A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 3-Aug-2009 14:56 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephants V10.0

 
 





Sebenarnya ramai juga yang terkejut juga bila dapat tahu saya ke Thailand, especially masa tengah kecoh pasal selesema yang dinamakan sempena seekor binatang yang gemuk dan berkaki pendek tu. Tak kurang juga yang bertanya samada takut atau tidak. Sebenarnya, there are some things yang worth taking the risk for. Lagipun kalau difikirkan, selesema yang dinamakan sempena binatang ni tidaklah bahaya sangat kalau dibandingkan dengan penyakit yang lain.

Dalam paper hari ini pun ada terbaca mengenai expert yang mengatakan ianya lebih kurang sama saja dengan common flu, cuma berbahaya sekiranya orang yang kena tu ada masalah kesihatan. Kalau nak dibandingkan, denggi lagi bahaya. Cuba tengok statistik, berapa orang yang dah mati kerana denggi dan bandingkan itu dengan selesema yang disebabkan oleh binantang gemuk ni.

Tapi itu tidak bermakna anda perlu cium orang yang kena penyakit yang dinamakan sempena binatang pendek ni. Itu dah masuk bab menempah masalah tu...






Cukup bercerita pasal binatang kaki pendek ni. Kalau asyik dok bercerita pasal binatang kaki pendek ni maka entry yang tidak pendek ini akan menjadi lebih tidak pendek. Bila cakap pasal pendek mesti akan teringat kat seorang yang dah boleh dimasukkan dalam kategori ketot...kira bolehlah dianggap sebagai watak protagonist dalam cerita saya.

Okay...kali ini entry pasal 'Streets of Bangkok' pula dan bukannya 'Streets Of Philadelphia' macam yang The Boss nyanyi tu. Apapun, shooting a street scene memang best sebab ia menggambarkan something yang natural, tak de posing posing dan tak de yang artificial. Tapi kalau silap shooting, mesti boleh berdesing telinga.

Kat tempat orang selamat sikit ambik gambar street scene, jarang orang kecoh. Cuba di Malaysia ni. Jangan kata shoot, pegang camera je orang dah tanya: "Dari paper mana?" Awat orang yang pegang kamera je mesti kerja paper ke? Habis tu mat bangla yang dok posing kat tengah roundabout tengahari buta tu kerja paper gak ke...?







Monday, 27-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephants V9.0

 
 




Kita sambung semula dengan entry pasal Thailand. Dan kali ini kita ke Ananta Samakhom Throne Hall (พระที่นั่งอนันตสมาคม) iaitu sebuah dewan resepsi di dalam kawasan Istana Dusit. Ianya kini telah dijadikan sebuah muzium dan memapar pelbagai koleksi, termasuk koleksi bahan-bahan emas dan pelbagai jenis ukiran emas dan batu permata yang lain.

Dewan turut digunakan sebagai bangunan parlimen sehingga 1974 apabila bangunan parlimen yang digunakan sekarang siap pembinaannya.

Bangunan ini memang nampak cantik pembinaannya, jelas kelihatan pengaruh senibina Eropah pada binaannya. Cuma sayang kerana fotografi tidak dibenarkan di dalam dewan pameran. Kalau di Malaysia, orang kata tak boleh memang akan ambil juga...di sini tak berani la...







Tuesday, 21-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy Belated Birthday Wawa...

 
 




Kita tinggalkan sejenak Land Of The White Elephant sempena my daughter's birthday. Nur Amira Najwa turned 10 pada 17hb Julai. Dah besar rupanya anak daddy sorang ni. Anyway, happy birthday to you my dear...

Sebenarnya hairan juga kenapa kalau nak celebrate something mesti kat kedai Uncle Kenny. Dah berapa kali dah. Rasanya kena cari tempat lain la pula selepas ni. Bukannya apa...bukan kenyang pun makan ayam ni. Memanglah tak kenyang sebab saya ni bukannya suku sakat musang...





Quote:

Apa-apapun, kita layan dua lagu yang pada pengamatan saya cukup menarik, simbolik dan mendalam kata katanya. Sesiapa yang ada anak perempuan, dengarlah lagu ini dan anda pasti akan faham mengapa saya kata lagu ini cukup menarik...dan boleh bergenang air mata...










Thursday, 16-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Land Of The White Elephants

 
 




Dah lama juga tergendala edisi Thailand ni. Penyakit malas tu tak de la, cuma bila dah sampai rumah, rasa macam letih pula nak update kat dalam ni. Tu yang dah beberapa hari tidak berupdate fp ni. Maka pada malam ini kita rajin rajinkan la pula diri untuk update ni. Nanti ada pula yang bertanya kalau dah lama tak update...

Setelah beberapa edisi kita memberi tumpuan pada tempat tempat menarik di Thailand, maka kali ini kita makan makan pula. Rasanya tidak sah kalau tak ada gambar makan makan kalau time berjalan ni.





Sebenarnya tidaklah susah sangat hendak mencari makanan yang halal di Thailand ni sebab memang ada banyak juga tempat makan yang halal. Maklumlah, masyarakat Islam di Thailand pun bukannya sikit sangat. Cuma kena tahu nak mencari di mana sajalah.

Ada yang bertanya samada tomyam di Thailand best atau tidak. Itu saya tak boleh jawablah sebab saya ni bukan peminat tomyam. Tapi rasanya power kot sebab tempat dia orang. Berbanding dengan Cambodia, makanan di sini ok sikit. Bolehlah makan berbanding di Cambodia yang kena main sumbat kalau nak makan. Best pun, elok lagi makanan di Malaysia...






Thursday, 9-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Land of The White Elephant V7.0

 
 
 





Kita masih di Grand Palace Bangkok. Rasanya tidak sah berjalan kalau tak posing sini sana sambil ambil gambar. Dan sebagaimana biasalah, orang yang pegang kamera itulah yang paling sedikit gambar dia diambil. Itupun nasib baiklah ada yang sudi nak ambil guna phonecam...






Biasalah kalau ke Buckingham Palace, mesti orang bergambar dengan 'pak guard' yang rambut kembang tu (ala...macam yang mr bean lakukan tu). Tapi dapat bergambar dengan 'pak guard siam' pun jadilah. Kira pak guard juga. Lepas ni boleh cuba bergambar pula dengan pak guard benggali kat bank pula...






[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net