A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]
Monday, 23-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V12.0

 
 




Kita sambung semula dengan entry Cambodia dan sebagaimana entry sebelumnya, yang ini adalah di Siem Reap. Selepas makan makan terus ke hotel sebab dah letih selepas menempuh pengalaman lebih enam bas naik bas. Cadangan memanglah nak tidur...sehinggalah si Amirah Najwa bertegas nak mandi pool kat hotel. Aduhai. Macamlah di Malaysia tidak ada swimming pool sampaikan dah sampai di Cambodia pun masih nak cari pool. Siap dah bawa swimming suit lagi tu...

So nak atau tidak terpaksa turun ke pool walaupun pada masa itu keadaan di sana adalah sejuk, dengan angin malam yang cukup sejuk. Boleh lagi dia berendam dalam keadaan yang sedemikian. Alang-alang dah kena turun, maka untuk membuang masa kameralah yang menjadi mangsa. Biasalah tu kan...





Time ini kira masih boleh relax lagilah sebab memang dah tak ada apa apa perancangan pada malam tu, melainkan menghabiskan masa mengambil gambar sahaja. Lainlah keesokkan harinya kerana pengembaraan menjelajah Angkor dan peninggalan zaman Empayar Khmer akan bermula. Memang akan merupakan satu hari yang cukup meletihkan tu...

LOCATION : Angkor Monoreach Hotel, Siem Reap, Cambodia




Quote:

UP NEXT : Angkor Thom...


Friday, 20-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Edisi Iklan

 
 
 




Kita take a break kejab dan ke Dataran Sungai Melaka untuk Malam Puisi 'Di Bawah Langit Gaza' pula. Dan sebagaimana biasa, semua diangkut sekali...

Sorry ye...lighting agak fail...

Quote:
Kalau ditanya
Siapakah pembunuh zalim sepanjang abad?
Jawablah...Zionis Israel
pemusnah umat,
yang bongkak dan degil

Ia menghancur akhlak
menukar nilai kemanusiaan
menjadi beruk
hodoh dan buruk

Peminum darah
anak-anak tidak berdosa
dibaham peluru
tiada suara

Ia menyirami
air mata duka
tangis ibunda
tanpa suara
ke hujungnya

Ia meracuni nilai murni
kedamaian manusia
di sana
di sini

Runtuh susila dunia
kejam dan suram

Duhai warga bumi pencinta damai
marilah bersama
kita hancurkan
angkuh dan bongkak Zionis
untuk sebuah dunia
damai dan sejahtera

Rayuan Warga Bumi - Mokhtar Yasin


Kepada yang menunggu entry yang ini -->> ...hehehe...harap bersabar ye. Ia akan diupload tidak lama lagi...






Wednesday, 18-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V11.0

 
 
 



Green Ben...? Nasib Baik Dia Tak Masak Big Ben...


Masa naik bas dari Phnom Penh baru dalam pukul 12.30 tengahari. Sampai kat Siem Reap dah maghrib. Bayangkanlah macam mana letihnya badan menghabiskan lebih enam jam dalam perjalanan saja. Bila dah sampai, lapar tu tak payahlah cerita. Mengantuk dan letih pun ye juga.

Memandangkan sudah malam, so tak adalah apa apa aktiviti melainkan aktiviti menyumbat mulut. Walaupun letih, masing masing sudah tidak sabar menanti keesokkan harinya sebab itulah masa untuk melawat tempat yang sudah sinonim dengan nama Cambodia, iaitu Angkor Wat. So sementara nak menunggu yang itu, perut yang lapar kena juga diisi.

Dan sebagaimana biasa, nasi di sini memang susah sikit nak telan sebab macam yang saya katakan sebelum ini, dia ada rasa yang pelik sikit. Berlainan dengan Bali di mana lauk pun saya susah nak telan, di sini kira okay lagi. Boleh lagi belasah lauk. Oh ye...satu lagi...even kopi dia pun ada funny taste. So tak dapatlah 'dadah' mandatori...






Setelah tamat hari kedua, dah lawat Wat Phnom, Tuol Sleng Genocide Museum, Royal Palace dan Silver Pagoda di Phnom Penh. Letih juga bila nak sumbat semua itinery dalam masa empat hari tiga malam. Tapi tak apalah...bukan selalu pun dapat berjalan macam ni.

Apa apapun, kita makan dulu...






Quote:

UP NEXT : Hello...Time Melepak Here...


Monday, 16-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V10.0

 
 
 




Bila dah duduk dalam bas lepas dua jam, memang terasa kematu pungkok...itu belum lagi belakang yang rasa tegang. So bila dia orang berhenti memang kira seronok lah tu. Dapatlah keluar berjalan jalan sampai relaxkan badan.

Tambah syok bila turun saja bas nampak pemandangan yang sebegini. Nampak macam pasar pula, walaupun tidaklah semeriah pasar malam kat sini. Tapi cukuplah untuk membuatkan tangan terus mencapai kamera dan mencari mana mana sasaran yang sesuai. Kira dapatlah lakukan sesuatu yang berfaedah selepas tension duduk berjam jam lamanya.

Inilah di Kampong Thom yang terletak dalam 100 lebih kilometer dari Phnom Penh. Memang macam macamlah yang dia orang jual kat sini termasuklah macam macam buah yang dijual dengan harga US$1 sepaket. Yup..main US$ lagi.


Ini Dia Yang Saya Dok Cari Semenjak Sampai Kat Cambodia...

Di Malaysia Ada Fried Chicken...Di Sini Ada Fried Bird...

Makan Ni Lagi Selamat...

Sebelum sampai ke Cambodia ni, satu benda yang memang saya nak sangat cari adalah fried cricket (atau cengkerik goreng). Sebelum sampai saya memang dimaklumkan bahawa inilah satu makanan kegemaran di sini. Setelah sehari lebih mencari dan tak jumpa, akhirnya nampak juga kat sini. Kalau ikutkan sikap adventurous tu memanglah nak rasa. Nak tahu gak macam mana rasanya sehingga orang boleh kata ianya makanan kegemaran. Tapi satu soalan yang ditanya telah membantutkan niat nak mencuba..."goreng dengan minyak apa...?" Tak jadilah...

Bila difikirkan, ada juga sebab mengapa dia orang makan benda ni. Di sebuah negara yang sumber protein lain seperti ayam, ikan dan daging mahal mahal, inilah saja sumber protein yang mereka mampu nak beli dan nak makan. Samalah macam orang dok makan ulat sagu kat Sarawak. Sebenarnya bab makanan ni, ada yang sedap pada orang lain tapi tidak pada yang lain. Samalah macam makanan kita...mungkin bagi kita sedap tapi bagi orang lain tidak pula sedemikian.

Akhirnya niat nak mencuba terpaksa dipendamkan saja. Makan pisang sajalah...macamlah tak ada pisang di Malaysia...





Bila difikirkan balik, mesti minah Cambodia ni semua dok hairan mengapa ada orang dok ambil gambar kat sana. Kerana dari apa yang saya ingat, cuma saya dan seorang lagi mamat mat salleh yang dok ambil gambar. Orang lain tak ambil port langsung pasal benda benda macam ni.

Belasah sajalah. Kerana saya ingat lagi satu cara nak promosikan Malaysia di kalangan orang luar adalah dengan menyuruh dia orang ke pasar malam kita supaya dia orang dapat tengok cara kehidupan masyarakat Malaysia. So teknik yang serupa boleh digunakan kalau ke negara orang. Nak tengok cara kehidupan dia orang dengan lebih dekat adalah dengan melihat aktiviti harian dia orang. Betul tak?

Tak kisahlah. Janji ada hiburan walaupun hanya untuk tempoh 20 minit kerana selepas itu, bermulalah semula kematunya...







Quote:

UP NEXT : Makan Lagi...


Thursday, 12-Feb-2009 13:40 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V9.0

 
 



Second day di Cambodia, maka tibalah masanya untuk ke Siem Reap pula...iaitu the home of Angkor Wat. Kalau dari KL memang ada flight ke sana tapi since flight kita orang ke Phnom Penh, maka kenalah naik bas dari Phnom Penh ke sana. Satu lagi option adalah naik bot mudik Sungai Mekong. Tapi option kedua akan mengambil masa yang lama sikit.

Naik bas pun bukannya cepat pun. Bayangkanlah, jarak dari Phnom Penh ke Siem Reap hanya 340km tapi naik bas mengambil masa ENAM jam. Kalau di Malaysia, jarak tu dah boleh cover dalam masa dua setengah jam tapi di sini, sampai enam jam. Kematulah pungkok duduk lama lama dalam bas.

Satu yang amat ketara...bas sini memang mesra hon. Sikit sikit tekan hon. Nampak basikal dia hon...nampak motor dia hon...nasib baiklah nampak lembu dia tak hon. Memang cukup seksa nak tidur sebab sikit sikit berbunyi. Jalan tak payah ceritalah. Slow sesangat sampai mengalahkan speed pengantin baru. Tapi Angkor Wat punya pasal ku gagahi juga. Lagipun itulah tarikan utama....

Yang bestnya dapatlah tengok pemandangan kampung kampung di sana. Tapi kejab je...last last mata dah lelap juga...sehinggalah dikejutkan oleh konduktor yang dok bercerita kat mic tentang kawasan yang baru dilalui. Asal lalu saja kawasan yang menarik mesti dia membebel. Sampaikan dah rasa macam nak sumbat mic tu kat tekak dia je. Nak tidur pun tak boleh...






Quote:

UP NEXT : Pemandangan di Kampong Thom


[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net