A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]
Friday, 28-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl Of The Orient VIII - War & Peace Episod 2

 
 
 
Okay...ini adalah sambungan dari entry lepas iaitu mengenai Muzium Perang Pulau Pinang. Sebenarnya tak terfikir pula nak buat banyak versi tapi bila edit gambar baru tersedar banyak sekali rupanya gambar yang diuploadkan. Jadi untuk mengelakkan daripada lambat nak load page sebab banyak gambar, maka saya pecahkan menjadi beberapa entry.

Seperti yang saya katakan dalam entry lepas, banyak juga orang bercerita mengenai tempat ini sebagai tempat berhantu. Maklumlah tempat ramai orang dibunuh. Mungkin daripada beberapa gambar yang dipaparkan, akan nampak yang tempat ini ada keseraman dia...sikit sikit je...tak banyak. Apapun, bagus juga cerita orang mengenai tempat ni berhantu. Sekurang kurangnya cerita inilah yang telah menghalang orang daripada ke tempat ini dan seterusnya peninggalan yang lebih 60 tahun ini masih terpelihara sebagaimana ianya ditinggalkan dulu.






Mengikut sejarah, Perang Dunia Kedua merupakan konflik yang paling banyak mengorbankan nyawa, samada nyawa orang awam ataupun pihak tentera. Ini termasuklah di Malaysia dan juga di Hiroshima dan Nagasaki yang kemudiannya menyaksikan berakhirnya perang.

Sejarah beginilah, walaupun merupakan satu sejarah berdarah, yang perlu didalami setiap daripada kita supaya kita menghargai keamanan yang kita kecapi pada hari ini. Ini lebih lebih lagi penting untuk anak anak hari ini kerana merekalah generasi masa depan. Semoga dengan adanya peninggalan sebegini, mereka yang bakal menjadi pemimpin masa depan akan sedar bahawa perang tidak akan menguntungkan sesiapa melainkan pengeluar senjata perang. Semoga kita, anak kita dan anak cucu mereka di kemudian hari tidak akan melalui lagi kesengsaraan yang pernah dilalui ayah atau datuk kita ketika dijajah Jepun dulu.

Sebagaimana yang pernah beberapa kali saya katakan sebelum ini...mereka yang tidak belajar dari sejarah pasti akan mengulangi sejarah silam.




Rasanya Semua Tahu Apa Maksud Ni...

Mortar Shell...

Quote:
"The total estimated human loss of life caused by World War II was roughly 72 million people, making it the deadliest and most destructive war in human history. The civilian toll was around 47 million, including 20 million deaths due to war-related famine and disease. The military toll was about 25 million, including the deaths of about 4 million prisoners of war in captivity. The Allies lost approximately 61 million people, and the Axis powers lost 11 million."

"Civilian casualties include deaths caused by strategic bombing, Nazi persecution, Japanese war crimes, population transfers in the Soviet Union and deaths due to war related famine and disease."

"In Malaya, some 100,000 civillians were killed while in Singapore, about 50,000 were killed."


LOCATION : Penang War Museum, Batu Maung


Tak Tahulah Yang Ini Betul Ke Tak...Tapi Kayunya Mmg Nampak Dah Usang...

Bendera Ni Mesti Semua Orang Kenal...

Salah Satu Bangunan Yang Pernah Digunakan Sebagai Berek Oleh Tentera British



Wednesday, 26-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl Of The Orient VII - War & Peace

 
 
 
Penang War Museum atau Muzium Perang Pulau Pinang ini merupakan tempat yang terletak di kedudukan nombor satu dalam senarai tempat tempat yang hendak dilawati di Pulau Pinang ini...at least bagi sayalah. Memang sudah lama teringin nak ke sini dan akhirnya menjadi kenyataan juga. Masakan tidak, selama ini hanya dengar cerita mengenai WW II saja. Jadi bila berkesempatan menjejakkan kaki di sini terasa seolah olah dapat hidup kembali di zaman tersebut.

Memang banyak peninggalan yang menceritakan mengenai susah payah, pengorbanan dan semangat pejuang yang boleh ditemui di sini. Cuma satu amaran. Mereka yang merasakan diri mereka kurang semangat, adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tempat ini kerana ada banyak juga cerita yang mengatakan tempat ini berhantu...maklumlah, kawasan perang dengan Jepun. Bagaimanapun, cerita berhantu itulah yang semakin menguatkan minat saya untuk ke sana.




Muka Tengah Takut...


Memang puas hati juga ke sini, walaupun basah kuyup dengan peluh sebab kena panjat kawasan yang berbukit. Cuma tak berapa puas hati sebab tidak dapat masuk jauh ke dalam terowong yang digunakan ketika WW II sebab tidak mempunyai lampu suluh melainkan berbekalkan lampu handphone yang kalau hantu berdiri depan muka pun tak nampak. Sasaran adalah terowong yang masuk ke dalam kawasan yang pernah dijadikan sebagai markas operasi ketika WW II. Nampak gayanya kena datang semula ke Penang siap dengan lampu suluh yang terkuat.

Sebenarnya tak cukup nak teroka kesemua tempat yang ada di sini kerana si kecik ni takut dan nak cepat saja. Walaupun hampir dua jam meneroka tempat ini, namun masih dirasakan belum cukup masa untuk betul betul meneliti kawasan tersebut. Dalam pada tu, camera main snap juga...manalah tahu kalau kalau ada rezeki tertangkap gambar benda benda yang tak nampak dek mata kasar. Kira bonus la tu.... Apapun, gambar persekitaran tempat ini akan diuploadkan pada masa akan datang.

Dengar cerita tempat ni ada membuat tour pada waktu malam. Cantik tu. Rasanya kalau berkesempatan memang nak try out tour malam ni sebab suasananya pasti berlainan. Tapi budak budak tak bolehlah ikut...nanti lain pula jadinya. Bapak budak tak pe. Depa tak kacau geng...

LOCATION : Penang War Museum, Batu Maung

NOTE : War & Peace adalah novel popular penulis Russia, Leo Tolstoy (1828-1910)


Sniper...Berpeluh Sakan Panjat Bukit Ni...(Thanks To My Son For Being The Photographer)


Penunggu Escape Tunnel...




Monday, 24-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl Of The Orient VI - Makan Makan Lagi

 
 
 






Apa lagi yang menarik di Penang selain nasi kandar dan pasembor...? Sudah tentu laksa...

Sebagaimana nasi kandar, laksa ni pun boleh didapati di mana mana saja dan macam nasi kandar juga, banyak yang mengaku sebagai laksa penang tapi rasa langsung tak sama. So kalau nak pekena laksa penang mestilah ke penang nampaknya...








Thursday, 20-Nov-2008 13:33 Email | Share | | Bookmark
Mistik, Fantastik, Lastik, Gedik Serta Plastik...

 
 
 





Selamat datang ke Pameran Menyingkap Sejarah Dan Misteri Pulau Besar, Melaka, (dan bukannya Pulau Besar yang terletak berhampiran Mersing tu) yang kini sedang diadakan di Balai Syed Syeikh Al-Hadi atau Bastion House di Banda Hilir.

Apabila menyebut nama Pulau Besar mesti ramai yang akan ingat cerita-cerita mistik atau misteri yang didengar mengenai pulau ini sebelum ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa memang ada banyak cerita-cerita misteri atau lagenda mengenai pulau ini. Dan yang paling kerap dinasihati orang adalah supaya tidak celupar mulut dan tidak melakukan benda benda yang tidak senonoh ketika ke pulau ini kerana jika tidak, musibah pasti akan melanda.

Itulah yang orang cakap pasal pulau ni. Menurut cerita dan sejarah, pulau ini merupakan tempat persemadian beberapa tokoh ulama yang menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam suatu ketika dulu. Mungkin sebab itulah pulau ini 'dilindungi' dari sebarang perlakuan yang boleh mencemarkannya. Sesungguh hanya Allah yang tahu.






Sebenarnya banyak cerita mistik mengenai pulau ini. Ada yang mengatakan adanya Istana Bunian...Tasik Bunian dan sebagainya. Kalau difikirkan, semuanya tidak mustahil memandangkan manusia bukan satu satunya makhluk yang diciptakan. Cuma dimensi setiap satunya berlainan dan oleh yang demikian tidak mungkin setiap dari dimensi yang berlainan akan dapat bertemu.

Kalau bukan cerita mistik dan bunian yang menarik perhatian, mungkin pantainya yang cantik akan menjadi satu tarikan. Maklumlah, memandangkan tidak ramai yang ke sini, sudah tentulah kawasan pantainya turut terpelihara.






Sebagaimana Melaka, Pulau Besar juga dikatakan banyak menyimpan sejarah kerana banyak kapal kapal dikatakan pernah singgah di pulau ini untuk mendapatkan air dan sebagainya ketika zaman Empayar Melayu Melaka. Malahan Laksamana Cheng Ho (atau Zheng He sebagaimana namanya mengikut catatan sejarah yang lain) pernah menamakan pulau ini sebagai 'Wu Shu.'

Mungkin pameran ini tidak memadai untuk menjawab segala persoalan atau menyingkap semua misteri pulau ini. Tapi yang pastinya ia akan menghidupkan keinginan untuk menjejakkan kaki di pulau tersebut dan mencari jawapannya sendiri. Ada berani ka...?







Wednesday, 19-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl Of The Orient V - Twin Peaks

 
 
 
Ini satu lagi tempat yang menarik kalau ke Penang. Mana tidaknya. Bukan banyak tempat di dunia ini yang mempunyai kereta yang naik atas bukit macam di sini. Kalau cable car tu memang dah biasa sangat...banyak tempat pun ada. Keretapi bukit inilah yang membuatkan Bukit Bendera atau Penang Hill ini satu tempat yang menarik.

Dari apa yang saya ketahui, untuk Asia, hanya Jepun, China dan Hong Kong saja yang ada keretapi bukit macam ini. Kalau padi bukit atau orang bukit tu banyak yang ada. Kalau mengikut Bahasa Inggeris, keretapi bukit ini dikenali sebagai 'Funicular'. Kalau dilihat dari mata kasar memang nampak funny pun.... Cuba lihat keretapi ini yang diletakkan atas tanah rata. Tengok macam mana bentuknya. Saya tidak pasti samada keretapi yang lama ini masih dipamerkan di muzium Pulau Pinang atau tidak.

Sebenarnya ada satu cara lagi nak naik atas ni iaitu hiking. Pernah sekali masa sekolah pula menapak naik. Itu dululah. Kalau sekarang rasanya mahu patah pinggang. Kalau tak silap, ada dua tempat untuk naik iaitu di sebelah Taman Bunga dan satu lagi dari Air Itam. Tak tahulah boleh lagi ke tidak.






Sebenarnya kecewa juga masa sampai ke sini sebab dimaklumkan yang keretapi hanya sampai separuh jalan sahaja sebab separuh yang sebelah atas mengalami masalah. Sebenarnya dah planning nak naik sampai ke atas sebab pemandangan jauh lebih menarik kat atas tu. Tapi nak buat macam mana. Dah sampai tu terpaksalah juga naik separuh jalan saja. Daripada langsung tak dapat, half pun half la. Walaupun pemandangan tidaklah sebegitu cantik, namun dapatlah juga ambil apa apa shot yang patut.

Nampaknya kenalah datang sekali lagi ke Penang di masa lain untuk naik sampai ke atas pula. Bukannya apa. Saja nak menghidupkan kembali kenangan kerana pernah sampai ke atas ni semasa baru kahwin dulu.... Yelah...dah tentu sejuk dan pemandangan pun cantik. Kalau Sarukkan datang pun mesti dia nak lari celah celah pokok dan celah celah lain yang boleh dia lari...






Jom kita belajar sejarah.

Bukit Bendera merupakan stesen atau penempatan pertama Empayar British. Ia telah dibina pada awal tahun 1880 sebelum terbinanya stesen -stesen puncak bukit yang terkenal di India. Keretapi Bukit Bendera telah mula beroperasi pada tahun 1923.

LOCATION : Bukit Bendera a.k.a Penang Hill

Quote:
I get lost, in your eyes
And I feel my spirits rise
And soar like the wind
Is it love that I am in?
I get weak in a glance
Isn't this what's called romance?
And that's what I know
Cause when I'm lost
I can't let go

I don't mind
Not knowing what I'm headed for
You can take me to the skies
It's like being lost in heaven
When (and) I'm lost in your eyes

I just felt
Don't know why
Something is there
We can't deny
Ooh, when I first knew
Was when I first looked at you
And if I
Can't find my way
If salvation
Seems miles away
Oh, I'll be found
When I'm lost in your eyes

I get weak in a glance
Isn't this what's called romance
Oh, I'll be found
When I am lost
In your eyes.

Lost In Your Eyes - Debbie Gibson

Sebagaimana Penang, banyak juga kenangan lama dalam lagu ni...1988








[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net