Want your
own Fotopage?

















 

A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 16-Jan-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V2.0

 
 
 
 


Adei. Buat spoil mood nak upload photo betullah FP ni. Petang tadi nampak okay je. La ni dah buat perangai balik. Bisa sakit jiwa macam ni dong.

Tak apalah. Macam kata mereka dalam industri perfileman 'the show must go on.' Bengong atau tidak FP ni, nampaknya kenalah juga diteruskan dengan entry yang ini memandangkan ramai yang dah menunggu gambar dari Bali. Persinggahan pertama adalah Uluwatu untuk terkenal sebagai tempat yang cantik untuk menyaksikan matahari terbenam. Tapi kali ini hasrat ini tidak kesampaian sebab cuaca agak mendung dan berawan. Secara tidak langsung, gambar pun tak banyak sebab keadaan cuaca dan lighting yang tidak berapa mengizinkan.



Kawasan Uluwatu (atau batu tinggi) terletak di penghujung pulau Bali dan adalah merupakan satu kawasan yang terkenal dengan tebing tingginya serta Pura (atau kuil dalam bahasa kita) Luhur Uluwatu. Sekiranya kawasan pantai Scandinavian terkenal dengan fjordnya manakala Dover dengan 'white cliff' maka Bali pula terkenal dengan tebing tingginya yang ini. Rasanya ramai yang pernah ke Bali pasti pernah bergambar di sini kerana saya sendiri sudah beberapa kali melihat gambar di kawasan ini di FP.

Keindahan tebing tinggi yang curam dengan laut yang memutih nun jauh di bawah memang merupakan satu pemandangan yang cukup mengagumkan. Ia juga menjadi bukti bagaimana air laut boleh menjadi suatu kuasa yang hebat apabila dengan air laut saja tebing tinggi yang berbatu batu ini boleh diukir dan dipotong sebegini jutaan tahun lalu. Ini ditambah pula dengan hakikat bahawa Bali berada di kawasan gunung berapi aktif dan zon gempa bumi pasti telah memainkan peranan dalam membentuk kawasan ini.

Tapi berhati hati kerana sebelum anda boleh sampai ke kemuncak tinggi ini anda harus melalui puluhan (mungkin juga ratusan) monyet. Kalau ada yang beranggapan bahawa monyet tidak cukup mengerunkan, anda mungkin akan berubah hati bila anda sudah tiba di sini. Monyet di sini nyata memberi makna baru kepada perkataan 'monkey business.' Menurut guide kita orang, barang barang seperti cermin mata, sepit rambut dan sebagainya perlu disimpan atau dijaga dengan teliti kerana monyet ini mempunyai tabiat pelik merampas barangan ini. Ianya telah terbukti apabila saya sendiri menyaksikan bagaimana seekor monyet ini merampas dan melarikan kamera kepunyaan seorang pelancong mat salleh (rasanya monyet tu pun nak masuk FP kot).

Walaupun perangai monyet di sini agak kemonyet monyetan, namun tiada tindakan yang dikenakan ke atas mereka memandangkan mereka percaya monyet adalah jelmaan Monkey God mereka iaitu Hanuman. Memandangkan monyet monyet yang berperangai kemonyet monyetan ini tidak dihalang perangai kemonyetan mereka, maka semakin bertambahlah kemonyetan sang monyet, sehingga pelawat yang kehilangan barang akibat perangai kemonyet monyetan sang monyet terkulat kulat macam monyet melihat barang mereka dilarikan sang monyet. Berapa banyak monyet da...!



Pura Luhur Uluwatu (maaf tak ada gambar sebab pelawat tidak dibenarkan masuk) adalah merupakan antara kuil yang banyak terdapat di Bali. Menurut cerita, ianya telah dibina sekitar kurun ke-11. Apabila empayar Majapahit tumbang di tangan Kesultanan Melayu Melaka, kepulauan Jawa dan Bali mula menjadi antara tempat tempat terakhir yang masih mengamalkan corak pemerintahan Hindu. Ini berlaku semasa agama Islam mula tiba di Melaka dan kejatuhan Majapahit menandakan bermulanya penyebaran agama Islam dari Melaka ke seluruh Nusantara. Hari ini, lebih 85% penduduk Jawa dan Bali dikatakan berugama Hindu.

Saya difahamkan yang ugama Hindu di sini banyak berbeza dengan apa yang diamalkan di Malaysia, di mana ugama Hindu Bali lebih mempercayai soal soal animistik, iaitu kepercayaan bahawa benda benda seperti batu, pokok dan sebagainya mempunyai roh atau penjaga. (Teringat satu kepercayaan Melayu semasa saya kecil dulu di mana kalau nak membuang air kecil di tempat tertentu kena minta izin datuk atau nenek atau yang seangkatan dengannya. Masih adakah kepercayaan sebegini yang berleluasa di kalangan orang kita?)

Saya rasa mungkin bagi mereka yang lemah semangat, tempat tempat sebegini bukanlah tempat yang sesuai dilawati kerana ada sesetengahnya memang menyeramkan. Malahan saya sendiri merasakan seolah olah ada 'sesuatu' yang memerhati. Nasiblah. Saya tak kacau apa apa so jangan pula ada yang nak mengacau. Tetapi minat hendak melihat sendiri memang sudah lama wujud setelah seringkali menyaksikan 'Globe Trekker' di Discovery Travel & Living atau National Geographic.

NEXT : Sunset at Jimbaran (bukan Jinbara)


#2 : amatlah stunning view itu! Tue 15-Jan-2008 18:39
Posted by:Bimbo Baggins  - [Link]
Jeff I always wanted to go to Bali but never had the chance...................envy you...............you always a step ahead of me....................got to try hard ...........really hard this year to make it there......................Ni azam 2008 ni.................the sunset there should be HEAVEN what I heard from those who had went there before...................Lucky you................ Tue 15-Jan-2008 18:48
Posted by:tok janggut azam61pd@yahoo.com  - [Link]
bila la omaQ nak leh sampai bali nie...dok impi impi aja...

http://www.omaQ.org
http://mromaq.fotopages.com
Tue 15-Jan-2008 19:13
Posted by:omaQ miloki@gmail.com  - [Link]
Adoii...best gile klu dapat pegi sini..tembak mmg tak igt dunie punye da..pheww.. Tue 15-Jan-2008 21:10
Posted by:Qiffa's Photography & Editing qiffa_nawzi@hotmail.com  - [Link]
Adoii...best gile klu dapat pegi sini..tembak mmg tak igt dunie punye da..pheww.. Tue 15-Jan-2008 21:11
Posted by:Qiffa's Photography & Editing qiffa_nawzi@hotmail.com  - [Link]
cantiknya Bali ni...kalau ada rezeki nak gak melancong ke sini pulak Tue 15-Jan-2008 22:52
Posted by:Hajar  - [Link]
Tempat ni memang cantik..........kepada yg meminati shoot pemandangan........
tentu banyak lagi foto ye jeff ......kami sentiasa menunggu
Wed 16-Jan-2008 00:03
Posted by:abah along  - [Link]
wah...seronok kan jln2 mkn angin.......anyway, thanx for commenting on my latest entry.. really appreciate it.. Wed 16-Jan-2008 01:16
Posted by:green-apple epal.hijau@yahoo.com  - [Link]
ye laa... FP buat hal je recently ni bengong betul.... ada gak plan nak ke Bali ni ... tapi masih was-was sebab phobia tentang segala keganasan yang pernah berlaku kat sini dulu .... nampak nya macam ok dan best aje Jeff n family bercuti kat sana tu kan... kena plan pergi sana gak lah ni .. hehe ... napa yek u all pakai tali kuning keliling pinggang tu .. ? just curious .... gambar Jeff tak de ke ? mesti ada ni.. Amirul or princess mesti ada snap gambar ayah kesayangan mereka ni kan tayang la jugak eh ....

...berapa "monyet" daaa.... kelakar lah you .. asalkan orang tak jadi monyet dah la kan ...
Wed 16-Jan-2008 02:24
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
bali memang satu tempat yang menarik untuk dilawati Wed 16-Jan-2008 02:45
Posted by:mamafarhan nazathulhamimi@yahoo.com  - [Link]
mungkin satu hari nanti aku akan lepas ke sini.......tapi bila yer......
cantik shot ni.....
Wed 16-Jan-2008 02:58
Posted by:jay4to ayahcu@gmail.com  - [Link]
target jgn xtarget...hehehe....jauh perjalanan luas pemandangan...tp yg menyentuh at bler sy pegi perkampungan air 2...cian tgk anak2 yg kecik tu...huhuhuh...g bali pun besh jua....... Wed 16-Jan-2008 03:01
Posted by:reen  - [Link]
Cantik... memang cantik...
Bali... 1 of the beautiful beach in the world....
Ader masa nanti teringin nak ke sana...
Wed 16-Jan-2008 03:09
Posted by:As Mama Adriana Amani  - [Link]
cantiknya view kat sana..belum berkesempatan nak ke sana., Insya-Allah akan cuba jugak ke sana suatu hari nanti. Wed 16-Jan-2008 03:31
Posted by:mai-mama nureen  - [Link]
>seronoknya......bila la dapat jejak kaki kat sana ni...
>nak tunggu version seterusnya ni......
Wed 16-Jan-2008 03:41
Posted by:Haniss  - [Link]
nice shots,nice angle..
especially the last pic..
just a suggestion>>perhaps the green channel could be enhanced.it may give the characteristic to the nature while focusing towards the horizon..

'beauties lie in the eyes of the beholder...'
Wed 16-Jan-2008 03:43
Posted by:nafeez  - [Link]
vacasion yang diidam-idamkan oleh oli...
bila lah boleh sampai kat sana?
Wed 16-Jan-2008 03:55
Posted by:oli a.k.a mummy asha  - [Link]
fuh bro.. memang bestla baca citer bro kat Bali ni... takutnya monyet2 kat situ, ganas2 belaka.. hmmm... saya ni blh dikategorikan dlm golongan yg lemah semangat.. agak2 saya tak blh pi kot ke sini...
** fp memang mengong lately ni... sakit hati je, sebab kdg2 bila post comment sampai 2 kali kluar..
Wed 16-Jan-2008 04:08
Posted by:kamalina  - [Link]
bestnya makan angin.. kami pun plan nak melancong gak before pasport abis tempoh bln 8 ni..
tapi tak tau nak g mana... itu pun kalau ongkosnya mengizinkan
Wed 16-Jan-2008 04:11
Posted by:ummiNurin  - [Link]
best nyer....teringat sangat nak pi ...maybe 1 day akan sampai juga...
nice...nice and nice.
Wed 16-Jan-2008 05:17
Posted by:pian  - [Link]
Seronoknya makan angin, tambah2 kalau ke negara orang. Pasti ianya menjadi kenangan yg terindah yg takkan padam dari ingatan Wed 16-Jan-2008 05:30
Posted by:m:e:o:r:j:a:y meorjay65@yahoo.com  - [Link]
wahhhh,,seronoknya gie holiday kat Bali,,,,pemandangan kat sana pun cantik² Wed 16-Jan-2008 05:38
Posted by:Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com  - [Link]
gelak pulak baca istilah kemonyet monyetan ... tentu byk monyet berkeliaran kat sana.
Bali mmg kuat pengaruh Hindunya..dgn kuil2 lama.Tinggi betul tebing ni...
Wed 16-Jan-2008 05:46
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
bestnya..bile laa gaknya nk sampai bali nie..owang kata pantai kt bali nie cantik2 ek..btul ker.. Wed 16-Jan-2008 05:47
Posted by:hANiM-Deena's Ibu  - [Link]
tempat ini memang jadi lambang kebanggaan mereka...bali ada lah syurga bagi para pelancong asing yg datang .... titik tolak ekonomi negara Indon. Wed 16-Jan-2008 05:52
Posted by:Nur  - [Link]
cantik sungguh pemandangan kat Bali tu....Bila la nak sampai Bali nie????? Wed 16-Jan-2008 05:54
Posted by:mama haikal  - [Link]
waaa syok ek p bali...memula kitorg mmg plan nk g bali tp tetiba je ter'booking' bandung hehehehe...nice place for shopping activities byk gak tmpt2 menarik kt bandung ni cuma tak sempat nk pegi....huhu... Wed 16-Jan-2008 06:03
Posted by:daddy haikal  - [Link]
hehehe....memang fp ni mengong la....tensen kan....
thanks bro jawab soalan, nampak gaya kalu saya nak gi bali ni, kena g berdua jela.....bila la gamaknya nak gi 2nd honeymoon..kwang..kwang..kwang

bro, tali kuning apa yg lilit kat badan tu....
saja2 letak je ke?
monyet2 sana kira peramah la ek?? heheheh
Wed 16-Jan-2008 06:10
Posted by:marlin  - [Link]
when I was there, there's some praying session going on at the temple, being a kaypo I watch lah. any surfers down the water? I saw some....terror sey dorang , kat tengah2 laut situ pun dorang surf! Wed 16-Jan-2008 06:55
Posted by:mummy jam  - [Link]
alahai..tengok gambaq bali ni....teringin pulak nak ke bali...tapi thn ni mcm budget lari je...apapun tengok gambaq bro jeff & family cukup la....
>apapun nak belajar lg tentang foto ni....mula sekadar suka2...sekarang dah jadi syok plak!
thank ye...saya bidak baru belajar....
Wed 16-Jan-2008 07:02
Posted by:aida  - [Link]
bestnya jalan2 g bali pulak... bila la nak dapat g sana? hmm... Wed 16-Jan-2008 07:19
Posted by:ayu~ibu husna  - [Link]
hiya! just came across ur fotopage.. i must say u have a great shots! really nice indeed.. ahhh.. bali is awesome, we been there for our honeymoon last year.. tgk gamba2 nihs tingat balek tralalalalalaa.. Wed 16-Jan-2008 07:39
Posted by:fiziskandarZ iskandarbaik@yahoo.com  - [Link]
tak dapat pegi.. dapat tengok gambar pun jadilah... thank for sharing bro Wed 16-Jan-2008 07:39
Posted by:MaDiHa  - [Link]
seronoknyer bercuti ke Bali. tali kuning kuning tu untuk aper bro jeff?. Wed 16-Jan-2008 07:39
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
Peluang bercuti bersama keluarga ni mmg satu pengalaman yg menyeronokkan apatah lg berkunjung ke tempat2 yg menarik dan belum pernah dilawati sebleum ni..nice shots bro.jeff Wed 16-Jan-2008 07:56
Posted by:Emy-mama Fahim  - [Link]
cantik betol pemandangan kat sana kan bro.... nak gie december nanti
ehemmmmmmmm sopping centre dia kat mana ya
Wed 16-Jan-2008 08:05
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
u salah bg komen kat page i ke bro? it's ok.. anyway, sronok tgk gambar2 yg u amik kat bali ni.. x dpt pegi, tgk gambar pun jadilah bro... Wed 16-Jan-2008 08:06
Posted by:umi solehah yusof itawaizurfosuy3479@yahoo.com  - [Link]
jauh perjalanan, luas pemandangan... Wed 16-Jan-2008 08:38
Posted by:nasrah nasz_goodgirl@yahoo.com  - [Link]
wow...best gile.....teringin nk gi sane one day.....huhuh...

pegi tanah lot tak?

hahaha..
Wed 16-Jan-2008 08:41
Posted by:rafie rafie.alam@gmail.com  - [Link]
jauh perjalanan luas pemandangan... Wed 16-Jan-2008 08:47
Posted by:nasrah nasz_goodgirl@yahoo.com  - [Link]
Sekali sekala sempat singgah fp Bro Jeff ni, memang terpegun tengok gambar-gambarnya... dengan fp saya, macam langit ngan bumi Keep it up Wed 16-Jan-2008 09:05
Posted by:Latinah  - [Link]
re: Jeff, haha . tu lah orang yang tak suka muffin cam you sure rasa pelik apasal lak nak kemaruk sangat dengan muffins ni kan .. ? biasa lah orang pompuan Wed 16-Jan-2008 09:10
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]

nice pix
seronotnyer dapat jengjalan jejauh
Wed 16-Jan-2008 09:22
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
beshnyerrr.kami ni dok la teringin nk p bali..but blom kesampaian.... Wed 16-Jan-2008 09:36
Posted by:lyana  - [Link]
beshnyerrr.kami ni dok la teringin nk p bali..but blom kesampaian.... Wed 16-Jan-2008 09:37
Posted by:lyana  - [Link]
best nyer bro g bali...dh lamer dh tingin nk g bali...tp smpai ari ni tk sampai2 lagik.. bro tlg la doakan insyaAllah ader rejeki bleh r mimie smpai saner...hehheeeeeeeeeee... indah nya ciptaan Allah kan..??
Wed 16-Jan-2008 10:14
Posted by:mamaAMSYAR  - [Link]
alamak sampai srh org rumah msk resepi ni..hadui...resepi simple je..segan sih kat org yang otai masak nih kalu terbaca... hihi
btw...syoknya pegi Bali..setakat ni blm dpt menjejakkan kaki ke sana pun..sama ada xde mase @ yang utama tarak rejeki lagik!!
Wed 16-Jan-2008 10:28
Posted by:anese  - [Link]
@@bro..fp ni kekadang mmg ngok sikit..
@@cantik betul scenery nye..
@@bile la nk sampai bali ni..baling pun tk sampai lg..
Wed 16-Jan-2008 10:33
Posted by:aliz_mie  - [Link]
..thanks bro., utk info diberi. sekadar panduan andai ade rezeki ke sana jga. Memang menarik lokasi dan panorama di sana... Wed 16-Jan-2008 10:56
Posted by:ezaiedin  - [Link]
bestnye dapat jalan 2x tempat yg best!
Wed 16-Jan-2008 11:05
Posted by:Syahid  - [Link]
Fp mmg mengong abg Jeff..sakit hati!!!! tapi mmg cantik betulla Bali ni kan..kepingin mau pergi kesana,tp nggak tau kapan... Wed 16-Jan-2008 11:35
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
perggghhhh!!! syok nye bercuti sambil shhhooooooootttt!!!! Wed 16-Jan-2008 11:51
Posted by:+ y o l | embunpagi +  - [Link]
teringin nak g bali,..tp apekan daya,.wang ngak ade,.hehehe Wed 16-Jan-2008 12:01
Posted by:ijoy  - [Link]
bestnya Wed 16-Jan-2008 12:24
Posted by:mie  - [Link]
looks like a beautiful place to visit happy new year! Wed 16-Jan-2008 13:28
Posted by:johanna  - [Link]
bestnyer dapat bercuti di bali...
*lain kali ajak bro sekali ye jeff...
*ada orang kata pulau kat bali.......emmmmm
*eee...eeee...eeee
Wed 16-Jan-2008 13:38
Posted by:muhd shafie nuradrianasofia@yahoo.com  - [Link]
wow bro...shunteknya View. Memang kagum sekali dong.
aduh....itew monyet kok jadi begitu. kalau enggak di benteras payah sih. Nanti naik manja si monyet itew
Wed 16-Jan-2008 14:37
Posted by:dOd  - [Link]
best nye la... apa lagi, shooting habis habisan larrrr...create the ART... Wed 16-Jan-2008 14:37
Posted by:Khai  - [Link]
hmmm bali... maybe takkan sampai ke sana, unless untuk pegi diving
bro. mmg yg simple tu jugak the best!! ikutkan hati, hari2 masak sardin in many varieties pun takper
tks for dropping by
Wed 16-Jan-2008 16:43
Posted by:Aliza  - [Link]
Teringat pulak monyet-monyet di Taman Tasek Taiping, Perak dan di Botanical Garden(Waterfall) Pulau Pinang. Macam tu lah perangai monyet diorang...Dah namanya pun monyet !!!! Wed 16-Jan-2008 18:05
Posted by:rinnchan  - [Link]
wahh..beshnye...

mesti banyak lagi snap gambar nie kan..
Wed 16-Jan-2008 18:20
Posted by:-=[Y.a.Y.a]=-  - [Link]
bali?? mcm menarik nie ... x pernah kesana ... maybe bln 2 saya ke bandung ... hehe

yezza! fp sudah x bersarang lg ... moh la singgah ek
Wed 16-Jan-2008 18:23
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
Maybe I'll get to go there once I've enough cash.
My pocket is as dry as the Sahara.
But before that I still need to explore Malaysia first.
There are still many places in Malaysia that I've yet to set my foot on.
Wed 16-Jan-2008 20:56
Posted by:mechattax  - [Link]
kalau dah kat pulau monyet mmg tak blh nak wat ape la
kenapa 'pelancong2' tue pakai tali/kain oren kat pinggang???
Wed 16-Jan-2008 21:49
Posted by:mama @nis  - [Link]
bestnye.nak g jugak.ahaha Thu 17-Jan-2008 00:03
Posted by:codain  - [Link]
i tau mmg ada great dive sites in bali, in fact masa beli dive gear ari tu dah berangan nak dive sana sini, merata la... berangan jer la... skali i beli dive gear, tup! tup! pregnant pulakkksss
so kena la stay away setahun lebih (dgn nak tunggu baby besar sket) baru boleh sambung angan2 nak gi dive tu balik (kesiaaann kan?!?!!)
Thu 17-Jan-2008 01:17
Posted by:Aliza  - [Link]
arghhh Bali!! my faboret place!! Memang seronok kat Bali nie, tanah lot, pantai kuta yg cun bersih dan dipenuhi dgn orang dan pura-puranya yg mempunyai ukiran dan bentuk yg amat "menyeramkan" Thu 17-Jan-2008 02:39
Posted by:Rafi rafi@streamyx.com  - [Link]
dah lama teringin nak tanya..
kat bali ada jual tak air barli?
hehehe
Thu 17-Jan-2008 02:42
Posted by:yadziz  - [Link]
Hebat -Satellite shot of Pulau Bali & Uluwatu (zoom lagi)
Nice scenery and interesting story. Looking foward for more.
Thu 17-Jan-2008 03:33
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
Bestttttttnyerrr..p bali...hasrat yg masih dikesampaian nie..hehehehehe cantek2 laa gmbr bro jeff amekk....jelesss gue.. Thu 17-Jan-2008 04:01
Posted by:*Ibu Dania*  - [Link]
berapa bnyk monyet da.. klakar plak baca...sungguh monyet ye..monyet itu.. ganaz x hingat..babap baru taw nk babap konon...skali kena terkam...mak..takottt.... Thu 17-Jan-2008 05:06
Posted by:Sham  - [Link]
igtkan sy je yg hadapi masalah upload photos.. huhu.. woaaaahhhh! bapak ke bali ya pak? rindu betul nak kesana lagi.. seronok kan pak kan? Thu 17-Jan-2008 05:19
Posted by:marcia...  - [Link]
wah! bestnya dapat bercuti ke sana...nanti suatu masa suatu ketika geng geng FP bleh buat gathering kat sana plak.... Thu 17-Jan-2008 06:57
Posted by:drzeze  - [Link]
ohooo....epy fmly....
pic pon cun.....
Thu 17-Jan-2008 07:42
Posted by:afisya  - [Link]
tu dia laporan dari bali! Thu 17-Jan-2008 09:26
Posted by:d/u/s/y/u/m  - [Link]
monyet yang kemonyet monyetan.....pergh, lotih kamus dalam kepala nih.... Thu 17-Jan-2008 09:42
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
such a lovely scenery. more pls. Thu 17-Jan-2008 11:23
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
perghhhh..canteknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee Fri 18-Jan-2008 05:08
Posted by:mummy_izz  - [Link]
monyet uluwatu nih emang la scary movie. sambil pose mata melilau tengok dia kat mana tau2 kena attack tak memasal. emang turned off la because of them hihihih Fri 18-Jan-2008 05:28
Posted by:kuchai  - [Link]
~bro jeff....slamat kembali dr percutian...
~best gilerz gambor2nyer...
~keep up a good work
Fri 18-Jan-2008 09:41
Posted by:Ila  - [Link]
syok jln2 bali
now org suka sgt jln gi bali...n bandung for shopping....
byk brg dah beli?
Fri 18-Jan-2008 10:30
Posted by:Shasha Leeds Uk nikshasha@gmail.com  - [Link]
bro,mantap giler~~ ske gmba yg last! bestnye p bali!! Sat 19-Jan-2008 09:30
Posted by:nad  - [Link]
apsal ha.. monyet dia hitam-hitam ??

Nape kena pakai tali kuning tu ek ?
Sat 19-Jan-2008 13:34
Posted by:yatie  - [Link]
cantik la tmpt2 kt bali, romatik gitu.. tp gayatnye gambar ni.. Sun 20-Jan-2008 16:24
Posted by:laila hajar lieylaz@yahoo.com  - [Link]
Rasanya monyet 2 tu ada boss kot.. depa collect barang2 tu bagi kat boss .lepas tu boss depa jual balik dengan harga yang berpatutan kepada pelancung.. . Bila la saya nak ke bali..tak tau lah lagi Mon 21-Jan-2008 16:07
Posted by:<<Man>>  - [Link]
kalau dapat ikut sekali kan best..gi ramai-ramai konvoi gitu....pastu balik boleh anak-anak buat karangan sekolah... Thu 24-Jan-2008 06:47
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
Hi,
Thanks 4 visiting my fp yg x seberapa. Wow.....! amazed!
Memang cantik giler gambar2 yg u captured 2, especially
di Jimbaran dan Uluwatu. Your description pun very detail.
Macan ni boleh claim royalty frm Bali Tourism! Five tumbs up bro!
Gamba di Jimbaran & Uluwatu ,that is d kind of pic. that i luv.
Lapang fikiran dan insaf tentang kebesaran yg maha pencipta.
U must be a pro., camera apaa u guna, susak ke nak belajor
teknik2 photography ni & camera ape u recomen utk beginers
cam I ni. I guna Cannon Power Shot A80. Thanks. Salam.
Thu 24-Jan-2008 08:27
Posted by:Zaiton Yatim zaiton_yatim@yahoo.com
huhuhhu..mmg cantek!!! bulih print buat postcard hehehe Fri 25-Jan-2008 06:44
Posted by:ieba  - [Link]
mmg kemonyetan sungguh monyet2 itew... Wed 30-Jan-2008 06:45
Posted by:Lini  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.