A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Monday, 11-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Edisi Babai

 
 





Yahoo...habis juga akhirnya entry Cambodia ni. Memang panjang giler kalau nak difikirkan. Tapi itulah, bila sudah banyak sangat gambar yang diambil, nak delete pun terasa sayang saja. So gunakanlah untuk entry entry ni semua.

Memang menarik ke sini kerana akhirnya dapat tengok juga dengan mata sendiri apa yang pernah dipelajari semasa kelas Sejarah dulu, selain dapat tengok tempat tempat yang selama ini dok tengok dalam dokumentari saja. Pengalaman itulah yang memperkayakan kehidupan...itu orang yang cakap, bukan saya...






So nak ke mana selepas ini...? Entahlah...rahsia.... Tapi sebagaimana biasa, walau ke mana sekalipun, kamera pasti akan ikut sekali dan yang pastinya, akan ada lagi entry entry yang menyusul.

Bab berjalan ni memang sudah menjadi kegemaran saya pun. Malahan semasa habis form five dulu pun dah merayau ke banyak tempat dalam negeri. Peluang melawat dan tengok tempat orang memang menjadi minat dari dulu. Cuma berbeza orang lain yang pergi bercuti kerana nak shopping atau bersantai, bagi saya pula, saya lebih suka tempat tempat seperti di Cambodia ini. Tempat tempat yang bersejarah dan banyak peninggalan. Bab shopping tu tolak tepi dulu.

Kalau ikutkan hati, Mesirlah negara yang paling hendak dilawati kerana sejarahnya yang cukup mengagumkan. Tapi tak tahulah bila nak sampai...bukan dekat wo. Kalau naik tongkang entah sampai entah tidak...







Friday, 8-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V30.0

 



Ini kira dah hampir sampai penghujung dah. Mesti ramai yang lega sebagai entry Cambodia sudah menghampiri penghujungnya.... Tak apa, lain kali boleh pergi bercuti lagi dan sekali lagi boleh upload panjang panjang lagi...

Memandangkan sudah banyak yang diceritakan mengenai Phnom Penh ni, rasanya kali ini tak payahlah nak cerita apa apa lagi. Idea pun dah kering dah sebab asyik dok bercerita saja...






Wednesday, 6-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V29.0

 
 






Sabar...sabar...dah dekat nak habis dah ni. Tak sangka pula macam ni punya lama entry Cambodia ni. Tak apa. Tinggal beberapa entry saja lagi. Lepas tu boleh buat series yang lain pula...

Kali ini tak payahlah nak bercerita panjang. Bukan apa, idea tengah tak ada nak menulis ni. Tambahan pula mata tengah mengantuk. So untuk kali ini, kita biarkanlah saja makanan ini berkata kata sebagai gantinya...

LOCATION : Holiday Villa, Phnom Penh








Monday, 4-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Testing 1..2..3..

 
 





Okay...okay...sebelum sesiapa berkata, baik saya mengaku yang saya ni sebenarnya memang fail bab gambar kahwin ni. Maklumlah bukan photographer kahwin. Tapi kalau bab news photo tu tak adalah sebarang masalah. Nak buat macam mana, dah terbiasa dah ambik gambar yang macam tu...

Gambar ini pun sebenarnya saja test power. Lagipun banyak sangat gambar yang diambil dan daripada dibuang macam tu, baik upload apa yang ada. Bukan selalu majlis kahwin ada VIP yang turun. Jadi bila ada VIP ada terpaksalah menghadirkan dan menyibukkan diri. Sambil tu jari pun menyibuk petik apa yang dapat...

LOCATION : Padang Temu, Melaka







Wednesday, 29-Apr-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Khmer Trail V28.0

 
 



Beberapa komen yang saya terima untuk entry saya yang lepas membuat saya terfikir untuk uploadkan gambar gambar ini. Memang benar bila antara yang komen mengatakan kita di Malaysia ini adalah jauh lebih beruntung daripada mereka di Cambodia.

Sehingga hari ini, Cambodia masih tersenarai sebagai salah sebuah daripada 50 negara paling miskin di dunia. Di sini, jurang antara yang kaya dan yang miskin memang amat ketara sekali. Kegiatan ekonomi utama mereka iaitu pertanian masih dijalankan secara tradisional, yang mana tidak dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi. Hanya pelancongan yang menjadi punca pendapatan utama negara tersebut. Bagaimanapun, semakin banyak pelabur yang membuka industri di negara tersebut dalam tempoh dua tahun lalu. Tetapi krisis ekonomi global kini mungkin akan membantutkan pembangunan negara tersebut.

Salah satu punca yang dikatakan menjadi sebab mengapa negara ini menjadi miskin adalah kerana di kawasan IndoChina inilah tiga perang telah berlaku dalam masa tiga dekad! Walaupun sebuah negara miskin, namum Cambodia tidak miskin sejarah dan warisan budayanya. Itulah yang ironik mengenai negara ini.

Dalam banyak hal, kita memang bertuah kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Cuma kadang terkilan juga bila melihat ada segelintir manusia yang bertindak seolah olah tidak menghargai apa yang kita ada. Sampaikan ada yang sanggup 'menjual' nama negara di luar negara semata mata kerana mengejar kepentingan sendiri. Kita tidak lama di dunia ini, jadi fikirkanlah, negara bagaimanakah yang akan kita tinggalkan untuk anak cucu kita. Apakah sebuah negara yang aman, makmur dan kaya raya...? Atau apakah sebuah negara seperti mana gambar di atas...?





[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net