A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 20-Feb-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kabare Kang V3.0

 
 
 





Kita teruskan perjalanan di kota budaya ini. Kali ini ke suatu kawasan yang dikenali sebagai Taman Sari pula. Ini merupakan bekas taman diraja pada zaman kesultanan Yogyakarta...kira macam taman larangan la...

Taman Sari also known as Taman Sari Water Castle is a site of a former royal garden of the Sultanate of Yogyakarta. It is located about 2 km south within the grounds of the Kraton, Yogyakarta, Indonesia. Built in mid 18th century, the Taman Sari had multiple functions, such as as a resting area, a workshop, a meditation area, a defense area, and a hiding place.

Sebenarnya tak berapa faham sangat dengan fungsi tempat ini sebab masa penerangan diberikan, saya pula dok sibuk ambil gambar sehingga terpisah dari main group. Habis tu nak buat macam mana... Tapi tahulah yang tempat ni pernah digunakan sebagai taman sultan dan juga tempat puteri atau permaisuri bersiram (mandi le tu...bukan siram bunga...!). Kalau kaki skodeng mesti suka tempat macam ni...






Tempat ni walaupun agak menarik tetapi pada masa ini tengah tak berapa selesa sangat sebab matahari memang terik pada masa ini sehingga basah kuyup dengan peluh. Bila lihat suasana keliling yang penuh dengan air, terasa juga nak terjun dan jadi anak raja barang seminit dua. Tapi apa barang...!

[u]LOCATION[.u] : Taman Sari Water Castle, Yogyakarta






Wednesday, 10-Feb-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kabare Kang V2.0

 
 





Kita teruskan pengembaraan kita di Yogyakarta. Kali ini kita singgah di Keraton atau Istana Sultan ataupun nama rasminya 'Karaton Ngayogyakarta Hadiningrat.'

Dibina oleh Sultan Hamengkubuwono, iaitu pengasas kerajaan Ngayogyakarta Hadiningrat, istana ini berukuran 14,000 meter persegi dan pembinaannya siap pada tahun 1756. Hasil pembinaan dan kesenian di istana ini jelas menggambarkan kehalusan senireka Jawa.

Walaupun istana ini tidaklah menepati gambaran sebenar sebuah istana sebagaimana yang kita gambarkan, namun lawatan ke sini masih boleh dianggap berbaloi memandangkan Sultan Hamengkubuwono merupakan nama yang sudah tidak asing dalam sejarah. Lagipun, bukannya selalu dapat masuk kawasan istana, walaupun sebuah istana yang tidak seberapa.






Tak usah risau apabila ke sini kerana tour guide memang disedia untuk membawa dan memberi keterangan mengenai tempat ini. Tetapi mungkin ada sedikit masalah la sebab mungkin ada yang tak berapa faham apa yang dicakapkan.

Lagipun bukannya pay attention sangat pun. Maklumlah, asyik lari sini sana dan bergambar saja. Mengalahkan kanak kanak yang masuk shopping complex buat kali pertama...

LOCATION : Keraton Sultanate Palace







Sunday, 7-Feb-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kabare Kang - V1.0

 
 

Sorry ye...Setting Salah...Mengantuk Punya Pasal...

Mengalahkan Orang Isi Borang Nikah...


Welkang To Yogyakarta, Jawa Tengah, kang! Well, kalau siapa yang bisa berbahasa Jawa atau mengaku orang Jawa memang tidak akan menghadapi masalah di sini.

Jokes aside. Yogyakarta (atau Daerah Istimewa Yogyakarta - DIY - bukan Do It Yourself...) kalau nak dibandingkan dengan Bali atau tempat wisata lain di Indonesia memanglah tak ada apa sangat. Tapi sebagai sebuah pusat budaya dan warisan, Yogyakarta memang menarik. Mana tidaknya. Di sinilah terletaknya dua tapak warisan dunia UNESCO. Itu belum lagi tradisi masyarakat Jawa di sana atau Universitas Gadja Mada yang mana merupakan antara universiti utama di Indonesia.

Mungkin ada yang terfikir mengapa saya gemar ke tempat macam ni, yelah, dulu pun pernah ke Bali dan kemudiannya ke Phnom Penh. Sebenarnya, tempat macam ni la yang best melancong. Kalau nak pergi ke tempat yang serba moden, baik tak payah buang duit keluar negara. Lawat Kuala Lumpur dan rasakan kemodenan dan pening kepalanya. Sesiapa yang suka pekan yang kecil, Yogyakarta memang serasi. Unlike Bali yang masih kecoh dengan disco pada sebelah malam, di sini selepas 9pm memang aman...kedai semua tutup. Kalau di Malaysia, kita dah gelar sebagai pekan koboi.





Berbeza dengan trip lain, trip kali ini memang agak mencabar juga. Satu...pukul 5 lebih dah terpacak kat airport macam kita nak buka pintu airport pula. Secondly, makanan. Makanan di sini walaupun senang diperolehi (since lebih 90% penduduk adalah Islam) tapi ianya tidak menepati citarasa. Kenapa? Kebanyakkan makanan di sini manis dan tak ada yang pedas-pedas. Tak ada pedas payahlah nak makan. Itu belum balik balik tempe lagi. Breakfast tempe. Lunch tempe. Dinner pun tempe. Nasib baiklah tidur malam tak bermimpikan tempe. Alamatnya asyik McDonald ajelah...

Apapun, ianya merupakan satu pengalaman yang cukup menarik. Lebih lebih lagi kerana telah tercapai cita cita untuk menjejakkan kaki ke Borobudur (akan sampai entrynya nanti). Kalau ada yang bertanya mengenai Yogyakarta, memang saya kata go for it. Itu bagi mereka yang suka sejarah, budaya dan warisan la. Kalau yang suka hiruk pikuk bandaraya besar macam Tokyo atau Seoul, itu saya tak boleh tolonglah...

LOCATION : Adisutjipto International Airport, Yogyakarta




Sorry Ye...Yang Ini Pun Salah Setting Sampai Banyak Noisenya...



Tuesday, 2-Feb-2010 17:22 Email | Share | | Bookmark
live from yogyakarta

 
akan upload lebih bila kembali ke msia nanti


Saturday, 30-Jan-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Edisi Tutup Kedai

 
 





Finally setelah terbengkalai sebegini lama, akhirnya habis juga entry yang Bangkok ini. Rasa macam dah lama sangat pula entry yang ini. Apapun, berjalan jalan macam ni memanglah puas. Lagi jauh lagi puas sebenarnya. Kena pula kalau macam macam cabaran ada kat sana, barulah ada adrenalin rush.

Since ini dah nak tutup kedai, maka tak payahlah nak cerita banyak banyak. Kita tunggu the next entry berjalan jalan pula...tapi ke mana pula ye...?







[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net