A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V17.0 ~Besar Bak Gajah

 
 

Perhatikan Ukiran Gajah Pada Tembok Di Bahagian Background...


Menurut Cerita Inilah Padang Kawad Tentera Kerajaan Khmer...

Kita proceed ke Terrace of the Elephants pula. Yang ini pun terletak di dalam kawasan Angkor Thom . Berbanding struktur yang lain, yang ini bukanlah kuil tetapi merupakan kawasan terbuka yang dikatakan pernah digunakan sebagai 'padang kawad' untuk tentera kerajaan Khmer. Kira lebih kurang macam fungsinya Dataran Merdeka pada masa perarakan kemerdekaan la tu.

Dipercayai telah dibina oleh Raja Jayavarman VII pada penghujung abad ke-12. Bagaimanapun, kawasan ini, sebagaimana kawasan lain di sekitarnya, telah ditumbuhi semula oleh tumbuhan hutan apabila pusat pemerintahan kerajaan Khmer ini ditinggalkan secara tiba-tiba. Bagaimanapun, ianya berjaya ditemui oleh explorer Perancis iaitu de Mecquenem pada 1911 dan selepas itu, oleh H. Marchal pada tahun 1916. Berikutan penemuan itu, kawasan tersebut telah dibersihkan dan telah dijaga sebagai sebuah warisan dunia.





Apabila berdiri di tengah-tengah dataran ini, memang terbayang juga macam mana keadaannya waktu itu, dengan ratusan, mungkin ribuan, gajah dan kuda yang berbaris untuk diperiksa raja. Itu belum lagi dengan ribuan tentera yang bersiap sedia menerima arahan. Peh! Kira aktif juga pemikiran dan gambaran pada masa itu. Mungkin itu suatu pemandangan yang agak mengerunkan...mungkin juga satu pemandangan yang cukup mengagumkan...tak tahulah. Yang pastinya, di sinilah pusat keunggulan dan kecemerlangan kerajaan Khmer pada masa itu.

Sebagaimana Thailand yang menganggap gajah sebagai binatang suci, kerajaan Khmer juga menyanjung tinggi gajah. Masakan tidak. Gajah sebagai crane dia orang untuk mengangkat dan mengangkut batu-batu berat untuk pembinaan mereka...gajah sebagai kereta kebal mereka ketika perang...gajah juga sebagai Daimler untuk membawa raja mereka. Kira peranan gajah pada masa itu jauh lebih penting berbanding peranan gajah kini yang hanya menjadi penghibur di zoo...

LOCATION : Terrace of the Elephants, Siem Reap, Cambodia




Quote:

UP NEXT : Ta Prohm ~ Jungle In A Temple


Wednesday, 4-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V16.0 ~ Edisi Menyumbat Perut

 
 




Sebenarnya entry yang ini saya tertinggal...sepatutnya diuploadkan lebih awal. Macam mana boleh termiss pun tak tahulah. Since sudah terlajak, gabungkan sajalah dua edisi breakfast ini untuk menjadi satu. Tak ada beza pun sebab makanan untuk breakfast sama saja.

Jangan haraplah nak cari nasi lemak atau roti canai di sini. Lontong pun tak ada...kalau ada pun mungkin lotong saja.... Benda yang paling senang dimakan dan paling dijamin halalnya adalah roti bersama butter yang dicop halal oleh New Zealand. Kalau diikutkan, perut ni dah biasa dengan nasi lemak atau roti canai tapi nak buat macam mana kalau dah di tempat orang. Masa inilah rindu gerai nasi lemak di Malaysia yang dulu pandang sebelah mata pun tidak. Bila alami semua ini, rasanya cara paling baik nak berdiet adalah tinggal di tempat orang lama lama. Mesti kurus punyalah...itupun kalau tak kebulur dulu...





Satu yang best pasal roti bun yang bulat ini adalah dia keras. Kenapa pula dengan keras? Bila dia keras, boleh rembat beberapa biji buat bekalan masa nak ke Angkor Wat. Bungkus dengan tisu dan masuk dalam beg kamera. Bila lapar buka beg kamera dan makan.... Sampai ada yang siap boleh simpan sampai malam untuk dikunyah. Maklumlah, di Malaysia dah biasa mengunyah macam macam masa malam. Bila dah di sini, perut berkeroncong masa malam pun tak tahu nak makan apa. Nasib baiklah ada roti yang disonglap masa breakfast...




Quote:

UP NEXT : The Elephant Terrace...


Monday, 2-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail - V15.0

 
 




Yang ini masih lagi di Bayon. Memandangkan bukan selalu berpeluang nak ke tempat yang macam ni, maka sepanjang di sana dok belasah ambil gambar sajalah. Kalau nak diikutkan hati memang tak cukup rasanya dua atau tiga flash nak ambil gambar. So kenalah pandai nak berjimat cermat.

Memang meletihkan di Bayon ni sebab apabila masuk di pintu bahagian selatannya, kena pula panjat tangga yang tinggi selain berjalan di kawasan yang penuh sesak untuk sampai ke bahagian pintu utara pula. Banyak sebenarnya bahagian dalam ni yang boleh diterokai tapi memandangkan keadaan berbatu dan adakalanya agak curam, maka terpaksa berhati hati juga. Ini ditambah pula keadaan yang agak gelap di beberapa bahagian di dalam tu. Bukannya ada lampu suluh pun.

Sesetengah tempat yang gelap dan sejuk ni siap ada kelawar yang sedang bergantungan. Rasanya itu sudah cukup untuk memberi gambaran macam mana gelap dan sejuknya tempat ini...



In The Shadow...

Shadow Lagi...

Teruja juga bila my son turut share minat dalam sejarah ni. Kira berbaloi jugalah sebab dari kecik kecik dah bawa dia ronda muzium di Melaka. Nampaknya minat dalam sejarah sudah mula terbentuk. Bolehlah jadi Indiana Jones bila dah besar nanti.

Apapun thanks kerana mengingatkan saya kembali kepada kerajaan lama seperti Ayuthia (atau Ayutthaya), Funan, Champa, Kedah Lama dan sebagainya. Not badlah kerana sedang berjalan kat sini dia boleh bercakap pasal kerajaan-kerajaan lama yang saya sendiri pun dah lupa...

Quote:
Musim tagging kembali lagi...dan sekali lagi untuk menjawab tagging dari Gee maka saya pun meringankan jari jemari untuk menjawabnya.

Copy the questions below. Simply use the first letter of your name/nickname as your answer for each questions. You can't use any answer twice and don't use your own name for questions # 3 & 4. After you're done, tag 10 people.

1. What is your name? Jeffri
2. A four letter word: Just
3. A boy's name : Jaafar (Onn)
4. A girl's name : Juliana
5. An occupation : Judge
6. A color : Jingga
7. Something you wear : Jumper
8. A type of food : Jam
9. Something found in the bathroom : Jamban
10. A place : Japan
11. A reason for being late : Just for the fun of it
12. Something you shout : Jakun
13. A movie title : Judge Dredd
14. Something you drink : Juice
15. A musical group : Jinbara
16. A street name : Jalan PTI 2 (di Malaysia mmg mula dengan J pun...)
17. A type of car : Jaguar XJ220
18. A song title : Jump (Van Halen)
19. A verb : Jumping

Oleh kerana saya sedang berada dalam mood yang baik, maka saya rasa tak perlulah saya tag sesiapa buat masa ni...lain kali akan ada kena tu...







Quote:

UP NEXT : Makan Makan Dulu...


Friday, 27-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail - V14.0

 
 

Imposing Structure...

Sedikit Pembelajaran Sejarah Sebelum Masuk...


Dari Angkor Thom kita ke Bayon pula. Peninggalan yang dikenali sebagai Bayon ini terletak di tengah-tengah kota Angkor Thom dan ianya adalah antara yang popular di kalangan pelancong selain Angkor Wat.

Satu yang menarik mengenai Bayon ini adalah 'muka yang tersenyum' itu, yang telah menjadi sinonim dengan Cambodia. Sebenarnya terdapat empat sudut muka ini iaitu di bahagian utara, selatan, timur dan barat. Dari satu sumber yang pernah saya baca, dikatakan terdapat 216 muka sebegini pada 54 tiang (menara) yang masih berdiri pada hari ini. Ketinggian muka ini (bukan keseluruhan menara) adalah kira-kira empat meter tinggi. Cuma persoalannya, muka ini mengambarkan apa? Itu yang tak tahu...

Bayon ini dikatakan telah dibina Raja Jayavarman VII, orang yang sama yang telah membina Angkor Thom. Sebenarnya masih banyak yang belum diketahui mengenai fungsi dan tujuan Bayon ini dibina. Ini bolehlah dikatakan sebagai salah satu daripada misteri dunia yang masih belum ada jawapan.



Salah Satu Lorong Yang Ada...

Penari Absara...

Dalam entry saya yang lepas, ada yang berkata, terfikir juga macam mana orang Khmer pada masa itu mengangkat batu sebesar besar batu untuk dijadikan struktur ini. Sebenarnya tak susah...sebab dia Cambodia, sebagaimana di Thailand, terdapat banyak gajah dan sebagaimana yang kita tahu, gajah memang boleh menarik bebanan yang bertan beratnya.

Mengenai macam mana batu itu diangkat ke ketinggian sebegitu, ada teorinya. Batu diikat dengan tali dan tali pula diikat pada gajah untuk menarik. Mereka gunakan tanjakan (ramp) untuk mengangkat batu ke satu satu ketinggian apabila ditarik gajah itu. Inilah teori yang pernah digunakan National Geographic tapi kebenarannya kita sendiri pun tidak tahu.

Satu lagi. Terdapat dua jenis batu yang digunakan iaitu sandstone dan laterite. Sandstone adalah jenis yang berwarna putih dan walaupun keras, ianya boleh diukir. Dan untuk yang tidak mempunyai ukiran, mereka gunakan jenis laterite (batu keperangan yang banyak digunakan di Melaka untuk bangunan bersejarahnya) yang memang keras sekeras kerasnya...tapi taklah sekeras orang yang kepala batu.

LOCATION : Bayon, Siem Reap, Cambodia

Muka Tu Lagi...

Antara Ukiran Yang Menggambarkan Penari Apsara...

Bayangkan Macam Mereka Mengangkut & Mengukir Batu Sebesar Itu..

Quote:

Thanks Untuk Sokongan Anda Selama Ini...


Quote:

UP NEXT : Masih Di Bayon


Wednesday, 25-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V13.0 - Edisi Pembuka Mata

 
 
 

Mula Mula Beli Tiket Dulu...

Siap Ada Gambar Lagi Tiket...

Tu Dia...Dah Sampai...

Quote:
"Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan), dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap). Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka." Surah Hud : Ayat 100-101


Inilah dia pintu bahagian selatan Angkor Thom, salah satu peninggalan dalam kawasan yang pernah menjadi ibu negeri kerajaan Khmer sekitar kurun ke-11. Walaupun kawasan ini kelihatan besar, dengan tembok setinggi lapan meter dan mengelilingi sejauh 12km, namun ianya hanya sebahagian kecil daripada kompleks Angkor ini. Satu persoalan yang sering sejarahwan bertanya adalah kenapa satu masyarakat yang maju dan mampu membina sebuah kota sebegini besar boleh tiba-tiba hilang tanpa sebarang kesan. Sebenarnya tak perlu kita tengok jauh untuk mencari jawapannya. Cukuplah ayat di atas menjadi bukti...

Sebab itulah entry yang ini saya gelarkan sebagai entry pembuka mata kerana banyak yang boleh pelajari daripadanya...

Kita tinggalkan yang itu. Ini adalah destinasi pertama pada hari ketiga, iaitu satu hari yang telah diperuntukkan untuk kawasan Angkor Wat. Ini baru yang pertama. Kalau yang pertama ini pun dah letih berjalan dan badan kuyup macam baru lepas mandi, bayangkanlah macam mana keadaannya apabila habis keseluruhan operasi petang nanti.

Bila dah kat sini barulah tahu rupa rupanya kena beli tiket pula nak tengok Angkor Wat. Memang pandai dia orang nak hidupkan industri pelancongan dia orang. Maklumlah...punca pendapatan negara yang utama. Yang menariknya, masa beli tiket kena ambil gambar pula. Menarik konsep tu.... Harga tiket pun boleh tahan..seorang US$20. Nasib baiklah Amira tak dikenakan bayaran bawah 12 tahun.





Angkor Thom, dengan keluasan kira-kira 10km persegi, telah dibina oleh Raja JayavarmanVII (yang memerintah dari 1181-1201). Selain mempunyai tembok yang tinggi mengelilinginya, parit selebar 100m turut mengelilingi dan dipenuhi dengan buaya sebagai keselamatan. Ia mempunyai lima pintu iaitu satu di bahagian utara, barat dan selatan (yang dalam gambar ini adalah di selatan) serta dua di bahagian timur.

Di dalam bahagian kota yang ini terdapat peninggalan beberapa peninggalan bersejarah yang lain termasuk Bayon, Baphuon dan Terrace of Elephants. Sebahagian besar dari tempat ini akan saya uploadkan apabila sampai masanya nanti.

LOCATION : Angkor Thom, Siem Reap, Cambodia

Sapa Lagi Comel...?


Quote:

UP NEXT : Masih Di Angkor Thom


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net