A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 11-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V8.0

 
 
 




Selepas tengok gambar gambar yang menakutkan di Tuol Sleng Genocide Museum, rasanya elok juga kita berubah angin dan tengok pula gambar makanan. Yang ini rasanya ramai yang tak gerun tengok, melainkan kalau ikan yang tengok sebab nampak kepala kawan dia kena masak kari...

Saya rasa salah satu isu yang akan sentiasa memeningkan kepala orang yang melancong adalah mencari makanan yang bukan sahaja halal dimakan tetapi juga sedap dimakan. Biasalah, setiap negara mempunyai makanan yang berbeza dan citarasa kita pun berbeza. Sebab itulah rasa cukup teruja bila jumpa restoran masakan melayu yang ini. Nama pun agak glamour juga iaitu Mamak's Corner...walaupun sebenarnya tiada seorang pun mamak yang bekerja di tempat ini. Tak kiralah asalkan masakan citarasa Melayu ada.





Walaupun masakannya adalah masakan melayu yang biasa kita makan di Malaysia, namun tak boleh nak makan banyak sangat sebab beras yang digunakan mempunyai sejenis rasa yang pelik. Ala...suku sakat padi huma kot sebab pernah makan padi bukit dan rasanya lebih kurang sama. Nak buat macam mana...dah biasa sangat makan Beras Jati kat Malaysia...

Tengok roti canai kat sini pun nampak sedap, teringat pula kedai mamak yang sering menjadi tumpuan setiap petang. Cuma bezanya, di sini roti canai dikira mengguna US Dollar...di mana sekeping roti berharga US$1. Bila convert...terus terencat selera...

LOCATION : Phnom Penh






Quote:

UP NEXT : Off To Siem Reap...Home Of Angkor Wat...


Monday, 9-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V7.0

 
 
 



Rantai Untuk Merantai Dan Bekas Untuk Makanan...

Okay. Kita sambung dengan entry Tuol Sleng Genocide Museum ni. Ini merupakan entry yang terakhir untuk muzium yang banyak menyimpan sejarah hitam Cambodia. Bagi yang lemah semangat tu, dinasihatkan jangan tengok ye...

Sebelum ini ada yang bertanya pada saya, antara Khmer Rouge dan Israel mana lagi kejam. Bagi saya senang saja...Khmer Rouge yang paling kejam. Kenapa? Kerana mereka membunuh orang yang sebangsa, senegara dan seugama dengan mereka, berbeza dengan Israel yang memang dari dulu lagi sudah tidak ngam dengan orang Arab. Sekiranya dibandingkan kekejaman Khmer Rouge ini dengan Israel, memang tidak boleh dinafikan Israel nampak seolah-olah lagi 'jinak.'


Anda Tidak Perlu Menjadi Pakar CSI Untuk Membuat Kesimpulan Lubang Apakah Di Atas Kepala...

Melarikan Diri...


Light At The End Of The Tunnel...

Quote:
"No religious rituals
No religious symbols
No fortune tellers
No traditional healers
No paying respect to elders
No social status. No titles.

No education. No training
No school. No learning
No books. No library
No science. No technology
No pens. No paper

No currency. No bartering
No buying. No selling
No begging. No giving
No purses. No wallets

No human rights. No liberty
No courts. No judges
No laws. No attorneys

No communications
No public transportation
No private transportation
No traveling. No mailing
No inviting. No visiting
No faxes. No telephones

No social gartherings
No chitchatting
No jokes. No laughter
No music. No dancing

No romance. No flirting
No fornication. No dating
No wet dreaming
No masturbating
No naked sleepers
No bathers
No nakedness in showers
No love songs. No love letters
No affection

No marrying. No divorcing
No marital conflicts. No fighting
No profanity. No cursing

No shoes. No sandals
No toothbrushes. No razors
No combs. No mirrors
No lotion. No make up
No long hair. No braids
No jewelry
No soap. No detergent. No shampoo
No knitting. No embroidering
No coloured clothers, except black
No styles, except pajamas
No wine. No palm sap hooch
No lighters. No cigarettes
No morning coffee. No afternoon tea
No snacks. No desserts
No breakfast (sometimes no dinner)

No mercy. No forgiveness
No regret. No remorse
No second chances. No excuses
No complaints. No grievances
No help. No favours
No eye glasses. No dental treatment
No vaccines. No medicines
No hospitals. No doctors
No disabilities. No social diseases
No tuberculosis. No leprosy

No kites. No marbles. No rubber bands
No cookies. No popsicle. No candy
No playing. No toys
No lullabies
No rest. No vacations
No holidays. No weekends
No games. No sports
No staying up late
No newspaper

No radio. No TV
No drawing. No painting
No pets. No pictures
No electricity. No oil lamps
No clocks. No watches

No hope. No life.
A third of the people didn't survive
The regime died...!

The New Regime - Sarith Pou


LOCATION : Tuol Sleng Genocide Museum, Phnom Penh


Wanita Dan Kanak Kanak Turut Menjadi Mangsa...

Satu Cara Brutal Membunuh Kanak Kanak...




Quote:

UP NEXT : Makanan Melayu Di Phnom Penh


Friday, 6-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Edisi Iklan Politik

 
 
 




Take a break jab dari entry Cambodia. Kita terbang balik ke Melaka sejenak untuk entry yang ini.

Yang ini adalah sempena 'Lantern & Decorative Lights Display' yang kini sedang berlangsung sehingga 22 Mac depan bertempat di Dataran Sungai Melaka di Banda Hilir. Memang banyaklah bentuk-bentuk lampu yang dipamerkan di sini...kalau nak ambil satu per satu, rasanya tiga empat entry pun belum tengok boleh selesai. Melainkan sekali harung dump semua sekali...

Kalau nak test power ambik gambar masa malam memang inilah satu tempat yang cukup sesuai. Juga kalau nak test kesabaran sebab memandangkan orang ramai sangat, 7 daripada 10 gambar yang diambil pasti akan ada kepala orang yang tetiba muncul di tengah tengah gambar.





Quote:

Seperti yang saya sering katakan, musim tagging sudah kembali...dan hasilnya, saya dah kena tagged dua kali...

So kali ini nak menjawab tag dari Ckyn dan Ieder Immi. Yang ini sebenarnya dah jawab lama dulu tapi memandangkan terkena lagi, maka dengan berbesar hati saya jawab sekali lagi...

nama : m. jeffri razali (nama yang sering digunakan)
umur : tak cukup tangan mahupun kaki kalau nak mengira guna jari
anak : sulung
asal : petaling jaya, selangor...tapi dah dekat lapan tahun batalkan 'kerakyatan' selangor
makanan : semua on je asalkan pedas
minuman : kopi o kau kurang manis
hobi : tidur, makan dan mengurat...
alamat skg : taman padang temu, melaka
pekerjaan : wartawan
status : married but available...

perangai buruk

1. Senang naik angin
2. Boleh berjaya sampai 3-4 pagi setiap hari (pelik tapi benar)
3. Sekali dah tidur memang payah nak bangun
4. Tak suka kalah dalam apa apa pun yang dilakukan
5. Speed demon
6. Boleh minum kopi non-stop
7. Keras kepala...cannot take no for an answer
8. Kalau dengar lagu rock suka kuat-kuat dan headbanging
9. Pantang kena cabar
10. Pantang kena tegur








Wednesday, 4-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V6.0

 
 
 

Gambar Mereka Yang Pernah Ditahan Di S21 Sebelum Dihukum Bunuh



Just Ignore The Grammatical Errors...

Sekiranya bandar Auschwitz di Poland menjadi simbol pembunuhan beramai ramai kaum Yahudi semasa Perang Dunia Kedua, maka di Tuol Sleng ini ia menjadi simbol pembunuhan rakyat Cambodia semasa pemerintahan Khmer Rouge dari tahun 1975 ke 1979. Walaupun lebih 20,000 orang ditahan dan diseksa di sini dan kemudiannya dibunuh, namun secara keseluruhannya lebih 3 juta yang menjadi korban dalam masa empat tahun ini. Daripada lebih 20,000 yang ditahan, hanya 12 yang terselamat, di mana hanya empat orang yang masih hidup hari ini.

Pada awal pembukaannya, golongan profesional seperti ahli akademik, doktor, guru, jurutera, sami-sami serta penuntut-penuntut merupakan mereka yang ditahan di sini kerana kebimbangan Khmer Rouge yang golongan ini akan bangun menentang mereka. Kemudiannya, sikap paranoid Pol Pot menyebabkan lebih ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman. Seksaan seperti dipukul dengan dawai letrik, dikenakan renjatan elektrik, direndam dalam air sehingga hampir lemas dan sebagainya merupakan cara tahanan didera.


No Way Out...

Keadaan Phnom Penh Semasa Mula Ditawan Khmer Rouge...

Refer To Penerangan Di Gambar Keempat...

Mangsa Pembunuhan Yang Ditemui Di 'Killing Fields'

Dimasukkan ke Tuol Sleng merupakan satu hukuman bunuh. Itu hakikatnya kerana tiada siapa yang dimasukkan ke sini akan keluar hidup hidup. Mereka yang akan dibunuh akan dibawah keluar sebelum diangkut dengan lori ke kawasan 'killing fields' di luar bandar Phnom Penh di mana mereka - lelaki, wanita dan kanak kanak - akan dibunuh dengan bermacam cara. Hanya kematian yang akan menjanjikan kebebasan kepada mereka ini.

Di akhir akhir pemerintahan Khmer Rouge, apabila mereka hampir ditewaskan, pegawai di sini masih sempat membunuh 14 tahanan terakhir sebelum Phnom Penh jatuh ke tangan tentera Vietnam. Penemuan Tuol Sleng dan 14 mangsa terakhir yang dibunuh telah dilakukan seorang jurugambar Vietnam yang kebetulan menghidu bau busuk dari dalam bangunan tersebut.

Bagaimanapun, kekejaman Khmer Rouge hanya diketahui dunia apabila beratus ratus kubur yang menempatkan beratus ratus mangsa yang dibunuh ditemui di seluruh negara tersebut. Sehingga kini, jumlah kubur yang ditemui masih meningkat dan jumlah keseluruhan mereka yang dibunuh masih belum dapat disahkan sepenuhnya.



Mangsa Akan Dirantai Ke Katil Ini...

Bangunan Yang Pernah Menempatkan Ratusan Mangsa...


Selain itu, sikap tentera Khmer Rouge yang mendokumenkan segala yang berlaku di dalam penjara tersebut, termasuk gambar dan data mereka yang ditahan, menjadi bukti kekejaman mereka. Walaupun bukti begitu banyak, namun persoalan yang bermain di fikiran rakyat Cambodia adalah 'kenapa mereka yang terlibat dalam pembunuhan sebegini, terutamanya Pol Pot, tidak dikenakan hukuman kerana jenayah kemanusiaan?' Kenapa negara kuasa besar tidak campur tangan membawa mereka ke muka pengadilan sebagaimana yang dilakukan di negara lain, terutamanya Iraq? Apakah kerana ini sebuah negara miskin yang tidak akan menguntungkan mereka?

Sememangnya tersentuh hati bila melihat gambar gambar mangsa yang besar kemungkinan pada masa itu tidak mengetahui kematian sedang menanti mereka. Hanya kerana mereka berada di tempat yang salah pada masa yang salah, mereka dihukum dengan hukuman yang sebegitu berat....

LOCATION : Tuol Sleng Genocide Museum, Phnon Penh

Quote:

Okay...Giliran saya pula untuk menjawab tag dari Mama Anis...memandangkan mood saya tengah baik maka saya rasa tak perlulah saya tag sesiapa...tapi lain kali, pasti akan ada yang kena...

1. Do you think u're hot? - Of course...kira mcm hot and spicy kfc...

2. Upload your fav picture of u - favourite picture of me mmg tak de yang favourite...lagi baik biar others yg judge daripada diri sendiri

3. Why do u like that picture? - Camana nak jawab ye...

4. When was the last time u ate pizza? - I hate pizzas

5. The last song u listen to? - Andai Dapat Ku Undurkan Masa oleh Axl's (masa dlm kereta tadi)

6. What are u doing right now beside this? - garu kepala

7. What name u prefer beside yours? - Tom Cruise?


Quote:

UP NEXT : Lagi On Tuol Sleng Genocide Museum...


Monday, 2-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V5.0

 
 



Looking Out...Jasad Terkurung Pandangan Lepas...

TRAGEDI KEMANUSIAAN...itulah kata kata yang cukup sesuai untuk mengambarkan kematian lebih 3 juta rakyat Cambodia di tangan Khmer Rouge (atau Red Khmer untuk menggambarkan fahaman komunis mereka) hanya dalam masa empat tahun Khmer Rouge memerintah Cambodia iaitu dari 1975 ke 1979.

Sebab itulah lawatan ke Cambodia tidak akan lengkap sekiranya tidak ke Tuol Sleng Genocide Museum yang kini menjadi bukti kekejaman Pol Pot dan Khmer Rouge yang dipimpinnya. Bangunan ini pada asalnya merupakan bangunan Sekolah Tinggi Tuol Svay Prey dan ianya telah digunakan sebagai sebuah penjara rahsia oleh Khmer Rouge yang dikenali sebagai Security Prison 21 (atau lebih popular sebagai S21). Maklumat lanjut akan disertakan dalam entry selepas ini.

Memang menjadi niat saya untuk membawa keluarga ke sini kerana saya berpendapat sebagai generasi pelapis, anak saya (dan juga generasi muda yang lain) perlu didedahkan kepada sejarah hitam kemanusiaan seperti ini supaya sejarah tidak akan berulang, tidak kiralah sama ada mangsanya beragama Islam, Kristian atau apapun. Yang pasti, setiap manusia itu mempunyai hak untuk hidup dan tiada siapa yang berhak mengambil nyawa mereka.

Pada mulanya, my daughter memang takut ke sini sebab my son dari awal awal lagi sudah menakutkan dia dengan macam macam cerita, sehingga dia mengelarkan tempat ini sebagai 'tempat misteri.' Apabila sudah selesai menjelajah setiap pelusuk kawasan ini, sebenarnya tiada apa apa yang misteri mengenainya, melainkan banyak pengajaran berharga yang boleh diperolehi, termasuklah pengajaran betapa bernilai dan berharganya keamanan dan kedamaian yang kita kecapi di Malaysia kini.

LOCATION : Tuol Sleng Genocide Museum, Phnom Penh




Quote:

UP NEXT : Masih lagi Tuol Sleng Genocide Museum



[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net