A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 7-Apr-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Mencari Diri

 


Quote:
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya...


Alhamdulillah...kita berjumpa lagi...tapi buat masa ni, entry pasal Cambodia kita tolak ke next entry pula.... Alhamdulillah berkesempatan juga nak mengikuti kursus ESQ (Emotional Spiritual Quotient) Leadership Training di KL. Suatu yang menarik juga kerana ianya satu leadersip training yang menggunakan pendekatan mengenali diri sendiri serta soul searching. Kepala pun dah ringan...semangat pun banyak...





Yang ini mengenai pertandingan kalam jama'e pula. Macam kehidupan jugalah...satu pertandingan. Hari ini mungkin kita di depan tapi esok kita mungkin di belakang. Dan sebagaimana pertandingan, kalah sekali tidak bermakna akan tewas selamanya. Yang penting semangat juang yang tinggi. Mungkin apa yang kita citakan hari ini tidak akan menjadi kenyataan tapi siapa tahu, mungkin esok kita akan dapatkan suatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita citakan hari ini. Itulah kehidupan...

LOCATION : Melaka International Trade Centre






Wednesday, 1-Apr-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V23.0

 



Merajuk...?

Penat siot jalan kat Angkor Wat ni. Dahlah besar tempat tu, kena memanjat lagi. Lenguh kaki tu tak payahlah cerita, itu belum lagi kuyup macam baru lepas mandi. Ini ditambah pula dengan perut yang lapar. Memang nampaklah siapa yang bina Angkor Wat ni saja nak menyeksa orang...

Anyway, entry ini adalah entry yang terakhir untuk minggu ini kerana saya kena pergi kursus (yup kursus lagi...dan yup...sekali lagi tiada kaitan dengan kursus nikah kahwin atau yang seangkatan dengannya...) selama tiga hari bermula Jumaat ni...there goes my weekend and GP. Apapun, kita jumpa selepas itu...macam cakap kat TV pula...

Dan untuk yang bertanya bila entry Cambodia ni nak habis...jawapannya...belum habis lagi...



Penat Wo...


Monday, 30-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Festival Makan Makan

 
 


Makan Free...


Kita berhenti sejenak dari entry Cambodia untuk memberi laluan pada entry makan makan pula. Entry festival makan makan sebenarnya atau lebih tepat lagi Festival Masakan Melaka yang telah diadakan baru-baru ini.

Sebenarnya bukan sahaja masakan atau makanan Melaka tetapi beraneka jenis makanan termasuklah yang dari Selangor dan Negeri Sembilan. Dan tidak ketinggalan, makanan orang asli yang dimasak di dalam buluh macam lemang. Apa namanya saya pun tak ingat...


Minuman Herba



Orang memanglah ramai, sekaligus memperkuatkan tanggapan saya bahawa bab makanan adalah bab yang paling disukai ramai di Malaysia ni. Dapat merasa makanan secara FOC merupakan antara tarikan. Dapat makan free makin ramailah yang gemar...

Dah selalu sangat asam pedas Melaka dipromosikan. So apa salahnya sesekali berubah selera dan berubah rasa pula dan makan makanan lain. Asalkan jangan Maggi turut dipromosi sudahlah...

LOCATION Jalan Kota, Melaka


Nasi Ambeng...





Thursday, 26-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V22.0

 
 


Perhatikan Ukiran Pada Dinding Tu...

Ukiran Sepanjang Dinding Yang Menceritakan Mengenai Raja Mereka

Kita sambung pasal Angkor Wat ni.

Sesuatu yang cukup menarik mengenai Angkor Wat ini adalah orientasinya yang mengadap ke sebelah barat. Memandangkan mengikut kepercayaan, barat sering dikaitkan dengan kematian, maka ramai yang membuat kesimpulan bahawa Angkor Wat ini berfungsi sebagai sebuah makam. Ini disokong oleh ukiran-ukiran (masing masing dengan cerita tersendiri) 'dibaca' dalam arah lawan jam, suatu yang ada persamaan dengan upacara akhir ketika berlakunya kematian. Oleh itu, ramai yang hari ini menganggap Angkor Wat berfungsi sebagai sebuah candi dan juga sebuah makam.

Untuk yang bertanya mengenai bahagian atas Angkor Wat ini...sebenarnya saya sendiri pun ingin naik sampai ke atas sebab dari apa yang saya baca dan tonton, memang pelawat dibenarkan naik. Tapi nasib tidak menyebelahi kerana masa saya ke sana, bahagian bahagian atas telah ditutup kepada pelawat. Mengikut ceritanya, ada pelawat Jepun yang terjatuh dari atas dan terus 'goal'. Untuk mengelakkan kejadian serupa berulang maka dia orang pun tutup bahagian atas. Memang tidak terkejut dengan cerita itu sebab setiap anak tangga itu memang tidak cukup lebar untuk menampuk tapak kaki...nak selamat kena jalan menyerong. Cuma ada beberapa bahagian yang dibuatkan tangga kayu untuk memudahkan orang naik. Yang tak ada tangga kayu, janganlah harap nak dapat naik.

Kecewa tu tak payahlah nak cerita sebab memang dari mula lagi sudah memasang impian nak naik sampai ke atas. Simboliknya bahagian atas tu? Sepanjang dinding Angkor Wat terdapat pelbagai ukiran termasuk ukiran mengenai cara kehidupan yang seharusnya diikuti oleh penganut mereka. Untuk menghabiskan semuanya akan mengambil masa yang panjang serta penat berjalan. Penghujungnya adalah bahagian atas wat yang terbuka luas dengan pemandangan langit dan persekitaran. Maksudnya? Mereka yang ikut semua nasihat dalam ukiran itu, walaupun tempoh perjalanannya jauh dan susah, mereka akan akhirnya sampai tahap 'nirvana'. Itulah kepercayaan mereka.

Oh...ada satu yang saya terlupa nak cakap. Pembinaan Angkor Wat ini dikatakan menggunakan lebih 50,000 pekerja termasuk tukang ukir dan hamba, dan ianya mengambil masa lebih 40 tahun untuk disiapkan...




Bandingkan Dengan Orang & Gambarkan Bagaimana Tingginya Binaan Ini...


Sebenarnya ada lagi cara menarik untuk melihat Angkor Wat ni kerana selain berjalan seperti ini pelawat boleh juga naik hot air balloon atau menyewa helikopter untuk pemandangan dari atas. Tapi harganya...tak payahlah cerita.... Untuk perbandingan, kita orang menghabiskan lebih kurang 2 jam ke 2 jam setengah untuk pusing Angkor Wat ini...itupun tidak masih ada bahagian yang terlepas.

Quote:
Dan yang ini pula untuk sahabat sahabat yang sedang berjuang di PWTC...

"Tabik tuan saya terima
Tabik balas tabik semula
orang tua tu orang lama
kalau tua tu tetap tua
kita sebangsa satu agama
sama-sama menangis, sama-sama ketawa
hiduplah UMNO selama-lamanya
parti itu bukankah kita punya
kita junjunglah di mana-mana
selagi hayatnya masih ada
kalau masanya sudah tiba
UMNO hilang tinggal bendera
pandai-pandailah nanti kita
bawak diri ke tempat lain pula
kita dah berusaha sedaya upaya
kalau nak hanyut juga apa nak kata
terimalah hakikat Melayu hilang kuasa..."







Monday, 23-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V21.0

 
 




Yang ditunggu sudah tiba. Inilah antara sebab utama kenapa Cambodia dipilih sebagai destinasi kali ini. Tergolong sebagai salah satu binaan bersejarah dalam tamadun manusia, menyaksikan binaan ini sendiri merupakan salah satu impian yang disimpan selama ini.

Angkot Wat merupakan sebuah candi Hindu yang dibina Raja Suryavarman II ketika zaman kegemilangan Empayar Khmer sekitar kurun ke-12 dan ia dianggap sebagai candi yang terbesar dan paling popular di dunia. Bagaimanapun, keagungannya tidak kekal dan akhirnya ianya telah ditelan oleh hutan disekelilingnya sehinggalah ianya ditemui semula oleh seorang pengembara Perancis, Henri Mouhot.

Sebagaimana saiz yang begitu besar, terdapat banyak lorong, ruang, empangan dan bilik di binaan candi ini, yang mana menjadikan proses melawatnya suatu yang cukup meletihkan. Ini ditambah pula dengan ketinggian banyak kawasan di candi ini.

Sekiranya saiz binaan ini mengagumkan, maka ukiran-ukiran yang memenuhi ruang dinding di sini adalah lebih mengagumkan. Ukiran mengenai kebaikan menentang kejahatan sebagaimana terkandung dalam mitos Hindu, gambaran kehidupan dan kemenangan rajanya dalam peperangan serta gambaran separa bogel gadis 'Apsara' memenuhi ruang. Yang pastinya, mengukir sepanjang dinding seperti apa yang mereka lakukan itu bukanlah suatu yang mudah dan pastinya memerlukan ketelitian dan kepakaran yang tinggi. Untuk membina binaan yang sehebat ini pasti memerlukan kepakaran yang jauh lebih tinggi.




Quote:

UP NEXT : Masih Di Angkor...


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net