A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 30-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
As The Year Draws To A Close @ Tika 2008 Melabuhkan Tirainya

 


Orang Melayu berkata bahawa masa itu emas manakala orang Inggeris pula berkata bahawa 'time and tide wait for no man.' Andai dilihat pada kata kata ini memang ada kebenarannya. Bukan sahaja masa tidak menunggu sesiapa, masa juga tidak akan berhenti berputar.

Perubahan masa, perubahan zaman serta perubahan musim merupakan suatu yang lazim dalam kehidupan ini. Apa yang menarik pada hari ini tidak semestinya akan terus menarik perhatian orang pada masa hadapan. Anda tidak percaya? Lihatlah sahaja perkara di sekeliling kita. Kalau dulu orang bercinta menggunakan surat, hari ini mereka gunakan SMS. Kalau dulu komputer monochrome kini semua dah semakin canggih dan semakin laju dengan processor yang kian updated. Kalau dulu handphone baling kat anak gajah pun boleh mati, sekarang dah semakin comel. Kalau dulu kita boleh tengok Grease sampai berpuluh kali, hari ini nak tengok High School Musical pun kita dah rasa terseksa.

Hakikatnya masa dan zaman sentiasa berubah dan kita pula terpaksa membiasakan diri dengan perubahan yang berlaku. Bukan sahaja itu. Dari setahun ke setahun kita juga turut berubah, samada berubah untuk kebaikan atau sebaliknya. Dalam mengharungi perubahan masa kita kadang perlu melihat ke dalam diri sendiri untuk melihat ke mana arah tujuan kita atau ke mana kita sudah mengembara. Kehidupan ini sebenarnya teramat mudah daripada apa yang kita sangkakan andai kita tahu apa yang kita ingin gapai.

Izinkan saya menterjemahkan beberapa bait bait kata yang terkandung dalam narration 'Sunscreen' oleh Baz Luhrman.

~ Jangan iri hati dengan orang lain kerana dalam kehidupan adakalanya anda di depan dan adakalanya anda di belakang
~ Hargai penghargaan yang anda terima tetapi lupakan kutukan yang anda terima
~ Kawan akan datang dan pergi. Berusahalah untuk merapatkan jurang kerana semakin anda berusia semakin anda memerlukan mereka yang anda kenali semasa muda
~ Anda juga akan menjadi tua dan anda akan mengingat kembali ketika muda di mana harga (barangan) adalah munasabah, ahli politik bersikap adil dan anak-anak menghormati orang tua mereka
~ Hargai masa muda anda kerana dalam masa 20 tahun anda akan melihat kembali gambar gambar anda dan menyedari betapa anggunnya anda pada ketika itu

Kesimpulannya, hargailah masa masa yang telah berlalu kerana ianya tidak akan kembali lagi...melainkan anda ada kereta Delorean yang boleh membawa anda merentas masa seperti dalam Back To The Future.


Sempena ketibaan Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009, saya ingin mengucap kepada semua Selamat Tahun Baru dan semoga tahun yang mendatang ini akan dipenuhi dengan kegembiraan, kejayaan, kebahagiaan dan macam macam 'an' lagi....


Thursday, 25-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl of The Orient XIII - Being Kids Again

 
 
 




Model Gillette

Kali ini kita layan toys pula. Kalau orang kata Melaka best sebab macam macam ada, maka saya katakan Penang pun apa kurangnya. Seperti Toy Museum ni. Saya rasa inilah antara yang paling popular di Malaysia...sebabnya kat Malaysia tak ada muzium yang sebegini selain di Penang...

Sebelum sampai di Penang memang sudah masuk dalam senarai tempat yang nak dilawati. Maklumlah, belum pernah tengok mainan yang disimpan dalam muzium sebelum ini. Kalau artifak bersejarah tu memanglah terlalu biasa sangat. Mula mula terfikir juga di mana muzium ni sebab memang tak pernah tahu. Tapi bila sampai kat hotel...alahai...punyalah senang rupanya nak ke muzium ini. Mana tidaknya, betul betul depan hotel je.







Kira rambang mata jugalah bila sampai kat sini sebab banyak sangat toy kat dalam ni. Untuk kali pertama, tak kisah sangat nak bawah budak budak tengok toy sebab macam mana dia orang minta sekalipun bukannya boleh beli. Lainlah kalau nak masuk Toys 'r' Us. Masa inilah mereka yang bukan budak budak pun boleh berperangai macam budak budak. Tak kisahlah. Rasanya majoriti orang dewasa yang masuk sini akan berperangai seperti kanak kanak kot.

Apa yang best adalah meneka dari filem apa atau majalah apa semua toys yang ada ni. Siap boleh buat macam quiz pula la. Of courselah ada juga yang tak pernah tahu sebelum ni...







Tapi yang pasti, memang puas hatilah tengok semua ni. Kena pula siap boleh ambil gambar. Kalau tak boleh ambik gambar, rasanya dah ramai yang tak masuk kot. Dan satu lagi...agak mencabar jugalah nak ambil gambar dalam keadaan yang sebegini. Puas hati tu memanglah puas...

LOCATION : Toy Museum, Tanjung Bungah, Penang






Tuesday, 23-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl of The Orient XII - Itu & Ini

 
 
 






Kita kembali lagi ke Pulau Pinang, dengan entry yang entah bila akan berakhir. Entah entah mahu masuk 2009 baru nak habis kot...

Ini sebenarnya antara peluang yang agak terhad dalam usaha mengambil gambar persekitaran di Pulau Pinang, walaupun pada asalnya memang teringin nak ambil gambar bangunan lama di sini, termasuklah di Little India, Masjid Kapitan Keling dan sebagainya. Tetapi memandangkan masa yang terhad maka banyak perancangan yang terpaksa dikorbankan. Mungkin next round kot...

Street scene macam ni memang best untuk dicapture sebagai bagi saya ianya mencerminkan kehidupan masyarakat setempat. Memang banyak yang dikira 'colourful' kalau kita perhatikan. Maklumlah masing masing dengan kerenah dan perangai tersendiri.

Cuma satu yang saya perasan adalah bagaimana tidak ramainya golongan Melayu di kawasan tengah bandar, yang mana nampaknya rata rata perniagaan dan sebagainya dibolot oleh golongan lain. Mungkin inilah legasi dasar pecah dan perintah (divide and rule) penjajah yang masih terus dirasai sehingga kini sehingga kelihatan orang Melayu begitu terpinggir sekali. Kalau sebelum ini pun nasib orang Melayu sering tidak terbela, macam mana pula dengan sekarang? Nyata semakin terpinggir. Mungkin inilah yang dikata seperti Pak Kaduk, kita menang sorak (masa pilihanraya) tapi akhirnya kampung sendiri tergadai.








Friday, 19-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Lancang Kuning...Kuning Ke...?

 
 
 





Jom kita main air lagi. Sebenarnya bukan bermain air tapi tengok orang main atas air...

Inilah antara aksi-aksi yang sempat dirakamkan di Kejohanan Perahu Layar Kebangsaan KFC-MYA-Milo/MSC sebelum photographer pening pening lalat sebab terlalu dilambung ombak. Hehehe. Biasalah. Saya ni orang darat...bukannya orang laut. Lainlah kalau Bro Pemancing Ikan yang memang sudah biasa dan lali bab bab naik bot ni.

Apapun, jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam yang sudi membenarkan saya menumpang bot mereka untuk mendapatkan gambar ini semua.






Memang angkat topi betul tengok budak budak ini semua beraksi. Sudahlah terpaksa berhadapan dengan cuaca panas terik dan laut yang berombak, terpaksa pula mereka berlumba dari pagi hingga petang tanpa henti, dan selama empat hari berturut-turut. Kalau kita yang tak biasa, jangan kata kematu pungkok, siap boleh muntah hijau sebab dah mabuk laut...

Mabuk ke tak mabuk, kerja punya pasal terpaksalah menumpang bot untuk keluar mengambil gambar. Dah lah tu, basah kuyup lagi sebab terpaksa meredah air laut untuk naik bot. Masa tu benda lain dah tak ingat dah. Yang ingat cuma macam mana nak selamatkan kamera daripada kena air laut. Alamatnya kena junjunglah all the way. Nak ambik gambar dalam bot yang terumbang ambing tu bukanlah senang. Tangan tak goyang pun belum tentu gambar menjadi sebab bot bergoyang. Itu belum ditambah dengan mata yang berpinau sebab pening lagi...

Bak kata orang 'it a dirty job but someone has got to do it.'....

LOCATION : Pantai Puteri, Melaka







Tuesday, 16-Dec-2008 16:39 Email | Share | | Bookmark
Pearl Of The Orient XI - Acara Wajib

 
 




Jom kita sambung dengan entry Pulau Pinang lagi. Hehehe. Belum habis lagilah. Masih ada beberapa entry yang belum habis diupload tetapi tergendala akibat entry yang tiada kaitan sebelum ini.

Selepas berocking dan main air, rasanya benda seterusnya yang best untuk dilakukan adalah makan makan. Kira memang patut pun digelar sebagai acara wajib, lebih lebih kalau di Pulau Pinang. Bak kata orang, tidak lengkaplah ke Pulau Pinang kalau tak melakukan acara wajib ini...

LOCATION : Rasanya tak payah sebut pun mesti orang tahu punyalah...







[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net