A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Jan-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V4.0

 
 
 
 
 
 


Sebagaimana yang pernah dikomenkan oleh beberapa orang pelawat ke FP saya, mencari makanan yang halal di Bali memang merupakan satu masalah yang memeningkan kepala memandangkan lebih 85% penduduk di sini adalah berugama Hindu. Sekurang-kurangnya kalau kita ‘engage’ tourist guide semasa di sana, kita masih boleh menggunakan khidmatnya untuk mencari makanan yang halal (dengan syarat guide yang diambil adalah dari company yang reputable).

Yang bercadang nak ke sini, kenalah berhati hati bila makan. Tengok betul betul menu kerana anda pasti akan nampak satu dua makanan yang tak halal. Bayangkanlah, macam macam makanan yang nampak sedap ada dalam menu. Tetiba ada pula terselit ‘Pork Chop’. Tak payahlah nak tanya masak guna bekas berasingan ke apa…belah aje. Rasanya di sini makanan yang paling popular adalah BA ALIF BA YA guling kerana mana mana pun ada restorannya (kenapa dan bagaimana binatang tu berguling ye?)

Sekalipun menjumpai makanan yang halal sekalipun, masih ada masalah kerana tekak saya tak berapa boleh menerima makanan di sana. Walaupun saya mengakui bahawa yang best mengenai travel adalah peluang merasai makanan masyarakat sesuatu tempat itu, namun anak tekak ini dah biasa sangat dengan makanan yang pedas. Lainlah kalau tekak ni tekak ular macam yang dikatakan oleh Erna Hairani di mana semua boleh tolan ajo . So bila berhadapan dengan makanan di sana, makan pun ala kadar saja. Rasanya kalau nak menjalani diet yang berkesan kenalah tinggal beberapa bulan di Bali.

Bila dah fed-up tak tahu nak makan apa, akhirnya McDonald’s juga yang menjadi sasaran, itupun setelah nampak dengan mata sendiri sijil halal yang dikeluarkan oleh majlis agama Islam Indonesia. Itu selain dari nasi Padang. Last last jumpa juga restoran nasi padang. Bila jumpa pucuk ubi masak lemak, rendang daging dan begedel, barulah mula makan sampai tambah nasi.

Ini baru Bali. Entahlah macam mana kalau ke Jepun atau Korea. Silap silap mahu mati kebuluran…



Satu lagi yang sering saya elakkan semasa melawat beberapa negara tertentu (tak payahlah sebut negara mana…nanti boleh mencetuskan diplomatic incident pula) adalah meminum air yang disediakan. Selalunya Coke atau apa apa minuman bergas yang akan menjadi pilihan utama. Macam yang kita pernah belajar masa sains dulu, semua organisma memerlukan oksigen untuk hidup. Dan memandangkan kandungan CO2 dalam minuman bergas adalah amat tinggi, maka ianya bolehlah dikira sebagai cukup selamat untuk diminum.Tapi kalau asyik Coke setiap hari pun boleh membosankan.

Okay, berbalik kepada makan. Setelah satu hari tak makan apa apa, melainkan breakfast nasi lemak sebelum berlepas dari Kuala Lumpur, memang kami sudah menantikan dinner pertama di Bali ini. Maklumlah setelah berjalan sebegini jauh perut pun sudah terasa lapar yang teramat sangat. Jadi memang ketibaan di pantai Jimbaran ni amat dinantikan, lebih lebih lagi apabila nampak deretan restoran makanan laut dan juga makanan laut yang sedang dibakar.

Berbeza dengan kebanyakkan restoran makanan laut di Malaysia, restoran di sini menggunakan sabut kelapa sebagai bahan bakarnya. Tak tahulah kenapa, mungkin ia boleh memberikan rasa yang berlainan kot. Tapi yang pastinya, asap yang dikeluarkan jelas mengalahkan keretapi stim pada awal abad ke-20. Mungkin juga mengalahkan rumah asap di ladang ladang getah.



Walaupun biasa makan seafood di kawasan pantai di Malaysia, namun suasana dan atmosphere di sini cukup berbeza. Sepanjang panjang pantai, beratus kerusi meja bersusun kemas dengan ratusan pelancong yang sedang menikmati makanan malam. Dan tambah menarik ada lagi pertunjukkan matahari terbenam sambil menikmati makanan.

Meskipun perut terasa amat lapar, namun makannya tak banyak. Tak boleh telan sangatlah babe. Kering sangat makanan. Sambal yang disediakan pun langsung tak rasa sambal, dalam ertikata lain tak pedas. Last last telan udang dengan ikan saja sedangkan nasi langsung tak berusik. Kenyang minum Coke aje.

Akibatnya, masuk pukul 10 lebih saja dah mula merayau di kawasan Kuta mencari McDonald’s. Dah rasa macam baby pula. Setiap 3-4 jam kena diberi makan…

NEXT : Monumen Perjuangan Rakyat Bali, Denpasar



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net