|
|
| Monday, 29-Jun-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Land Of The White Elephant V5.0
|
|
Bagi yang suka melihat kehalusan senireka Thai, maka lawatan ke Grand Palace ini adalah wajib kerana di sini anda memang akan melihat kehalusan senireka ini dengan lebih dekat lagi.
Pembinaan bangunan istana ini telah dimulakan pada tahun 1782 dan ianya siap untuk majlis naik takhta Raja Rama I. Keluasan asal kawasan istana ini adalah seluas 51 ekar tetapi ianya telah dibesarkan sehingga 60 ekar, iaitu keluasan kawasan itu sekarang. Sebenarnya terdapat banyak bangunan di dalam kawasan istana ini dan ianya bukan sahaja terhad kepada istana penginapan.
Menara emas dalam gambar 3 dan 4 adalah Phra Si Rattana Chedi
Prasat Phra Debidorn.
Gambar 5, 6 & 7 - Prasat Phra Thap Bidon.
Gambar 9 & 10 - Chakri Mahaprasad Hall. Bangunan ini telah dibina oleh Raja Rama V untuk memperingati ulangtahun ke-100 Dinasti Chakri. Gabungan senibina Eropah dan Thai digunakan untuk pembinaan bangunan ini, di mana bahagian atasya menggunakan senireka Thai. Pembinaan mengambil masa enam tahun iaitu dari tahun 1876 sehingga 1882.
LOCATION : Royal Palace, Bangkok
Lukisan Pada Dinding Istana...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Jun-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Land Of The White Elephants V4.0
|
|
Perjalanan di Sungai Chao Phraya diteruskan, kali ini dengan lawatan ke Royal Barge Museum yang terletak di tepi sungai tersebut. Kira naik bot...turun bot...dan lepas dah tengok naik bot semula.
Muzium ini boleh dianggap sebagai sebuah 'garage' bot yang besar dan ianya menyimpan lapan buah barge (atau dalam bahasa kita...tongkang) yang merupakan hasil kraf Thai yang cukup indah. Rekabentuk bot ini adalah dibuat mengikut fungsi bot berkenaan. Kesemua bot ini adalah untuk kegunaan Raja Thai...yang mana adalah cukup dihormati masyarakat sana serta dianggap sebagai Tuhan.
Gambar 1 - Yang ini adalah sebuah kapal pengiring yang dikenali sebagai Krut atau Garuda.
Gambar 2, 3 & 4 - Yang ini dikenali sebagai Narai Song Suban H M King Rama IX dan ianya merupakan yang terbaru dalam himpunan bot yang ada. Ia telah dilancarkan pada tahun 1996 sebagai memperingati ulangtahun ke-50 Raja Bhumibol Ayulyadej menaiki takhta.
Gambar 5 - Yang ini dikenali sebagai Suphannahongsa atau angsa emas. Bot yang ini telah disiapkan pada tahun 1911.
Gambar 6 - Dikenali sebagai Anekchatphuchong ianya telah dibina semasa pemerintahan Raja Rama IV. Versi yang kini dipamerkan di muzium ini telah dirasmikan pada tahun 1914.
Gambar 7 - Dikenali sebagai Anantanakharat bot ini mempunyai lapan kepala naga pada bahagian hadapannya.
Selain empat bot diraja ini, terdapat juga empat lagi bot yang dikenali sebagai bot pengiring. Bot bot ini semua pernah digunakan semasa perarakan bot di Sungai Chao Phraya, kali terakhirnya pada tahun 2007 sempena ulangtahun kelahiran Raja Bhumibol Ayulyadej ke-80.
LOCATION : Royal Barge Museum, Bangkok
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Jun-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Land Of The White Elephant V3.0
|
|
Dah puas tengok sungai...? Dah puas naik bot...? Belum puas...? Kalau belum puas meh ini ada satu lagi entry mengenai Sungai Chao Phraya. Jangan sampai mabuk tengok bot sudahlah kerana saya pernah dimaklumkan ada orang yang boleh mabuk walaupun setakat tengok bot atas air dan bukannya naik bot. Ini memang power punya imagination lah kalau dah boleh sampai jadi macam tu...
Lupa lak...ini adalah pagi hari kedua di Bangkok. Hari pertama rugi macam tu je sebab sampai di Suvarnabhumi Airport pun dah 11 malam dan bila dah clear customs dan immigration serta sampai ke hotel, jam pun dah 1 pagi. Mana lagi nak pergi time macam tu. Yang hidup time tu cumalah Patpong, itu pun tak dapat menjenguk di sana...
Kalau diikutkan memang tak berapa selesalah naik bot ni sebab tempat duduk pun kayu...kalau ada pun cuma dialas dengan kusyen nipis saja. Memang akan kematu pungkok punyalah. Tapi sebab hendak mencuba sesuatu yang baru, kematu pun kematu la.
Untuk sebuah bandaraya besar macam Bangkok, kira best jugalah sebab pengangkutan sungai masih merupakan sejenis pengangkutan yang utama. Malahan ada apa yang dikatakan sebagai 'water taxi' yang digunakan sebagai salah satu pengangkutan rakyat sana. Memang betullah bila dikatakan yang Chao Phraya ni menjadi nadi kehidupan masyarakat sana, sebagai Nil menjadi nadi kehidupan masyarakat Mesir.
Bagi yang nak tengok gambar pasar terapung tu, harap bersabar ye. Ini kerana pasar terapung tu terletak di Ratchanburi, iaitu kira-kira 80km daripada Bangkok. Di Bangkok ni banyak bot untuk pelancong dan juga kapal kapal yang besar saja. Hari ketiga baru ke Ratchanburi. So kenalah bersabar sikit...
Memang pun niat asal ke Bangkok adalah nak tengok dan ambil gambar pasar terapung tu. Biasalah, bila dah jadi ikon Thailand. Rasa macam tidak sah pula ke Bangkok kalau tak tengok pasar terapung tu. So sementara nak tengok pasar terapung, kita apungkan diri dulu di sini...
Hasil Sentuhan M Amirul Amsyar...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Jun-2009 15:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Land Of The White Elephant V2.0
|
|
Siapa ingat belajar pasal Chao Phraya masa geografi (atau zaman saya dipanggil Ilmu Alam...alam ghaib kot...) semasa kat sekolah dulu...? Mesti ramai yang ingat sebab tak sah belajar geografi kalau tak belajar mengenai Chao Phraya (dan juga Mekong). Ingat lagi delta Chao Phraya dikatakan kawasan yang paling subur dan sering dikaitkan dengan penanaman padi. Itu zaman sekolah dulu lah...
Sekarang zaman sekolah sudah lama berlalu dan kita tak belajar lagi pasal Chao Phraya tetapi melawat Chao Phraya, sungai yang walaupun terpanjang di Asia Tenggara masih kalah dengan Sungai Nil dan Amazon.
Kira teruja jugalah bila tengok sungai ni buat pertama kalinya depan mata. Tengok kat 'ground level' ni memang lebih mengujakan daripada tengok masa di udara. Memang nampak besar bebenor sungai ni. Yang menariknya kapal kapal masih boleh mudik jauh ke hulu. Cuba buat macam tu di Sungai Kelang...mahu tersangkut kapal.
Sungai ini dikira sebagai 'live line' kepada penduduk di sini kerana masih ramai yang bergantung pada sungai ini. Bab bot pelancong tu tak payah kiralah sebab itu memang sudah menjadi satu produk pelancongan. Banyak rumah-rumah yang terletak di tepi sungai dan saya perasan, setiap rumah pasti ada bot mereka sendiri. Ini bermaksud mereka mesti bergantung pada sungai ini sebagaimana kita bergantung pada highway kita.
Naik speed boat kat sungai ni memang menarik kerana berbeza dengan bot di Sungai Melaka, yang ini memang speed habis. Speed demon katakan. Cuma mereka yang takut, dinasihatkan jangan mencuba kerana jarak antara bahagian atas bot dengan air memang tidak jauh. Lagi satu sebab speednya, bahagian depan mesti terangkat punyalah...kena pula kalau selisih dengan boat yang lagi laju. Tapi itulah yang seronoknya. Yang penting, duduk diam diam dan jangan banyak bergerak. Yang pakai rambut palsu tu...silap haribulan rambut akan bermastautin dalam sungai...
Tak dapat naik gondola di Venice, dapat naik speed boat di Chao Phraya pun jadilah...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 17-Jun-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Land Of The White Elephant V1.0
|
|
Cuti sekolah sudah datang dan pergi. So boleh kira lambat sikitlah entry ni. Tapi tak apalah sebab niat asal nak upload dari Bangkok terpaksa dibatalkan kerana kos internet yang gila. Bayangkan...kat hotel dia orang charge 110 Baht (RM11) untuk setengah jam. Peh. Kat sini dah boleh beli McValue meal satu...siap ada balance nak beli rokok sebatang dua lagi. Nak cari cybercafe kat bandar Bangkok? Tak payahlah. Serabut minda tengok bandaraya dia orang.
Trip ini memang dah plan lama. Jadi, bila macam macam perkembangan berlaku, termasuk kekecohan di Selatan Thai, nak cancel rasa rugi pula. Nak postpone rugi juga. Belasah ajelah.
Sebenarnya Bangkok ni bukanlah antara destinasi kegemaran. Saya lebih minat Chiengmai atau Pattaya. Kurang sikit kelam kabut dan berserabut berbanding Bangkok ni. Kalau difikirkan, bercuti di Bangkok ni sama je macam bercuti di Kuala Lumpur. Sama saja jemnya, kelam kabutnya dan sebagainya. Orang lain mungkin akan ke sini untuk shopping. Tapi saya, muntah hijau kalau kena shopping. Lagi prefer sejarah, warisan dan budaya sesuatu tempat yang dipilih daripada bershopping.
Kalau ada pun yang berjaya menambat hati saya di sini adalah lapangan terbang barunya - Suvarnabhumi Airport. Memang cukup impressive dan besar airport ni. Kalau dia orang pandai urus airport ni, tidak mustahil dalam masa 10 tahun lagi, ia boleh mengatasi Changi dan KLIA sebagai airport utama di kawasan ini. Cuma satu je, airport ni jauh dari bandaraya...kira-kira dalam 30km. Nasib baik sampai dah dekat tengah malam, so jalan clear. Kalau tidak mesti masak dalam jem.
Cuma satu saja yang tidak tercapai semasa di sini - rampasan kuasa. Teringin juga kalau ada rampasan kuasa, boleh dapat gambar dan story exclusive tu... . Nak buat macam mana...bercuti pun kepala dan pemikiran reporter masih berjalan...
LOCATION : LCCT & Suvarnabhumi Airport, Bangkok
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Jun-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Preview
|
|
Kedai sudah dibuka semula.
Entry yang ini kira sebagai teaser sajalah sebab masih banyak gambar yang belum sempat edit, maklumlah, beratus gambar yang ada. Memandangkan masih letih dan mengantuk, saya rasa eloklah editing tu disimpan untuk hari yang lain dulu. Banyak lagi entry yang bakal menjelang nanti...
Saya rasa tidak sukar nak meneka ke mana destinasi kali ini...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 10-Jun-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Ops...kedai akan ditutup sementara...lima hari sebenarnya. Kita jumpa semula Isnin nanti...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Jun-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tergendala...
|
|
Nak bawa Chin Peng balik Malaysia...? Elok bebenor le tu. Malaun manalah yang pintar (atau bodoh) sangat yang bagi cadangan macam ni. Rasanya cadangan ini boleh masuk Guiness Book of World Record sebagai cadangan paling bodoh yang diutarakan.
Yang cukup 'memanaskan badan' yang sudah sedia panas ni bila ada pula puak puak tertentu yang menyokong, kononnya atas nama kemanusiaan. Kemanusiaan apa benda kalau orang tua sekor tu dan kuncu kuncunya tak pernah bersifat keperimanusiaan. Daripada bawa balik untuk dia hidup bebas, lebih baik bawa balik dan gantung dia kerana jenayahnya, sebagaimana yang dilakukan pada jeneral Jepun dulu. Ada juga faedahnya nak bawa dia balik.
Kalau masih ada yang mahu menyokong si tua kutuk ni, tengoklah cerita Bukit Kepong...bacalah catatan sejarah perjuangan menentang komunis dulu.
Aisey...terover pula. Ini sambungan dari entry di Muzium Tentera Darat di PD yang tergendala sebentar. Maka bersambunglah entrynya kali ini...
[color=red][b]LOCATION : Muzium Tentera Darat, Port Dickson
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Jun-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jom Berpesta
|
|
Cuti sekolah tiba lagi dan sebagaimana biasa, ramailah ibubapa yang akan pening kepala sebab rumah akan bertukar menjadi 'zon perang' bila bebudak berada di rumah sepanjang hari. Itu belum mengambil kira rumah yang sentiasa bersepah walaupun sudah berpuluh kali dikemas. Rasanya inilah senario yang biasa dihadapi setiap kali tibanya cuti sekolah. Kira okaylah sebab tak lama sangat cuti ni...
Suatu yang menarik bila cuti sekolah ni adalah keadaan jalan yang secara automatiknya menjadi tidak begitu sesak sebagaimana biasa...macamlah bebudak sekolah bawa kereta ke sekolah pula. Sekurang-kurangnya adalah juga sesuatu yang menceriakan. Tapi berbeza pula keadaannya di Melaka ni. Asal cuti sekolah saja maka akan meningkatlah tahap ketensionan bila bawa kereta. Sana sini sesak dengan orang yang datang bercuti. Rasa macam nak lari keluar dari Melaka saja bila tiba time cuti macam ni.
Bercakap tentang Melaka, sesiapa yang planning nak ke Melaka sepanjang cuti sekolah ini kira menarik jugalah sebab ada macam macam aktiviti yang diadakan. Kalau nak pinjam motto Astro...macam macam ada, termasuklah orang yang sentiasa pening kepala memikirkan macam mana nak atasi kesesakan yang melanda.
Yang ini adalah majlis perasmian Pesta Sungai Melaka malam minggu lalu. Dengan suasana malam yang panas dan orang yang bersesak-sesak, memang tak payah ceritalah macam mana berpeluhnya malam itu. Silap haribulan mesti ada yang menyangkakan terjatuh dalam sungai sebab basah sangat. Itu baru betul punya Pesta Sungai Melaka. Apapun, night shot memang antara kelemahan saya, especially kalau dah dalam keadaan yang macam ni, termasuklah percubaan gambar bunga api tu.
LOCATION : Dataran Sungai Melaka
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 28-May-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Setahun Sudah Berlalu
|
|
Happy birthday to M. Amirul Amsyar yang celebrated his birthday semalam. Dah jadi teenager (bukan Teenage Mutant Ninja Turtles) dah anak aku sorang ni. Cepat sungguh masa berlalu. Apapun, happy birthday to you...semoga segala apa yang dicitakan akan kelak menjadi kenyataan.
Biasalah kalau bergambar tu, tidak sah kalau si adik tidak turut mencelah. Dia orang ni pun dah macam tahu tahu, kalau dah pegang kamera tu, adalah yang akan disnap. Tak payah nak posing lagi lah. Yang natural pun jadilah...
Kenapa ye kalau bab sambut birthday mesti ada makan makan punya...? Mungkin bab makan makan ni sudah menjadi sebahagian dari budaya kita kot. Birthday ada makan makan. Orang datang bertandang ada makan makan. Meeting ada makan makan. Hatta tahlil untuk yang meninggalkan pun ada makan makan.
Mungkin makan makan ni daya penarik kot. Tak percaya...? Cuba tengok masa gotong royong. Masa tengah gotong royong orang tak ramai. Tapi bila sampai masa untuk makan, entah dari mana tetiba boleh jadi ramai. Samalah seperti masa ada makan makan di surau...penuh mengalahkan sembahyang Hari Raya. Terasa ke...?
|
|
|
|