A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Monday, 27-Apr-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
 




Wow...lebih seminggu tak update FP ni rupanya. Bukannya apa, cuma sobul sikit minggu lepas di mana saban hari sampai rumah je dah pukul berapa. Bila dah letih, terasa macam tak ada mood pula nak update. Tak pe lah...malam ni boleh kasi upload sikit.

Malam ni kita rock sikit. Yang ini memang otai segala otai. Maklumlah, kalau orang bercerita pasal rock, orang mesti akan merujuk kepada Sweet Charity sebagai otainya. Yang ini adalah Rosli Mohalim, axeman atau pemain gitar utama Sweet Charity. Sentuhan dia la yang memberi 'nyawa' kepada Kamelia, Sejuta Wajah dan banyak lagi lagu lagu Sweet Charity yang masih berhantu sampai kini.

Apapun, tak payahlah cerita banyak. Kita rock terus je...


Untuk Pengemar Ibanez...



Friday, 17-Apr-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V27.0

 
 




Makan banyak dan keletihan adalah satu kombinasi yang cukup serasi untuk membuatkan seseorang itu tak boleh bangun pagi. Inilah yang dihadapi apabila terpaksa bangun cukup awal untuk menaiki bas kembali ke Phnom Penh. Bertambah letihlah memandangkan seperti yang saya sebutkan dalam entry yang lepas, dari Siem Reap ke Phnom Penh mengambil masa lebih enam jam.

Walaupun tengah mengantuk, kamera tidak pernah lekang. Lebih lebih lagi dalam keadaan sebegini yang bukan selalu dapat disaksikan. Maklumlah, mereka yang biasa travel sering mengatakan bahawa inilah cara terbaik untuk melihat sendiri kehidupan masyarakat...semuanya original dan tiada yang saja saja dipose.

Cuma satu saja complainnya...tempat ni berhabuk sangat. Sebab itu ada yang menggunakan topeng muka ala Michael Jackson. Kira pekan koboi betullah ni.... Imaginasi yang aktif dapat juga membayangkan keadaan tempat ini masa tengah perang saudara dulu. Mesti kat celah celah pokok ada tentera Khmer Rouge berpakaian hitam yang sedang menunggu ala snipper la kononnya...

LOCATION : Siem Reap, Cambodia






Wednesday, 15-Apr-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V26.0

 
 


Mak Ai...Ejaan...


Tamat sudah edisi mengenai Angkor Wat dan kawasan-kawasan tarikan yang berhampiran. Satu hari suntuk diperuntukkan untuk kawasan ini, yang mana saya dah puluhan kilometer berjalan sepanjang masa itu. Itupun baru sebahagian kecil sahaja yang berjaya diterokai kerana masih ada lagi banyak candi dan tarikan yang tidak sempat dijenguk. Rasanya kalau nak tengok semuanya dari A ke Z mungkin kena habiskan 3-4 hari di sini.

Bila sudah keletihan dan kehausan, apa yang paling seronok dilakukan...? Sudah tentulah makan.... Dan ubat yang paling bagus untuk kaki yang keletihan adalah urut kaki. Yang itu tak ada gambarlah sebab masing-masing dah tertidur masa kaki diurut...nak buat macam mana, kombinasi antara keletihan dan kekenyangan memang ubat tidur yang paling kuat...

Dan untuk yang bertanya bila entry Cambodia ni nak habis, ada lagi entry-entry yang akan menyusul selepas ini...tapi dah dekat dekat dah dengan penghujungnya...

LOCATION : Princess Angkor Hotel, Siem Reap, Cambodia






Monday, 13-Apr-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V25.0

 
 

Semua Dok Tunggu Sunset...

Mana Nak Cari Tempat Duduk Ni...

Kena Panjat Lagi...

Trip sehari ke Angkor Wat dan kawasan-kawasan sekitarnya sudah semakin menghampiri penghujungnya. Namun, tidak lengkap lawatan ke sini kalau tidak ke Phnom (Bukit) Bakheng untuk menyaksikan sunset. Kawasan puncak bukit ini, yang turut mempunyai sebuah lagi candi, memang terkenal sebagai tempat menyaksikan matahari terbenam di kalangan pengunjung.

Untuk sampai ke puncak bukit ini, kalau pada hari biasa mungkin tidak begitu menyukarkan. Tetapi setelah berjalan seharian, untuk menapak naik pun dirasakan satu usaha yang cukup memenatkan. Ianya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk trek ke atas. Dengan kaki yang dah penat dan lenguh sambil membawa beg kamera memang merupakan suatu yang cukup memenatkan. Cuma my son yang sanggup menemankan ke atas sebab yang lain sudah kepenatan dan menunggu di bawah saja...

Walaupun tahu tempat ini sering menjadi tumpuan pelancong untuk menyaksikan matahari terbenam namun saya tidak menjangkakan seramai itu. Memang cukup ramai sekali. Malahan hampir kesemua tempat di sekeliling kuil yang mengadap ke sebelah barat telah dipenuhi dengan orang yang menunggu jauh lebih awal. Ini ditambah pula dengan terpaksa menaiki tangga yang curam dengan orang yang ramai dan bertolak-tolakkan. Nasib baiklah tiada yang menjadi bahan ujikaji teori graviti Isaac Newton masa sedang tolak-menolak ini.

Akhirnya, suka atau tidak, tak dapat juga nak tengok apatah lagi nak ambil gambar sunset sebab dah tak ada langsung 'port' yang sesuai. Kiciwa seketika. Okay jugalah sebab dapat juga menjejakkan kaki ke atas ni walaupun selepas itu terpaksa urut kaki masa di hotel...

LOCATION : Phnom Bakheng, Cambodia


Muka Tension...




Wednesday, 8-Apr-2009 16:12 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V24.0

 
 




Okay...kita sambung semula dengan entry Cambodia setelah terbengkalai untuk beberapa waktu. Hehehe...ada lagi entry ni. Belum habis lagi...so kenalah bersabar sikit...

Satu perkara yang cukup menarik mengenai Angkor Wat ini adalah ukiran demi ukiran pada dinding batunya. Tak kisahlah ukiran bermotifkan apapun, yang pasti kehalusan seninya memang cukup dikagumi. Bayangkanlah macam mana mereka boleh mengukir batu yang sekeras itu blok demi blok sehingga mungkin mencecah puluhan atau mungkin juga ratusan kilometer panjang kalau disusunkan kesemua ukiran ini.

Saya yang semasa zaman persekolahan dulu pun tak terukir sebuku sabun masa pendidikan seni. Itu baru sebuku sabun. Ini blok batu demi blok batu yang diukir.





Apabila orang bercakap tentang tamadun, orang sering mengaitkannya dengan dunia Barat, kononnya masyarakat Baratlah yang memajukan satu satu tamadun. Tapi hakikatnya bukan demikian. Lihat sahaja Angkor Wat ini.

Pada masa Eropah masih dalam 'dark ages' (atau Zaman Kegelapan), masyarakat Asia sudah mampu membina tamadun. Sebelum Leonardo da Vinci atau Michaelangelo menghasilkan masterpiece mereka, orang Khmer telah terlebih dahulu menghasilkan hasil seni yang sebegini halus.

Oleh itu, siapa kata Barat hebat sangat...?

LOCATION : Angkor Wat, Cambodia






[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net