A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Thursday, 19-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V20.0

 
 
 





Sebelum saya teruskan dengan coretan ini, sekadar nak ucapkan tahniah pada Izzo kerana sebelum saya upload lagi entry yang ini beliau dah dapat teka nama restoran ni. Restoran Dwau di Siem Reap. Cuma bezanya masa saya makan tak ada lagu Cindai seperti masa dia tengah makan...

Masa ini dah masuk time lunch dah. Kaki pun dah lenguh semacam sebab asyik berjalan sekitar kawasan Angkor sejak dari pagi, walaupun Angkor Wat belum pergi lagi. Peluh pun entah dah berapa liter hilang. Rasanya time ni kambing pun mesti lagi wangi...

Bila perut dah lapar, aktiviti yang paling menarik dan afdal adalah operasi memenuhkan tembolok. Maka bertambah kejakunan apabila nampak ada restoran Malaysia, siap dengan makanan Malaysia lagi. Boleh siap berfikir, kat mana sebenarnya aku ni...?







Menurut keratan akhbar Berita Harian yang ditampal di restoran itu, restoran D'Wau ini merupakan sebuah restoran yang diusahakan seorang anak Melayu Malaysia setelah mendapati agak sukar bagi orang Malaysia mencari makanan yang halal di sana. Nampaknya berjaya juga restoran ini kerana biasanya kalau orang Malaysia ke Siem Reap mesti akan singgah di sini.. Cuma yang tahan, macam tempat tempat lain di Cambodia, harga di sini juga ikut US$.

Makanan pun sedap juga walaupun sekali lagi nasi di sini ada bau dan rasa funny tu. Kopi tak tahulah sebab dah tak berani order kopi selepas pengalaman lalu di Phnom Penh membabitkan rasa kopi yang sekali lagi...funny. Mungkin itulah kita...sudah mewah dengan serba serbi di Malaysia sehinggakan sikit tak kena pun dah complain sedangkan ramai lagi rakyat Cambodia yang langsung tidak berpeluang menikmati apa yang kita nikmati.






Quote:

UP NEXT : Yang Dinanti Nantikan...



Monday, 16-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V19.0

 
 




Kita kembali semula ke Cambodia dan Ta Prohm...ala yang dengan akar berbelit belit tu...

Kali ini tak nak cakap banyak sangat sebab mata tengah mengantuk ni. Lagipun rasanya dah tak ada apa yang hendak dicakapkan. Kita tunggu sehingga entry seterusnya untuk membebel lagi...

LOCATION : Ta Prohm, Siem Reap, Cambodia





Quote:

UP NEXT : Dah Penat Jalan Kita Makan Pula...Makan Kat Restoran Milik Orang Malaysia...


Friday, 13-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Bersama Anak Yatim

 
 




Quote:
"Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al- Baqarah : Ayat 220


Sekali lagi kita berhenti sejenak untuk memberi laluan kepada iklan...kali ini mengenai majlis bersama anak-anak yatim di Bukit Pegoh, Teluk Emas, Melaka anjuran Kelab Media Massa Melaka (KEMM).






Tuesday, 10-Mar-2009 12:49 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V18.0

 
 
 

Muka Tu Lagi...



Kita teruskan lagi pengembaraan kita. Kali ini kita bergerak pula ke Ta Prohm, iaitu satu lagi peninggalan yang cukup popular di kawasan ini. Mungkin ada yang merasakan macam pernah melihat tempat ini sebelum ini. Sebenarnya selain Angkor Wat, Ta Prohm ini juga merupakan satu yang popular. Ini ditambah pula ia pernah digunakan sebagai lokasi pengambaran filem Lara Croft : Tomb Raider.

Sebenarnya bila sampai ke sini, kaki memang sudah letih sangat sebab dah banyak tempat yang dilawati dan jalan pun boleh tahan banyak. Sampai di sini pun belum tengahari lagi. Untuk sampai ke Ta Prohm ni kenalah berjalan sikit sebab ianya terletak di dalam kawasan hutan...well, bukanlah hutan dalam erti kata sebenar sebab tempat tu dah dibersihkan. Ianya memang hutan dulu sebab selepas ditinggalkan, kawasan ini telah ditumbuhi dengan hutan dan telah menjadi sebahagian daripada hutan di sini.





Lihat saja gambar yang memaparkan akar pokok yang melilit tembok bangunan ini. Banyak kawasan dalam bangunan ini tidak dapat dimasuki kerana banyak bahagian yang sudah roboh akibat cengkaman kuat akar pokok ini. Kerana pokok yang tumbuh di atas bangunan ini, banyak juga bilik dan lorong lorong kecil di dalam bangunan ini tidak dapat dimasuki.

Kewujudan pokok pokok inilah yang membuatkan Ta Prohm unik dan lain daripada peninggalan yang lain. Kalau orang mengatakan kerajaan Khmer itu satu empayar yang kuat sehingga mampu membina binaan yang sebesar ini, maka pokok adalah jauh lebih kuat kerana hanya dengan lilitan akarnya, bangunan sebesar ini pun boleh tumbang.




Salah Satu Lorong Dalam Bangunan Ini...

Untuk makluman, Ta Prohm ini telah dibina sekitar 1186. Ia merupakan sebuah candi Buddha yang didedikasikan oleh Raja Jayavarman VII kepada ibunya. Sebagaimana binaan lain di kawasan ini, yang ini juga telah dibina menggunakan batu batu yang cukup besar, lengkap dengan pelbagai ukirannya. Selain itu, lorong lorong yang sempit dan gelap di dalamnya juga merupakan antara yang menarik...yang lemah semangat dan takut kelawar dinasihatkan jangan mencuba....

LOCATION : Ta Prohm, Siem Reap, Cambodia




Quote:

UP NEXT : Masih Di Ta Prohm...


Monday, 9-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Edisi Cuti Maulidur Rasul

 



Kita berhenti sejenak daripada entry Cambodia dan kita beri tumpuan pada entry sempena Maulidur Rasul pula. Gambar ini sebenarnya telah diambil semasa ke Pulau Pinang hujung tahun lepas. Dok simpan sampai sekarang baru nak guna.... Rasanya tak perlu nak diperkenalkan masjid apakah ini kerana ini merupakan satu masjid yang sememangnya sudah dikenali ramai.

Apapun, salam Maulidur Rasul buat semua saudara-saudara ku...

LOCATION : Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak




[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net