A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Jan-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V3.0

 
 
 


Pantai Jimbaran (not Jinbara) merupakan persinggahan kedua pada hari pertama di Bali. Time ini badan memang dah terasa letih kerana selain terpaksa sprint lebih 300 meter untuk sampai ke pesawat semasa di LCCT, terpaksa pula memanjat banyak anak tangga untuk sampai ke tebing tinggi (entry lepas). Tambahan pula, dah lebih 36 jam tak tidur masa tu kerana menghabiskan kerja sebelum start bercuti. Mana tidaknya, sampai saja di Lapangan Terbang Ngurah Rai program hari pertama sudah bermula.

Semangat memang berkobar kobar semasa ke Uluwatu kerana niat hati nak tengok sunset yang cantik. Ini kerana ramai yang berkata matahari terbenam di Uluwatu adalah antara yang tercantik di dunia. Tapi memandangkan keadaan langit yang berawan dan mendung, maka terencatlah perancangan. Sebab itulah bila ke Jimbaran ni semangat nak ambil gambar dah tak berapa ada. Yang terfikir masa tu cumalah nak makan sebab perut memang dah lama berkeroncong.

Lapar tu satu hal, kehausan sebab terpaksa hiking jauh di Uluwatu satu lagi. So, sementara menanti masa makan, kamera telah ditolak tepi. Bagaimanapun, sesuatu telah mengubah segalanya.



Nampaknya hasrat untuk menyaksikan matahari terbenam di Bali akhirnya menjadi kenyataan juga di pantai Jimbaran ini. Masa tu tengah dok relax dan minum minum bila terperasan keadaan langit yang mula berubah warna. Walaupun ianya tidaklah sehebat apa yang sering diperkatakan mengenai sunset di Uluwatu, ianya masih merupakan satu pemandangan yang cukup indah.

Masa itu kamera yang sudah lama ditolak ke tepi terus kembali menjadi teman. Barulah datang semangat baru untuk berjalan menyusuri pantai sambil menanti matahari untuk terus terbenam. Walaupun keadaan agak berawan pada masa itu, masih dapat dilihat sunset yang agak indah. Bayangkanlah bagaimana keadaannya kalau langit cerah dan cuaca pula baik. Mesti lagi indah lagi. Apapun, setiap kejadian ada keindahannya yang tersendiri dan ianya menjadi bukti akan kekuasaan Allah.

Cuma yang tension ketika menyusuri pantai ini adalah jumlah anjing yang banyak berkeliaran. Saya sendiri perasan bahawa di Bali memang banyak sungguh anjing (tak pastilah samada yang bertuan atau anjing liar) yang berkeliaran di merata tempat. Dan di pantai Jimbaran tidak ada bezanya. Dalam pada mata memerhatikan view finder untuk mendapatkan shot, kena juga sesekali menjeling memerhatikan di manakah kelompok anjing yang terdekat.



Rupanya bukan saya seorang saja yang menantikan dan mengambil gambar matahari terbenam di sini kerana terdapat ramai juga photographer, daripada yang menggunakan kamera yang sekecil kecilnya kepada yang sebesar besarnya, yang sibuk snapping away. Nak buat macam mana kan kerana saya pasti ramai yang sudah sedia maklum mengenai keindahan saat matahari terbenam di Bali dan pastinya ramai di antara mereka yang sudah bersedia menanti saat itu. Lebih lebih lagi kerana pantai Jimbaran ini menghadap ke barat, arah terbenamnya matahari.

Sebelum tiba di sini, saya sendiri pun tidak pernah mendengar nama pantai ini kerana apabila disebut nama Bali, orang pasti akan mengaitkannya dengan Kuta. Bagaimanapun, difahamkan Jimbaran adalah merupakan satu kawasan utama di Bali yang menyaji makanan laut. Memang jelas kelihatan banyak restoran makanan laut di sepanjang pantai ini. Itu belum lagi jumlah pengunjung yang memang ramai sangat. Memang pack habis tempat ni.

Mata dah kenyang memerhatikan matahari terbenam. Maka selepas itu kenalah mengenyangkan perut yang dah lama kosong pula.

NEXT : Makan Makan (Ini Yang Paling Penting)



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net