di depan pintu utama tak boleh nak masuk melawat pula.

Kalau diperhatikan monumen ini memang nampak cantik memandangkan bermacam macam jenis ukiran dan seni yang typical Balinese style digunakan bagi menghiasi bangunan ini. Monumen ini telah dibuka pada tahun 2000. Kalau dah di Bali, memang sahlah ada macam macam jenis patung yang akan dijadikan sebagai perhiasan. Mungkin ada yang bertanya, kenapa monumen (bangunan) ini kelihatan hitam. Itu kerana batu batu yang digunakan untuk membina monumen ini adalah batu batu dari gunung berapi yang telah diambil dari beberapa buah gunung berapi di Pulau Bali. Itulah sebabnya mengapa ia kelihatan hitam. Bukan kerana ianya tak pernah dibasuh.

Kerana tak dapat nak masuk ke dalam, maka terpaksalah sekadar bergambar di luar pagar saja. Dah monumen sebesar ini, manalah ada angle lain yang boleh diambil. Balik balik macam ni sajalah…

NEXT : Gianyar Handicraft Village


terasa mcm sy ikut bro sekali bercuti.....very informative...seronoknya bro!
family sure enjoy.....congrats!
Mon 21-Jan-2008 14:10
Posted by:rahmat  - [Link]
Org M'sia ni ramai sgt yg tak guna otak, tu yg selalu abused benda benda awam. Mon 21-Jan-2008 14:17
Posted by:Bimbo Baggins  - [Link]
Wow!!!.. betul2 teruja lah jeff ur pics @ bali ni.. serious,really cantik sgt.. patut my brother suh i gi gak.. ermmmm.. best2.. environment nya nmpk lain mcm aje.. org kata kalau holiday indon.. rugisss la tak gi ke bali ni.. heheh Mon 21-Jan-2008 14:45
Posted by:gee.harun  - [Link]
amboi bro!! byknya info..ni yg kena wajib pergi ni..
Mon 21-Jan-2008 15:48
Posted by:mamaniza  - [Link]
Merendek? Bro ni kalau guna perkataan kan, mesti ada yang buat orang nak tergelak la.... Mon 21-Jan-2008 18:34
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
frustnya tak bleh masuk , saya pernah terkene dua thn lps, kenkonon masa cutui krismas n new year gi jln org tak ramai, langsung terlupa plak mestilahbyk tmpt yg tutup. punyalah jauh travel.....yg dpt hanyalah penat
re : mmg tak susah nak ptg rambut si kecik tu.... soh dok diam2 lpd tu pegang kepala dia...zup zup gunting jelah. tp kene timing bebetol jugak lah
Mon 21-Jan-2008 20:17
Posted by:gee  - [Link]
puas tengok gambar2 kat fp nih... tahun ni nak melancong ke mana lagi eik? Tue 22-Jan-2008 02:18
Posted by:manJE manje7376@yahoo.com  - [Link]
menarik travel journal bro jeff ni. next pls... Tue 22-Jan-2008 02:33
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
la sedihnya jalan jauh2, tapi tak dapat masuk plak monumen tu.. rasa rugi kan.. dah ler pergi bukan selalu.. tak pe la, ada rezeki abang jeff kena pergi sekali lagi la nampaknya Tue 22-Jan-2008 02:53
Posted by:mamafarhan nazathulhamimi@yahoo.com  - [Link]
aisyeee..... frustnya bila tak dpt masuk kan?? dahla bukan selalu dpt peluang nak sampai ke sini.. bila dah ada dpn mata, tak blh nak explore lebih2 lak.. tu la bro.. saya rasa dia soh dtg lagi laaa.... kena buat 2nd visit ke Bali ni... time cuti sekolah nanti... heheheeeee... tapi tgk kat luar pun lawa bentuk bangunan ni... dlm tu mesti mcm2 ada gak.... hmmmm... nak buat camna, takde rezeki...
** bro, gambar family bro tu, yg tepi kiri & kanan kat blh belakang tu, pagar ke?? nampak kelas laaa gambar tu......
Tue 22-Jan-2008 02:56
Posted by:kamalina  - [Link]
Bali ni mmg cantik...
Suka tgk decoration dia... ada nilai2 tersendiri...
Ni kena masukkan dlm list 4 vacation nih....
Tue 22-Jan-2008 03:00
Posted by:As Mama Adriana Amani  - [Link]
aiiiiiiiii maal hijrah pun dia org tutup ke? tempat pelancong mana leh tutup aper lahhhhhhhhhhh Tue 22-Jan-2008 03:03
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
seronoknyer holiday2....
ni cuti-cuti indonesia ni ya!
Tue 22-Jan-2008 03:24
Posted by:nn  - [Link]
takde rezeki... itu tandanye, nak suruh dtg ke Bali lagi lah tu..hihi Tue 22-Jan-2008 03:27
Posted by:marcia...  - [Link]
syoknya dpt jalan-jalan negara orang...
ala...ni la yang tak best, jauh-jauh pergi tak dapat masuk...
bukankah public holiday pun sepatutnya buka untuk pelancong asing...
anyway...tengok dari luar pun lebih baik dari oli yang tengok kat gambar abang jeff aje...
kakakakaka
mesti seronok 2 orang budak tu...
Tue 22-Jan-2008 03:37
Posted by:oli a.k.a mummy asha  - [Link]
jauhtu,,,
seronoknyer bercuti
Tue 22-Jan-2008 03:41
Posted by:liutrawa  - [Link]
teringat lagu denpasar moon... Tue 22-Jan-2008 03:41
Posted by:Lee Lin  - [Link]
abg jeff cakap sebijik mcm my hubby, saya ni kalo bercuti,bila part nak bangun tidoq tu mmg malaih sgt pasai penat kan, dia mesti akan cakap:"kalo becuti nak tidoq kat hotel ja baik x payah bercuti.." org laki suka ckp mcm tu kotttt..!!! Tue 22-Jan-2008 03:45
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
Tengok gambar bro sekeluarga kat Bali ni, macam rasa hati nak pegi gak la..... Tue 22-Jan-2008 04:05
Posted by:Mama Danish Faixaal  - [Link]
mama ca, my hubby pun selalu cakap macam tu kalau pergi bercuti. memang lelaki selalu cakap macam tu kut sebab diaorang yang keluarkan duit utk bercuti..ahakss..Masa ke bandung tahun lepas, kami pergi dengan rombongan kawan-2 ofis my hubby, sampai kat sana semua yang bujang bantai tidur sebab letih kena lepak kat airport LCCT semalaman before naik flight (sebab kami dari Tgnu) ..kami yang dah ada anak-2 ni lah yang sakan berjalan dan shopping tak ingat..dah tak cukup tangan dan dah nak balik hotel baru nampak kelibat diaorang terhegeh2 nak shopping.My hubby sound diaorang: apa guna datang jauh-2, tapi tidur kat hotel ..baik tak payah datang.. Tue 22-Jan-2008 04:52
Posted by:mai-mama nureen  - [Link]
bercuti ke bali rupanyer bro jeff.. maaflah dah bnyk terlepas vbali.. mmg seronok tuh kalu dpt bercuti ke tmpt yg xpernah dikunjungi.. lagi2 dgn family tersayang.. Tue 22-Jan-2008 04:53
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
Betul tu rugi kalau pergi cuti jauh2 tp tidur dlm hotel je... alaaahai...sayangnya tak dpt masuk tempat monumen tu...nampaknya kena pergi lagi Bali ni... Tue 22-Jan-2008 05:34
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
seronok baca jurnal bro jeff ni.. mcm2 cerita dpt dikongsi..
tapi bila baca cite bro pasal makanan tu rasa tak best lak nak ke sana..
takkan hari nak tibai mcD kan..
Tue 22-Jan-2008 06:06
Posted by:ummiNurin  - [Link]
1st pic monumen tu nampak senget sket. Photographer yang sengetkan atau memang monumen tu yang senget ?? . Atau mata saya yang senget ?? Tue 22-Jan-2008 06:41
Posted by:yatie  - [Link]
pergi bercuti ni kan actually memang memenatkan sebab dah bayar mahal jadi mesti see and do as much as possible. Tak nak rugi ape!! bukan boleh selalu pergi kan... Tue 22-Jan-2008 07:22
Posted by:mummy jam  - [Link]
-Sonok baca cerita bro jeff pergi Bali nie...macam2 info yg saya dapat dari penceritan bro jeff nie...

Re:hehe..gigi bwh dua btg, gigi atas empat btg. yang lain tak tahu la bila nak tumbuh.
Tue 22-Jan-2008 07:52
Posted by:mama haikal  - [Link]
kagumnya..maal hijrah dorang leh tutup plak ek..betul2 menyambut tahun baru islam nih..kalo kt msia..xde maknanya nk tutup kalo tmpt2 cmni kan.. xpe la..ada reason nk g bali lg.. Tue 22-Jan-2008 08:19
Posted by:Sham  - [Link]
terima kasih... info yg menarik Tue 22-Jan-2008 09:13
Posted by:krul
ooo maal hijrah pun depa cuti noo Tue 22-Jan-2008 09:45
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
bro info yg sgt berguna utk org yg tak penah pegi bali mcm saya ....so,bila org lain bercerita nnti xde la saya nganga aje. sonok nyer jd family bro, byk betul aktiviti.best! Tue 22-Jan-2008 10:19
Posted by:yaR-t  - [Link]
sakan berjalan woooooo Tue 22-Jan-2008 11:26
Posted by:za  - [Link]
alahai....bila la dpt bejalan sakan camni jugak! Tue 22-Jan-2008 12:53
Posted by:iieezzaa  - [Link]

nice pix
beshnyer
gambo pun lawa
Tue 22-Jan-2008 13:15
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
Uniknya monumen ni....Bali ni banyak building yg unik dan cantik kan... Tue 22-Jan-2008 13:35
Posted by:ed  - [Link]
Jauh berjalan luas pengalaman, terima ksih bro Jeff, sudi berkongsi kisah suka duka di negeri orang, at least boleh planning bila time baik untuk ke Bali, walaupun sebahagian besar penganut Hindu, Maal Hijrah tetap cuti... Tue 22-Jan-2008 15:08
Posted by:alchemist  - [Link]
wah bestnye!! bila la nak sampai lagi ke sana ni...? Tue 22-Jan-2008 15:24
Posted by:strozze  - [Link]
dah sampai ka bali? wow best tuuhhh Tue 22-Jan-2008 15:53
Posted by:korok  - [Link]
Jeff........berapa kosnya kalau nak melawat ke sana.......abah dah dua tiga kali ajak org umah abah...tapi dia belum terbuka lagi nak melawat........ Tue 22-Jan-2008 17:30
Posted by:abah along  - [Link]
sonot nye dapat tengok gambar pun jadi ler... x tau bila dapat pergi bali.... Tue 22-Jan-2008 19:59
Posted by:mama mya  - [Link]
wah pegi bali la pulak...bro jeff
hehehehe....sikit je gambo...
sronok lah anak2 n wife bro yer...
sane mknan ape y best ?
keep on shooting
Wed 23-Jan-2008 03:11
Posted by:fliffy  - [Link]
wow.........lepas ni pg bandung pulak....ambik muslim package...senang skit.... Wed 23-Jan-2008 04:00
Posted by:wanda rocks wandalina74@yahoo.com  - [Link]
Waaa..bro jeff..syoknyaa jenjln makan angin sampai ke bali tuh...cantekkk sgt tempatnye!!!!tq for sharing the pics.... Wed 23-Jan-2008 06:19
Posted by:Mommy the balqises aramis2177@yahoo.com  - [Link]
gembar macam dalam dunia fantasi je Wed 23-Jan-2008 06:45
Posted by:mie  - [Link]
wow best gak kan kalau zai honeymoon kat Bali......mmg menarik tempat dia..... Wed 23-Jan-2008 08:05
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
thank you for visiting my fotopages..hehehe Wed 23-Jan-2008 09:41
Posted by:KLYNDA alynn_4814@yahoo.com  - [Link]
hohoho bro..
tahniah tu bukan utk saya ye, tapi utk tuan punya badan yang jadi raja sehari tu tau.
nanti saya sampaikan ucapan tahniah tu k.
Wed 23-Jan-2008 10:47
Posted by:Tuah  - [Link]
memang cantik lah monumen tu ... bergambar di depan nya pun dah elok jugak..boleh buat kenangan..kalau ada rezeki lebih lain kali boleh pergi lagi .... jgn marah2 bro nanti BP naik.... Wed 23-Jan-2008 11:43
Posted by:Nur  - [Link]
bro ni memang banyak knowledge lah. tak rugi singgah sini taw banyak info yang kita boleh dapat. kalau nak gi travel Bali ni salah satu info yang baik....... Wed 23-Jan-2008 15:01
Posted by:dOd  - [Link]
ngeri la plak tgk bangunan ni...
mcm rumah hantu pun ada.....
aisey bro, takle masuk ke? heheh adalah hikmahnye tu, maknanya kena dtg lagi sekali daa....
Sun 27-Jan-2008 16:44
Posted by:marlin  - [Link]
- - luarnye da dasat..kt dalam lg la tk pat bayangkn..sayang ek tk pat masuk..tp tkpe..cm member2 fp ni ckp la bro..nampaknye kene g lg la ni.. Tue 29-Jan-2008 08:27
Posted by:aliz_mie  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.