A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 18-Mar-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Remembering...

 
 



Kita tinggalkan Yogyakarta sejenak dan kita ke sebuah tempat yang ramai tahu, walaupun mungkin tidak ramai yang pernah sampai iaitu Taiping.

Ini adalah Taiping War Memorial, iaitu satu memorial yang dikhususkan untuk mereka yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua. Dikatakan lebih 850 mangsa yang disemadikan di sini, di mana 500 daripadanya tidak dikenali identiti. Mereka yang terkorban bukan sahaja tentera British atau Australia tetapi juga tentera India dan Gurkha. Kalau dilihat dari nesan, ramai daripada mereka ini masih boleh dikategorikan sebagai agak muda semasa terkorban.

Menakutkan...? Rasanya tidak kerana apa yang berlaku ini juga merupakan sebahagian daripada sejarah tanahair kita. Sebab itulah elok juga budak budak didedahkan kepada benda macam ni supaya mereka kenal dan tahu sejarah negara. Dan yang penting, pengetahuan tidak hanya terhad kepada satu dua tempat sahaja.

Sebenarnya inilah kali pertama kembali ke Taiping selepas hampir 20 tahun. Yang pastinya, keadaan masih hampir sama...masih banyak yang belum berubah...

LOCATION : Taiping War Memorial





Thursday, 11-Mar-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kabare Kang V6.0

 
 
 
View all 4 photos...





Dari sebuah tapak warisan dunia UNESCO (Melaka) ke satu lagi tapak warisan dunia UNESCO. Inilah dia Borobudur yang sering disebut-sebut dan dikaitkan dengan sejarah warisan Yogyakarta. Rasanya inilah juga entry yang ditunggu oleh ramai member-member di luar sana yang telah beberapa kali menanyakan mengenai Borobudur ni.

Kira tercapai jugalah impian nak menjejakkan kaki di Borobudur ini kerana selama ini Borobudur dan Angkor Wat merupakan dua tapak warisan dunia yang memang saya ingin sangat tengok dengan mata sendiri. Angkor Wat dah sampai tahun lepas...so kali ini giliran Borobudur pula. Selepas ini kenalah cari tapak warisan dunia yang lain pula. Siapa tahu...mungkin Tembok Besar Cina atau Taj Mahal...

Borobudur merupakan sebuah candi Buddha yang dibina sekitar kurun kesembilan. Bagaimanapun, ianya dipercayai mula mundur pada kurun ke-14 berikutan kejatuhan kerajaan Buddha dan Hindu di Jawa akibat ketibaan Islam. Kewujudan candi ini mula diketahui dunia pada tahun 1814 berikutan usaha Sir Thomas Stamford Raffles (yup...Raffles yang ada kaitan dengan Singapore tu.)






Kalau time ke Angkor Wat dulu, lidah terjelir juga sebab kena berjalan jauh, di sini pun tiada bezanya kerana untuk sampai ke puncah Borobudur, kena panjat tangga yang beratus. Kira macam nak naik Batu Caves jugalah tu. Dengan keadaan cuaca yang panas, memang terasa penat betul. Tapi puas hatilah walaupun letih.

Sebagai first entry, kira okaylah ni dulu. Ada lagi banyak gambar Borobudur yang akan saya uploadkan nanti. Slow and steady. So buat masa ni, layan je yang tidak seberapa ini...

LOCATION : Borobudur, Yogyakarta







Saturday, 6-Mar-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kabare Kang V5.0

 
 
 





Aisey...shopping lagi ka...? Inilah yang memeningkan kepala ni. Asal berjalan je mesti nak shopping. Nampak gaya kena promote benda lain la selepas ini selain daripada shopping.

Yang ini kat Jalan Malioboro yang fofular tu. Mereka yang biasa ke Yogyakarta mesti tahu pasal Malioboro ni. Macam saya pula, sebelum sampai ni memang saya sendiri pun tak pernah tahu pasal Malioboro ni...tapi kalau Marlboro tu memanglah tahu teramat sangat. Orang kata tak lengkap lawatan ke Yogyakarta kalau tak ke Malioboro. Betul ke...? Saya rasa lagi tepat kalau ke Yogyakarta tapi tak ke Borobudur...

Sekali pandang lebih kurang macam Petaling Street juga kat sini. Kiri kanan ada macam macam yang dijual. Cuma bezanya kat sini wak yang ramai dan bukannya bangsa Cina. Satu yang menarik kat sini adalah bau rokok kretek dengan cengkihnya. Semerbak. Kalau tak kuat semangat boleh rambang mata juga kalau ke sini. Sekali tengok takut juga tengok harga barang...semuanya main ribu ribu...ribu rupiah la.

Siapa yang nak shopping tu shopping la. Saya...? Lagi senang duduk lepak kat McDonald's dan pekena burger barang satu dua. Tak berserabut kepala nak ikut sekali shopping...

LOCATION : Malioboro, Yogyakarta








Wednesday, 3-Mar-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Colours of Malaysia

 

Ada Berani Ka...?

Kita take a break dulu dari entry Yogyakarta untuk memuatkan entry about Melaka. Siapa kata Yogyakarta saja yang merupakan kota budaya dan tradisi...di Malaysia ini pun apa kurangnya tradisi dan kebudayaan, seperti yang digambarkan menerusi entry ini.

Entry ini tak ada kena mengena dengan Thaipusam tapi yang ini dinamakan sebagai Festival Masimagam...kira adalah sikit bau bau bacang dengan Thaipusam. Difahamkan festival ini hanya diadakan di Melaka setiap tahun. Kalau diperhatikan adalah iras iras Thaipusam.

Maaf kerana tak dapat nak upload banyak gambar sebab susah sangat nak ambil gambar time ni...crowded sangat. Terlalu ramai orang sehinggakan nak bergerak pun susah. Silap bergerak pasti akan berlaga perut dengan orang lain...

LOCATION : Cheng, Melaka






Saturday, 27-Feb-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kabare Kang V4.0

 
 




Kali ini entry pasal makanan Yogyakarta pula. Kalau nak difikirkan, di sini memang senang nak mencari makanan sebab majoriti orang Islam. Cuma samada ikut selera kita atau tidak saja. Macam saya, memang langsung tak menepati citarasa sebab tak de yang pedas. So makan pun kira ala kadar saja la.

Yang pastinya...tempe mesti ada...







[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net