A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Thursday, 28-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Setahun Sudah Berlalu

 
 
 





Happy birthday to M. Amirul Amsyar yang celebrated his birthday semalam. Dah jadi teenager (bukan Teenage Mutant Ninja Turtles) dah anak aku sorang ni. Cepat sungguh masa berlalu. Apapun, happy birthday to you...semoga segala apa yang dicitakan akan kelak menjadi kenyataan.

Biasalah kalau bergambar tu, tidak sah kalau si adik tidak turut mencelah. Dia orang ni pun dah macam tahu tahu, kalau dah pegang kamera tu, adalah yang akan disnap. Tak payah nak posing lagi lah. Yang natural pun jadilah...





Kenapa ye kalau bab sambut birthday mesti ada makan makan punya...? Mungkin bab makan makan ni sudah menjadi sebahagian dari budaya kita kot. Birthday ada makan makan. Orang datang bertandang ada makan makan. Meeting ada makan makan. Hatta tahlil untuk yang meninggalkan pun ada makan makan.

Mungkin makan makan ni daya penarik kot. Tak percaya...? Cuba tengok masa gotong royong. Masa tengah gotong royong orang tak ramai. Tapi bila sampai masa untuk makan, entah dari mana tetiba boleh jadi ramai. Samalah seperti masa ada makan makan di surau...penuh mengalahkan sembahyang Hari Raya. Terasa ke...?








Monday, 25-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Gempur Wira

 
 
 


A4 Skyhawk

De Havilland DHC-4 Caribou a.k.a Keranda Terbang...

Aérospatiale Alouette

“Those who do not learn from history are doomed to repeat it." - George Santayana (Poet)

Minggu ni kita jalan jalan ke Port Dickson pula. Saja habiskan weekend di sana bersama keluarga selain merehatkan minda...

Kali ini tak ada gambar sunset di Port Dickson kerana kali ini tumpuan berbeza. Okaylah, dapatlah juga relax dan bersantai walaupun hotel langsung tidak memenuhi citarasa. Kira kes hampeh punya hotel la tu walaupun nama punya glamour semacam.

Muzium Tentera Darat ni memang merupakan satu tempat yang sudah lama nak dilawati tapi tidak berkesempatan sehinggalah kali ini. Memang banyak yang membuka mata di muzium ini. Yang paling best kerana inilah antara perkara yang 'close to my heart'. Maklumlah, 10 tahun handle Defence Desk.... So kira refresh balik knowledge dalam benda ini.







Dalam banyak aspek, benda benda sebegini memang baik untuk didedahkan kepada golongan muda supaya mereka tidak akan lupa segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan untuk mempertahankan negara. Sekiranya hendak disebut satu per satu jasa dan pengorbanan yang pernah dicurahkan, rasanya sampai pagi esok pun belum tentu akan selesai dilakukan.

Yang pastinya, kita tidak perlu menjadi seorang pahlawan untuk mempertahankan maruah negara. Banyak cara yang boleh kita lakukan, dan salah satunya bukannya dengan perangai seperti sesetengah golongan yang seolah-olah nak menjual negara sendiri. Apa guna bernama Melayu kalau sanggup memperjudikan negeri dan negara semata mata kerana hendak mencapai agenda sendiri...ataupun menjadi 'sore loser' yang tidak boleh menerima keputusan mahkamah...

LOCATION : Muzium Tentera Darat, Port Dickson







Thursday, 21-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Zoo...Zu...Atau Ju...??

 
 
 




Kita habiskan entry Zoo Melaka ini. Memang kalau trip ke zoo susah kita nak kawal diri daripada ambil gambar. Sedar tak sedar dah berpuluh yang disnap. Itupun banyak gambar yang tak berapa menjadi sebab hari dah tinggi. Kalau ke sana awal pagi sudah tentu lagi cantik gambar.

Kita yang dewasa, terutama yang kaki photo, memang ada tujuan lain nak ke zoo. Yang bebudak pula, pergi zoo bukannya nak tengok binatang sangat. Ramai yang asyik ingat nak naik tram saja. Itu yang tak bestnya kalau dah naik tram manalah ada peluang nak shoot. Mesti tercabar juga kesabaran dia orang sebab kena tunggu lama. Maklumlah, si ayah tengah dok tunggu masa yang sesuai untuk shoot gambar, yang lain pula kena tunggu si ayah habis shoot...






Zoo ni memang satu tempat exercise yang cukup bagus sebab memang akan berpeluh macam baru mandi bila dah jalan. Lebih lebih lagi dalam keadaan cuaca panas sekarang ini. Entahlah berapa kalori yang hilang tu...

Lepas ni kena plan nak ke zoo mana . Zoo Negara sudah. Zoo Johor...ish...buang masa je. Zoo Taiping kot..mesti best sebab zoo tertua di Malaysia. Tak pun Zoo Singapore...yang itu lagi happening. Tempat mungkin berlainan tapi pening kepala nak ambik gambar tetap sama...

LOCATION : Zoo Melaka


Yang Ini Bukan Enggang Gatal Birah...


Tengah Panggil Member...



Monday, 18-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Lets Go To The Ju...

 
 
 




Tetiba saja teringat lagu 'Lets Go To The Zoo' yang kat iklan KFC dedolu tu. Sekarang tak tahulah ada lagi tak lagu tu sebab dah berzaman tak tengok tv...

Bila dah tengok ramai yang upload gambar kat zoo, rasa teringin pula nak mencuba shooting kat zoo, walaupun bab ambik gambar kat zoo adalah yang paling membosankan dan mencabar. Bukan boleh main shoot je. Kena tunggu sampai ada peluang yang baik baru boleh shoot. Kalau dalam keadaan panas, memang ianya suatu yang boleh mencabar kesabaran dan keimanan...




Bangga...bangga...

Kalau dibandingkan dengan Zoo Melaka, memanglah Zoo Melaka kecik. Tapi untuk test power ambik gambar memang berbaloi. Walaupun kecil, masih meletihkan. Silap haribulan memang akan terasa macam nak tercabut kepala lutut. Tapi itulah, kalau dah minat ambil gambar, kena berjalan...kena bermandi peluh pun tidak kisah punya.

LOCATION : Zoo Melaka







Friday, 15-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Mama Mia...

 
 




Update juga akhirnya setelah terbengkalai beberapa hari. Sorry ye lambat upload. Maklumlah sekarang ni musim sibuk di Melaka. Kejab nak berkejar ke Hospital Melaka...kejab nak berkejar ke Tiang Dua. Meningitis punya pasal last last kita semua peningitis. Nak buat macam mana kalau kerja sebagai wartawan...buat bodoh ajelah.

Apapun, yang ini adalah entry yang terlewat sedikit. Cit...Hari Ibu sudah datang dan pergi baru nak upload gambar ni. Hari Ibu punya pasal, anak dan bapa pun tumpang makan sekali. Yang hairannya, tiap tahun Hari Ibu mesti makan ayam. Adei! Jangan jangan Hari Bapa nanti makan lembu pula kot. Tak kisahlah asalkan masih ada keupayaan untuk makan...

Untuk semua ibu ibu di luar sana (ibu duit dan ibu ayam tak diambil kira...!)...happy belated Mother's Day...







[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net