A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]
Friday, 30-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V4.0

 
 
 

The Throne Hall



Seperti mana di Malaysia di mana pelancong suka melawat Istana Negara ataupun Buckingham Palace di UK, maka di Cambodia, Royal Palacenya juga merupakan salah satu tempat tarikan utama di Phnon Penh. Kompleks istana ini memang besar kerana selain daripada istana, terdapat juga banyak lagi bangunan-bangunan dan sebagainya. Bagaimanapun, mengambil gambar di dalam bangunan-bangunan ini adalah dilarang, sebab itulah tak ada gambar interior dalam entry kali ini.

Bangunan istana ini telah dibina pada tahun 1866 iaitu semasa pemerintahan Raja Norodom manakala bangunan Throne Hall (pix pertama) telah dibina pada tahun 1917 semasa Raja Sisowath. Sebagaimana namanya, ianya digunakan untuk tujuan upacara rasmi raja serta sebagai tempat meraikan wakil-wakil dari luar negara. Bangunan ini mempunyai ciri-ciri senireka Khmer seperti ukiran Naga yang 'menjaga' setiap tangga serta Kinnori dan Garuda yang pada setiap tiang 'menyokong' binaan bumbungnya.






Yang di atas ini pula adalah lukisan mural sepanjang 604 meter yang menghiasi sebahagian dinding tembok yang mengelilingi bangunan Silver Pagoda. Dengan ketinggian 3.65 meter, ianya menggambarkan cerita-cerita dari epik Khmer 'Reamker' dan 'Ramayana.' Ianya telah dilukis sekitar tahun 1903. Bagaimanapun, akibat hakisan, sebahagian besar lukisan ini sudah pudar dan berikutan itu, satu usahasama antara kerajaan Cambodia dan Poland telah dijalankan bagi menyelamatkan lukisan ini,





Yang ini pula pemandangan di kawasan sekitar bangunan Silver Pagoda. Ianya dinamakan sebagai silver pagoda kerana keseluruhan lantainya adalah diperbuat daripada perak. Penggambaran di dalam bangunan ini juga adalah dilarang.

Menurut cerita, Silver Pagoda ini pernah menjadi sasaran semasa Cambodia berada di bawah Khmer Rouge dulu memandangakan di dalam bangunan ini terdapat ratusan patung yang dihiasi dengan berlian dan bermacam lagi batu-batu berharga, yang sekaligus menjadikannya satu sasaran utama. Akibat kecurian inilah banyak simpanan kini merupakan sumbangan dan koleksi peribadi diraja.



Statue of King Norodom

The Silver Pagoda
Quote:

UP NEXT : Tuol Sleng Genocide Museum



Wednesday, 28-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V3.0

 
 
 



Tengah Lapar Sangat Le Tu...


Rasanya antara perkara yang sering menjadi isu penting atau yang boleh memeningkan kepala apabila berjalan ada soal makanan. Ini lebih lebih lagi kalau berjalan ke negara lain di mana makanan yang boleh dimakan (halal le tu) susah untuk diperolehi.

Di Cambodia, soal makanan memang satu soal yang boleh memeningkan kepala sekiranya kita tidak tahu hendak mencari di mana. Sebenarnya warga Islam di negara ini boleh dikatakan ramai juga tetapi untuk mencari makanan mereka, terutamanya di kawasan Phnom Penh, memanglah agak sukar. Kalau di Bali dulu, makan di McD pun tak ada masalah sebab ada logo halal dari persatuan ulama mereka (lebih kurang macam Jakim la) tetapi di sini jangankan kata logo halal, nak terangkan pada mereka apa makna halal tu pun dah boleh menyebabkan kita muntah darah.

Sebenarnya ada restoran yang menyajikan makanan halal, seperti restoran Moghul (seperti di gambar ini) ataupun restoran Melayu (ada dua buah yang diusahakan anak muda Malaysia yang mana akan saya uploadkan kemudian). Masakannya bolehlah diterima. Cuma yang tekak saya tak boleh terima adalah nasinya kerana ada satu rasa yang 'funny.' Mungkin kerana beras yang mereka gunakan adalah berlainan daripada beras di Malaysia. Lebih kurang macam padi bukitlah yang ada rasa 'funny' tu.

Kalau dah lapar tu, terpaksalah beli biskut ke, apa ke, janji yang dibuat di Malaysia atau Indonesia seperti yang biasa kita beli di Malaysia. Nak beli brand lain, tak confident pula. Cuma tak boleh diamalkan selalu sebab di sini serba serbi menggunakan US$ dan bukannya duit Riel Cambodia. Mampus la kalau semua guna USD$.





Quote:


Up Next ... The Royal Palace



Monday, 26-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V2.0

 
 
 




Welcome to Phnom Penh (bahasa Khmer: ភ្ន៓ពេញ Phnum Pénh)...ibu negara Cambodia atau Kemboja.

Bandaraya ini dinamakan sempena nama Daun Penh (Grandma Penh), yang turut digunakan sebagai nama sebuah kuil, iaitu Wat Phnom Daun Penh (Hill Temple) yang dibina sekitar tahun 1373. Phnom Penh, yang turut dikenali dengan jolokan 'Mutiara Asia' sejak 1920an, menjadi ibu negara Empayar Khmer selepas Raja Ponhea Yat (1393 - 1463) iaitu raja terakhir Empayar Khmer, memindahkan ibu negara dari Angkor Thom (ada entry yang ini nanti) selepas ianya ditawan Siam. Ia hanya menjadi pusat kerajaan yang kekal pada masa Raja Norodom I pada tahun 1866.

Phnom Penh merupakan bandaraya terbesar di Cambodia dan salah satu yang penting selain Sihanoukville dan Siem Reap. Ia merupakan sebuah destinasi pelancongan utama memandangkan ianya dikenali sebagai sebuah bandaraya yang mengabungkan senireka tradisi Khmer yang turut dipengaruhi senireka Perancis (Cambodia merupakan sebuah bekas jajahan Perancis). Lebih sejuta orang daripada jumlah penduduk seramai 13 juta mendiami bandaraya ini.




Pusat Perjudian Nagaworld

Pengalaman pertama melangkah keluar dari airport...? Teruja juga sebab inilah kali pertama menjejakkan kaki di bumi yang pernah dibom hebat oleh Amerika Syarikat sekitar pertengahan 1970an. Tambah teruja bila dalam perjalanan ke hotel. Maklumlah, selalu hanya tengok pemandangan Phnom Penh di tv saja. Memang tanggapan awal bahawa banyak motosikal di sini tidak meleset sama sekali, walaupun mungkin ia tidak dapat menandingi jumlah motosikal di Ho Chi Minh City.

Bagaimanapun, satu pemandangan yang tidak saya jangkakan adalah kebanjiran kenderaan mewah seperti Lexus, Ford, Toyota Camry dan sebagainya. Saya rasa jumlah Lexus dan Camry yang ada di sini mungkin jauh mengatasi apa yang kita ada di Malaysia. Memang banyak beb. Dengar cerita cukai yang dikenakan di sana adalah amat rendah sekali. Cuma yang sedihnya, jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin di negara ini memang cukup ketara sekali.

Oh...dan satu lagi...walaupun matahari nampak terik, namun tidaklah panas seperti Malaysia. Memang terasa sejuk dan nyaman masa saya berada di sana. Malam tak payah ceritalah. Kalau benarlah 'first impression' itu penting, maka tanggapan pertama saya sudah cukup meyakinkan saya bahawa memang tidak sia-sia ke sini.



Monumen Kemerdekaan

Dari Balkoni Hotel


Friday, 23-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V1.0

 
 




Inilah dia jawapan yang ditunggu tunggu selama ini. Macam macam jawapan yang diberikan termasuklah Cina, Indonesia dan sebagainya. Tapi nampaknya tak ada yang terfikir mengenai Cambodia. Itulah dia hint yang saya bagi...sebuah empayar besar seawal kurun kesembilan masihi...iaitu Empayar Khmer.

Sebenarnya minat untuk melawat Cambodia ini sudah lama wujud, iaitu semenjak menonton filem Killing Fields masa tengah sekolah dulu. Kemudian masa zaman kerja, kecewa juga bila tidak dapat bersama batalion Malaysia ke Cambodia kerana orang lain pula yang terpilih. Ini ditambah pula dengan pelbagai dokumentari mengenai Angkor Wat yang sering ditonton samada di National Geographic atau History Channel yang menjadikan minat untuk ke sana semakin meluap luap.

Pada mulanya, memanglah Home Minister pun tertanya best sangat ke ke Cambodia ni sebab biasanya bila sebut pasal Cambodia, orang akan teringat pasal perang. Memang betul tapi itulah salah satu tarikan yang menarik di sini. Mungkin ada yang pernah mendengar mengenai Tuol Sleng Genocide Museum, tempat di mana tengkorak dan tulang mangsa kekejaman Khmer Rouge disimpan. Entry yang itu akan menjelma apabila tiba masanya nanti.... Mungkin ada yang suka ke tempat yang cantik panoramanya, mungkin ada yang ke tempat yang menjadi syurga shopping. Tapi bagi saya, melawat tempat yang bersejarah seperti ini adalah satu pengalaman yang cukup mengujakan.





Seperti trip ke Penang, trip yang ini pun mungkin akan mengambil masa yang lama...mungkin beberapa minggu atau bulan untuk dihabiskan. Manakan tidah, tiga flash card habis digunakan (rasa rasanya ada lebih 400 gambar tu). Inipun masih ada banyak lagi yang belum sempat edit. Berpinau jugalah biji mata kalau nak mengedit semuanya.

So...enjoy entry yang ini dan entry entry yang seterusnya. Memandangkan tiada seorang pun dapat meneka dengan tepat...maka hadiahnya akan dibawa ke pusingan seterusnya...






Monday, 19-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sneak Peek

 
 



Yang ini kira sebagai warm up je sementara menunggu entry yang baru. Biasalah kan...movies pun selalu ada promo...inikan pula entry...

Memandangkan masa yang agak terhad sebab saya akan mula berkursus pula hari ini, maka tak dapatlah nak edit kesemua gambar yang ada. So selepas kursus nanti akan muncul pula entry sebenarnya trip ini.

Oleh yang demikian, persoalan mengenai 'ke mana?' tu tak dapatlah den nak menjawabnya sehingga entry seterusnya. So kenalah terus meneka.... Memadailah saya katakan bahawa tempat ini merupakan satu empayar yang besar seawal kurun kesembilan masihi. Muktamad jawapan anda...?






[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net