Want your
own Fotopage?

















 

A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Jan-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Bali Hai - My Travel Journal V1.0

 
 
 
Muka Tension Menunggu
 
 
 
 
 
 
 
 

Balik Balik Isi Borang
Baik Punya Cuti
Finally, dah kembali semula ke Malaysia dan dapat jenguk semula FP ni setelah beberapa hari ditinggalkan. Cuma frust juga kali pertama nak menggunakan FP semula, gambar thumbnail pula susah nak upload. Asyik tak keluar aje. Ikutkan hati memang dah boring nak asyik load aje. Tapi memandangkan tahap kesabaran masih lagi bagus, teruskanlah aje. Mungkin sampai tahap kesabaran semakin hilang kot.

Mungkin dari entry yang lepas ramai yang sudah dapat meneka ke mana tokey kedai FP ni menghilang untuk beberapa hari. Saja bercuti memandangkan masa cuti sekolah tempohari tak berkesempatan sangat nak bercuti. Lagipun inilah masa yang kurang sikit sibuk kerana akhir tahun merupakan 'peak season' untuk Bali. Biasalah, time Christmas dan New Year ramai mat salleh yang ke Bali. Seronok sikit bercuti bila tak ramai orang. Tak kelam kabut sangat.

Masa sekolah baru start ni bolehlah lagi bebudak berdua ni 'cuti' kejab. Lagipun cuti dua hari je memandangkan Khamis adalah cuti umum.


Bosan Menunggu
Toibang Dengan Kapai Toibang
Depa kata 'kini semua orang boleh terbang.' Entahlah. Tak nampak lagi ada sayap yang muncul yang membolehkan saya terbang . Bab naik terbang ni ada yang suka dan ada juga tak suka. Macam saya, bab naik kapal terbang ni memang menyeronokkan sebab dari kecil lagi memang suka sangat apa apa yang berkaitan dengan kapal terbang ni. Cuma yang membosankan adalah terpaksa duduk dalam tempat yang tertutup dan sempit untuk berjam jam lamanya. Sampai boleh kematu bontot la.

Satu lagi yang membosankan pasal naik kapal terbang adalah masa yang dihabiskan menunggu. Sampai keseluruhan bangunan airport disurvey sebab dah tak tahu nak buat apa. Kalau ada pita pengukur, rasanya dah boleh diukur keseluruhan bangunan lapangan terbang ni. Sebenarnya bab travelling ni tak memenatkan. Yang memenatkan adalah penantian yang adakalanya dirasakan seolah olah tidak ada penghujungnya...


Somewhere Over Indonesia
Toibang Lagi
Sebenarnya inilah kali pertama fly dengan Air Asia kerana selama ini selalunya dengan MAS. Setelah banyak mendengar mengenainya dari orang lain yang pernah naik, barulah kali ini dapat merasa. Murah tu memanglah murah kalau nak dibandingkan dengan MAS. Tapi yang tak syoknya kena pula nak berebut sitting. Teringat pula zaman kanak kanak dulu bilamana kena rebut sitting bila naik keretapi. Almaklumlah, zaman tersebut tak ada keretapi ekspres lagi.

Memandangkan yang ini adalah low cost carrier, maka terpaksalah dia orang memaksimakan capacity dengan memperbanyakkan tempat duduk. Bila tempat duduk diperbanyakkan maka leg room antara tempat duduk pun menjadi semakin sempit. Rasanya kalau long distance mahu tension juga. Satu lagi tak boleh nak kacau stewardess dengan macam macam request macam kat flight MAS. Maklumlah, bukannya bayar untuk service yang macam tu pun. Maka terpaksalah dikorbankan permintaan berulangkali untuk air...

Secara keseluruhannya, kira okaylah first impression dan first experience dengan Air Asia ni. Tak kisahlah contribute sikit untuk profit dia orang sebab nanti dia orang akan sponsor Man United juga...


A320...Now Everyone Can Fly
Bali Hai
Overall, kira good choice jugalah Bali ni, walaupun saya kena admit bab makanan ni payah sikit. Dahlah susah nak cari tempat makan yang sesuai, bila dah jumpa susah pula nak telan makanan dia orang. Last last McDonald's juga yang lagi senang...

Keseluruhan memang menyeronokkan sebab biasanya cuma tengok samada di majalah atau Discovery Channel ataupun National Geographic Channel saja Bali ni. Bila sudah berada di depan mata, rasa teruja juga. Kalau nak dikatakan ini satu percutian untuk berehat, rasanya tidak juga sebab memang banyak berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Yang pasti, ini satu percutian yang menarik dan menyeronokkan. (Biasalah, kalau dah hantu kamera, tempat yang ada banyak peluang ambil gambar memang akan menyeronokkan...)

Banyak lagi entry yang akan menyusul selepas ini. So sit back and relax...


Ahaksss...cuti-cuti Bali yaaa... Best nyer....
Kami ke GZ ari tu pun 1st time naik Air Asia. Yup..penantian di airport adalah satu penyiksaan tapi berbaloi laa tambang lebih murah..7 org beb !!
Tak sabo nak tengok gambar2 Bali...dengan org Malaysia di Bali !!!
Sun 13-Jan-2008 19:03
Posted by:rinnchan  - [Link]
selamat tahun baru bro
Sun 13-Jan-2008 20:29
Posted by:pf  - [Link]
wow....seronok kad bali ye jefff........ bab makan memang susah sebab depa 99% ugama hindu tapi muka cam melayu......masa abah pegi time keje dulu banyak kali tersasul......nasib baik tak termakan sate babi....heheeee.... Mon 14-Jan-2008 00:10
Posted by:Abah Along  - [Link]
Can't wait to see beaches and sun (hot!hot!hot!) in your nex entry
Before taking budget airline, I always tell myself, must train sprinting with a 30kg backpack - to carry baby and other barang2 right?
Mon 14-Jan-2008 00:19
Posted by:Dewi
wow.. welcome back home Jeff... sempat lagi tu bagi "sneak preview" for BALI entry ... yeah, eager to hear more stories on your Bali trip ... mesti banyak cerita yang you nak share ngan geng FP ni kan .. Mon 14-Jan-2008 00:25
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee bro dah pulang ya
aduh........cuti di BALI Ya. bagus sekali dong. enggak sabar tunggu entry yg akan datang. 'JALANJALAN ke bali" permisi Ya
Mon 14-Jan-2008 00:48
Posted by:dOd  - [Link]
ahaaa... tu pasal ari tu pi buat passport yerk? dah agak dah mesti bro ada plan....
welcome home
bro ckp kematu bontot? bayangkan kalau kena pi kanada yg sahih la ambil masa 20jam lebih termasuk transit dan sebagainya
Mon 14-Jan-2008 01:47
Posted by:Aliza  - [Link]
wah... bestnyer g jejalan..
mesti lebih bersemangat nih..
tak sabar tunggu entry seterusnya... selamat kembali ke Malaysia
Mon 14-Jan-2008 01:51
Posted by:nani  - [Link]
waaahhh!!! gi bali .........berapa abis bro.......... Mon 14-Jan-2008 02:47
Posted by:jay4to ayahcu@gmail.com  - [Link]
Pastinya byk gambar2 menarik dr Bali lepas ni.... Pergi last yr masa waktu cuti Krismas...org ramai betul masa tu..mkn mmg kena hati2 kat sana...kami memanjang mkn nasi pdg masa kat sana.Menunggu waktu bertolak mmg membosankan tp kami hampir tertinggal pesawat waktu bertolak dr Bali ke KL gara2 tersilap tengok jam nasib baik Air Asia sporting bagi kami masuk flight wpun kaunter check-in dah tutup masa tu. Mon 14-Jan-2008 02:50
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
Oooo... seronokk... kalau pasai p makan angin memag seronokkk... Mon 14-Jan-2008 03:09
Posted by:muhamatzaidi  - [Link]
bijak! pergi cuti masa cuti sek dah abis... betul² bijak! ponteng 1-2 hari apa salahnya. hehehe. Mon 14-Jan-2008 03:26
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Saya Tok Bali dah sampai dah tapi Bali belum lagi, mesti banyak gambar-gambar yang menarik saudara Jeff rakamkan di sana, saya akan menanti dengan pebuh setia, bak kata orang, tak dapat pegi tengok gambar pun jadilah, InsyaAllah mana tau kalau ada rezeki lebih akan ke sana juga bercuti... Mon 14-Jan-2008 03:36
Posted by:alchemist  - [Link]
wah..sonoknya..bro g jenjalan kt bali...nape x ajak..heheeh ..x sbr nk tggu next entry..nk tgk keindahan ciptaan tuhan kat sana... Mon 14-Jan-2008 03:36
Posted by:Sham  - [Link]
Wah, pergi bali ke bro.....
Seronok tak? Tu yg sakan hari tu wat pasport memasing yeee.....
Tak sabar nak tunggun entry yg seterusnya, nak tahu gak apa yg menarik kat Bali..

Bro Jeff, nak tanyala:
~ brapa lama tunggu kat LCCT?? lama tak?
~ brapa jam perjalanan dari KL ke Bali?
~ Bali seswai tak utk bawa bebudak?
Mon 14-Jan-2008 03:54
Posted by:marlin  - [Link]
Welcome back. Bro ada nampak limau bali tak disana Mon 14-Jan-2008 04:24
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
hi bro jeff... thanx for visiting n commenting on my entries about melaka...really appreciate it.. Mon 14-Jan-2008 04:36
Posted by:unnamed  - [Link]
fuhh.. gi Bali rupanya.. patutla bdk2 tu sibuk buat passport itu hari... hehehe... ada tujuan rupanya... ni kes ponteng la ni.. takpe, ponteng bersama parents dimaafkan..
** flight tak delay ke?? saya ari tu pi LGK asyik delay aje... suppose balik kul 8.20pm, end up kul 12am... tak ke haru tu.. nasib baik bwk bdk, dptla potong que sebab diorg kesian saya dukung anak, semua pun bg jln dulu.. hehe..
** tak sabar nak tunggu sambungannya.........
Mon 14-Jan-2008 05:19
Posted by:kamalina  - [Link]
Jeff...thanx for your comments on my FPs..u have great shots too...as for me..I'm NKOTB ..just pick this photography as a hobby bout a month back ..lots of things to learn and discover...ur comments and feedbacks are welcome always... Mon 14-Jan-2008 05:22
Posted by:Zek Dee zdin121@yahoo.com  - [Link]
wahh bro jeff.. ke bali ker.. ? Mon 14-Jan-2008 05:42
Posted by:Fadzlie syahmie12@yahoo.com  - [Link]
wahhhh dah balik dari Bali rupanya bro jeff sekeluarga.

how's ur vacation? pasti menyeronokkan. p8-)
Mon 14-Jan-2008 05:46
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
woh.. bercuti di bali... best best. mesti bnyk hasil tangkapan gambar nih. Mon 14-Jan-2008 06:01
Posted by:khai  - [Link]
tak sabor nk tunggu next entry ni.. Lps ni blh tanya bro la kalo nk gi Bali... Mon 14-Jan-2008 06:07
Posted by:Lini  - [Link]
waahh..ke Bali rupanya..
mesti banyak gambar yg cuunn..
sabar utk next entriess..
Mon 14-Jan-2008 06:09
Posted by:srsfeqah  - [Link]
waduh2 p bali ye..sure byk shots yg menarik utk dikongsi bersama..sronok juga dpt kenal negeri org nih Mon 14-Jan-2008 06:16
Posted by:Emy-mama Fahim  - [Link]
salam maal hijrah and it's good to see you home.. lots of love.. Mon 14-Jan-2008 06:35
Posted by:@lh@mdulill@h|CintaDhinasAzraaei
looooooo patut lee dah lama tak nampak bro ya
tu lee lebih mudah cari makanan segera kat sana kan
yang boleh dicomment mcd kat sana nampak sama tapi tak serupa
mcm kat sini
Mon 14-Jan-2008 06:45
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
amboi2....jalan cari makan d bali yer....seronoknya...jeles ar.. Mon 14-Jan-2008 06:51
Posted by:mummy irdina&arissa  - [Link]
amboii jenjalan ke Bali rupanya.....
mesti seronok ni.......
Mon 14-Jan-2008 08:03
Posted by:Haniss  - [Link]
mmmm percutian awal tahun ni... tentu happening kat Bali tukan Mon 14-Jan-2008 08:07
Posted by:mamafarhan nazathulhamimi@yahoo.com  - [Link]
tahun lepas kkliza dah pergi Tk Bali..g main kapal terbang kontrol
tapi sib baik Bali is not in my list..
maybe kkliza ni x berapa suka jalan2 sangat kot..unless terpaksa ikut asben kerja/meeting...
Mon 14-Jan-2008 08:27
Posted by:hanieliza  - [Link]
kita pun suka gi cuti cara melawan arus ne...orang cuti kita keje ...orang sume dah balik keje kita cuti... ...lapang banyak.... Mon 14-Jan-2008 08:41
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
waduh! waduh! pegi Bali yea pak!...Amboi..bercuti sakan nampak....banyak ker beli buah tangan hehehe.... Mon 14-Jan-2008 08:42
Posted by:mama haikal  - [Link]
bercuti di Bali....memang seronok .....pemandangan nya pun cantik2 belaka..sesekali pergi bercuti sambil rehatkan minda memang ler asyik... Mon 14-Jan-2008 08:51
Posted by:Nur  - [Link]
so far cuma sekali aje naik budget airlines, to Krabi by Tigers. Selalu nya naik SIA , memang boring duduk kat plane, nasib baik lah ada tv module kat depan seat SIA so kira ok lah. Short journey naik budget airline tu should be ok, kalau long distance gerenti bosan habis! Mon 14-Jan-2008 08:57
Posted by:mummy jam  - [Link]
seronok nyer gi jenjalan Bali...OASIS tuh menarik...sure mahai tu.. Mon 14-Jan-2008 09:00
Posted by:Ibu NF  - [Link]
tu diaaaaa....depa berjalan jauh rupanyaaaaa..!!syioknya pi Baliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Mon 14-Jan-2008 09:10
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
BALI... teinginnyer nak pegi... Nice place... s/time berubah angin pergi tempat org ni ... mmg sempoi...

ader masa nanti harap2 dpt la berjalan ke sana...
Mon 14-Jan-2008 09:12
Posted by:As Mama Adriana Amani  - [Link]
uishhh.. bestnya g Bali..... bilala dapat nak g sana..... Mon 14-Jan-2008 09:21
Posted by:shima ~ ummi HaziqAiman biesayangummi@yahoo.com  - [Link]
patutla tekezut tgk air asia pakai aerobridge...rupanya kat bali..
kalau kat LCCT kan kena 'menangga', hehe...
bestnya bali..........salah 1 tpt yg sgt ingin dilawati...huhu...
Mon 14-Jan-2008 09:22
Posted by:aja  - [Link]
Assalamualaikum Jeff
Bestnya Bercuti Ke Bali...Anak-Anak Tentu Lebih Seronok....Bila Dia Org Kembali Semula Ke Sekolah Pasti Dengan Semangat Yang Baru...
Mon 14-Jan-2008 09:36
Posted by:Kak Leen mamaleen@yahoo.com  - [Link]
pergh terlerai jua persoalan yang melanda. siri kali ini pasti best coz bro pun dah lama tak kuar cerita pegi berjalan ni. barongan mesti ada punya nih..

Entryku kali ini

Pasang layar menghala Bentan
Kehendak hati tak dapat dihalang
Belayar singkat meranduk lautan
Merah putih gagah Penggalang
Mon 14-Jan-2008 09:59
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
BALI dengan limau bali . Ada limau bali ke.
Heheheh...cepatlah upload gambar comel-comel kat bali
Mon 14-Jan-2008 11:01
Posted by:mazdin  - [Link]
sudah pulang kalian semua ya....seronok bangat kalian2....he he best nyer....terbang2 jgn x terbang Mon 14-Jan-2008 11:11
Posted by:aida  - [Link]
..percutian yang tepati lokasi bro.,bali memang tenteram, mesti relaks habis dgn family semua..
cuma nak kongsi pengalaman dgn bro., bagaimana dgn tahap keselamatan di sana...
Mon 14-Jan-2008 12:36
Posted by:ezaiedin  - [Link]
bertuahnya anak2 zaman sekarang kan...cuti sekolah gi melancong ke luar negara Mon 14-Jan-2008 12:46
Posted by:fizan yusop  - [Link]
wah..semakin kencang la gambar2 dlm fp bro. ni..
kami pun tak sbr nak nunggu paparan2 yg seterusnya..
ahahahaha..ponteng sekolah yek...
Mon 14-Jan-2008 13:13
Posted by:yong@ibu chempaka  - [Link]
gi holiday ke? bestnya Mon 14-Jan-2008 13:43
Posted by:mie  - [Link]
emmmm... bestnye blh terbang ke oversea... mkn angin..
bagus le bro jeff sekeluarga support AA.. nanti AA blh sponsor MU lg
Mon 14-Jan-2008 17:13
Posted by:AM Azham  - [Link]
wahh xsabarnye nak tgk gamba2 bali. heheh bali best! makanan... er.... *vavi* guling mmg sgt populer kan. haish~! hehehe kat bali ni dulu la mule berjinak2 berani pakai dslr. huhu Mon 14-Jan-2008 18:52
Posted by:keriangandunia  - [Link]
dah balik bercuti...see...now everyone can fly Mon 14-Jan-2008 23:12
Posted by:mama @nis  - [Link]
Syoknya gi makan angin ke Bali. Ha ah, mama kalau citer pasal flight, yang paling tak larat, bab menunggu. Selalu kalau transit di Johannesburg selama 9 jam, tak keluar airport. Aduhai, tak tahu entah berapa round dah tidur kat kerusi airport tu! Ahakss..... Tue 15-Jan-2008 02:06
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
ermmm seronok gi bali...mesti macam2 shopping...atau pun abg jeff tgk ajek wife shopping....he he he....okle tu sekali sekale... Tue 15-Jan-2008 02:43
Posted by:lieya_latif lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
bestnyer gi melancong ke Bali....
tak sabar nak tengok gambar2 yg Jeff shoot kat sana... mesti cantik2 belaka..
Tue 15-Jan-2008 03:02
Posted by:MaDiHa  - [Link]
uuhuuu nak pi gak.. bile ntah, asek delay jek Tue 15-Jan-2008 03:03
Posted by:maya amir  - [Link]
wohoo.. pi bali ek... mana lagi shoot2 menarik...
tak sabo nih...
ish, bilalah kite ni nk sampei sana...
Tue 15-Jan-2008 04:26
Posted by:momi_d's a.k.a leen  - [Link]
wah..sonoknye p bali. bila la kite dpt p sana??? Tue 15-Jan-2008 05:16
Posted by:mummy_izz
looking forward to more pics here!! Tue 15-Jan-2008 06:26
Posted by:ummi zufayri  - [Link]
bestnya dapat gi bali..... Tue 15-Jan-2008 07:44
Posted by:Acik badariah@bungalawang.com  - [Link]
Selamat balik bercuti, wah mesti seronok gi Bali. Byk ker shopping? Tue 15-Jan-2008 07:58
Posted by:Mama Danish Faixaal  - [Link]
bestnya toibang ke seberang lagik... Tue 15-Jan-2008 10:41
Posted by: chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]
wooo..pi cuti2 bali ka... Tue 15-Jan-2008 11:19
Posted by:leezsa leezsa@yahoo.com  - [Link]
tak sabar nak tengok next update ni.. hehe ..

re: Jeff, good way to healthy lifestyle.. cycling huh… but I tak larat leee… hehe …. So kami naik bas aje sampai ke drop point to the winter house.. hehe …
Tue 15-Jan-2008 12:21
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
huih...pegi bali ke..bila nak update gambo kat sana.

just set up new FP. lama punya ada prblm. keep supporting me!!
-abstractdementia-
Tue 15-Jan-2008 14:36
Posted by:akuriangria  - [Link]
thanks for sharing....fantastic! Tue 15-Jan-2008 15:48
Posted by:zilzal  - [Link]
cant wait to share ur experience in Bali..
keep on updating yea...
seronoknye ke Bali...tapi kami tgk seronok kire hari nak balik Malaysia!!!!
great job bro jeff!
Wed 16-Jan-2008 05:27
Posted by:khairyn's momy  - [Link]
@@Wow..g bali satu fmly ek bro..syiokknye.. Wed 16-Jan-2008 10:22
Posted by:aliz_mie  - [Link]
Wah..bestnye trip ke Bali yea..nampaknya kalau nak ke Bali kena plan betul2 la yea Jeff..pilih tavel agency yang boleh dipercayai agar soruu tak miss btw..cantik gambar2 u tu Sat 19-Jan-2008 16:14
Posted by:Emy ezhanerfan@yahoo.com  - [Link]
wow.. quite a fascinating photos. Mon 21-Jan-2008 03:56
Posted by:sam  - [Link]
great escape huh bro?
patut ler beriya-iya wat passport arituh!

Mon 21-Jan-2008 10:31
Posted by:mAss cikgu_malas@yahoo.com  - [Link]
I have really enjoyed looking at your pictures
My wife told me thta you look like me
seriously?
well I plan to visit KL and Bali
I am planning to be there dec 2009 in KL and Jan-Feb-March in Bali
Can you please help me with some great tips for my travel
I use to coach top Management at Guthrie company from and at my University In Holland
As soon as I am in KL I want to visit some of my students at and within their Quality Management
I see that you had a great time in Bali
I hope that you can recommend me a good place to stay at a reasonable price

My warm regards

again I like the pictures and the music

Ike

Ike van Gessel

Broeder Aloysiusstraat 20

6411KM Heerlen, Limburg, NL

E-mail ivangessel@earthlink.net

6411km20@hetnet.nl


Sun 5-Jul-2009 18:52
Posted by:Ike van Gessel ivangessel@earthlink.net
M Jeffri Razali

Ike van Gessel

Broeder Aloysiusstraat 20

6411KM Heerlen, Limburg, NL

E-mail ivangessel@earthlink.net

6411km20@hetnet.nl


Sun 5-Jul-2009 18:53
Posted by:Ike van Gessel ivangessel@earthlink.net


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.