A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  14  15  16  17  18  19  20  [21]  22  23  24  25  26  27  28  >  >>]    [Archive]
Monday, 15-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Otai Melaka

 
 
 

(L-R) Nik (vokal), Man (drum), Kis (Lead Guitar), Oliver (bass)




Gambar yang ini orang kata 'hot off the press' ataupun masih panas lagi. Mana tidaknya, baru snap tak sampai dua jam tadi.

Mungkin generasi sekarang tak ramai yang kenal nama Putra tapi rasanya mereka yang seangkatan dengan saya pasti kenal kumpulan ini apatah lagi lagu mereka 'Kain Cinta Putih' yang merupakan satu lagu berhantu sampai kini. Dan pastinya ramai yang mempunyai kenangan dan nostalgia tersendiri di sebalik lagu ini. Bukan kata saya saja, even anak saya pun minat lagu-lagu rock kapak ni, antaranya 'Kain Cinta Putih.' Itulah penangan muzik 80 dan 90an yang tidak mampu diulangi artis 'mee segera' sekarang.

Sebab itulah saya tidak menolak apabila ditanya samada saya berminat untuk tengok mereka jamming dan interview mereka. Untuk sebuah band yang telah berkubur hampir 17 tahun sebelum membuat reunion, sentuhan lead guitarist Kis masih lagi mantap. Kira berasap lagilah masa goreng. Patutlah digelar the 'fastest axeman' di Melaka. Suara Nik pun masih berbisa. Cayalah bro...! Untuk peminat Putra, kumpulan ini sudah kembali mengegar...

Entry Penang...? Sat no. Kita layan rock kapak dulu.

LOCATION : Battery Limit Studio, Melaka

Quote:

Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...

Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian

Kain putih yang kuberi pada mu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambut mu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...

Ku mencari bayang mu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa

Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur

Ku sunting diri mu
Kan ku genggam hati mu itu
Kan ku jaga wahai bunga ku
Kau kan tumbuh subur mewangi

Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur mewangi di taman hati
Jangan gugur sekali lagi
Hilang kau jatuh terus menyepi

Ku mencari bayang mu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa






Thursday, 11-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Anniversary@Pidi

 
 
 







Selain McD, apa lagi yang budak budak suka...? Sudah tentu main air....berendam dalam air...dan macam macam lagi yang ada kaitan dengan air. Pendekata kalau ada air mereka mesti suka, walaupun adakalanya nak suruh mandi masa di rumah pun satu punya seksa.

Dan sebagaimana selalu, orang yang pegang camera tak boleh join sekali sebab tengah sibuk pegang camera. Bahaya kalau dekat sangat. Bila dah dekat dengan air mesti hyperactive habis dan kebarangkalian untuk camera kena air mesti tinggi kalau dalam keadaan macam tu. Satu hal lagi nak keringkan camera. Kalau boleh masuk dalam microwave untuk dikeringkan tak apa juga. Kalau dah kaput camera alamatnya bolehlah diibaratkan macam patah kaki...





Untuk yang bertanya pasal entry Penang, ianya akan kembali selepas ini...yup...belum habis lagi tu...

Rasanya tak payahlah cerita panjang untuk entry kali ini. Masih dalam mood PD lagi tu...






Quote:

To my Home Minister a.k.a Menteri Dalam Negeri, happy 14th anniversary (10 Dec).
There are times when words are just no enough...and this one of those times...

"Whenever I'm weary from the battles that rage
in my head
You make sense of madness when my sanity
hangs by a thread
I lose my way but still you seam to understand
Now and forever
I will be your man

Sometimes I just hold you
Too caught up in me to see

I'm holding a fortune that heaven has given
to me
I'll try to show you each and every way I can
Now and forever
I will be you man

Now I can rest my worries and always be sure
That I won't be alone anymore
If I'd only known you were there all the @me
All this time

Until the day the ocean doesn't touch the sand
Now and forever
I will be your man
Now and forever
I will be your man
Now And Forever - Richard Marx










Thursday, 4-Dec-2008 11:45 Email | Share | | Bookmark
Tak Reti Nak Sebut

 
 
 




Sup Apple Dengan Badam. Nama...? Entah...

Kita berhenti seketika entry Penang dan kita berikan perhatian kepada bab makan makan lagi. Cuma bezanya kali ini makan makanan yang saya sendiri tak reti nak sebut.... Ala...senang cerita makanan Mediterranean.

Kira sedap jugalah makanan Mediterranean ni...ala...bertambah sedap sebab free. Makanan Mediterranean ni bolehlah dikira antara masakan yang cukup popular di dunia kerana selain masakan Cina, masakan Mediterranean adalah antara yang sering dicari. Tambah sedap sebab dia orang gunakan minyak zaiton.... Presentation makanan pun nampak menarik. Nasib baiklah tak de orang kat meja lain time tu. Kalau tak mesti dia orang heran tengok mamat ni dok ambik gambar makanan...

Cuma satu saja complainnya...tak kenyang...

LOCATION : Sirocco Mediterranean Restaurant, Holiday Inn Melaka






Wednesday, 3-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl Of The Orient X - X-Files

 
 
 


Holiday Pun Masih Nak Main PS2



Kali ini kita take things easy pula. Selepas asyik meronda di Muzium Perang kali ini kita relax dan jangan bebankan kepala dan fikiran dengan isu isu yang berat. Lagipun itulah tujuan bercuti bukan...?

Banyak benda yang boleh dicapturekan dengan camera sebenarnya. Kalau dah pegang kamera tu, memang pantang sebab semuanya nak disnap saja. Menjadi atau tidak itu belakang kira. Bercuti tanpa kamera bolehlah dikira ibarat gosok gigi tanpa guna ubat gigi.... Boleh ke tu...?

Kalau ikutkan hati memang nak lebih lama di Penang. Tapi masa tak mengizinkan. Inipun dah sebulan ke Penang tapi entry Penang di FP ni masih belum habis habis. Mungkin ada yang sudah bertanya bila nak habis ni. Rasanya apa yang boleh dikatakan adalah 'sabo aje.' Banyak lagi edisi tu.... Dan untuk yang pernah bertanya berapa lama di Penang, sebenarnya tak lama. Tiga hari saja. Gambar saja yang banyak mengalahkan orang yang berada di sana selama sebulan...

LOCATION : Tanjung Bungah, Penang


Nampak Mcm Berjerebu Pula

Wawa And The Twin



Tak Habis Habis Main Lagi...?


Monday, 1-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl Of The Orient IX - Finale

 
 
 


Terowong 29...Tempat Simpanan Ammunition Terletak 9 Meter Di Bawah Bukit


Pintu Masuk Ke Terowong Di Pix No 2

Quote:
As with many other war buildings, mystery enshrouds the Penang War Museum, having served as a Japanese prisoner of war (POW) camp and torture chamber during World War Two.
Last year, staff reported having heard the sound of footsteps on the pavement around the fortress.
"My boys also heard the sound of people being tortured coming from the direction of tunnels numbered 8 and 29," said Johari.
He related his experience of the recurring 'gas' smell at the House of Pain (or Torture Chamber) where the Japanese set the POWs ablaze by pouring spirit over their bodies.
"We had washed the room many times to get rid of the smell but the 'gas' scent remains, mysteriously."
Workers also claimed that they saw white figures in the vicinity of the barracks previously occupied by the Malay Other Ranks.
The Star

NOTE : Tunnel 29 adalah pix nombor 2 & 4. Tunnel 8 tak dapat masuk hari tu sebab gelap sangat (tak de lampu suluh melainkan lampu dari handphone...). Manakala berek yang dikatakan ada lembaga putih tu berhampiran dengan yang pix 8.





Bekas Berek Tentera

Satu Lagi Bekas Berek Tentera

Kira timing perfect jugalah uploadkan gambar mengenai WWII ini memandangkan seminggu lagi, iaitu 8 Disember, genaplah 67 tahun perang meletus. (Tentera Jepun tiba di pantai Kota Baru pada tarikh tersebut kira-kira jam 12.15 pagi).]

Ini adalah edisi War & Peace yang terakhir. InsyaAllah, niat hati nak pergi semula ke tempat ni sebab rasa tak puas sebab banyak yang masih belum dapat diambil gambar dan masih belum berjaya menyusup masuk ke beberapa tempat, termasuklah Tunnel 8 yang kini menjadi sasaran utama kalau ke sana lagi. Menakutkan...? Entahlah. Rasa biasa saja kot. Rasa seronok dan teruja mengatasi rasa takut atau gerun...

Sesiapa yang bercadang ke sini, sediakan dulu lampu suluh supaya anda dapat menyusup masuk ke dalam beberapa terowong di sini. Juga pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang selesa kerana anda perlu banyak berjalan dan mendaki. Jaga kelakuan dan jaga mulut (orang yang cakaplah). Dan yang paling penting, pastikan bateri kamera penuh dan flash card kosong supaya puas ambik gambar.... Kalau ada infrared tu, mana tahu kot kot dapat capture imej yang tak disangka sangka






Quote:

8 Disember 1941 - Tentera Jepun mula mendarat di pantai Kota Bahru kira-kira jam 12.15 pagi untuk memulakan serangan mereka terhadap Malaya. Menjelang siang, kapalterbang Jepun mula menyerang lapangan terbang di Alor Star, Sungai Petani, Butterworth dan Pulau Pinang selain Kuala Terengganu dan Kuantan.

9 Disember 1941 - Kesemua pesawat pengebom Blenheim milik tentera British, kecuali satu, musnah dalam serangan ke atas Butterworth sebelum mereka sempat berlepas

10 Disember 1941 - Pihak Jepun menenggelamkan kapal Prince of Wales dan HMS Repulse dalam pertempuran selama satu setengah jam.


11 Disember 1941 - Jepun melancarkan serangan ke atas Jitra dan menawan sejumlah besar kenderaan dan senjata British

12 Disember 1941 - Lebih 2,000 orang awam terbunuh dalam serangan ke atas Georgetown, yang merupakan sasaran utama Jepun. Pihak British hanya mempunyai empat senjata penangkis kapalterbang dan 500 orang tentera yang tidak terlatih. Dengan meningkatnya keadaan panik di Georgetown, pihak British mengambil keputusan mengeluarkan semua rakyat berbangsa Eropah dari Pulau Pinang.

14 Disember 1941 - Pihak British menjangkakan Pulau Pinang hanya mampu bertahan antara tiga dan empat hari. Sekiranya gagal dipertahankan, keputusan telah dibuat untuk meninggalkan Pulau Pinang

15 Disember 1941 - Pihak British meninggalkan lapangan terbang Butterworth selepas diserang berterusan selama seminggu

16 Disember 1941 - Pihak British meninggalkan Pulau Pinang

17 Disember 1941 - Pulau Pinang jatuh ke tangan Jepun


Quote:

"The total estimated human loss of life caused by World War II was roughly 72 million people, making it the deadliest and most destructive war in human history."
Kena ingat fakta ini. Perang adalah permainan orang gila. Nyawa sudah tidak bermakna. Semuga sejarah ini tidak berulang kembali."
Pemancing Ikan






Point Tertinggi Yang Boleh Nampak Sampai Ke Laut...Sebelum Pokok Ni Tumbuh Besar Macam Ni La...



[<<  <  14  15  16  17  18  19  20  [21]  22  23  24  25  26  27  28  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net