A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 25-Jan-2010 01:37 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephant V13.0

 
 
 




Bab shopping ni something yang memang saya tak berapa minat. Bukan apa, tempat dah lah crowded, buang masa lagi tu. Aci potong kepala...sanggup buat benda lain la daripada shopping ni.

Tapi nak buat macam mana kan, bila dah kat tempat orang, mesti benda yang nak dicari adalah tempat untuk shopping, lebih-lebih lagi kalau kat negara yang tak berapa mahal. Ada saja barang yang nak diborong. Actually, kalau dah kat tempat orang macam ni, operasi mencuci mata adalah lebih baik daripada shopping. Cerah bijik mata... Barulah boleh hilang rasa mengantuk dan bosan bershopping.

Shopping kat negara asing memang menyakitkan jiwa sebenarnya. Lebih lebih lagi kalau depa tak reti cakap Engllish. Macam ayam tengah dok cakap dengan itik je. Nak bargain pun main tunjuk tunjuk jari saja. Itu yang bahayanya sebab silap haribulan mahu tertunjuk jari yang salah. Haru pula jadinya karang...





Tempat ni dia orang panggil Suam Lum Night Market di Bangkok. Nama je night market tapi mengalahkan pasar malam kat tempat kita. Dan jangan salah anggap, night ni tak de jual ikan dan sayur. Juga tak de pemuzik jalanan yang dok main lagu 'Wonderful Tonight.' Tempatnya bolehlah tahan besar tapi barang hampir sama je. Pi mai pi mai tang tu juga.

Rasanya lagi seronok tengok minah Siam yang jual barang daripada tengok barang jualannya.... Harga barang...? Entahlah...orang kata murah. Tapi bagi sorang yang agak lemah dalam bab kira mengira dan conggak menconggak ni...rasa terseksa jugalah nak buat pengiraan. Nak convert itu ini. Tulah...kalau dibuat single current macam Euro kan senang untuk semua.

Kalau yang tidak gemar shopping, pastikan anda ada kamera bersama ketika ke sini. Sekurang kurangnya adalah benda yang nak dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan menunggu. Kalau di KL, boleh gak pekena teh tarik atau kopi O dengan roti canai sambil menunggu. Kat sini jangan harap le. Kalau Budweiser, berlonggok la...tapi jangan diamalkan. Makin berpinau bijik mata karang...

LOCATION : Suam Lum Night Market, Bangkok








Monday, 18-Jan-2010 04:40 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephant V12.0

 
 
 





Aku kembali lagi untuk mengegarkan persada FP ini setelah sekian lama terbiar dalam kesamaran FP yang tidak seberapa ini. Thanks sebab ramai yang sempat bertanya mengenai FP ini walaupun sudah agak lama tidak berusik. Kira okaylah tu sebab walaupun langsung tidak bergerak, masih ada rupanya yang setia menjenguk.

Sebenarnya bukan apa. Lama terbiar sebab macam macam faktor...antaranya keadaan tugas yang semakin sibuk sehingga jarang ada masa terluang untuk update (kalau ada pun malas)...keadaan kesihatan yang adakalanya agak tidak mengizinkan (kalau mengizinkan pun malas)...asyik leka tengok TV (kalau tak leka pun malas)...kadang tak de idea nak tulis apa (kalau ada idea pun malas). So kesimpulannya, faktor utama yang menyebabkan FP ini terbengkalai seketika adalah jelas iaitu faktor KEMALASAN. Boleh gitu...? Alah...biasalah. Sedang projek mega pun adakalanya terbengkalai, inikan pula FP yang tak berapa mega.

Kita sambung semula dengan trip to Bangkok tempohari...yang nyata dah teramat lama terbengkalai tu. Yang ini tempat mengukir dan jualan hasil ukiran di Ratchanburi. Terpegun jugalah tengok hasil tangan dia orang sebab memang cukup halus dan berseni penghasilannya. Bukan itu sahaja. Tengok harga pun cukup terpegun. Ada berapa banyak 0 da...

Sanggup tengok je...tak sanggup nak borong...







Friday, 4-Sep-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Berbuka a.k.a Makang-Makang

 
 





Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pelawat FP saya ini. Semoga Ramadan kali ini akan menjadi Ramadan yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Lepas ni bolehlah raya sakan...

Entry Bangkok saya hold kejab sebab ramai yang bertanya tentang entry pasar Ramadan. Sorry ye...kali ini memang saya langsung tidak berkesempatan hendak menjenguk ke pasar Ramadan sebab saban petang mesti ada jemputan majlis berbuka puasa. Alhamdulillah...murah rezeki.... InsyaAllah, puasa ada dua minggu lagi. Kalau berkesempatan ke pasar Ramadan pasti akan saya uploadkan gambar nanti. Tapi kenalah pastikan pakai topeng untuk ke pasar Ramadan. Kalau dapat cekup space suit satu lagilah bagus...

Semoga gambar makanan di sini sekurang-kurangnya dapat mengubati kerinduan pada makanan di pasar Ramadan. Janji ada makanan dan janji berbuka. Betul tak...?

LOCATION : Avillion Legacy Hotel, Melaka





Friday, 21-Aug-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephant V11.0

 
 
 





Kira lama jugaklah tak berupdate FP ni. Sekarang nak update dua tiga kali seminggu pun adakalanya menghadapi masalah. Yelah...macam macam nak buat kan. Tapi kiranya seminggu sekali pun masih okay lagi kot. Tak de la sampai bersawang FP ni...

Okay...kita sambung semula dengan edisi Thailand setelah sekian lama terbengkalai. Jangan risau...masih ada lagi beberapa edisi untuk diuploadkan sebelum ini sebelum boleh tutup kedai. Biasalah, kalau sudah trip keluar negara mesti akan berpuluh edisi punyanya macam yang sudah sudah. Buat bekalan sebab dalam keadaan sekarang ni nak keluar negara pun kena fikir dua tiga kali. Dua tiga kali je sebab kalau nak difikirkan lebih, mesti akan keluar juga punya. Mana taknya, mana mana tengah offer bagus punya. Maklumlah, tourism market tengah slow sekarang, so hotel dan macam macam tengah bagi offer bagus nak tarik orang.

Sebenarnya kalau nak berjalan, H1N1 ke tidak tak kira punya. Jalan je. Kalau nak dikira sangat, alamatnya nak keluar rumah pun tak boleh. Kenalah ambil langkah pencegahan. Samalah macam naik kereta. Apakah kerana selalu accident atas jalanraya maka kita pun nak buat keputusan tak nak naik kereta lagi? Yang penting, lakukan apa yang patut dan serahkan selebihnya kepada Yang Esa.






Berbalik kepada Thailand, kali ini kita singgah di Ratchaburi pula, iaitu sebuah pekan yang terletak kira-kira 80km ke barat Bangkok. Di sinilah terletaknya pasar terapung yang sudah menjadi icon untuk Thailand. Untuk makluman, gambar pasar terapung yang selalu dok tengok tu bukan di Bangkok tapi di sini. Dari jeti bot, perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk tiba di pasar terapung ini.

Memang cukup meriah pasar ini. Kira macam jakunlah juga tengok sebab selama ini dok tengok gambar je, sekarang dah depan mata. Non-stoplah ambil gambar sini sana. Kalau dilihat pada gambar, memang macam macam ada di sini. Kalau kita ke pasar malam di Malaysia, baru jalan sikit mesti sudah terlanggar orang. Tapi di sini kagum juga tengok dia orang boleh bawa bot di terusan yang sesak tanpa berlaga...

Rasanya kalau kita berniaga atas bot di Sungai Klang ke, Sungai Melaka ke, jadi popular tak kita...? Mungkin popular sebab akan ada yang anggap kita sebagai mengalami 'fius terbakar.'

LOCATION : Ratchaburi, Thailand







Thursday, 13-Aug-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Keluarga

 
 
 


Ketua Menteri ala David Backham...


Rasanya dah lama juga tak update FP ni. Biasalah, masa semakin tidak menentu dengan macam macam yang perlu dilakukan sehingga nak duduk depan PC dan update FP pun terasa kemalasannya. Tapi bila dah lama tak update, terasa rindu pula nak update. So kali ini since ada masa sedikit terluang, maka update la pula FP ni...

Gambar yang diuploadkan ini pun dah kira terlewat sikit sebab time Hari Keluarga ni adalah hujung minggu lalu. Sekarang baru dapat upload kat sini. Tapi rasanya tak apalah kot sebab ada juga upload daripada bersawang terus FP ni...





Gambar ini semua semasa Hari Keluarga Kelab Media Massa Melaka yang mana telah diadakan di Padang Kemunting di Pengkalan Balak. Kalau nama dah Hari Keluarga, faham faham sajalah macam mana keadaannya. Kelam kabut dan kucar kacir tu sudahlah tentu.

Dan masing masing yang duduk dalam jawatankuasa tu, sudah tentulah ada macam macam tugas yang kena dilakukan sehingga adakalanya nak duduk relax pun susah. Macam saya ni, memandangkan dah diberi tugas dokumentasi, maka senanglah sikit kerja kerana bab memegang kamera ni anytime boleh on saja...






[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net