A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 13-Jan-2009 04:01 Email | Share | | Bookmark
Waktu Rehat

 
Kedai akan ditutup selama seminggu bermula esok kerana saya akan berada di luar negara (bukan di Gaza) sehingga Ahad ini dan selepas itu ada kursus (tiada kaitan dengan kursus perkahwinan...) tiga hari di Shah Alam. InsyaAllah, kedai akan dibuka semula selepas itu. Nasib baiklah bukan kedai yang betul. Kalau tidak mahu bangkrap kalau dah tutup lama macam ni...

Apapun, kita jumpa semula selepas ini...





Friday, 9-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl Of The Orient XVII - Edisi Tutup Kedai

 
 
 




Akhirnya tiba juga edisi tutup kedai untuk menutup secara rasminya entry pasal Pulau Pinang ni. Sekali imbas nampak macam lama sangat di sana tapi hakikatnya dua hari je...

Sebenarnya apa yang dipaparkan hanya sebahagian kecil sahaja daripada tempat tempat menarik di pulau ini kerana kesuntukan masa telah menghalang saya daripada pergi ke lebih banyak tempat. InsyaAllah, ada kesempatan lain boleh lagi ke sana dan boleh lagi kita uploadkan entry sampai berminggu minggu lamanya.





Saya rasa ramai orang juga yang ada menyimpan banyak kenangan, samada kenangan manis atau sebaliknya, di pulau ini. Bagi saya, memang banyak kenangan di sini. Maklumlah, inilah antara tempat yang memang sentiasa menjadi tumpuan semenjak dari kecil lagi. Sekurang kurangnya dapatlah juga berkongsi pengalaman dan kenangan dengan semua yang setia mengikuti entry saya dari awal sehingga kini.

Selepas ini bercuti ke mana pula...? Pastinya ada...dan pastinya akan ada lagi entry yang berminggu minggu lamanya. Apapun...tunggu saja...








Wednesday, 7-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl Of The Orient XVI - Fly Baby Fly

 
 
 




Yes...masih entry Pulau Pinang lagi. Sabar aje la...

Kali ini edisi main air pula, something yang memang semua kanak kanak (dan juga orang dewasa) cukup suka. Rasanya memang semua orang suka main air ni. Cuma kambing saja yang takutkan air...





Memandangkan malam ini tak tahu nak membebel apa maka saya biarkanlah saja gambar ini sebegini tanpa perlu berkata kata panjang sangat. Dah lama sangat entry Pulau Pinang ni sampai dah tak idea nak cakap apa lagi dah...

LOCATION : Tanjung Bungah, Penang






Monday, 5-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl Of The Orient XV - Edisi Perang Bintang

 
 
 



My Ex-Boss...

Kita sambung lagi dengan edisi Toy Museum. Yang ini merupakan edisi terakhir dari muzium ini, walaupun bukan edisi terakhir entry mengenai Pulau Pinang. Hehehe. So nampaknya kena bersabar lagilah ye sebelum edisi Pulau Mutiara ini ditamatkan. Tak banyak lagi yang tinggal.

Sebenarnya bukannya lama di Penang ni sebagaimana ada yang sangkakan. Dua malam je di sana. Cuma entry je yang terlebih banyak sebab banyak sangat yang dipecahkan. Terpaksalah sebab kalau nak sekali harung upload semua, mahu beratus gambar. Ish! Tak bestlah satu entry sampai berpuluh atau beratus gambar. Nak tunggu gambar habis loading pun lama. Berjanggutlah tunggu bak kata orang...

Sikit sikit lama lama menjadi bukit. Dan dalam kes ini, bukan lagi bukit tapi dah boleh menjadi gunung...





Sebagai penghabisan kepada entry Toy Museum ni, saya uploadkan sesuatu yang, percaya atau tidak, telah mengubah pemikiran orang mengenai cereka sains fiksyen apabila ianya mula ditayangkan sekitar tahun 1975. Yup! Saya bercakap mengenai Star Wars.

Saya rasa saya adalah bertuah kerana menjadi generasi yang dapat menyaksikan Star Wars edisi pertama apabila ianya mula ditayangkan di panggung wayang ketika itu. Dan selepas menyaksikan yang pertama itu, satu pun saya tidak ketinggalan, walaupun secara peribadi, saya rasa tiga yang terakhir walaupun menggunakan teknologi pembikinan yang canggih seperti CGI dan sebagainya masih kurang menyengat berbanding tiga yang awal.

Sampai sekarang pun ramai yang masih mengemari cerita ini. Rasanya selain Trekkies, peminat Star Wars ni pun boleh tahan ramainya di serata dunia.

Dan sempena tahun baru 2009 yang baru kita sambut beberapa hari lalu, saya ingin ucapkan...'May The Force Be With You..."

LOCATION : Penang Toy Museum, Tanjung Bungah (depan Hotel Copthorne)

Welcome To The Dark Side...




Saturday, 3-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pearl Of The Orient XIV - Bila Nak Habis Da....

 
 
 





Kalau entry Toy Museum sebelum ini membuatkan ramai yang beranggapan bahawa toys di muzium ini kecil dan comel comel belaka, maka itu bukanlah kesnya kerana selain yang comel lote, ada juga yang besar gedabak sampai mengalahkan saiz orang dewasa.

Mungkin pameran di sini tidaklah sehebat di Madame Tussaud di Perancis, tetapi sedikit sebanyak ianya masih merupakan satu bentuk pameran yang cukup menarik, terutamanya untuk mereka yang memang mengemari karektor-karektor daripada filem seperti Jack Sparrow, Lara Croft dan sebagainya. Nak bergambar sekali? Tak perlu risau kerana tak ada halangan untuk bergambar.






Dan satu lagi, rasanya exhibit di muzium ini tidak akan hidup pada sebelah malam seperti apa yang berlaku dalam cerita Night At The Museum. Kalau tidak, mesti haru biru keadaannya.

LOCATION : Penang Toy Museum, Tanjung Bungah







[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net