Want your
own Fotopage?

















 

A Journey Through Time...
By: M Jeffri Razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 25-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephants V4.0

 
 




Perjalanan di Sungai Chao Phraya diteruskan, kali ini dengan lawatan ke Royal Barge Museum yang terletak di tepi sungai tersebut. Kira naik bot...turun bot...dan lepas dah tengok naik bot semula.

Muzium ini boleh dianggap sebagai sebuah 'garage' bot yang besar dan ianya menyimpan lapan buah barge (atau dalam bahasa kita...tongkang) yang merupakan hasil kraf Thai yang cukup indah. Rekabentuk bot ini adalah dibuat mengikut fungsi bot berkenaan. Kesemua bot ini adalah untuk kegunaan Raja Thai...yang mana adalah cukup dihormati masyarakat sana serta dianggap sebagai Tuhan.

Gambar 1 - Yang ini adalah sebuah kapal pengiring yang dikenali sebagai Krut atau Garuda.

Gambar 2, 3 & 4 - Yang ini dikenali sebagai Narai Song Suban H M King Rama IX dan ianya merupakan yang terbaru dalam himpunan bot yang ada. Ia telah dilancarkan pada tahun 1996 sebagai memperingati ulangtahun ke-50 Raja Bhumibol Ayulyadej menaiki takhta.

Gambar 5 - Yang ini dikenali sebagai Suphannahongsa atau angsa emas. Bot yang ini telah disiapkan pada tahun 1911.

Gambar 6 - Dikenali sebagai Anekchatphuchong ianya telah dibina semasa pemerintahan Raja Rama IV. Versi yang kini dipamerkan di muzium ini telah dirasmikan pada tahun 1914.

Gambar 7 - Dikenali sebagai Anantanakharat bot ini mempunyai lapan kepala naga pada bahagian hadapannya.

Selain empat bot diraja ini, terdapat juga empat lagi bot yang dikenali sebagai bot pengiring. Bot bot ini semua pernah digunakan semasa perarakan bot di Sungai Chao Phraya, kali terakhirnya pada tahun 2007 sempena ulangtahun kelahiran Raja Bhumibol Ayulyadej ke-80.

LOCATION : Royal Barge Museum, Bangkok





salam bro..alahai lama tak singgah kat sini....wah makan angin ya...hebat2 Sun 28-Jun-2009 15:58
Posted by:ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
wah..bestnyer...menarik..cantik2 gambar tuh...jeles ni..hehehehe Mon 29-Jun-2009 06:57
Posted by:noorul noorulhafizah@yahoo.com
ohooo kita ingat tak muleh masuk royal barge museum nihhhh Mon 29-Jun-2009 08:54
Posted by:kuchai
View all 52 comments Add comment


Tuesday, 23-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Land Of The White Elephant V3.0

 
 




Dah puas tengok sungai...? Dah puas naik bot...? Belum puas...? Kalau belum puas meh ini ada satu lagi entry mengenai Sungai Chao Phraya. Jangan sampai mabuk tengok bot sudahlah kerana saya pernah dimaklumkan ada orang yang boleh mabuk walaupun setakat tengok bot atas air dan bukannya naik bot. Ini memang power punya imagination lah kalau dah boleh sampai jadi macam tu...

Lupa lak...ini adalah pagi hari kedua di Bangkok. Hari pertama rugi macam tu je sebab sampai di Suvarnabhumi Airport pun dah 11 malam dan bila dah clear customs dan immigration serta sampai ke hotel, jam pun dah 1 pagi. Mana lagi nak pergi time macam tu. Yang hidup time tu cumalah Patpong, itu pun tak dapat menjenguk di sana...

Kalau diikutkan memang tak berapa selesalah naik bot ni sebab tempat duduk pun kayu...kalau ada pun cuma dialas dengan kusyen nipis saja. Memang akan kematu pungkok punyalah. Tapi sebab hendak mencuba sesuatu yang baru, kematu pun kematu la.

Untuk sebuah bandaraya besar macam Bangkok, kira best jugalah sebab pengangkutan sungai masih merupakan sejenis pengangkutan yang utama. Malahan ada apa yang dikatakan sebagai 'water taxi' yang digunakan sebagai salah satu pengangkutan rakyat sana. Memang betullah bila dikatakan yang Chao Phraya ni menjadi nadi kehidupan masyarakat sana, sebagai Nil menjadi nadi kehidupan masyarakat Mesir.





Bagi yang nak tengok gambar pasar terapung tu, harap bersabar ye. Ini kerana pasar terapung tu terletak di Ratchanburi, iaitu kira-kira 80km daripada Bangkok. Di Bangkok ni banyak bot untuk pelancong dan juga kapal kapal yang besar saja. Hari ketiga baru ke Ratchanburi. So kenalah bersabar sikit...

Memang pun niat asal ke Bangkok adalah nak tengok dan ambil gambar pasar terapung tu. Biasalah, bila dah jadi ikon Thailand. Rasa macam tidak sah pula ke Bangkok kalau tak tengok pasar terapung tu. So sementara nak tengok pasar terapung, kita apungkan diri dulu di sini...



Hasil Sentuhan M Amirul Amsyar...


wah romantik betul pasangan bahgia....semoga bahgia selalu. Sat 27-Jun-2009 03:51
Posted by:nur  - [Link]
wah bro, holiday lagi ye
cantik aaa...gambar berdua tu
Sat 27-Jun-2009 11:09
Posted by:org liverpool  - [Link]
I dah ada plan nak ke Bangkok. Ni first time nak pi..apa tip-tip yg you bagi kat I untuk menjadikan I punya trip lebih menarik.
4 hari kat sana cukup ke? makanan halal mudah dpt ke?
Sat 11-Jul-2009 15:04
Posted by:Zahari  - [Link]
View all 44 comments Add comment


Thursday, 18-Jun-2009 15:46 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephant V2.0

 
 




Siapa ingat belajar pasal Chao Phraya masa geografi (atau zaman saya dipanggil Ilmu Alam...alam ghaib kot...) semasa kat sekolah dulu...? Mesti ramai yang ingat sebab tak sah belajar geografi kalau tak belajar mengenai Chao Phraya (dan juga Mekong). Ingat lagi delta Chao Phraya dikatakan kawasan yang paling subur dan sering dikaitkan dengan penanaman padi. Itu zaman sekolah dulu lah...

Sekarang zaman sekolah sudah lama berlalu dan kita tak belajar lagi pasal Chao Phraya tetapi melawat Chao Phraya, sungai yang walaupun terpanjang di Asia Tenggara masih kalah dengan Sungai Nil dan Amazon.

Kira teruja jugalah bila tengok sungai ni buat pertama kalinya depan mata. Tengok kat 'ground level' ni memang lebih mengujakan daripada tengok masa di udara. Memang nampak besar bebenor sungai ni. Yang menariknya kapal kapal masih boleh mudik jauh ke hulu. Cuba buat macam tu di Sungai Kelang...mahu tersangkut kapal.





Sungai ini dikira sebagai 'live line' kepada penduduk di sini kerana masih ramai yang bergantung pada sungai ini. Bab bot pelancong tu tak payah kiralah sebab itu memang sudah menjadi satu produk pelancongan. Banyak rumah-rumah yang terletak di tepi sungai dan saya perasan, setiap rumah pasti ada bot mereka sendiri. Ini bermaksud mereka mesti bergantung pada sungai ini sebagaimana kita bergantung pada highway kita.

Naik speed boat kat sungai ni memang menarik kerana berbeza dengan bot di Sungai Melaka, yang ini memang speed habis. Speed demon katakan. Cuma mereka yang takut, dinasihatkan jangan mencuba kerana jarak antara bahagian atas bot dengan air memang tidak jauh. Lagi satu sebab speednya, bahagian depan mesti terangkat punyalah...kena pula kalau selisih dengan boat yang lagi laju. Tapi itulah yang seronoknya. Yang penting, duduk diam diam dan jangan banyak bergerak. Yang pakai rambut palsu tu...silap haribulan rambut akan bermastautin dalam sungai...

Tak dapat naik gondola di Venice, dapat naik speed boat di Chao Phraya pun jadilah...





thanks. Mon 6-Jul-2009 06:53
Posted by:hamka sani. h4mg_jb@yahoo.com  - [Link]
salam...tumpang tanya...macamana nak masukkan lagu nie..best lah...ajar ye ..tunggu nie Tue 7-Jul-2009 01:53
Posted by:NOOR SHAMSINAR BT HJ ISMAIL - nshamsinar@gmail.com  - [Link]
salam bro jeff..tolongg..!tolonglaa jar cmana nk masukkan gambau jadik beso cenggitu..buat x jadik2 nih..aaaaa!!!! tolonglaaa....!!! Tue 7-Jul-2009 11:52
Posted by:chikna ummu_alina@yahoo.com  - [Link]
View all 62 comments Add comment


Wednesday, 17-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Land Of The White Elephant V1.0

 
 




Cuti sekolah sudah datang dan pergi. So boleh kira lambat sikitlah entry ni. Tapi tak apalah sebab niat asal nak upload dari Bangkok terpaksa dibatalkan kerana kos internet yang gila. Bayangkan...kat hotel dia orang charge 110 Baht (RM11) untuk setengah jam. Peh. Kat sini dah boleh beli McValue meal satu...siap ada balance nak beli rokok sebatang dua lagi. Nak cari cybercafe kat bandar Bangkok? Tak payahlah. Serabut minda tengok bandaraya dia orang.

Trip ini memang dah plan lama. Jadi, bila macam macam perkembangan berlaku, termasuk kekecohan di Selatan Thai, nak cancel rasa rugi pula. Nak postpone rugi juga. Belasah ajelah.






Sebenarnya Bangkok ni bukanlah antara destinasi kegemaran. Saya lebih minat Chiengmai atau Pattaya. Kurang sikit kelam kabut dan berserabut berbanding Bangkok ni. Kalau difikirkan, bercuti di Bangkok ni sama je macam bercuti di Kuala Lumpur. Sama saja jemnya, kelam kabutnya dan sebagainya. Orang lain mungkin akan ke sini untuk shopping. Tapi saya, muntah hijau kalau kena shopping. Lagi prefer sejarah, warisan dan budaya sesuatu tempat yang dipilih daripada bershopping.

Kalau ada pun yang berjaya menambat hati saya di sini adalah lapangan terbang barunya - Suvarnabhumi Airport. Memang cukup impressive dan besar airport ni. Kalau dia orang pandai urus airport ni, tidak mustahil dalam masa 10 tahun lagi, ia boleh mengatasi Changi dan KLIA sebagai airport utama di kawasan ini. Cuma satu je, airport ni jauh dari bandaraya...kira-kira dalam 30km. Nasib baik sampai dah dekat tengah malam, so jalan clear. Kalau tidak mesti masak dalam jem.

Cuma satu saja yang tidak tercapai semasa di sini - rampasan kuasa. Teringin juga kalau ada rampasan kuasa, boleh dapat gambar dan story exclusive tu.... Nak buat macam mana...bercuti pun kepala dan pemikiran reporter masih berjalan...

LOCATION : LCCT & Suvarnabhumi Airport, Bangkok




thank you.hebat la encik/bro Fri 3-Jul-2009 07:02
Posted by:awan anis_2206@yahoo.com.my
Sun 12-Jul-2009 05:24
Posted by:Fariborz  - [Link]
Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Sun 19-Jul-2009 08:31
Posted by:unnamed
View all 57 comments Add comment


Monday, 15-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Preview

 

Kedai sudah dibuka semula.

Entry yang ini kira sebagai teaser sajalah sebab masih banyak gambar yang belum sempat edit, maklumlah, beratus gambar yang ada. Memandangkan masih letih dan mengantuk, saya rasa eloklah editing tu disimpan untuk hari yang lain dulu. Banyak lagi entry yang bakal menjelang nanti...

Saya rasa tidak sukar nak meneka ke mana destinasi kali ini...

perrggghhh... mesti tak ingat nak balik mesia kalau macam ni. banyak sudut boleh shoot. best... best...
bro jeff... bila mau pegi lagi... kalau ade pitih leh join sekaki.
Tue 16-Jun-2009 12:18
Posted by:dinperak zainuddinm@gmail.com  - [Link]
Sawadikap.... Wed 24-Jun-2009 16:54
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]
Tq 4 ur comment.. huhuh
Bestnyer dpt amik gambar dlm flight.
Time i naik n nak amik gambar, siap kena tegur dgn pramugari dlm tu.. ckp tak boleh.
Tak aci betul
Mon 13-Jul-2009 02:44
Posted by:new_stud  - [Link]
View all 43 comments Add comment


Wednesday, 10-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark



Ops...kedai akan ditutup sementara...lima hari sebenarnya. Kita jumpa semula Isnin nanti...

wow floating market....
sib baik tak gi Utara Thai...
Bangkok ok ke bro?
Mon 15-Jun-2009 08:38
Posted by:momma Damia ~ Lela tiwabanos@yahoo.com  - [Link]
hye..thanks for d comment..juz started..lookin to beautify it.. Tue 23-Jun-2009 01:41
Posted by:Sue sue29_lieana@hotmail.com  - [Link]
salam brader jeff..cmana nak letak gambau bg beso kt dlm fp nih..dh try manyakkkk kali x mao beso jugak..dish!!!dishh!!!dish!!!!! tlg ajar dlm fp koi yek...tengkiu Tue 23-Jun-2009 14:38
Posted by:chikna ummu_alina@yahoo.com  - [Link]
View all 34 comments Add comment


Saturday, 6-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Tergendala...

 
 





Nak bawa Chin Peng balik Malaysia...? Elok bebenor le tu. Malaun manalah yang pintar (atau bodoh) sangat yang bagi cadangan macam ni. Rasanya cadangan ini boleh masuk Guiness Book of World Record sebagai cadangan paling bodoh yang diutarakan.

Yang cukup 'memanaskan badan' yang sudah sedia panas ni bila ada pula puak puak tertentu yang menyokong, kononnya atas nama kemanusiaan. Kemanusiaan apa benda kalau orang tua sekor tu dan kuncu kuncunya tak pernah bersifat keperimanusiaan. Daripada bawa balik untuk dia hidup bebas, lebih baik bawa balik dan gantung dia kerana jenayahnya, sebagaimana yang dilakukan pada jeneral Jepun dulu. Ada juga faedahnya nak bawa dia balik.

Kalau masih ada yang mahu menyokong si tua kutuk ni, tengoklah cerita Bukit Kepong...bacalah catatan sejarah perjuangan menentang komunis dulu.






Aisey...terover pula. Ini sambungan dari entry di Muzium Tentera Darat di PD yang tergendala sebentar. Maka bersambunglah entrynya kali ini...

[color=red][b]LOCATION : Muzium Tentera Darat, Port Dickson







setuju sgt la kalau bawa chengpeng balik...tp syaratnya kena awet dulu bagi keras pastu taruk kat muzium...tp jgn taruk dalam dinding kaca..bagi senang pengunjung muzium nak ludah muka dia..hehe Mon 15-Jun-2009 15:33
Posted by:RizanSaad  - [Link]
sonoknya naik bot...dah lama tak menaikinya...tapikan air sungainya nampak macam gelap je....laluan ikut tepi rumah2 je...tapi kalau dah jadi kawasan perlancongan tu...rasanya ok kot kebersihan mesti terjaga kan... Mon 22-Jun-2009 05:02
Posted by:nani  - [Link]
Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Sun 19-Jul-2009 08:49
Posted by:unnamed
View all 46 comments Add comment


Monday, 1-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jom Berpesta

 
 
 




Cuti sekolah tiba lagi dan sebagaimana biasa, ramailah ibubapa yang akan pening kepala sebab rumah akan bertukar menjadi 'zon perang' bila bebudak berada di rumah sepanjang hari. Itu belum mengambil kira rumah yang sentiasa bersepah walaupun sudah berpuluh kali dikemas. Rasanya inilah senario yang biasa dihadapi setiap kali tibanya cuti sekolah. Kira okaylah sebab tak lama sangat cuti ni...

Suatu yang menarik bila cuti sekolah ni adalah keadaan jalan yang secara automatiknya menjadi tidak begitu sesak sebagaimana biasa...macamlah bebudak sekolah bawa kereta ke sekolah pula. Sekurang-kurangnya adalah juga sesuatu yang menceriakan. Tapi berbeza pula keadaannya di Melaka ni. Asal cuti sekolah saja maka akan meningkatlah tahap ketensionan bila bawa kereta. Sana sini sesak dengan orang yang datang bercuti. Rasa macam nak lari keluar dari Melaka saja bila tiba time cuti macam ni.





Bercakap tentang Melaka, sesiapa yang planning nak ke Melaka sepanjang cuti sekolah ini kira menarik jugalah sebab ada macam macam aktiviti yang diadakan. Kalau nak pinjam motto Astro...macam macam ada, termasuklah orang yang sentiasa pening kepala memikirkan macam mana nak atasi kesesakan yang melanda.

Yang ini adalah majlis perasmian Pesta Sungai Melaka malam minggu lalu. Dengan suasana malam yang panas dan orang yang bersesak-sesak, memang tak payah ceritalah macam mana berpeluhnya malam itu. Silap haribulan mesti ada yang menyangkakan terjatuh dalam sungai sebab basah sangat. Itu baru betul punya Pesta Sungai Melaka. Apapun, night shot memang antara kelemahan saya, especially kalau dah dalam keadaan yang macam ni, termasuklah percubaan gambar bunga api tu.

LOCATION : Dataran Sungai Melaka





mmg best jalan2 kat melaka tp tu la bak kata abg jeff kena bersabar ngan kesesakan jalannya... Fri 5-Jun-2009 00:31
Posted by:leez  - [Link]
saya rasa bro Jeff tak akan lari dr heropikok kota, sbg saorang juru kemera dia akan cari sesuatu yg lain dr yg lain kan... Fri 5-Jun-2009 06:34
Posted by:badungcamp  - [Link]
mcm2 pesta waktu sekolah..... pesta makan pun ada (sebab byk kenduri kaawin) Fri 5-Jun-2009 06:43
Posted by:Mama Danish Faixaal  - [Link]
View all 56 comments Add comment


Thursday, 28-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Setahun Sudah Berlalu

 
 
 





Happy birthday to M. Amirul Amsyar yang celebrated his birthday semalam. Dah jadi teenager (bukan Teenage Mutant Ninja Turtles) dah anak aku sorang ni. Cepat sungguh masa berlalu. Apapun, happy birthday to you...semoga segala apa yang dicitakan akan kelak menjadi kenyataan.

Biasalah kalau bergambar tu, tidak sah kalau si adik tidak turut mencelah. Dia orang ni pun dah macam tahu tahu, kalau dah pegang kamera tu, adalah yang akan disnap. Tak payah nak posing lagi lah. Yang natural pun jadilah...





Kenapa ye kalau bab sambut birthday mesti ada makan makan punya...? Mungkin bab makan makan ni sudah menjadi sebahagian dari budaya kita kot. Birthday ada makan makan. Orang datang bertandang ada makan makan. Meeting ada makan makan. Hatta tahlil untuk yang meninggalkan pun ada makan makan.

Mungkin makan makan ni daya penarik kot. Tak percaya...? Cuba tengok masa gotong royong. Masa tengah gotong royong orang tak ramai. Tapi bila sampai masa untuk makan, entah dari mana tetiba boleh jadi ramai. Samalah seperti masa ada makan makan di surau...penuh mengalahkan sembahyang Hari Raya. Terasa ke...?







dah boleh carik menantu utk mak ayah dah ni... akekekeke Mon 1-Jun-2009 07:50
Posted by:marcia  - [Link]
Happy belated birthday Amirul! dah besar panjang pun dia ni... Fri 12-Jun-2009 01:07
Posted by:mummy jam  - [Link]
Tahniah dan selamat hari jadi boy.... Sat 13-Jun-2009 01:36
Posted by:asmanphoto asmanphoto@gmail.com  - [Link]
View all 65 comments Add comment


Monday, 25-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Gempur Wira

 
 
 


A4 Skyhawk

De Havilland DHC-4 Caribou a.k.a Keranda Terbang...

Aérospatiale Alouette

“Those who do not learn from history are doomed to repeat it." - George Santayana (Poet)

Minggu ni kita jalan jalan ke Port Dickson pula. Saja habiskan weekend di sana bersama keluarga selain merehatkan minda...

Kali ini tak ada gambar sunset di Port Dickson kerana kali ini tumpuan berbeza. Okaylah, dapatlah juga relax dan bersantai walaupun hotel langsung tidak memenuhi citarasa. Kira kes hampeh punya hotel la tu walaupun nama punya glamour semacam.

Muzium Tentera Darat ni memang merupakan satu tempat yang sudah lama nak dilawati tapi tidak berkesempatan sehinggalah kali ini. Memang banyak yang membuka mata di muzium ini. Yang paling best kerana inilah antara perkara yang 'close to my heart'. Maklumlah, 10 tahun handle Defence Desk.... So kira refresh balik knowledge dalam benda ini.







Dalam banyak aspek, benda benda sebegini memang baik untuk didedahkan kepada golongan muda supaya mereka tidak akan lupa segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan untuk mempertahankan negara. Sekiranya hendak disebut satu per satu jasa dan pengorbanan yang pernah dicurahkan, rasanya sampai pagi esok pun belum tentu akan selesai dilakukan.

Yang pastinya, kita tidak perlu menjadi seorang pahlawan untuk mempertahankan maruah negara. Banyak cara yang boleh kita lakukan, dan salah satunya bukannya dengan perangai seperti sesetengah golongan yang seolah-olah nak menjual negara sendiri. Apa guna bernama Melayu kalau sanggup memperjudikan negeri dan negara semata mata kerana hendak mencapai agenda sendiri...ataupun menjadi 'sore loser' yang tidak boleh menerima keputusan mahkamah...

LOCATION : Muzium Tentera Darat, Port Dickson






Heh..betul juga sekarangni mmg ada yang sanggup jual negara semata2 nak mencapai cita-cita mengejar pangkat dan kedudukan
muzium ni menarik...kat area mana bang??
Thu 28-May-2009 06:33
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
Cuti ni Awang cadang nak melawat Muzium ni. Memang dah lama nak ke situ cuma masa dan ringgit je yang jadi masalahnya dulu................

Tentang Chin Peng nak masuk ke Malaysia tu memang tengah hangat sekarang dibincangkan. Antara yang dibualkan ialah;

1.Chin Peng perlu dibicarakan atas jenayah perangnya itu. Tapi boleh ke dia didakwa kalau tak dibicarakan disini (ini bermakna dia kena dibawa masuk ke Malaysia).Perbicaraan tu nanti akan menyerlahkan lagi dosa-dosa dia kepada semua rakyat masa itu. Tentunya generasi sekarang dapat mengetahui nanti peristiwa silam tu dengan lebih terperinci.

2.Mengapa kita menanda tangani perjanjian tiga penjuru itu( malaysia-chin pengpThailand) dulu (sekitar 1989). Bukankah lebih baik kita lawan chin Peng sampai ke titisan darah terakhir.............Pasti kita menang!

3. Mengapa parti Gerakan mencadangkan Chin Peng dibenarkan pulang ke Perak?. Mereka adalah sahabat UMNO di dalam kerajaan BN. Ini sesuatu yang pelik.

4. Apakah risikonya jika kita tak benarkan dia masuk? risiko engkar kepada perjanjian tersebut di atas. Adakah akan ada tindakbalas dari masyarakat antarabangsa nanti kepada malaysia? Adakah pelaburan kita di China akan terkena tempiasnya?

harap isu ini akan selesai dengan segera dengan penuh kesejahteraan
Sat 30-May-2009 17:15
Posted by:Awangje jel_pan57@yahoo.com  - [Link]
Ese ni dok soromban pun lum ponah sampai kek muzium tontora tu- wa tabik lu bro


Sun 31-May-2009 12:16
Posted by:Siti Hawa sitihawamohamad@yahoo.com
View all 52 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.