A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 6-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephant V6.0

 
 



Akhirnya berkesempatan juga untuk update FP ni selepas terbengkalai beberapa hari disebabkan oleh perasaan malas dan letih...

Mungkin ada yang bertanya apa kaitannya bunga ini dengan Thailand. Sebenarnya, gambar bunga ni diambil di perkarangan Royal Palace di Bangkok. Dalam pada merayau tengok bangunan kat sana, ternampak pula bunga ni sedang mekar. Dan yang menjadikannya menarik, ada pula serangga yang mengerumuninya.

Sayang pula bila tengok macam ni punya cantik dan terbiar tanpa ada sesiapa yang shoot gambarnya. Maka terbongkok-bongkok la seorang ni sambil ambil gambar bunga ni. Orang yang nampak mesti dok rasa hairan apalah yang dilakukannya. Sekali tengok nampak cantik...dua kali tengok rasa tak puas hati pula...macam ada sesuatu yang kurang...





Monday, 29-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephant V5.0

 
 
 





Bagi yang suka melihat kehalusan senireka Thai, maka lawatan ke Grand Palace ini adalah wajib kerana di sini anda memang akan melihat kehalusan senireka ini dengan lebih dekat lagi.

Pembinaan bangunan istana ini telah dimulakan pada tahun 1782 dan ianya siap untuk majlis naik takhta Raja Rama I. Keluasan asal kawasan istana ini adalah seluas 51 ekar tetapi ianya telah dibesarkan sehingga 60 ekar, iaitu keluasan kawasan itu sekarang. Sebenarnya terdapat banyak bangunan di dalam kawasan istana ini dan ianya bukan sahaja terhad kepada istana penginapan.

Menara emas dalam gambar 3 dan 4 adalah Phra Si Rattana Chedi
Prasat Phra Debidorn.







Gambar 5, 6 & 7 - Prasat Phra Thap Bidon.

Gambar 9 & 10 - Chakri Mahaprasad Hall. Bangunan ini telah dibina oleh Raja Rama V untuk memperingati ulangtahun ke-100 Dinasti Chakri. Gabungan senibina Eropah dan Thai digunakan untuk pembinaan bangunan ini, di mana bahagian atasya menggunakan senireka Thai. Pembinaan mengambil masa enam tahun iaitu dari tahun 1876 sehingga 1882.

LOCATION : Royal Palace, Bangkok




Lukisan Pada Dinding Istana...


Thursday, 25-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephants V4.0

 
 




Perjalanan di Sungai Chao Phraya diteruskan, kali ini dengan lawatan ke Royal Barge Museum yang terletak di tepi sungai tersebut. Kira naik bot...turun bot...dan lepas dah tengok naik bot semula.

Muzium ini boleh dianggap sebagai sebuah 'garage' bot yang besar dan ianya menyimpan lapan buah barge (atau dalam bahasa kita...tongkang) yang merupakan hasil kraf Thai yang cukup indah. Rekabentuk bot ini adalah dibuat mengikut fungsi bot berkenaan. Kesemua bot ini adalah untuk kegunaan Raja Thai...yang mana adalah cukup dihormati masyarakat sana serta dianggap sebagai Tuhan.

Gambar 1 - Yang ini adalah sebuah kapal pengiring yang dikenali sebagai Krut atau Garuda.

Gambar 2, 3 & 4 - Yang ini dikenali sebagai Narai Song Suban H M King Rama IX dan ianya merupakan yang terbaru dalam himpunan bot yang ada. Ia telah dilancarkan pada tahun 1996 sebagai memperingati ulangtahun ke-50 Raja Bhumibol Ayulyadej menaiki takhta.

Gambar 5 - Yang ini dikenali sebagai Suphannahongsa atau angsa emas. Bot yang ini telah disiapkan pada tahun 1911.

Gambar 6 - Dikenali sebagai Anekchatphuchong ianya telah dibina semasa pemerintahan Raja Rama IV. Versi yang kini dipamerkan di muzium ini telah dirasmikan pada tahun 1914.

Gambar 7 - Dikenali sebagai Anantanakharat bot ini mempunyai lapan kepala naga pada bahagian hadapannya.

Selain empat bot diraja ini, terdapat juga empat lagi bot yang dikenali sebagai bot pengiring. Bot bot ini semua pernah digunakan semasa perarakan bot di Sungai Chao Phraya, kali terakhirnya pada tahun 2007 sempena ulangtahun kelahiran Raja Bhumibol Ayulyadej ke-80.

LOCATION : Royal Barge Museum, Bangkok






Tuesday, 23-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Land Of The White Elephant V3.0

 
 




Dah puas tengok sungai...? Dah puas naik bot...? Belum puas...? Kalau belum puas meh ini ada satu lagi entry mengenai Sungai Chao Phraya. Jangan sampai mabuk tengok bot sudahlah kerana saya pernah dimaklumkan ada orang yang boleh mabuk walaupun setakat tengok bot atas air dan bukannya naik bot. Ini memang power punya imagination lah kalau dah boleh sampai jadi macam tu...

Lupa lak...ini adalah pagi hari kedua di Bangkok. Hari pertama rugi macam tu je sebab sampai di Suvarnabhumi Airport pun dah 11 malam dan bila dah clear customs dan immigration serta sampai ke hotel, jam pun dah 1 pagi. Mana lagi nak pergi time macam tu. Yang hidup time tu cumalah Patpong, itu pun tak dapat menjenguk di sana...

Kalau diikutkan memang tak berapa selesalah naik bot ni sebab tempat duduk pun kayu...kalau ada pun cuma dialas dengan kusyen nipis saja. Memang akan kematu pungkok punyalah. Tapi sebab hendak mencuba sesuatu yang baru, kematu pun kematu la.

Untuk sebuah bandaraya besar macam Bangkok, kira best jugalah sebab pengangkutan sungai masih merupakan sejenis pengangkutan yang utama. Malahan ada apa yang dikatakan sebagai 'water taxi' yang digunakan sebagai salah satu pengangkutan rakyat sana. Memang betullah bila dikatakan yang Chao Phraya ni menjadi nadi kehidupan masyarakat sana, sebagai Nil menjadi nadi kehidupan masyarakat Mesir.





Bagi yang nak tengok gambar pasar terapung tu, harap bersabar ye. Ini kerana pasar terapung tu terletak di Ratchanburi, iaitu kira-kira 80km daripada Bangkok. Di Bangkok ni banyak bot untuk pelancong dan juga kapal kapal yang besar saja. Hari ketiga baru ke Ratchanburi. So kenalah bersabar sikit...

Memang pun niat asal ke Bangkok adalah nak tengok dan ambil gambar pasar terapung tu. Biasalah, bila dah jadi ikon Thailand. Rasa macam tidak sah pula ke Bangkok kalau tak tengok pasar terapung tu. So sementara nak tengok pasar terapung, kita apungkan diri dulu di sini...



Hasil Sentuhan M Amirul Amsyar...



Thursday, 18-Jun-2009 15:46 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephant V2.0

 
 




Siapa ingat belajar pasal Chao Phraya masa geografi (atau zaman saya dipanggil Ilmu Alam...alam ghaib kot...) semasa kat sekolah dulu...? Mesti ramai yang ingat sebab tak sah belajar geografi kalau tak belajar mengenai Chao Phraya (dan juga Mekong). Ingat lagi delta Chao Phraya dikatakan kawasan yang paling subur dan sering dikaitkan dengan penanaman padi. Itu zaman sekolah dulu lah...

Sekarang zaman sekolah sudah lama berlalu dan kita tak belajar lagi pasal Chao Phraya tetapi melawat Chao Phraya, sungai yang walaupun terpanjang di Asia Tenggara masih kalah dengan Sungai Nil dan Amazon.

Kira teruja jugalah bila tengok sungai ni buat pertama kalinya depan mata. Tengok kat 'ground level' ni memang lebih mengujakan daripada tengok masa di udara. Memang nampak besar bebenor sungai ni. Yang menariknya kapal kapal masih boleh mudik jauh ke hulu. Cuba buat macam tu di Sungai Kelang...mahu tersangkut kapal.





Sungai ini dikira sebagai 'live line' kepada penduduk di sini kerana masih ramai yang bergantung pada sungai ini. Bab bot pelancong tu tak payah kiralah sebab itu memang sudah menjadi satu produk pelancongan. Banyak rumah-rumah yang terletak di tepi sungai dan saya perasan, setiap rumah pasti ada bot mereka sendiri. Ini bermaksud mereka mesti bergantung pada sungai ini sebagaimana kita bergantung pada highway kita.

Naik speed boat kat sungai ni memang menarik kerana berbeza dengan bot di Sungai Melaka, yang ini memang speed habis. Speed demon katakan. Cuma mereka yang takut, dinasihatkan jangan mencuba kerana jarak antara bahagian atas bot dengan air memang tidak jauh. Lagi satu sebab speednya, bahagian depan mesti terangkat punyalah...kena pula kalau selisih dengan boat yang lagi laju. Tapi itulah yang seronoknya. Yang penting, duduk diam diam dan jangan banyak bergerak. Yang pakai rambut palsu tu...silap haribulan rambut akan bermastautin dalam sungai...

Tak dapat naik gondola di Venice, dapat naik speed boat di Chao Phraya pun jadilah...






[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net