A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 7-Apr-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
 




Setelah tergendala beberapa entry, maka entry pengembaraan ke Yogyakarta kita teruskan lagi. Cuma kali ini, kita bukannya melihat tempat menarik di sana tetapi melihat pula makanan (apakah kurang menarik?) di sana pula. Biasalah, macam ada yang komen sebelum ini, tidak sah entry dalam FP ni kalau tak ada entry pasal makanan...

Mungkin bagi orang lain, masakan di sana sedap dimakan tapi bagi saya, aisey, payahlah nak makan. Mungkin sebab dah terbiasa dengan corak pemakanan di Malaysia ni yang sentiasa pedas dan sebagainya. Tapi adalah juga satu dua makanan yang boleh dikira boleh dimakan berbanding makanan yang lain. Tapi secara keseluruhannya, prefer lagi makanan Malaysia.





Bagi sesetengah orang, the real adventure about travelling ke negara lain adalah mencuba makanan mereka. Memang tidak boleh dinafikan, ini adalah betul. Tapi bagi orang yang susah nak makan selain makanan Malaysia, boleh kata payah juga tu. Lebih payah kalau perut tidak boleh menerima makanan itu. Mesti huru hara satu malam punyalah...

So sementara itu, enjoy makanan ni dulu...







Saturday, 3-Apr-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 




Okay kita berjalan lagi. Kali ini ke muzium pula. Dan kali ini ke Muzium Negeri di Taiping, Perak. Jauh terhumban di utara tanahair nampaknya kali ini.

Sebenarnya inilah kali pertama ke Taiping selepas hampir 20 tahun. Memang cukup lama dah. Bila difikirkan sebegini lama tidak ke sini pasti akan ada banyak yang sudah berubah. Tetapi sebenarnya tidak. Sekali imbas masih nampak sama macam the last time. Malahan, nak jalan kat sana pun masih ingat ingat lupa jalan. Okaylah kira tak sesat walaupun dah 20 tahun. Rasanya kalau Kuala Lumpur, mahu sesat kalau dah 20 tahun tak sampai.

One thing I like about Taiping adalah suasananya yang agak aman dan tenang. Kira macam Melaka pada awal 90an dan lewat 90an dulu la. Sekarang Melaka pun dah mula havoc, especially hujung minggu dan masa cuti. Berbeza keadaan di sini. Cukup relaxing. Even jalan pun tak kelam kabut. Kalau kelam kabut pun sebab orang tak ikut undang-undang...





Sebenarnya memang dah lama nak ke muzium ni, cuma tidak pernah berkesempatan saja. Tengok saja bangunan muzium ni dah nampak impressive, belum lagi tengok kat dalam. Memanglah sesuai sangatlah sebagai sebuah bandar lama. Memang macam macam first kat Taiping ni. Senarai memang panjang kalau nak diceritakan.

At least budak berdua ni kenal juga Taiping...dan sampai juga Taiping. Tak de la balik balik asyik Melaka dan Kuala Lumpur saja. Macam yang pernah dikatakan, memang banyak tempat menarik di Malaysia ni. So lepas ni kenalah cari destinasi lain pula yang sama mengancam. Tak mahulah yang hiruk-pikuk macam KL atau JB. Nak cuti kenalah yang betul betul aman dan kalau boleh, bersejarah dan ada ceritanya sendiri.

LOCATION : Muzium Negeri, Taiping, Perak






Wednesday, 31-Mar-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 




Okay...selepas menghuru-harakan Candi Borobudur, kali ini kita huru-harakan pula Zoo Melaka. Dalam pada berjalan ke tempat orang, tempat sendiri pun tak bole lupa jugak. Banyak yang menarik juga di tempat sendiri.

Sebenarnya dah hilang kiraan dah ini merupakan lawatan yang keberapa ke Zoo Melaka ni. Rasanya mungkin inilah antara tempat yang agak kerap dilawati di Melaka ni. Maklumlah, seronok lawat zoo ni. Boleh testing macam macam skill ambik gambar...selain testing skill mengenali binatang apa yang sedang diperhatikan...]

Ada orang kata, kalau nak dibandingkan dengan Zoo Negara, Zoo Melaka ini kecil sahaja. Itu kata oranglah. Kalau nak tahu kecil ke tidak cuba datang jalan. Kalau tak sampai berpeluh ketiak memanglah tak sah. Dan yang yang penting, dapat exercise free. Tapi tak acilah kalau macam sesetengah orang, masuk saja terus naik tram satu round sebelum keluar. Itu bukan melawat zoo namanya.





Yogya...? Sabau ye. Banyak bebenor gambar yang bersusun menanti giliran untuk diloadkan. Gambar sini sana. Susah juga kalau jari ni asyik gatal nak memetik kamera saja sehinggakan gambar punya banyak nak edit dan upload.

La ni kena slow and steady. Tak boleh sekali harung edit gambar. Berpinar bijik mata wo...

Nampak gayanya perancangan nak ambil gambar binatang banyak banyak terencat seketika sebab ada pula tukang posing. Mana tak huru hara macam ni...

LOCATION : Zoo Melaka (again...!)






Sunday, 28-Mar-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kabare Kang V8.0

 
 





Sabau ye...yang ini last punya entry on Borobudur. Tak boleh buat apalah sebab banyak sangat gambar yang 'terambil' masa kat sana. Itu pun banyak yang tak akan digunakan. Lepas ni kita jenguk kat tempat lain pula.








Thursday, 25-Mar-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kabare Kang V7.0

 
 





Sambung dengan Borobodur lagi...biasalah bila tempat bersejarah macam ni maka banyaklah gambar yang diambil. Entahlah berapa shot keseluruhan yang diambil kat sini. Masing masing nak bergambar pulak tu...

Permandangan dari atas Borobudur ni memang cantik...nampak impressive. Tapi nak sampai ke atas tu kenalah rajin memanjat. Silap haribulan boleh tongek jadinya sebab asyik memanjat. Tapi berbaloi la.

Tak tahu nak tulis apa lagi sebab entry sebelum ini dah tulis dah pasal Borobudur ni. Lepas ni ada lagi entry pasal Borobudur...macam mana ni kalau dah tak ada idea nak tulis apa. Nampaknya kenalah berpegang pada 'a photo speaks a thousand words"...

LOCATION : Borobudur, Yogyakarta










[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net